Sunday, April 28, 2013

Review: Iron Man 3

Shane Black gagal menampilkan filem Iron Man 3 sebagai sebuah filem musim panas. Apa kejadahnya cerita musim summer pi buat setting pada musim krismas?! Adoi, memang tepuk dahi dan terkejut apabila setting filem ketiga Iron Man ini dibikin menggunakan setting krismas. Sedikit mood filem musim panas dibunuh apabila krismas dibawa ke bulan Mei padahal sepatutnya Merry Christmas patut diucapkan pada Disember. Mungkin Shane Black yang selalunya membikin filem berlatar belakangkan setting Krismas macam Lethal Weapon 4 cuba meletakkan trademarknya sekali lagi. Dan akhirnya, kejanggalan pun terjadi apabila Tony Stark memberikan 'hadiah krismas di bulan April / May'.

Namun, disebalik setting yang agak tak kena tempat (atau tarikh release tu yang tak kena rasanya), Iron Man 3 nampaknya memang ohsem. Abaikanlah segala elemen musim sejuk yang agak tidak sesuai tu dengan musim releasenya. Jika dibandingkan antara filem arahan Jon Favreau dan Shane Black, dua duanya memang jauh beza. Shane Black dalam Iron Man 3 berjaya membuatkan Iron Man 3 disanjung oleh peminat dewasa. Ya, filem ini nampaknya memuaskan penonton dewasa sekaligus mengecewakan penonton kanak kanak yang nak tengok superhero dia beraksi. 

Sori dik yer, bagi orang orang tua merasa Tony Stark lebih kepada emosi dan sisi emosi yang lebih berat ok. Seperti Skyfall yang menyaksikan James Bond tanpa gadgetnya, Iron Man 3 pula menyaksikan Tony Stark tanpa iron suitnya. Menonton Tony Stark tanpa iron suitnya memang agak janggal disebabkan peminat Iron Man sudah disongokkan dengan Tony Stark berpakaian Iron Man dalam beraksi sebelum ini. Agak janggal dan pelik melihat Tony Stark beraksi tanpa suitnya. Namun, ianya memberi satu ruang kreativiti baru dalam melihat sisi Stark yang ini.

Tidak seperti The Dark Knight Rises yang membosankan pada aku, Shane Black berjaya membawa sisi ujian paling besar Stark dengan baik. Walaupun kita tidak disongokkan dengan adegan aksi yang sehebat dan segah Iron Man terdahulu, filem ini mampu menjanjikan keseronokannya yang tersendiri. Babak babak Stark berhadapan dengan kehidupannya setelah suitnya musnah dibom Mandarin antara yang agak menarik paparannya. 

Shane Black membina watak ‘peneman’ yang memang dibenci Stark, yakni seorang budak sebagai pelengkap komedi dan unsur kekeluargaan yang cantik!. Walaupun lakonannya hanyalah biasa biasa, watak itu membantu Stark dalam membina sisi komedinya yang tersendiri. Maklumlah, Stark ni kan macam tak berapa nak suka budak budak sikit. Jadi, komedinya agak baik sama ada dari dialog mahupun adegannya. 

Bercakap tentang komedi, pengarah ini memang tidak henti henti memberikan dos dos komedi yang memang berlambak. Dari satu ke satu, komedi dipersembahkan mengiringi cerita yang diberikan. Ada yang menjadi, ada yang tidak. Sekaligus, perbandingan antara Jon Favreau dan pengarah ini, aku lebih suka garapan pengarah ini yang mendewasakan Iron Man 3 untuk tatapan penonton yang lebih dewasa dengan elemen yang lebih berat daripada filem Iron Man sebelum ini. 

Aku pasti, peminat Iron Man pastinya terkesima sebab korang tidak dapat melihat Stark beraksi di dalam suit. Malah, pasti juga ada yang frustrated bila dapat tahu The Mandarin is something like ‘Osama bin Laden’ dan kemudian ditipu dengan hal itu. Namun pada aku yang tidak berapa menyukai The Avengers dahulu (pasal apa, baca sini), Iron Man 3 adalah cerita Marvels yang paling gempak aku pernah saksikan. Dos aksinya, dramanya, dan juga komedinya diadun sebaik mungkin dan ianya menjadi! Lupakan The Mandarin! Jom lihat Killian! 

John Debney digantikan dengan Brian Tyler! Superb. Music Brian Tyler lebih ohsem dan keras. Ianya banyak membantu babak babak dalam filem ini dalam membina emosinya. Aku amat suka lagu semasa end kredit. Best giler! Siapa tak kenalkan gaya muzik Brian Tyler yang banyak menyumbangkan skornya dalam filem Fast and Furious. Terbaiklah. Sudahlah end titlenya gempak, lagu pulak cun, teringat aku kepada end title filem filem Robert Rodriguez dan Quentin Tarantino. 

Ben Kingsley sebenarnya membuatkan penonton kecewa! Percayalah yang anda akan terkejut dengan kejutan itu. Gwyneth Paltrow sebagai Pepper Potts yang dikembangkan wataknya amat menarik. Robert Downey Jr di samping skrip yang hebat amat aku suka lakonannya. Aku rasa ini kali pertama emosi Stark dibikin sedalam mungkin untuk membentuk perasaan belas kasihan dari penonton. Guy Pearce pula pada awalnya tidak menyerlah, namun semakin ke tengah, aku mula nampak he is the best Iron Man villain ever! 

Iron Man tak perlukan penjahat yang muka bengis! Mungkin itu yang menyebabkan Shane Black menukarkan The Mandarin itu menjadi twist yang mungkin mengecewakan peminat yang berharap penjahat kali ini sebengis yang dahulu. Pada aku, Iron Man 3 is marvel’s best movie setakat ini lah! Filem superhero yang digarap lebih dewasa ini memberikan sisi lain superhero kita. Yang mengharapkan filem ini bergerak seperti filem Iron Man terdahulu, anda pasti kecewa. Ini filem super duper lain!

4/5

16 comments:

WAYANGPACAK.BLOGSPOT.COM said...

salam khairul a.k.a OPM
*baca lebih lanjut, saya ulaskan dalam blog saya http://www.wayangpacak.blogspot.com/

IRONMAN 3 ditulis semula pada bulan februari 2011 dan pre-production sehingga dibuat penggambaran pada May 23, 2012.

dan diorang sendiri mungkin pada asalnya target nak tayangan pada disember 2012 @ disember 2013 untuk krismas. tapi jadual tayangan yang dipilih pada april (musim panas) nie yang tak berapa sesuai atas sebab-sebab tertentu.

Bukan salah pada cerita dan isinya.

dan saya rasa ada sebab2 tertentu tu dapat dibaca dalam filem IRONMAN 3 kali ni..

cuba tengok storynya,

1. naskhah me'mati'kan ironman dengan kemusnahan villa a.k.a gudang robot tony stark tu serta ending filem,

2. tony stark buang serpihan bom kat dada dia dan bersara sebagai ironman dan,

3. semua sut ironman dimusnahkan oleh tony stark.

semua nie sebenarnya refresh yang cuba dicipta oleh penerbit dia Kevin Feige sebagai titik baru kemunculan IRONMAN 4!!

sebab, diorang tau, peminat dah jemu dan bosan dengan set villa dia yang dah 3 series, semua dh tau selok belok rumah tu serta sut yang dah semakin bosan. jadi sebenarnya comeback dia mesti lagi gempak untuk IRONMAN 4 dengan sut baru serta villa yang baru .. dan mungkin ada watak HULK dalam IRONMAN 4 - bersama Dr. Bruce Banner (lakonan Mark Ruffalo)

BUKTINYA :

hehe perasan tak ending dia, tony stark pegi ke tapak rumah lama, dan amik balik machine JARVIS dia pakai trak pikap..?

kita tengok pada permulaan cerita, Tony bercerita pada seseorang yang kita tak nampak - yang sebenarnya itu adalah DR. BRUCE BANNER (yang bila marah bertukar jadi HULK si badang hijau)

dan selepas ending credit dalam filem IRONMAN 3 nie, ada Tony Stark cakap kat Dr. Bruce Banner yang "Tony Stark akan kembali"

Jadi, sama2 lah kita tunggu IRONMAN 4 yang maybe akan keluar samada hujung tahun nie atau tahun depan..

baca lebih lanjut, saya ulaskan dalam blog saya http://www.wayangpacak.blogspot.com/

sekian, sahabatmu
shuhaimizulkefli

Syuk Ry said...

nice review.. tak lupe orang yg comment tu.. lg dasyat.. detail 2.. haha.. anyway iron man mmg cool.. so try bace review krt blog ni jgk.. :D http://syncronizeq.blogspot.com/2013/04/film-review-iron-man-3.html

eben3dimpressions said...

beluumm sempat nontoonnn...

Aroziatul bukuPoket said...

Yup...Ironman 3 best...mmg mnonjolkn lagi tony stark seorang yg bijak dan kelakar...

Megat Fareto Asnami Suhaimi said...

Sangat setuju dengan komen. Mar baca Surat saya untuk Iroman pulak :)

anakMommy said...

tak tengok lagi citer ni.....nice review..kalo anakmami yang tgk..msti xperasan sambut krismas bln 5..hihi

ANNA MARIANA said...

the best story :)

Nurhasnatul Nabila said...

xtgk lagi.. mesti pergi ni

MiSs NoRmaLa NorFiqZ said...

Sorry xberapa nak minat ngan citer mcm ni...ap2 pun enjoy

Cerita Farjannah said...

dah tgk.. dan memang best sgt!!

Zaza said...

wee...nak tgk tp blm ada ms..hukhuk

Fatihah Nazri said...

adoi.nak tengok..huhu

PembeRontaK SaM said...

wahh... menarik ni... wajib tonton...hehe

Zai Zaiman said...

hehehe.... bagus gak review dia dan tak lupe gak pd pengomen yg 1st, detail dia bg, ape pun cite ni di upload dalam tenet, rajin2 la usharrr... ape pun sempoi, aku dah siap download dah.... siap ngan subtitle indon, wahahahaha....

Rosmahusna said...

nice review.. xsmpt nk g tgok lg, bz dgn krja :)

M Hakim Faiz said...

Tak sabar nak menonton movienya...