Tuesday, March 5, 2013

Review: Kerat 14

Itu je? Itulah yang aku rasa lepas selesai tonton Kerat 14. Seribu satu soalan tinggal macam tu je. Di akhir cerita, aku sendiri tak faham motif cerita ini. Jelas yang Kerat 14 kosong sangat sangat. Ya, aku nampak ada sebuah filem. Filem tu namanya Kerat 14. Tapi, apa yang Kerat 14 nak sampaikan, sampai habis cerita tak dapat aku cari. Kerat 14 yang diarahkan oleh Arjin Uppal ini memang kosong seolah olah ada sesuatu yang tertinggal. 

Pertamanya, aku nak cakaplah, cerita ni yang berkisar tentang Haziq dan Nurzara. Kisah satu malam yang akhirnya membuatkan mereka merana seumur hidup. Berdasarkan trailer, pastinya kisah ini pasal pembunuhan kejam. Yes, memang ya. Namun, dalam pembunuhan kejam itu, aku rasakan apa yang nak disampaikan tidak pernah ada. Ianya seperti sekadar menonton reel yang berjalan tanpa ada apa apa perasaan. 

Sorry aku cakap, pada mulanya aku amat memuji Kerat 14. Visualnya agak baik dengan slow motion yang memberikan gaya macho kepada babak babak kejar mengejar dan juga watak Zamarul Hisham. Namun, lama kelamaan, pujian tu aku tarik balik sebab tetiba saja muncul scene lori sampah yang muncul pada awal filem pada celah celah adegan Haziq tanpa ada apa apa motif! Nah, editingnya hancur walaupun transisi babak ke babak amatlah cun!

Namun, itu mungkin satu saja sisi kelemahan. Pada aku, dengan gaya Hindustani, Arjin Uppal membawakan Kerat 14 macam filem yang meriah dengan bunyi. Too much foot drop sound, too much door cracking sound dan muzik latar pula membosankan. Tidak membantu apa apa selain menyebabkan telinga peka dengan bunyi derap tapak kaki yang nampak tak sama pun dengan gerak kaki pelakon. So Bollywood! 

Penceritaannya nampak terlalu cepat sekaligus meninggalkan konflik yang sepatutnya ada dalam sebuah filem penyiasatan. Pertama, pada aku, sebuah filem sebegini harus ada misteri. Dan Kerat 14 membunuh misteri itu awal awal lagi. Aku hairan, kenapa Haziq tu dah diketahui membunuh, dan kenapa ceritanya masih ke arah pemburuan yang conform orang dah tau ending dia macam mana? Kenapa terlalu straight forward? Aku macam terkejut. Endingnya predictable giler! 

Mungkin aku rasakan babak pembunuhan itu sepatutnya berada di akhir filem sebagai flashback sekaligus membawakan misteri pembunuhan diselesaikan di hujung cerita. Itu mungkin lebih baik. Namun, cerita yang lurus sebegini bukan bagus untuk membawa penonton menghadap sesuatu yang sudah diketahui endingnya. Come on, kepolisannya sudah cukup bagus, malangnya susunan babak nampak sangat lurus dan tidak bermisteri. 

Dalam filem ini, tidak pernah pula disebut berapa kerat lelaki tu dipotong. Apa sebenarnya kerat 14? Kerat mayat di tingkat 14 atau kerat mayat empat belas bahagian? Masih tiada penjelasan tentang hal ini. Bagaimana pula dengan dialog Fouziah Ghous masa di luar rumah Haziq. Fouziah Ghous cakap yang dia tahu Haziq tinggal di situ, tapi tak tahu rumah mana. Tup tup, boleh pulak dia ketuk rumah yang betul. Bagaimana pulak dengan pisau yang dijumpai berlumuran darah dalam pam tandas? Bodohnya watak Haziq! Bunuh lepas tu simpan senjata dalam pam tandas, dengan darah berlumuran lagi. 

Penulisan filem ini terlalu berhati hati. Nampak sangat ceritanya terlalu simple. Kalau ada twist dan permainan siapa yang sebenarnya pembunuh dengan menyembunyikan babak sebelum dan ketika pembunuhan, itu mungkin lebih bagus. Dalam genrenya, Kerat 14 adalah filem paling bodoh. Iyalah, kenapa aku perlu duduk menonton sedangkan pada 30 minit awal aku dah tau yang Haziq yang bunuh? Sekurang kurangnya, jika ada benda lain yang nak disampaikan selain persoalan itu, itu mungkin lebih baik. Tapi, filem ni tak ada benda lain yang nak disampaikan selain ‘si Haziq kerat mamat tu!’ 

2/5

1 comment:

Anonymous said...

i'm totally agree wit u, i bru je finish tgok cite 2 td....so stupid! Tp dh nmenye cite melayu..