Akan Datang!

Thursday, January 31, 2013

Review: Flight

Well, what I can say bout this film is, Denzel Washington memang diuji habis habisan dalam watak yang serba kompleks dan juga mencabar. Memang aku amat kagum dengan bagaimana pembawakan watak Whip dalam filem ni yang nampak cukup kompleks untuk dihuraikan. Dengan tulisan yang agak baik dan durasi yang agak panjang, Flight memang sebuah drama dari Robert Zemeckis yang agak bagus. 

Pengarah ni kembali ke arahan filem menggunakan manusia selepas lama dulu pada tahun 2000, dia pernah hadir dengan dua filem box office, Cast Away dan Forrest Gump. Selepas itu, filemnya lebih menjurus kepada animasi. Papepun, kembalinya pengarah ini memang memberikan persembahan terbaiknya. Seperti Cast Away, Flight memang ada lakonlayar yang mantap dan juga ceritanya yang bagus. 

Mungkin aku rasa kebagusannya terletak di pelbagai sudut. Pertamanya, konflik bagaimana seorang pilot yang telah melakukan jasa nampaknya menghadapi satu lagi masalah yang akan menghukumnya dibawa dengan begitu baik. Bayangkan si pilot ini sudah menyelamatkan nyawa walaupun ada kematian namun karma akhirnya member satu balasan terhadap satu kejahilan yang dia sendiri sembunyikan tanpa siapa tahu. 

Permainan balasan baik buruk ini bermain di sepanjang filem apabila kita dibawa menulusuri dunia Whip yang ketagihan alcohol tanpa diketahui sesiapa pun. Dan ketagihan alcohol ini, walaupun ianya tidak ada kaitan dengan kejadian kapal terbang terhempas yang diselamatkannya, telah membawa kepada satu arah jalan hidup yang akan membengkok jika dia tersilap langkah. Amat menyukai konflik dan juga sedikit kesombongan untuk jadi jujur dalam diri Whip yang ditonjolkan. 

Aku nampak, Whip digambarkan sukar untuk berubah kerana tabiat alkoholiknya itu seperti iblis yang sentiasa mengaburi. Namun, disebabkan kebiasaan, perubahan itu hanya sementara dan tidak mampu mencari perubahan yang besar. Denzel memang powerful dalam menangani semuanya dan ya, I love his acting dalam semua filemnya. He’s a man! 

Pada awalnya, memang penonton akan terpegun dengan visual beberapa ketika sebelum kapal terbang terhempas. Ya, for the first time ever, korang akan lihat kapal terbang dipandu terbalik kuang untuk mengelakkannya jatuh ke kawasan perumahan. Cukup best walaupun aku rasakan visual saat kapal terbang terhempas (dari view kamera handphone) nampak macam sedikit unrealistic. 

Mungkin akan ada kebosanan kalau korang tak minat drama. Flight memang agak berani sebab di masa Hollywood tengah giler babas terbitkan reboot da juga filem yang menggunakan CGI yang banyak, Robert Zemeckis lawan arus dengan hanya memberikan ruang untuk CGI digunakan dengan mendadak hanya pada babak kapal terbang terhempas. Selebihnya, ianya adalah visual reality yang tidak kurang hebatnya. 

Overall, aku rasa Flight memang sebuah filem yang hebat. Dengan lakonannya yang extraordinary dan juga kisah manusia yang berserabut untuk sebuah kebenaran dalam diri, ianya memang sebuah filem menarik. Ianya bukan hanya cerita tentang kapal terbang yang terhempas. Ianya lebih dari itu. Tonton Flight dan korang akan dapati yang kebenaran itu kadangkala perit untuk kita luahkan sehinggakan kita berbohong untuk sebuah kehidupan. Namun sampai bila pembohongan tu mampu kekal? 

4/5

Sunday, January 27, 2013

Review: Hansel & Gretel: Witch Hunters

Dongeng Grimm ni nampaknya bukan untuk kanak kanak. Serius, adaptasi  / twist filem Hansel & Gretel ini lebih menarik penonton dewasa dalam setiap babaknya. Dengan aksi yang penuh dengan darah dan juga beberapa adegan brief nudity, Hansel & Gretel memang bukan sebuah fantasi ceria. Memang tak disangka sampai macam tu sekali terjemahannya dan adaptasinya. Apapun, pengalaman menonton Hansel & Gretel best! Memang aliran akulah cite nih! 

Hansel & Gretel: Witch Hunter bermula dengan agak pantas. Memang penulisannya tidak melengah lengahkan cerita yang mahu diceritakan. Dan kesemuanya nampak sepintas lalu tapi masih boleh difahami bagaimana penceritaannya. Aku amat suka penceritaan sebegini untuk filem aksi. Tidak perlu menunggu terlalu lama untuk menunggu aksi pertama, Hansel & Gretel memulakan aksinya tak sampai 20 minit menunggu. 

Ceritanya straightforward. Amat simple macam cite superhero yang ditonton dalam drama bersiri kat tv. Dua beradik ini diberi satu tugas untuk menyiasat 12 kehilangan kanak kanak yang berlaku di sebuah kampung yang dikhuatiri berkaitan dengan ahli sihir. So, dari situlah semua mula bergerak aksi demi aksi, babak demi babak, sehinggalah akhirnya. Amat simple kan? 

Dari segi plotnya aku tak ada masalah. Cuma mungkin apabila si lelaki dan si perempuan digabungkan sebagai superhero dan hubungan mereka pula adalah adik beradik, aku rasa sedikit janggal di situ. Bukanlah aku mengatakan lakonan Jeremy Renner dan Gemma Arterton itu teruk. Cuma mungkin hubungan adik beradik itu agak janggal untuk sebuah pertalian antara dua superhero. Tapi, kepelikan itulah yang menjadikan Hansel & Gretel berbeza. 

Erm, dari segi watak aku agak suka Edward sebenarnya. Even watak tu agak kecil, tapi persembahannya agak cute dan menarik. Watak Edward si troll ni tak menggunakan CGI sepenuhnya seperti troll dalam The Hobbit tetapi sebaliknya mencampurkan CGI dan kadangkala menggunakan animatronik (bahagian robot dikawal oleh manusia). Itu yang menjadikan watak Edward lebih real dari watak troll dalam filem The Hobbit. 

Famke Jansen nampaknya macam tak best je tengok dia jadi jahat. Mungkin disebabkan wajah yang dimake-up hingga jadi macam tu menyebabkan wataknya hilang seri. Malah, watak antagonis nampaknya agak jarang muncul dalam konflik yang sukar. Kesemuanya nampak dipermudahkan sekaligus tidak mencabar watak Muriel untuk menjadi antagonis yang sempurna. 

Mungkin negatifnya aku boleh katakan unsur unsur fantasi memang ada. Cuma, mungkin disebabkan aksi yang terlalu banyak, penonton mungkin akan rasa sedikit bosan sekali sekala. But, the movie is all about action! And also 3D! So, rasanya tak ada masalah jika anda menonton dengan kacamata 3D sebab banyak syot direka untuk pengalaman ini. 

Overall, Hensel & Gretel: The Witch Hunter nampaknya cuba menjadi satu watak superhero di akhir cerita. Dengan jalan cerita yang simple dan aksi yang padat (walaupun aku rasakan Jeremy Renner dan Gemma Arterton tu lebih mirip kekasih dari adik beradik), Hensel & Gretel menjanjikan aksi yang banyak darah. Bersedia dengan adegan ngerinya dan darah yang banyak! 

4/5

Sunday, January 20, 2013

Review: Minyak Dagu

Sebagai filem pembuka tirai 2013, memang Minyak Dagu membuktikan yang dia sebenarnya cuba habis baik untuk improve. Mungkin dah ramai orang kata yang dia bikin filem sebab nak untung, sebab tulah improvement dilaksanakan dalam filem ini. Ya, ada banyak peningkatan dari segi kualiti visual dalam filem ini. Malah, skripnya juga memang tahap berbeza dari filem seram yang lain. Minyak Dagu memang ada banyak keistimewaan walaupun ada kekurangan sikit sikit. 

Pertama sekali, apa yang menarik aku nak cerita di sini ialah perubahan total karakter Yana Samsudin. Nah kau, ini adalah karakter rasuk rasuk seram yang agak menguji pelakon ini. Dan pada pandangan aku, walaupun dengan babak babak biasa dalam filem filem MIG, Yana berjaya membuktikan yang dia hebat memegang apa saja watak. Aku cukup suka karakternya yang jauh berbeza dari karakter karakter manjanya dalam filem filem lain. 

Apa yang menarik dalam filem ini, ianya adalah seperti sebuah filem cinta simple dengan perebutan yang mengingatkan aku kepada filem filem rebut merebut aweks di Hollywood. Bukan ianya satu penciplakan. Ianya adalah permainan idea yang bijak dalam cara mengadaptasi satu isu yang memang belum pernah diceritakan. 

Azahari Zain yang sebelum ni pernah mengarah Mantra nampaknya memang menjanjikan sesuatu yang luar biasa dalam filem ni. Malah, endingnya memang mengingat kepada filem filem seram klasik yang endingnya menampakkan satu unsur mistik sebagai balasan atau akibat. Yang itulah menjadikan ending filem ini terbaik walaupun plotnya agak simple walaupun sedikit twist diselitkan dalam cerita ini. 

Amat hebat kualiti visualnya. Ianya mengingatkan aku kepada Sumpahan Kum Kum dari aspek penceritaannya. Permainan skor muzik aku suka. Aku amat menanti babak babak sunyi yang hanya ada bunyi latar dan dialog. Dan inilah filem MIG yang aku cari. 

Dari segi lakonan, jujurnya aku tak berapa rasakan Fizo Omar agak kuat sebagai hero. Namun, Fezrul Khan yang menampakkan kekurangannya dalam Sumpahan Kum Kum nampaknya hebat lakonannya. Mungkin dengan perwatakan yang terlakar dalam skrip menampakkan satu sisi karakter yang ada dua dalam satu (unsur jahat dan unsur baik). Watak Fizo juga ada unsur jahat dan unsur baik yang dimainkan dengan sempurna. 

Namun, aku rasa kekurangannya adalah pada babak akhir filem yang memang aku agak bingung. Aku sendiri tak faham dengan dialog sebelum flashback Azman cari bomoh untuk dapat minyak dagu. Dialog Johan yang menyatakan “semuanya bermula pada malam majlis tahlil arwah mak”, aku agak confuse sama ada itu adalah tahlil atau… errr… bacaan yassin sebelum ibu Emelda dikebumikan? Aku juga bingung adakah insiden ‘tahlil’ berlaku dalam satu malam sehingga watak Azman mati? 

Bukan apa, jika dialog Johan ialah “semuanya bermula pada malam majlis tahlil arwah mak”, aku rasakan ianya patut selang semalam or dua malam. Sebab apa yang aku faham, “pada malam tahlil arwah mak” bermaksud malam lain sebelum malam insiden akhir. Namun, apa yang aku nampak, dari insiden Azman lari ke rumah tok bomoh, dan juga ibu Emelda dikuburkan, ianya dalam satu malam yang sama. Agak membingungkan! 

Apapun, walaupun endingnya ada sedikit kebingungan, aku rasa tak ada masalah dengan filem ini. Horror kali ini lebih teratur dan dialog dialognya lebih ‘kurang ajar’ dan juga berani. Minyak Dagu mungkin sebuah filem MIG yang hebat dari segi visual, lakonan Yana dan Fezrol, malam juga dialog dialog yang agak hebat. Namun, aku rasakan kekemasan jalan cerita yang tidak dijaga kemas di akhir hanya membuatkan aku menyatakan yang plotnya sederhana. 

4/5

Friday, January 18, 2013

Review: Sepah The Movie

Bila Sofarz buat movie, aku rasakan Sepah The Movie memang akan kaboom. Hancur. Bukan apa, dengan filem yang mengangkat sebuah kumpulan komedi popular, membandingkan dengan bagaimana teruknya Sofarz The Movie, aku rasa ceritanya pasti hambar. Sepah The Movie memang akan hancur sepertimana filem yang menonjolkan nama pelakon itu sendiri seperti Sofarz. Tapi, oh tidak tidak! Semuanya aku tarik balik. 

Filem ni memang menampil Sepah-style yang agak baik dan cukup rencah. Walaupun drama komedinya nampak seperti tak ubah seperti komedi di saluran tv, gayanya nampak menjadi. Tahniah kepada penulisnya yang berjaya membawa idea ini menjadi sehebat ini. Jadi, Sepah The Movie berjaya memijak Sofarz yang tidak membina cerita yang menarik. 

Aku bukanlah peminat Sepah. Tetapi, aku tahu mereka. Aku tahu gaya komedi mereka. Dan aku rasa Sepah The Movie memang tidak membawakan 100% komedi Sepah. Tak ada perkara yang berlebih lebihan dilakukan kepada setiap adegan yang sehinggakan membenarkan penonton untuk rasa meluat. Serius, ceritanya, komedinya cukup cukup rasa. Sesedap drama tv di Astro Warna. 

Ya, filem ini memang mengingatkan aku kepada filem Bujang Lapok. Malah, filem ini juga mengingatkan aku kepada ragam tiga orang konon konon cacat merebut seorang perempuan dalam Bujang Terlajak. Dua filem ini nampaknya berstruktur sama cuma apa yang membezakan hanyalah insiden insiden komedi yang berlaku yang dibuat acuannya ikut penulisan dan keadaan. Menariknya cerita ini ialah kerana ceritanya yang simple. 

Selain simple, bagaimana penulisan filem ini memberikan imbangan terhadap hobi Jep, Shuib dan Mamat, watak antagonis ala Hindustani iaitu si Based dan juga cinta Jep dengan Ayu Sofea semuanya tidak ditinggalkan dalam setiap babak. Semuanya dibawa hingga akhir sehinggakan aku dapat rasakan komedi dan emosinya walaupun semuanya sudah dapat diijangka sebab patern filem ini yang nampak macam Hindustani. 

Tahniah walaupun aku rasa ianya seperti sebuah drama. Sepah The Movie memang cukup menggembirakan. Pastinya pagi peminat Sepah, filem ni memang akan mengeletek giler giler punya. Pada aku, yang hanya menonton dan mengambil tahu, hanya memerhati dan sekali sekala tersenyum. 

Tabik kepada Syuib kerana lakonannya memang berkesan dari anggota Sepah yang lain. Jep pula masih dengan mimic mukanya yang kelakar dan kadangkala beremosi. Memang hebat. Cuma malangnya, Mamat nampak ditinggalkan tanpa apa apa konflik dan hanya menyokong Jep dan Syuib. Jehan Miskin nampak macam tak bagus je jadi jahat. Tapi, komedinya aku respek walaupun tak menjadi. Dah mencuba sehabis baik. 

Tak banyak yang buruk pasal filem ni. Mungkin watak mamat pondan tu aku rasa tak perlu kot sebab Sepah sudah mampu menjana komedi mereka. Dengan skrip yang brilliant dan simple, aku rasa Sepah The Movie mungkin memang akan diakui best bagi peminat drama tv komedi khususnya. Bagi aku, aku akui penampilan Sepah dari segi penceritaannya lebih baik dari penceritaan filem Sofarz The Movie. Ke hadapan nanti, artis mana pulak nak buat filem guna nama sendiri? Jambu The Movie mungkin… 

3/5

Thursday, January 17, 2013

Review: Adik Manja Returns

Adik Manja 1974 memang best! Pada eranya, Adik Manja berjaya membawa satu cerita yang luar biasa. Dihimpunkan gadis gadis sebagai penyeri dan hanya satu saja wira, iaitu Cikgu Azmi yang berlegar legar dalam sebuah isu gender yang bermain main dengan komedi. Pada zaman itu, aku rasakan keberanian Adik Manja dengan keseksian ceritanya memang memberikan box office. 25 tahun lepas tu, Dharma Harun bawa kembali sekuel itu. 

Cikgu Azmi kembali. Namun, malangnya Adik Manja Returns tidak mampu memberikan seri Adik Manja yang asal. Malah, gaya olahannya nampak cuba mengadun pelbagai isu semasa tetapi tidak berjaya menjadi seperti format filem Adik Manja yang asal. Aku rasa, secara peribadinya, Adik Manja sebenarnya agak popular sebab karakter karakter dalam filem tersebut yang ada peminatnya yang tersendiri. Malah, event eventnya juga berkait antara satu sama lain. 

Dalam Adik Manja Returns, antara perkaitan yang menarik dan aku suka adalah penampilan cikgu Sofia dan juga beberapa siri flashback yang agak unik (menggunakan animasi). Mungkin penonton yang tak menonton Adik Manja akan merasakan animasi itu sia sia, tetapi bagi yang mengetahui salasilahnya, ianya akan berguna. Tetapi, aku rasa imbas kembali itu akan lebih menarik dan terkesan kalau digunakan visual asal Adik Manja. Mungkin itu lebih memberikan unsur kenangan kepada penonton. 

Tidak seperti Adik Manja yang dahulu yang lebih kepada insiden komedi dan punya satu atau dua plot yang bercerita, Adik Manja kali ini nampaknya berselirat dan terlalu banyak subplot yang dibina tak pasal pasal. Adik Manja versi Hafsham dahulunya lebih simple dan cukup baik garapannya pada zaman itu. Tapi kali ini, nampaknya garapan memang nampak berserabut dengan pengisian subplot yang entah pape seperti insiden ah long dan juga racing haram. 

Memang kehadiran Usop Wilcha dan juga insiden ah long India tu memang nampak sungguh tak ada guna dalam filem ini. Aku lebih mengharapkan kisah Cikgu Azmi itu dikembangkan dengan menjadikannya sebagai nadi kepada cerita. Tetapi, apa yang ditonjolkan hanyalah pergaduhan dua geng di sebuah kolej yang tidak henti henti tanpa memasukkan Cikgu Azmi yang bertindak sebagai penyelesai masalah. 

Aku mengharapkan juga watak Cikgu Azmi itu menjadi lebih sopistikated dan juga lebih bercorak seperti filem asal. Cikgu Azmi dalam filem ini dilihat tidak ada banyak karakter dan emosi dan hanya bertindak macam ‘akulah wira’ tanpa apa apa faedah. Aku nampak Cikgu Azmi tidak muncul sebagai penyelesai masalah sebaliknya hanya sebagai orang yang sekadar tunjuk muka dalam sebuah filem yang pernah box office suatu tika dulu. 

Aku agak hairan apabila sekuel ini mengembalikan watak Cikgu Dibah yang memang muncul dalam filem Adik Manja asal. Bukan apa, setting masanya sudah berjarak dan aku rasakan Cikgu Dibah ini sudah hilang dan jika ada pun mungkin sudah berkedut. Bukti zaman tersebut ialah pada watak Cikgu Sofia yang mana menjadi anak kepada pengetua asal dalam filem Adik Manja. Atau mungkinkah Dharma cuba mencorakkan watak unik itu sekadar untuk memori dengan mengembalikan Cikgu Dibah baru yang tiada kaitan dengan Cikgu Dibah lama? 

Dialog dialog skema kadangkala menjadi paparan. Memang nampak skema gilerlah! Tapi, bukanlah semuanya skema. Dharma kadangkala bijak membawa mesejnya dalam beberapa babak yang berkesan. Paling hebat adalah insiden insiden komedi di awal cerita yang memang gila nak mampus! Memang ketawa habis dengan keletah pelajar nakal kolej yang mengembalikan kegilaan Adik Manja yang dahulu. 

Overall aku tak rasakan Adik Manja menarik dari ceritanya. Ceritanya yang memang agak cincai dengan subplot yang memang tangkap muat menjadikan Adik Manja kali ini hilang seri. Namun, satu sudut positifnya, komedi filem ini memang cukup best pada awal cerita. Jangan bandingkan cerita ini dengan komedi lain sebab filem ini ada sentuhan gaya 70an yang berselit sedikit unsur moden. Komedi menjadi, cerita yang tangkap muat, dan memori yang cuba dikembalikan. Terpulang kepada korang untuk menilai. 

2.5/5

Wednesday, January 16, 2013

Review: Kahwin 5

Mungkin pada pandangan peribadi aku katakan yang ini adalah filem Showbiz yang paling simple dibikin walaupun dengan situasi yang melebih lebih. Bukanlah nak menyatakan yang kualiti ini teruk ke ape, Cuma aku nak katakan yang filem ini rasanya boleh dicambahkan dengan baik jika penulisnya lebih berani dan juga lagi terbuka. Ideanya dah cun, iaitu tentang kahwin sampai lima, which is very impossible dalam dunia nyata. 

Idea yang cun tu dah ok. Jujurnya aku tak kisahlah dengan idea tu sebab Nizam Zakaria sebelum ni dah menampilkan idea out of the boxnya melalui cerita kura kura bercakap. Tapi, yang aku fikirkan dan nilaikan adalah bagaimana pengembangan idea tersebut yang cuba dibawa untuk penonton. Nampaknya masih tidak mampu menampilkan sesuatu yang baru walaupun ianya adalah idea yang memang pelik dan hebat! 

Apapun, Kahwin 5 memang mengekalkan trademark filem filem Showbiz yang memang menarik untuk disaksikan. Dengan identitinya untuk mewujudkan filem tahap biasa dengan kualiti berbeza dengan filem MIG, nampaknya dengan kisah yang agak pelik ini, Kahwin 5 nampaknya boleh dibanggakan. CGInya, kredit titlenya yang agak comel dan hebat, juga visualnya juga memang menampilkan peneletian dari satu sudut. 

Dari satu sudut lain, terutama penceritaannya, Kahwin 5 nampaknya kadangkala goyah. Beberapa babak nampak berulang ulang saja isinya terutama sekali babak babak Dr. K hendak memilih untuk menceraikan isterinya. Rasanya dua kali babak yang hampir sama pengisiannya dimasukkan. Nampak macam tak ada babak lain untuk membawakan isu kahwin lima nih. 

Malah, penceritaan bagaimana datuk K berkahwin hingga empat itu nampaknya tidak berapa bagus untuk dipanjangkan menjadi sebuah babak yang panjang berjela. Aku rasakan, focus yang lebih baik haruslah diberi kepada watak Cico yang cuba meminta Dr. K untuk berkahwin dengan adiknya. Aku rasa, jika watak Cico dilebihkan, konfliknya nampak lebih umph sebab konflik utamanya adalah bermula dengan Cico dan akibatnya terjatuh kepada empat orang isterinya. 

Sekadar komen penonton biasa, aku rasakan komedinya memang seksi habis. Nampak berani. Itu yang agak tertelan air liur jugaklah dengan komedi double meaningnya. 

Entah kenapa aku rasakan agak janggal dengan babak Rahim meneledon Saadia, isteri Dr. K yang pertama apabila beritahu yang dia diculik Cico. Bukan apa, belum pun Cico beritahu yang dia sedang mengekori kereta Dr. K (Rahim hanya beritahu yang dia berada atas lebuh raya dan bukannya tindakannya mengekori van Cico), tetiba saja bini Dr. K tu suruh follow van. Macam pelik jer… ada terlepas tang mana mana? 

Malah, watak Sofi Jikan nampaknya ditinggalkan macam tu je sepanjang filem dan hanya digambarkan melalui panggilan telefon saja. Konflik nak ceraikan isteri yang rasanya berulang ulang saja isinya diceritakan lebih banyak. Itu yang kadangkala buat aku termenguap sebab aku mengharapkan si jahat Cico ini lebih dibawa ke dalam untuk menjadikan konflik itu utuh dan bukan hanya sekadar watak sampingan. 

Lakonan Usop Wilcha memang superb. Cuma aku rasa kegedikannya dan kegatalannya kadangkala memualkan. Namun, aku tak menyangka pula yang Usop Wilcha ni bijak bermain dengan emosi. Amat menyukai babak dia di Pavilion. Ada emosi. Kalaulah si Usop ni belakon watak serius mesti hebat kan? Antara isteri si Dr. K ni pula, lakonan Dian P. Ramlee nampaknya best. Manakala Norish Karman pula tenggelam habis. Andrea Abdullah cuba untuk terbaik namun biasa biasa saja. Marsha sederhana. 

Ending yang memang agak pelik dan tak masuk akal nampaknya macam menunjukkan filem ni tersepit dalam menyelesaikan konflik kahwin lima nih. Entah kenapa aku rasa tindakan Fara nampaknya amat baik untuk dijadikan konflik tetapi sebab musababnya (yang diterangkan di akhir filem) nampak tersangatlah agak longgar dan tidak dapat diterima oleh aku. 

Apapun, Kahwin 5 memang idea out of the box. Malangnya, penceritaannya yang masih tidak menjadi luar biasa menjadikan filem ini sebuah filem komedi biasa. Apa yang luar biasa hanyalah permainan visualnya yang baik. Dengan Usop Wilcha yang kadangkala menjengkelkan, mungkin aku rasakan Kahwin 5 sebuah filem yang punya cerita sederhana tetapi punya kualiti visual yang lebih baik dari filem murahan MIG. 

2/5

Tuesday, January 15, 2013

Video: I Am The Almighty Allah...


Video Sharifah Zohra Jabeen, Listen! Listen! Listen telah membawa aku kepada satu video lain. Aku rasa, video ini cukup sukar nak dicari. Mesti ada yang bertanya, eh, video I Am The Almighty Allah tu kat mana nak cari eh? Hah, nah, admin berikan videonya. Selamat menonton dan selamat berkongsi dengan rakan rakan. Video ini diterbitkan UKIM Dawah Centre, Birmingham.



Video ini menceritakan bagaimana huru hara kiamat dalam persembahan CGI dari beberapa filem yang diedit dengan kemas, dan juga adunan bunyi yang mengagumkan!

Video: Sharifah Zohra Jabeen, Listen! Listen! Listen


Tiba tiba saja Sharifah Zohra Jabeen yang mana merangkap Jawatan Presiden Organisasi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) menjadi viral di Facebook dan Youtube. Admin pun tak berapa nak ambil kisah sangat pasal menda ni. Tapi, ada satu video yang agak cun dibikin seorang pengupload video di youtube yang diambil dari forum bertajuk 'Seringkah Mahasiswa dan Politik?' yang telah diadakan di UUM Sintok, Kedah pada 8 Disember 2012.

Mungkin sebab Sharifah ini yang berkata "Listen, listen, listen" berkali kali disebabkan tidak mampu menjawab soalan seorang penonton, perkataan tersebut menjadi trademark dan viral masa kini. Jom tonton, bagi yang belum tonton.

video asal

video versi remix! LOL

Ada satu video dalam video asal bercakap tentang huru hara kiamat. Jika anda berminat, tonton dan downloadlah untuk kesedaran di sini.

Sunday, January 13, 2013

VFX Breakdown: The Avengers


10 Januari 2013 yang lalu, ILM akhirnya telah mengeluarkan video berdurasi empat minit menunjukkan proses keseluruhan pembikinan lebih banyak babak babak CGI menarik di dalam filem The Avengers. Sebelum ini, admin ada menunjukkan satu klip yang menunjukkan pembikinan babak aksi akhir filem ini yang agak mengagumkan. Videonya boleh ditonton di sini.

Jom tonton! Dan selamat terpegun!

Wednesday, January 2, 2013

Update: Tiada Had Harga Bagi Smartphone Untuk Rebat - KJ & Rais


Ini adalah kemaskini dari entry senarai telefon bimbit untuk rebat RM200.

Dengan pelbagai kritikan ramai disebabkan oleh had harga telefon pintar ke RM500 untuk layak mendapat rebat kerajaan sebanyak RM200, kini nampaknya berlaku sedikit perubahan. Perkara ini dikongsikan oleh Rais Yatim melalui Twitter beliau, mengatakan kabinet telah bersetuju untuk menawarkan apa jua telefon pintar dengan rebat RM200 bagi mereka yang berkelayakkan. Namun, mungkin perkara ini masih tertakluk kepada syarikat telekomunikasi ataupun pengedar dan penjual dalam menawarkan pakej serta pelan untuk sesuatu peranti tersebut. Rebat RM200 ini disediakan oleh kerajaan untuk para belia berumur 21 hingga 30 tahun, dalam memudahkan mereka mengakses gaya hidup digital dengan mudah. Bagi mereka yang berminat boleh mengakses halaman rasmi di SKMM untuk mendapatkan info lanjut berkenaan dengannya.

Bagi yang ingin memohon, permohonan online untuk rebat ini anda boleh rujuk di sini.

sumber: gempak.org

Semakan Keputusan BR1M 2.0


Berikut adalah cara semakan keputusan BR1M 2.0. Tarikh bayaran BR1M akan dilaksakan mulai bulan Februari 2013. Oleh itu, ketua isi rumah yang tercicir dari senarai penerima BR1M yang lalu atau belum pernah memohon masih berpeluang berbuat demikian. Kerajaan menggalakkan lebih ramai individu bujang memohon untuk mendapatkan BR1M 2.0. Pendaftaran BRIM 2.0 akan terus dibuka sehingga satu tarikh yang akan diumumkan kelak 

Bagi yang dah memohon, anda boleh semak status permohonan BR1M 2.o dengan cara menelefon talian hotline 1-800-222-500/1-300-88-3010 mulai 11 Februari 2013 ini. Talian hotline tersebut akan beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari bekerja. 

p/s: maklumat akan dikemaskini.


info asal: melvister