Akan Datang!

Monday, March 4, 2013

Life of Pi: Pisang Tak Boleh Terapung?

Life of Pi meninggalkan penontonnya dengan persoalan antara ketuhanan, ketabahan dan juga kegigihan melayari hidup. Lakonannya menakjubkan! Dari kritikan yang menyatakan filem ini tidak mampu divisualkan, Ang Lee membawa kisah Piscine Patel ini ke satu tahap ekstravaganza yang cukup membanggakan. Dengan kisah yang bukannya jenis kisah hiburan semata mata, tentunya sesetengah penonton sukar menghadam filem ini.


Admin sebenarnya tahu, ada yang percaya dan tak percaya dengan cerita yang disampaikan oleh Piscine Patel. Ada yang percaya kisah versi ibunya yang terselamat bersama beberapa orang kelasi lain dan saling berbunuhan di atas bot kecil. Walaupun itu hanyalah sedikit daripada keseluruhannya, admin pasti, ada yang merasakan versi yang nampak lebih realiti ini walaupun nampak sedikit ganas dan brutal boleh diterima akal daripada kisah Pi bersama harimau Bengalnya.

Namun, disebalik itu, walaupun ramai yang merasakan yang cerita Pi itu lebih imaginativ dan melalui tokok tambah walaupun pengalaman itu - diyakini - adalah 'sebahagian' dari kisah sebenar, kesemua itu nampak tidak mustahil. Kenapa? Ianya kerana jiwa Pi yang rapat dengan tuhan. Jadi, kesemua perkara mustahil yang tidak mampu diterima akal itu mungkin ada benarnya berlaku kerana pertolongan tuhan tidak mungkin dapat dijangka.


Ada satu soalan yang sebenarnya bermain di minda admin selepas menonton Life of Pi. Pada masa dua orang penyiasat jepun menyoal Pi, mereka tidak percaya cerita harimau Bengal itu kerana dalam penceritaan itu, adanya watak orang utan yang terselamat apabila menaiki setandan pisang yang terapung. Penyiasat jepun itu menyatakan yang pisang tidak terapung kerana ianya berat. Ianya nampak meyakinkan. Namun, adakah benar pisang tidak terapung dan sekaligus meletakkan Pi sebagai seorang pembohong dalam ceritanya?


Video diatas dibuat oleh seorang penonton Life of Pi yang mempunyai soalan yang sama. Tonton experimen dan ketahuilah jawapannya. Mungkin benar pisang boleh terapung dengan keadaannya. Namun, dengan tandan pisang yang besar, adakah orang utan itu mampu menjadikan pisang itu sebagai pelampung untuk mendekati bot Pi? Tiada siapa tahu... namun, mungkin jawapannya ya kerana sifat garam itu juga mengapungkan. Jadi, dengan tandan pisang yang besar, ia mungkin dapat mengapungkan orang utan di atasnya. Apa yang dapat disimpulkan, pisang memang terapung!

Analisanya di sini, Yann Martel selaku penulis cuba menggambarkan ada perkara yang di logikanya sukar dihadam namun ianya benar benar terjadi. Contohnya pisang itulah. Logiknya, pisang tidak mampu terapung kerana kita fikir apungan itu dipengaruhi oleh berat dan luas permukaan. Namun, tuhan menciptakan perkara luar biasa yang kita tak pernah jangka. Begitu juga dengan keseluruhan cerita ini, yang mana berdasarkan hanya sebuah isu pisang, kita dapat simpulkan yang kisah Pi ini mungkin ada benarnya kerana tuhan itu sentiasa bersama orang yang selalu merasakan dalam dirinya ada Dia.

yang mahu dapatkan LIFE of PI, dapatkan di sini.

2 comments:

Unknown said...

mmm tertanya2 juga apa yg jadi kt harimau tu...

Hans Hanis said...

seronok filem nih :-)

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...