Wednesday, March 20, 2013

Review: Cinta Beruang

Aku cadang bagi sape sape yang merancang untuk menonton Cinta Beruang harap matikan niat korang. Jangan sampai korang rasa membazirkan diri saja menonton filem yang entah pape yang dibikin juga dengan nawaitu yang kosong. Macam filem yang diambil mudah dan juga lebih teruk dari pembikinan filem Uncle Usin yang ditayangkan pada tahun 2012. Cinta Beruang dan Uncle Usin berada dalam satu bakul. 

Filem ini nampaknya, yang mana aku lihat berdasarkan produksi adalah dibikin oleh orang orang India (bukan nak racism ke apa) memang nampak seperti filem Tamil / Hindi yang menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa percakapan. Ramanrayanan nampaknya terikut ikut dengan komedi komedi Tamil sehinggakan jika anda seorang penonton cerita Hindi atau Tamil yang tegar, anda akan sedar komedinya bukanlah komedi Malaysia. 

Malah, bukan saja dari segi komedi, pengarah nampaknya memijam kesemua elemen elemen Hindustani punya komedi dan juga visual dalam setiap paparan. Jadi, walaupun aku rasakan ciri cirri filem Malaysia itu tidak ada langsung sekaligus memberikan sisi berbeza filem ini, ianya masih berada dalam level filem hancur tahun 2012! 

Pertamanya, lakonan Nabil nampaknya kosong. Bukan salah dia tapi salah penulisan skrip yang nampaknya dipengaruhi oleh kisah kisah yang mirip filem filem Priyadarshan. Kalau korang tengok filem filem Priyadarshan, komedinya dilebih lebihkan dan bergantung kepada situasi dan keadaan. Dalam filem Hindi, reaksi melebih lebih seseorang pelakon mungkin boleh membuatkan orang ketawa. Namun, dalam filem Melayu, penonton akan rasa meluat. 

Bukan aku nak katakan yang elemen filem India tak boleh dimasukkan. Malah, aku tahu sejak dari zaman P Ramlee dulu lagi elemen elemen filem India sudah ada. Tapi, filem ini nampaknya gagal sebab penulisannya nampak berfikir untuk mengindiakan filem Malaysia dan bukan sebaliknya. Jadi, matlamat untuk mencapai sasaran penonton hilang sebab orang Malaysia bukan semuanya meminati filem Tamil atau Bollywood. 

Terlalu longgar dialog dialog yang dituturkan. Tingkah meningkah nampak berlaku dengan kadar pantas sehinggakan tiada emosi bagi setiap perkataan. Malah, beberapa sebutan nampaknya tidak aku dengar dengan jelas sebab re-recording yang lebih kurang macam tak berapa nak masuk dengan bibir pelakon. Amat mendukacitakan apabila terlalu banyak gerak mulut pelakon tidak selari dengan dialog. 

Lakonan Nabil dibunuh! Babak beruang itu sesuatu yang amat bodoh untuk dikomedikan. Semua orang tahu yang beruang tu hanyalah manusia pakai sarung beruang. Dan siapalah yang stupid sangat nak menonton filem sebegini? Bayar hanya untuk tengok Nabil pakai costume beruang tu kira lawaklah eh wahai team produksi? Oh , kalau ini filem Bollywood I think it works! But anda kena tahu yang ini filem Malaysia. 

Narration pada awal dan akhir filem tidak digarap kemas. Dari segi percakapan, aku tahu, yang sedang narrate cerita tu seorang india. Bahasanya tunggang langgang dan entah pape. Aku rasa agak loya akibat dialognya terlalu main main. 

Adegan awal filem kosong. Tak ada apa apa yang menarik. Entah kenapa tetiba saja ada adegan beruang pakai kostum di tengah tengah Putrajaya dan kemudian tidak dijelaskan apa sebenarnya yang terjadi. Sampai naik kuda smua tu pada awal cerita. Tapi pada tengah cerita, babak awal tadi tak dimasukkan. Habis tu, apa motif beruang naik kuda tu dimasukkan pada awal filem kalau tak ada kontinuiti dengan ending cerita? 

Permainan zoom in yang biasa dalam filem filem 90an melayu digunakan. Aku tak kisahlah sebab zaman sekarang pun, filem filem India pun masih gunakan teknik yang sama. Namun, apa yang aku rasakan teruk disini ialah dari segi editing yang agak kurang kemas. Ada beberapa kontinuiti between scene yang entah pape dan kosong. Semuanya memang menerukkan filem ni yang sudah teruk. 

Terlalu banyak kekurangan. Dari aspek skrip dan juga sifat untuk mengindiakan filem Malaysia. Jadi, Cinta Beruang hilang dan tidak layak dipanggil filem. Percayalah yang filem ini hanyalah persembahan kosong yang terilham dari filem filem Priyadarshan. Dengan lakonan Nabil dan Jue Aziz yang kosong, ditambah dengan skrip dan visual yang amat mendukacitakan, aku rasakan Cinta Beruang adalah filem yang terteruk 2012! 

1.5/5

1 comment:

kucingbacakitab said...

filem ni macam filem tamil & filem melayu 80 an..Tiada permainan angle. Hanya syot dari depan dan teknik zoom. Jalan cerita xsesuain dengan zaman sekarang. Penonton sekarang lebih metang..