Akan Datang!

Thursday, February 14, 2013

Review: Cloud Atlas

Pertama, filem ni memang agak confusing. Aku ingatkan filem ini yang dibarisi Tom Hanks dan Halle Berry serta bakat bakat hebat seperti Hugo Weaving, Jim Sturgess, Ben Whishaw dan ramai lagi ini mempunyai struktur seperti Bicentennial Man lakonan Robbin Williams. Pada aku, durasi Bicentennial Man itu sendiri yang memaparkan hidup robot dari awal hingga akhir cukup detail.Harapan itu aku letakkan untuk Cloud Atlas. 

Malangnya, the film does not work like that. Ianya lebih kepada naratif kisah pendek yang diarahkan oleh tiga orang pengarah iaitu Tom Tykwer bersama dua adik beradik Wachowski a.k.a Wachowsky Brothers yang korang kenal dari trilogy The Matrix. Ya, ada enam kisah pendek dalam filem ni. Ada enam zaman berbeza. Namun, apa yang uniknya, setiap watak dalam setiap cerita pendek dilakonkan oleh pelakon yang sama. 

Jadi, keunikan seperti ini, yang mana sudah dibawa oleh filem Dasavatharam suatu ketika dahulu, dimana Kamal Hassan pegang sampai 10 watak sekaligus dibawa ke Hollywood. Dalam kisah ini, korang akan berpeluang melihat Tom Hanks memegang enam watak, Halle Berry dalam enam watak juga dan beberapa lagi pelakon besar yang turut memegang enam watak. Menarik. Kita seolah olah ternanti nanti kemunculan setiap pelakon dalam setiap cerita pendek. 

Pada aku, idea ini yang unik memang cantik. Memang korang akan dapat lihat bagaimana Tom Hanks berubah dari pelbagai karakter. Ada watak baik dan ada watak jahat. Malah, yang paling best skali adalah make up Hugo Weaving yang menjadi Nurse Noakes dalam satu kisah pendek. Walaupun make-upnya agaklah tak berapa menjadi dan kadangkala suaranya seakan akan lelaki, ianya memberi komedi kepada filem ini. 

Setiap kisah sebenarnya tidak berkait sangat antara satu sama lain. Namun, apa yang mahu disampaikan adalah perubahan zaman dan juga tingkah laku manusia yang berbeza dalam setiap zaman. Korang akan dapat lihat kisah dari zaman penjajah, zaman 80an, zaman sekarang, zaman hadapan dan juga gambaran zaman selepas kiamat (which I think agak mengarut dalam menterjemahkan future selepas malapetaka besar itu). 

Enam plot yang berasingan ini tidak disusun secara teratur. Maksud aku, lepas habis cerita satu, cerita dua pun bermula dan begitulah yang ketiga keempat dan sampailah ke enam. Dalam Cloud Atlas, keenam enam cerita itu bermula serentak dan berselang seli antara cerita cerita yang disajikan. Pada aku, memang agak bermasalah sedikit nak tangkap watak dan cerita pada awal filem sebab beberapa pelakon yang mainkan beberapa peranan berbeza dalam plot yang berbeza. Namun, lama kelamaan, semuanya boleh dihayati. 

Novel garapan David Mitchell ini diterjemah dengan keunikannya yang tersendiri. Dengan garapan futuristic Neo Korea yang digambarkan dalam sebuah kisah futuristik yang dilakonkan oleh Jim Sturgess dan Xun Zhou, Wachowski seolah olah membawakan elemen The Matrix yang famous ketika dahulu. Lakonan Tom Hanks dalam cerita zaman lepas kiamat sebagai Zachry pula mengingatkan aku kepada filem Cast Away. 

Tarikan utama Cloud Atlas ialah melihat seorang pelakon memegang pelbagai watak dalam enam cerita berbeza. Durasinya yang hampir 3 jam mungkin akan buatkan korang rasa panas punggung tetapi, aku rasa berbaloi kalau menonton sebuah filem dengan enam cerita di dalamnya yang menyaksikan pelbagai nama besar memberi kejutan dalam setiap lakonan mereka ditambah pula dengan kostum dan make-up yang memang membantu. 

 4/5

No comments:

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...