Akan Datang!

Tuesday, April 30, 2013

Novel: Negeri 5 Menara (A Fuadi)


Negeri 5 Menara
Penulis: A Fuadi
Penerbit: PTS Litera Utama


Kisah Negeri 5 Menara memang memotivasikan. Karya A Fuadi yang pertama dari triloginya ini amat mengingatkan aku kepada memori di zaman universiti dan juga persekolahan. A Fuadi menceritakan panjang lebar dalam satu buku ini tentang bagaimana kehidupan watak Alif yang terpaksa menghadapi kehidupan di Pondok Madani yang mana diselubungi pelbagai konflik terutamanya berkaitan pilihan. Apa yang A Fuadi mahu cakapkan, kadangkala jalan tuhan itu kita tidak pernah jangka masa hadapannya bagaimana. 

Alif adalah watak yang memberi pandangan tentang sekolah agama dari seorang yang tak mahu masuk sekolah agama. Dalam buku ini, korang akan didedahkan tentang persepsi sekolah agama dan juga pengalaman sebenar di sekolah agama tersebut. Dibina pula Randai, seorang rakan Alif yang mana masuk sekolah biasa. Alif yang timbul rasa cemburu terpaksa berperang dengan kemahuan dan juga kehendaknya yang sudah terpesong dari apa yang dia mahu. 

Mungkin A Fuadi bercerita tentang kisah hidupnya sendiri dalam kisah ini. Bagaimana sahabat dari lima kawasan yang akhirnya menggelarkan diri mereka Sahibul Menara adalah kisah persahabatan yang terjalin mengikat mereka untuk terus bersemangat belajar. Persahabatan inilah yang mendekatkan penonton dengan memori alam persekolahan pembaca pembacanya. Momen momen didenda, curi curi keluar dari kawasan sekolah, cinta monyet dan semuanya itu adalah kenangan lama yang boleh anda baca sepanjang novel ini bergerak helai demi helai. 

Banyak kata kata hikmah dimasukkan sebagai motivasi dan elemen penting novel ini. Kalimah man jadda wajada contohnya adalah penggerak besar kisah hidup Sahibul Menara dan juga motivasi penting untuk setiap event dalam ceritanya. Tanpa kalimah ini, Alif pasti sudah putus asa dan balik ke kampungnya semula. 

Sekuel novel ini ialah Ranah 3 Warna. Bagi aku, Negeri Lima Menara memang sebuah buku novel yang baik untuk sebuah penghayatan kenangan. Semua intinya baik cuma pada aku, aku lebih suka jika kisah cinta Alif itu ada hujung pangkal yang baik. Atau mungkin kisah Alif dan Sarah itu akan disambung dalam sekuel seterusnya, tak tahulah sebab masih belum berkesempatan membaca buku yang kedua. Sebuah novel yang baik untuk pendidik khususnya. 

4/5

1 comment:

http://twone2121.blogspot.com/ said...

http://www.youtube.com/watch?v=avxB_ubHriQ same ke?

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...