Monday, February 11, 2013

Novel: Untuk Tiga Hari (Ahadiat Akashah)

UNTUK TIGA HARI 
Penulis: Ahadiat Akashah 
Penerbit: Roket Kertas / Popular
beli novel di sini

Buku ini agak tebal. Berdasarkan apa yang ada dalam buku ni, aku paham yang versi ini diterbitkan atas dasar filem yang diarahkan Afdlin Shauki yang mana diadaptasi dari buku ini (yang mana sudah diterbitkan suatu ketika dulu). Filemnya aku sudah tonton. Garapannya menarik. Reviewnya anda boleh baca di sini

Pertamakalinya, aku tegaskan yang ini adalah pertama kali aku baca novel Ahadiat Akashah. Dan aku sebenarnya agak tertarik membeli buku ini sebab mahu membaca cerita asal sebelum diadaptasi jadi filem. Dan ya, buku ini yang menggabungkan Untuk Tiga Hari dan Tiga Hari Kemudian ini adalah complete set untuk aku ketahui apa sebenarnya terjadi kepada Zafrin, Ujie dan juga Juwita. 

Pada aku, penulisan Ahadiat nampaknya memang lain. Aku dapati chapter by chapter pendek pendek jer. Which is good for me sebab aku jenis yang suka baca dua tiga helai then stop (sebab banyak kerja lain nak dibuat). Namun, di sebalik tu, aku agak rasakan penulisan Ahadiat yang santai mungkin agak tak kena dengan aku punya pembacaan. Ayat ayat yang agak santai nampaknya tak dapat masuk tekak sebab kebiasaan aku sebelum ni membaca novel dengan ayat yang agak gebu. 

Ahadiat bijak membahagikan dialog kata hati, yang mana meluaskan lagi dunia tiga watak ini. Menyelami dalam hati setiap karakter yang mempunyai masa silamnya tersendiri agak menarik. Keunikan ini antara perkara yang menjadikan novel ni menarik. Dan, semestinya balancing untuk perbuatan dan balasan setiap karakter utama menjadikan wataknya stabil dan pengakhirannya juga tidak bertanda tanya. Kepuasan.

Ketebalan yang berganda, sampai seribu helai kot (sebab gabungan dua novel) memang berbaloilah. Kalau sempat, dapatkan buku ni yang aku rasa hanya ada di kedai buku Popular jer. Rasanya harganya untuk 2013 dah murah sikit. Aku beli ni tahun lepas. Masa baru terbit. Percayalah, persoalan di akhir filem Untuk Tiga hari akan dijawab. Dan endingnya, memang terbaik… 

4/5

No comments: