Monday, February 18, 2013

Review: Wawa Semput


Pembukaannya saja sudah menghilangkan mood filem spin-off ni. Memang bila gambar pertama membuka filem ini, terus aku rasakan yang filem ni tidak mampu menjadi terbaik walaupun ianya diambil dari filem yang mencapai kutipan yang agak hebat. Dari Adnan Sempit berpecah ke filemnya sendiri, Wawa Semput memang sebuah lagi kotak kecil yang dibuka untuk dibesarkan. Namun, pada aku, masih rendah mutunya. 

Pada awalnya, aku mengharapkan sedikit narration dari Wawa sebagai pembukaan. Bukan apa, cerita kali ini bukankah diberi tajuk Wawa Semput yang merujuk kepada watak utama kita iaitu Wawa? Jadi, pada pandangan aku, untuk mewujudkan unsure pemilikan (yang mana menyatakan ya, ini filem tentang Wawa dan kisah hidupnya), aku sebenarnya rasa lebih bagus jika ada sedikit narration di awal filem untuk memulakan semuanya. 

Ini tidak. Buka buka je filem, terus kita berkenalan dengan konflik utamanya tanpa apa apa sebab munasabah. Tiba tiba saja Wawa terus break sedangkan alasan alasan yang aku Nampak hanyalah cukup untuk mencapai klimaks pergaduhan yang tidak sewajarnya menghampiri putus. Tapi, tak pengapalah sebab itu yang mereka bagi. 

Then, cerita mula lari dari situasi biasa Adnan Sempit dimana kita dibawa ke sebuah perkampungan untuk memerangkap semua karakter supaya semuanya berada di situ untuk mempersembahkan ceritanya. Dan, di situlah kesemuanya jadi tunggang langgang dan tidak lagi berkisar kepada Wawa Semput itu sendiri. Malah, aku rasakan dari konflik Wawa memilih pasangannya iaitu Ismat dan Boby amatlah sikit. Apa yang nampak hanyalah gelagat Boby dan Ismat dalam memenangi hati Wawa. Jadi, persoalannya, adakah ini betul betul cerita Wawa? Or ini cerita Boby dan Ismat? 

Tak mengapalah. Lupakan pasal title. Apa yang aku nampak dalam filem ni ialah Boby lawan Ismat yang memang menimbulkan ketawa. Dari satu aspek, ianya satu perkara yang menjadi unsur tarikan buat filem ini. Namun, dalam pada masa penulisannya melupakan aspek emosi Wawa itu sendiri yang sepatutnya dilebihkan. Come on, ini filem Wawa. Jadi, Wawa itu yang sepatutnya dilebihkan. Ini konflik dia, dan bukannya konflik dua jantan tu. 

Papepun, aku akui Along dan Angah memang gabungan yang amat serasi. Di tambah pulak dengan babak babak komedi yang agak menjadi, lakonan mereka memang terbaik. Yana Samsuddin pula memberikan persembahannya sebagai Wawa yang mana lebih manja namun disebabkan tiadanya babak babak yang menguji emosi Wawa sebagi pemain utama, maka aspek lakonannya tidak mampu diperbesarkan. 

Jujurnya, Wawa Semput itu ada konflik yang agak baik. Namun, penulisannya yang tidak memberatkan Wawa Semput itu menyebabkan filem ini rasanya tidak bagus dalam menguji konflik diri Wawa itu sendiri. Jadi, semuanya biasa biasa dan sangat kosong. Ada beberapa babak yang agak membosankan yang nampak sengaja diisi untuk mengisi panjang filem. 

Dengan konflik rakan Wawa dan Wawa itu sendiri yang tidak dibuat dengan baik, memang Wawa Semput memang agak kurang menarik dari segi penceritaannya. Namun, komedinya macam biasa, mampu buat orang ketawa. Entahlah, korang tontonlah sendiri dan nilai sendiri. Pada pendapat aku, filem ini bukanlah spin-off yang bagus dari segi beberapa aspeknya yang korang boleh tengok sendiri. 

3/5

1 comment:

tyra lee said...

macam tak berapa minat je nk tgk..haha