Sunday, March 10, 2013

Review: Oz The Great and Powerful

Pertama sekali, bila aku tonton filem ni, fikiran aku terus pikir balik tentang kecantikan visual Alice In Wonderland. Visualnya sebijik! Tetapi jika dibandingkan dengan filem Tim Burton itu, visual Oz lebih tajam, pekat dan kompleks. Dan itu antara perkara yang menarik untuk dialami jika menonton dalam 3D. Namun, menonton filem ini dalam versi biasa pun masih mampu untuk merasai kepekatan dan kompleksnya visual dalam filem ni. 

Macam mana dengan ceritanya? Best? Pada aku, filem filem Disney hanyalah berpaksikan kepada mendidik. Dari tahun ke tahun, Disney menghasilkan formulanya tersendiri. Iyalah, filemnya mensasarkan orang muda dan tidak hanya bersifat menghiburkan tetapi ada pendidikan dan mesej. Dan, hal ini menjadikan Oz hanyalah tipikal filem Disney. Pattern yang sama diulang ulang dan masih tidak membawakan sesuatu yang luar biasa. 

Jalan cerita Oz aku dapat bandingkan dengan John Carter. Apa persamaan dua filem ni? Dua filem ni adalah adaptasi dari karya klasik. Dan, kebetulan pula, dua filem ini mengisahkan tentang plot yang bermula dengan cara yang hampir sama. John Carter cerita tentang manusia dibawa ke bulan, manakala Oz, hah cerita Oscar dibawa ke Oz dengan gaya ala ala Gulliver’s Travel gitu. Mungkin tipikaliti dan persamaan ini mungkin kebetulan saja sebabkan kedua duanya adalah karya klasik yang berbeza. Disebabkan Oz dan John Carter bukan idea asal Disney, jadi amat tak wajar nak cerita yang Disney menghasilkan cerita recycle. 

Disebalik tipikaliti itu, sebenarnya apa yang Disney pertaruhkan dalam Oz sebenarnya adalah pada kualiti permainan visualnya. Percayalah yang visual Oz antara visual yang terbaik dalam filem filem Disney. Sebaris dengan Tron Legacy tahun 2010 dulu. Dalam skop filem filem Disney, permainan visualnya mengasyikkan. Semuanya hebat walaupun kadangkala kita dah dapat tangkap dah kualiti bagaimana Disney akan bagi dalam filem filemnya.

Malangnya, Oz yang powerful dan the great ini taklah great mana dari segi plotnya. Aku rasakan 2 jam menonton Oz menyaksikan pengalaman menonton John Carter berulang kembali. Watak Oz lakonan James Franco diberi masa untuk bermain main dengan adventurenya yang tersendiri. Pada aku, perjalanan James Franco itu tidaklah sehebat mana kalau tak dibantu monyet terbang tu dan juga patung kaca tu. 

Oz tidak ada ujian yang mencabar untuk membawa penonton merasai feeling karakter dalam filem ni. Ceritanya terlalu ringan dan tidak ditekankan dengan mendalam untuk sebuah adventure sebegini. Terlalu ringan dan masih boleh dijangka walaupun babak babaknya mengasyikkan. Perjalanan Oz di Land of Oz nampaknya terlalu simple dan kurang cabaran. Ini sekaligus menghilangkan kehebatan James Franco untuk diuji dalam watak tersebut. Maaf aku cakap, aku nampak Oz hanya sekadar menjalankan kerjanya tanpa ada feeling langsung walaupun aku faham yang dia ni disebut sebut sebagai pentingkan diri dan juga mulut manis. 

Walaupun plotnya ringan dan tidak ditangani dengan cabaran, Oz sebenarnya fun. Ada kadangkala babaknya terlalu panjang. Namun, dialognya fun dan boleh tahanlah jugak. Sepertimana komedi komedi Disney, Oz menampilkan komedi yang agak bagus. Cuma mungkin komedi watak Knuck nampak menjengkelkan. Agak tidak menjadi watak tersebut. Watak beruk tu da best! Berjaya menghidupkan suasana komedi. 

Brilliant ending sebenarnya! Aku suka ending filem. Saat Oz menggunakan trick silap matanya untuk mengaburi Theodora dan Evanora. Amat menarik sehinggakan membuatkan aku ketawa. Idea trick itu brilliant walaupun ya, in reality ada banyak aspek boleh dipersoalkan. Namun, babak final itu memang memberikan keseronokan setelah melihat perjalanan Oz yang tak berapa nak bagus. 

Pada aku, Oz The Great and Powerful taklah hebat. Oz bukanlah filem luar biasa pada ceritanya. Malah boleh diagak setelah beberapa lama korang tonton. Namun, it still a wonderful and great movie to watch. Filem yang menampilkan visual yang agak hebat dan kompleks ini memang boleh dikatakan menghiburkan dalam skop filem tipikal Disney. Kalau tonton dalam 3D pun puas hati, kalau biasa pun memang visualnya hebat. 

3/5

No comments: