Akan Datang!

Saturday, March 2, 2013

Review: Jack The Giant Slayer

Dari pengarahannya, memang nampak sangat yang Jack The Giant Slayer ni adalah kali pertama pengarah ini mencuba gnre sebegini. Nampak sangat yang sesetengah elemen mengalami percubaan tahap sederhana. Ada yang nampak agak simple dan tidak digarap setinggi mungkin. Namun, sebagai buah tangan pertama Bryan Singer dalam genre sebegini, Jack The Giant Slayer mungkin satu garis penilaian terhadap sentuhan pengarah ini dalam genre sebegini.

Disebabkan sekarang ni dah jadi trend Hollywood pulak mengadaptasi cerita fairy tale dalam kuantiti yang agak banyak, aku rasakan keseronokan menonton cerita Hollywood sebenarnya dah kurang. Nampak sangat sisa sisa fairy tale dah mula dikutip untuk diijadikan filem dengan sedikit tambahan twist dan juga perkara perkara baru. Dengan ini, aku rasakan Jack The Giant Slayer hanyalah sebuah remake biasa. 

Aku sudah dapat mengagak, apabila cerita ini berkenaan Jack, semestinya watak utama yang lain adalah The Giant dan juga kacang. Jadi, tiga benda ini yang sudah diketahui akan menggerakkan cerita Jack ini dibina dalam filem ini. Lalu, wujudlah watak watak lain yang mengisi dan memeriahkan plot cerita yang dibesarkan. Pandangan aku, walaupun gubahannya tidak terlalu menarik, namun ianya masih tidak membosankan. 

Lakonlayar Darren Lemke, Christopher McQuarrie dan Dan Studney nampaknya menegaskan elemen komedi sebagai satu jalan untuk menghiburkan cerita yang sudah diketahui ramai ni. Aku amat suka Ewan McGregor yang pada pandangan aku mempunyai karakter dalam dunia moden yang diletakkan dalam dunia purba. Dialognya pada aku, nampak janggal sebab lebih kepada intonasi moden yang menjadikan aku rasa macam tengok GI Joe! 

Aspek lain pulak, aku amat kagum dengan CGI watak watak gergasi yang dijana melalui teknik motion capture. Perasaannya seolah olah menonton filem Polar Express dalam dunia filem filem epik! Lenggok badannya, emosinya nampak real dan lebih dekat dengan sempurna walaupun beberapa CGI lain nampak amat kurang ditata dengan kemas. 

Kebolehan Bryan Singer dalam memaparkan aksi aksi manusia besar lawan manusia kecil pada babak akhir filem memang tak dapat dinafikan kehebatannnya. Visuallnya nampak hebat. Pertempurannya nampak sungguh menarik. Semuanya cukup sifat sebagai sebuah filem aksi fantasi epic yang mahu diceritakan. 

Overall, walaupun aku rasakan Jack The Giant Slayer hanyalah sebuah kisah penceritaan semula yang agak biasa dan boleh dijangka. Sekuen aksi yang hebat dan menarik mungkin antara tarikan filem ini. Sepertimana jika anda sudah menonton remake fairytale, anda mungkin sudah mampu menjangka plot cerita, namun bagaimana cerita itu bercerita kembali kepada anda, itu mungkin satu perkara menarik yang anda patut tonton. 

3/5

2 comments:

Unknown said...

baca review dah dapat agak mcm mna.. filem Rock oo dah tgk?

KhairulZamanKhobin said...

belum lg...

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...