Friday, February 22, 2013

Novel: Sebarkan Cinta-Mu (Fatimah Syarha Mohd Noordin)


SEBARKAN CINTA-MU
 Penulis: Fatimah Syarha Mohd Nordin
Penerbit: PTS Litera Utama
beli novel di sini

Sebarkan Cinta-mu karya Fatimah Sharha Mohd Nordin ini memang sarat dengan ilmu. Memang seperti yang tertera di hadapan kulitnya sendiri, iaitu penegasan yang novel ini adalah novel tauhid. Aku sebenarnya pertamakali melihat susunan novel islami dalam sebegini rupa. Perinciannya terhadap ilmu dan cerita diselang seli sekaligus menjadikan Sebarkan Cinta-mu bukanlah hanya sekadar novel sahaja. Ianya juga adalah buku agama.

Mungkin pada pandangan aku, yang mahu mendampingi buku agama tetapi merasa kebosanan membaca point point yang diceritakan, buku ini sesuai untuk korang. Dalam novel ini, penulis meletakkan cerita dengan info dakwah yang kebanyakan bercerita tentang hukum hakam dan isu poligami dalam struktur yang menarik. Wataknya diberi ceritanya tersendiri tetapi pada masa yang sama masih tidak lari dari isu keagamaan yang diutarakan.

Sebarkan Cinta-mu pada aku terbahagi kepada beberapa cerita yang berlaku di sebuah institusi agama yang dikenali sebagai KOSDAT. Dalam permulaan, penulis membawa cerita Ibu Dhiya, seorang cleaner dari Indonesia yang menemui rakannya yang baru datang bekerja, Sastri. Dalam bercerita tentang kisah watak ini, cerita akhirnya bergerak memperkenalkan watak lain seperti Madam Zeema, Sarra, Diranie dan Qasdina.

Buku yang setebal lebih 800 mukasurat ini memperincikan setiap watak dalam ceritanya tersendiri. Ibu Dhiya mewakili kisah ibu bapa dan kisahnya, Sastri pula mewakili kisah poligaminya, Madam Zeema pula mewakili kisah islam liberal yang dipercayainya, manakala Sarra mewakili jiwa muda yang berhak menolak poligami, dan Qasdina pula bercerita tentang hubungan ibu anak. Kesemuanya diceritakan satu persatu namun ceritanya tidak membosankan.

Penulis meletakkan banyak info agama yang membantu untuk memahami struktur cerita yang nampaknya lebih banyak membincangkan isu poligami. Info ini membantu bukan saja untuk memahami latar cerita agamanya tetapi boleh je dijadikan panduan untuk pembaca yang malas baca buku agama. Malah, penulis dilihat lantang dan berani dalam setiap soal jawab agama yang dihuraikan. Jadi, novel ini memang agak membuka minda pembaca.

Walaupun di akhir cerita, di mana saat Sarra berbincang tentang haknya sebagai wanita untuk menolak poligami tu agaklah terlalu panjang huraiannya sehinggakan aku agak ternanti nanti ceritanya, itu hanyalah satu sisi kecil kelemahan penceritaan yang tak perlu dibesar besarkan. Sebarkan Cinta-mu adalah dakwah santai yang menarik dari segi penjelasannya. Membaca novel ini ibarat membaca buku agama di dalam novel.

4/5

1 comment:

Hana_Aiesy said...

syukur .. ustazah , saya ada beli novel ustazah .. novel ustazah lengkap dengan ayat2 al-quran .. hadis yang sahih. bila saya baca sampai bab yang Ustazah Heebah , air mata saya mula menitis. Bolehkah saya tanya sesuatu kpd ustazah ? ramai rakan saya kata couple itu boleh , cuma dating saja tidak boleh .. Keliru otak saya fikirkan hal itu .. Terima kasih ..