Akan Datang!

Wednesday, May 30, 2012

Neelofa @ Cosmopolitan Edisi Jun 2012


~Waw~

Edisi Jun 2012 majalah Cosmopolitan menampilkan artis seksi muda remaja, Neelofa menjadi cover girl. Sebelum itu, Neelofa juga pernah menghiasi kulit depan majalah Intrend pada Februari 2012.



Gadis yang punya Bachelor of Business in International Trade & Marketing ini yang berasal dari Kelantan ini nampaknya semakin giat menempa nama. Bernama penuh Noor Neelofa bt. Mohd Noor, anak ketiga dari sembilan adik beradik ini tampil berani dengan pakaian yang seksi dan mencetuskan kontroversi.

 ~
  ~

Makanya, pastinya pembeli pembeli majalah ini datang dari dua pihak. Satunya, peminat setia majalah Cosmopolitan dan InTrend. Satu lagi, peminat Neelofa. Anda di kategori mana? 

Sumber gambar dari:

Tuesday, May 29, 2012

Sneak Peek: Untuk Tiga Hari


Sebuah lagi karya Ahadiat Akashah bakal menemui para penonton tidak lama lagi. Filem bertajuk Untuk Tiga Hari ini adalah satu lagi karya filem adaptasi terbitan Tarantella Pictures yang mana sebelum ini menerbitkan filem laris pecah panggung, Lagenda Budak Setan dan juga Ombak Rindu. Dengan meletakkan harapan kepada pengarah yang luar biasa pemikirannya, Afdlin Shauki, Untuk Tiga Hari bakal membawakan sentuhan Afdlin yang pertamakalinya mengarahkan filem romantik.


Mengisahkan bagaimana dua pasang kekasih yang berkahwin atas desakan keluarga memutuskan untuk berpisah selepas tiga hari perkahwinan, filem ini dibarisi pelakon pelakon seperti Afdlin Shauki sendiri, Vanida Imran, Rashidi Ishak dan jugak Ayu Raudhah. Filem ini bakal berada di pawagam pada 20 September 2012. Untuk perkembangan terkini, lawati fanpage rasmi Untuk Tiga Hari di sini.

Monday, May 28, 2012

Review: The Raid - Redemption

Menghampiri sebuah filem aksi Hollywood, Indonesia sudah bersedia untuk menunjukkan kualiti taraf Hollywoodnya ke mata dunia. Seluruh dunia, malah jirannya Malaysia menantikan filem ini di pawagam. Bayangkan akan penuh peminat Ong Bak (filem aksi Thai) dan juga yang mengetahui kehebatan pembuka tirai Merantau beberapa tahun lalu. Pastinya The Raid ataupun bernama asalnya Serbuan Maut bakal menjadi fenomena di Malaysia. 


Menanti hanya di kaca tv ataupun DVD. Satu pengalaman yang agak kurang baik dan tidak berapa sedap. Tertanya tanya kenapa filem ini tidak mendatangi jirannya, atau mungkinkah jirannya menutup pintu sebab malu kita tidak mampu buat seperti itu? Persoalan yang agak menarik untuk difikirkan. Terserahlah. 

Terbaik dari Iko Uwais dan juga Gareth Evan, The Raid nampaknya internasional dalam segala aspek. Apa yang memelayukan The Raid hanyalah pada adegan solat Rama pada awal filem dan juga lagak bahasa Indonesia. Yang lain, The Raid tak ubah seperti sebuah filem aksi gred B (filem aksi untuk home entertainment) Amerika yang berjaya dan sukses. Gareth Evans sebagai seorang pengarah kulit putih berjaya membawa filem ini untuk dihiaskan muziknya oleh Mike Shinoda, menjadikannya gempak. 


Membandingkan Merantau dan The Raid, The Raid lebih ganas dan agak banyak darah. Banyak scene yang mengerikan sepertimana menonton filem slasher. Walaupun begitu, apa yang difokuskan adalah bagaimana koreaografi aksi silat yang diadaptasi dalam persembahan yang menakjubkan dan memukau. Itu perkara utama. Menonjolkan aksi yang luar biasa. 

Plotnya simple. Sekitar 40 minit pertama filem ini, anda bakal disajikan dengan adegan tembak menempak pasukan SWAT yang terperangkap di pangsapuri yang dipenuhi pelbagai orang jahat ini. Adegan yang begitu menakjubkan, sekali sekala melihat peluru slow motion yang indah tetapi diakhiri dengan percikan darah yang menggerikan. 


Walaupun pada pandangan aku, lakonan Iko Uwais kurang diberi penekanan, aku rasa ada improvement dalam lakonannya. Koreografi aksi yang agak brutal dan visual yang meyakinkan nampak kemas dan kejam.Memang tidak dinafikan Iko Uwais juga pelakon Yayan Ruhian memang menjadi tumpuan. Di pihak jahat, Yayan Ruhian nampak hebat dengan karakternya. Kadangkala Yayan lebih menyerlah dari Iko. Tapi, keseluruhannya, dua dua sama hebat. 

Namun begitu, permainan emosi dalam filem ini, kisah adik beradik Rama nampaknya tenggelam. Pada pandangan aku drama itu cuba untuk memancing emosi tetapi tidak berjaya disampaikan dengan baik. Walaupun begitu, aku rasa adegan Mad Dog melawan Rama dan abangnya dalam sebuah bilik adalah aksi terhebat yang patut anda saksikan dalam filem ini. Persembahan memukau 2 lawan satu. 


Bukannya pujian ini menyatakan filem Malaysia kurang bahagia di sisi filem Indonesia. Cuma sekadar menyukai filem The Raid yang diedar Stage 6 (pengedar filem Gred B) anak kepada Columbia Pictures ini. The Raid mungkin tak dapat dibanggakan sebagai filem Malaysia, tetapi pada aku yang berada dalam lingkungan Asia, aku rasakan The Raid adalah satu2nya filem berbahasa rumpun Melayu yang terbaik dalam genre filem aksi. Malaysia kita mampu, cuma jangan menunggu. 

Lupakan tentang plot. Jom lihat style aksi kisah ini. Membandingkan filem ini dengan garapan The Expendables mungkin selayaknya boleh. Tetapi The Raid punya garapan tersendiri. Dengan elemen Asia, The Raid memang sebuah filem aksi yang hebat untuk tahun ini. Sudah basi dengan muay thai, kini bolehlah penonton beralih arah memandang ke Indonesia, di mana produksinya agak baik tugasnya, walaupun dirajai seorang orang puteh. Kesimpulannya, tak salah berguru dari penjajah. 

4.5/5 

p/s: aku tidak yakin Jiwa Taiko arahan Osman Ali bakal menjadi filem aksi silat yang hebat. Maaf...

Sunday, May 27, 2012

Review: Nongkrong

Klon Ngangkung? Hah, betul lah tu kalau korang tak tengok lagi keseluruhan filem ini. Menampilkan sebuah sisi kehidupan mat nombor ekor, sekali lagi Nongkrong membawakan agenda itu ke satu tahap yang lebih baik. Ternyata, Nongkrong meminjam promosi Ngangkung dengan membiarkan penonton berspekulasi tentang adakah filem ini mirip filem tersebut dan akhirnya cuba membentuk cerita lebih kurang sama mesejnya tetapi dengan naratif yang berlainan. 

Soalan yang biasa ditanya, jika namanya sudah mirip filem Ngangkung, mampukah filem ini menarik penonton. Sudahlah ceritanya berintikan mesej yang sama, mungkin juga para penonton sudah muak dengan cliche ending filem seram keluaran MIG. Pada pandangan aku, Nongkrong hanyalah sebuah filem seram yang sedikit hebat daripada Nongkrong. Perbandingan tidak boleh dielakkan, kerana hanya dua filem ini saja berpijak atas inti main nombor ekor dalam zaman milenia ni. 


Keseluruhannya, Nongkrong menghiburkan. Sememangnya sekali sekala lawaknya nampak sedikit memualkan, tetapi keseluruhannya, memang boleh tahan. Nongkrong tidaklah membawakan klon Ngangkung. Bermula dengan sebuah upacara minta nombor ekor yang menjadi pemisah kepada dua cerita, Nongkrong bergerak ke dua arah. Satunya, kisah tiga lelaki ini yang sibuk nak kejar duit nombor ekor, dan duanya, kisah hantu yang sibuk nak bersama dengan suaminya. 


Ianya sebuah kisah yang agak baik. Kisah hantu yang sedikit berbeza. Tetapi, malangnya, Nongkrong dipenuhi dengan adegan yang biasa saja dilihat dalam mana mana filem Metrowealth. Bomoh, upacara, dan juga jampi yang entah apa apa menjadi hiasan dialog dialog. Tidak dinafikan bahawa segelintirnya jenaka yang agak baik, tetapi tak mungkin aku mampu bertahan dengan dialog ritual yang nampaknya semakin murah dan low class tersebut. 

Trademark itu trademarklah jugak. Tetapi, itu nampaknya seperti sebuah pengisian sia sia. Percakapan yang tidak masuk akal dan kata kata yang agak tidak menentu dan no motif. Sekadar hanya untuk mengundang tawa dari penonton yang kononnya kelakarlah dengan bacaan bacaan jampi serapah what the hell tersebut, ah, itu bukan standard aku. 


Apapun, bukanlah Nongkrong jenaka murahan. Walaupun iya, tak dapat dinafikan ianya sebuah filem jenaka murahan (ah, nampaknya aku kena akui Nongkrong jenaka murahan jugaklah). Walaupun begitu, sebuah filem yang hanya dihasilkan untuk hiburan dan mesej biasa biasa sebegini memanglah sesuai untuk tontonan santai (walaupun pada akhir tu, babak bogel yang agak tidak menjadi cuba mereka fantasi seksual pada penonton, untuk tujuan gelak dan senyum sorang sorang). 


Perhatikan hujung filem ini yang agak menarik untuk diperbincangkan. Meminjam ujung cerita Ngangkung (walaupun sedikit berbeza tetapi hampir sama), Nongkrong nampaknya lupa sesuatu. Satunya, Nongkrong gagal menjelaskan bagaimana duit pembedahan anak si Aman. Malah, Nongkrong juga gagal menjelaskan kenapa hantu Paya Bakau mengejar Aman dan Cumi sedangkan mereka hanyalah dayang kepada hantu Paya yang ingin dikahwinkan dengan Bada. Malah, watak lakonan Man Raja Lawak iaitu ustaz yang mana merangkap abang kepada Aman juga nampak tidak masuk akal. 

Biasalah, dalam mana mana filem hantu, tok bomoh seperti tahu semua dan di mana musibah akan melanda. Dalam kes Nongkrong, abang Aman tetiba saja muncul di akhir filem untuk menyelamatkan tiga orang ni. Bagaimana abang Aman boleh tahu mereka di situ pun tidaklah dijelaskan. Malah, hubungan Abang Aman dengan Aman juga tidak berapa bijak garapannya. Kenapa kalau Aman sudah memerlukan duit untuk biayai kos perubatan isterinya, minta je pinjam dari abangnya? Abangnya kan pakai Mercedes. 


Malah, jika anda perasan, wajah 1 Malaysia dalam filem ini pelik sangat. Filem ini seperti sebuah pameran pelbagai jenis tok bomoh yang mengarut dan bengong. Aku tanya pada diri aku, ini filem KOLEKSI DUKUN PELBAGAI KAUM ataupun filem NONGKRONG? Macam macam jenis bomoh dan ritual yang direka. Seperti lagu Najwa Latiff, scene dalam filem ini kosong kosong..... Hanya penuh dengan ritual, tetapi cerita tidaklah setara mana. 


Keseluruhannya, boleh aku katakan yang Nongkrong adalah filem biasa yang menghiburkan. Bagi yang muak dengan adegan tok bomoh tu, ini bukan untuk anda. Hiburan santai dan sedikit lucah (mesti Ahmad Idham seronok bila adegan bogel bila tengok hantu ditiru masuk dalam filem Ismail Bob Hashim nih). Nongkrong memberikan pengajarannya tentang keburukan main nombor ekor. Boleh la aku katakan yang Nongkrong adalah lebih hebat satu aras daripada Ngangkung. 

3/5

Monday, May 21, 2012

Sneak Peek: Skyfall


Filem ke 23 James Bond bakal berada di pawagam sekitar November tahun ini. Filem yang diberi tajuk SKyfall itu diterbitkan Eon Productions untuk edaran MGM, Columbia Pictures dan Sony Pictures Entertainment. Diarahkan oleh Sam Mendes, file mini menampilkan lakonan ketiga Daniel Craig sebagai James Bond. Filem ini juga akan menampilkan Javier Bardem sebagai Raoul Silva, watak jahat filem ini. Skyfall mengisahkan bagaimana kesetiaan James Bond terhadap M teruji disebabkan satu tugas silam. Apabila MI6 diserang, nampaknya James Bond sahaja menjadi harapan untuk menghalang ancaman tersebut. 

Pada 21 Mei 2012, sebuah teaser trailer sudah direlease di Youtube. Video yang member ruang untuk penonton melihat ke dalam 1 minit filem tersebut kini boleh ditonton di Youtube. Anda boleh juga menontonnya di bawah.


Skyfall mengekalkan Judi Dench sebagai M, ketua MI6 dan pegawai tertinggi Bond. Filem ini adalah filem ketujuh yang mana Judi Dench terlibat dalam melakonkan watak M. Gadis Bond kali ini ialah Naomie Harris yang mana memainkan watak Eve. Filem ini dijadualkan akan berada di pawagam sekitar awal November 2012.

31 Julai 2012, sebuah lagi trailer yang mendedahkan lebih banyak aksi aksi di sebalik filem terbaru James Bond diterbitkan. Nah, selamat menonton!

Sunday, May 20, 2012

Review: Berani Punya Budak

Dah lama aku tak gelak besar menonton filem Melayu. Ini bukan filem kelakar calang calang. Berani Punya Budak ada aura baru dalam persembahannya. Dan mungkin yg kurang memahami gaya komedi filem ini diam membisu atau keluar panggung. Bagi yang memahami gaya persembahan komedi lip sync yang pertama kali dicuba Afdlin, ianya sebuah filem kelakar tak hingat dunia. Aku salute pada Berani Punya Budak kerana perancangannya yang agak baik. Filem ini menjadi!

movie mistakes filem ini:


Few years ago, aku sempat menonton Brave, filem Thai lakonan Afdlin. Siapa yang tonton filem Brave, korang akan sedar yang babak dalam filem Berani Punya Budak adalah diambil dari filem Thailand tersebut. Cuma bezanya, Brave adalah komedi aksi Thailand yang lebih kepada aksi komedi biasa arahan Afdlin dan seorang pengarah Thai. Filem Brave itu diterbitkan semula dalam versi Malaysia dalam gaya komedi lip sync yang tak pernah dicuba bersama tambahan babak yang tidak pernah ada dalam filem Brave. 


Hah, kerja yang cukup hebat. Faktanya, 90% daripada dubbing pelakon Thai sebenarnya menggunakan suara Afdlin sepenuhnya. Sila rujuk kredit title sebagai bukti (orang kita jarang tengok kredit, lepas habis filem terus blah dari panggung). Mengingatkan aku kepada kerja Faradiable yang selalu ditonton dalam youtube. Ya, ramai yang kata Afdlin sebenarnya terinspirasi dari kerja si mamat ni. Tetapi tak boleh la kata begitu. Hollywood dah pernah buat filem sebegini dulu. Sila google filem bertajuk Kung Pow: Enter The Fist. 



Jika Berani Punya Budak adalah sebuah filem Melayu sepenuhnya, aku tabik spring sama kerjasama yang dijayakan produksi filem ini. Lakonan aksi Mike B (pelakon Thailand) yang memang tangkas berlawan serta koreografi aksi yang cantik memang memberi keterujaan penontonan. Gaya Thailand yang tak ubah seperti menonton filem aksi Thailand memang luar biasa disebabkan ini adalah filem Malaysia. Bukan senang wo nk tgk aksi macam tu dalam filem kita. 


Dari segi komedi, aku tak ada masalah. Tetapi, aku dapat kesan few editing yang nampak agak kurang kemas dan tidak menjadi dengan baik. Susunan filem ini yang mengalami beberapa perubahan dek adjustment untuk plot dan ceritanya kadangkala tidak dapat dijaga dengan baik. Perhatikan saja adegan akhir dimana Tong dan B yang terikat tetiba saja terlepas ikatannya entah macam mana. Lubang plot yang tidak dijaga dengan baik. 


Apapun, Berani Punya Budak memang sebuah filem santai yang agak baik. Jika anda mahu rasai keseriusan plot sebenar filem ini, aku rekomen korang tonton cite Brave yang lebih serius walaupun ianya komedi. Dengan elemen aksi yang hebat dan dijana dengan komedi yang kelakar tak hengat, Berani Punya Budak satu percubaan yang cukup baik dari Afdlin. Afdlin memang seorang yang berani mencuba, dan ternyata ianya berjaya. Ada jugak filem yang baik selepas asyik menonton filem yang tak berapa nak hebat sejak kebelakangan ni.

4/5

Friday, May 18, 2012

Review: Mantera

Mantera oh Mantera. Aku rasakan kehebatan kau nampaknya hanya sedikit. Walaupun begitu, aku tabik pada pembikin pembikin yang berani membawakan agenda barat sebegini yang membuatkan filem ini dikatakan satu peniruan. Pada aku, peniruan tidak salah. Selagi peniruan mampu membawa kegembiraan pada si penonton, lantaklah apa pun. Penonton suka, korang kaya, aku tumpang glema! Tak gitu. Ha3. Pengalaman menonton Mantera, sebuah filem sci-fi berakhir dengan kata dua, tidak sempurna sebuah filem itu tanpa kritikan membina. Ada pro and kontra pada apa aku nak kata. Harap dapat terima. Menonton di Jitra Mall Cinema, jam 4 petang, hall 4 pada 18 Mei 2012. 


Ya, aku pun rasa Mantera nampak mirip filem robotik jepun. Ya, ada juga yang membandingkan ia dengan filem Transformers. Pada aku, filem ini memang tidak dapat lari dari perbandingan. Filem G.I Joe (pada setting markas Major Aiman), robot2 jepun (pada robot Azman), Tron (pada game yang Azman main) dan pelbagai lagi. Tetapi, kalau bab nk banding membanding ni filem mana pun tak akan habis kalau kita nak banding membanding. So, lets look at Mantera sebagai sebuah entiti tunggal dengan gabungan idea dari filem filem kebanyakan. 

Aku akui momentum Mantera bermula dengan gah. Dengan permulaan filem yang meyakinkan (aku pasti penonton akan mengaitkan naration awal filem ini dengan naration awal filem Transformers), filem ini bergerak dengan tunggak yang agak baik. Malangnya, dengan ketidak sempurnaan binaan scene by scene pada tengah cerita, filem ini nampaknya cuba menutup kemaluannya yang sudah terdedah dari zip yang terkoyak dengan kain pelbagai warna yang agaknya jelas tidak menjadi. 


Maksud aku, kemaluan ini tak ubah seperti satu penipuan. Itu negatifnya filem ini. Dengan permulaan perlawanan robot yang even CGInya gred B tetapi meyakinkan, filem ini nampaknya menyulam drama dengan agak lama dan juga lambat. Siput babi pun agaknya dah sampai ke tanah masa drama drama tengah berjalan tu. Dengan persembahan robotik, boleh dikira babak aksi robotik dalam filem ini. Malah, babak yang ditunggu tunggu (scene kejar mengejar di jalanraya) nampaknya terlalu pendek. Hah? Takkan itu saja kau mahu sajikan. Aku belum kenyang bro! 

Malah, jika anda perasan, filem ini menggunakan lokasi yang ‘low budget’ dan tidak meyakinkan. Tengoklah, adegannya kat tepi pokok (masa Kevin suruh Azman keluarkan motor dari lab), kat gelanggang kosong (Azman tunjuk kehebatan) dan jugak kat tempat parking kereta (masa Azman dibawa ke dalam pesawat khas). It seems that semua lokasi nampak kurang jelas. Malah, keyakinan untuk penonton berfantasi tentang dunia Mantera nampak terhimpit dan tidak dapat disentuh. 

Azman juga nampak seperti binaannya diterbitkan dari ‘tulang’ Sam Witchwicky. Sebuah faktor untuk menjadikan ceritanya ada aksi wow dan berbaur linangan air mata, Mantera membawa kita melihat Azman yang nerd dan computer freak. Azman juga mangsa buli dan selalu dipandang rendah oleh tiga ekor mamat yang entah apa punya motif tak tahu selalu membulinya. Aku cuba untuk mencari titik emosi Azman. Tatkala Azman cuba untuk membawa emosi simpati kepada penonton, perasaan itu terputus dek penceritaan yang tidak berapa baik. 


Susunan babak demi babak yang nampak berkecamuk dan entah apa apa entah melemahkan Mantera. Come on lah, bayangkan dah sejam masa berlalu, boleh lagi kau selit adegan mesra kat tepi pantai. Ah, mood rosak wei. Let just focus on Mantera, sebab cerita ni tajuknya Mantera. Keseluruhannya, plot agak lewah dan sesetengah babak tidak mampu sampai kepada penonton. Namun begitu, aku rasa Mantera ada juga sisi yang layak dipuji. Kebangkitan sebuah semangat untuk berumah, demi industri filem tanah air. 

Tahniah aku ucapkan kepada krew. Filem ini, punya adegan yang impak menarik dan tertarik. Terutama sekali, adegan final battle Azman yang agak gempak even nampak gred B. Aku bagi huge clap sebab berjaya membina adegan battle yang agak susah juga nampaknya untuk dihasilkan. Walaupun koreografinya nampak tidak jelas dek detail robot yang terlalu kecil, ada certain slow motion part yang nampaknya membuatkan aku berkata wow. 


Teruja dengan muzik skor yang agak baik dan luar biasa, meremang bulu roma dan menyentap jiwa juga apabila adunan skornya nampak ada gaya Steve Jablonsky yang stylo. Itu adalah perkara yang hebat dalam filem ini. Dengan sound yang tidak mengecewakan, penontonan Mantera seperti menontonnya karya hebat luar negara (jika anda menutup mata pada penceritaan dan plotnya). Percayalah, the music score memang awesome dan menakjubkan. 

Aku menyukai permulaan awal yang agak meyakinkan (walaupun selepas itu tenggelam dalam pembinaan adegan yang agak kucar kacir). Pada awal filem, penonton dibawa ke Dubai, Russia dan juga Arab which dalam ertinya, aku boleh katakan filem ini internasional punya bajet (sekali lagi, jika anda menutup mata pada penceritaan dan plotnya). Seperti anda menonton sebuah Mission Impossible ataupun James Bond (sekali lagi, jika anda menutup mata pada penceritaan dan plotnya). 

Persembahan Azman nampak tidak sampai. Aku rasa, sisi hidup Azman tidak berjaya dinaikkan. Kalau berjaya, gamaknya Azman bakal mendapat emosi Sam Witchwicky dalam filem dot dot dot (comeonlah, takkan nak asyik bandingkan dengan filem tuuuuuuttt tu jer!). Lakonan Tomok nampak biasa, tetapi oklah. Meyakinkan pada sesetengah babak, tetapi masih tidak mampu melahirkan emosi kepada penonton pada sesetengah babak. Apapun, aku suka watak abang yang bantu Azman bersilat. Lagaknya dan suaranya menarik dan baik! 


Apapun, sekali lagi, buat kali terakhir, jika anda pejam mata pada plot dan penceritaannya, Mantera mampu berdiri sebagai genre baru di samping animasi tempatan. Malah, Cicakman boleh terkubur jika Mantera sempurna. Malangnya, kesempurnaan tidak hadir dalam filem ini. Tunggak utama sesebuah filem, ceritanya tidak dijayakan dengan babak yang kemas dan memberi emosi. Maka, Mantera rebah pada tiangnya yang utama. 

Dengan CGI yang agak ok dan meyakinkan (mari lihat skop animasi dalam industri filem Malaysia je, jangan dok banding dengan CGI hollywood yang gempak tu), Mantera punya bonus. Namun begitu, plot yang tidak digarap baik mungkin menyebabkan bonus tu hanyalah angan angan. Apapun, terserah pada anda untuk menilai. Mantera pada aku boleh dikategorikan sebagai sederhana (dalam skop genre filem sci-fi tempatan). Lets hope that kegagalan dan kecacatan filem ini dapat diperbaiki dalam filem sci-fi yang muncul di masa akan datang. 


Malaysia sebenarnya mampu. Kita sebenarnya perlu semangat untuk terus naik dan naik dan naik lagi. Ambik yang positif dan buang yang negatif, improvekan apa yang patut, let see apa Malaysia akan kata bila suatu hari nanti genre sci fi bakal menjadi antara genre box office di masa akan datang. Sekali lagi, Malaysia boleh lakukannya. Mantera hanyalah sebuah kebangkitan, walaupun kekalahannya kerana enjinya tidak sempurna pada tunjang utama. Sebelum akhiri, aku nak cakap, aku suka dengan logo FlareStudio dan SpaceToon yang mirip gaya Tron tuh. Gempak kot! 

2/5

Wednesday, May 16, 2012

Review: Uncle Usin


Uncle Usin ada idea yang baik. Malang dan lagi memalangkan, ceritanya tidak digarap dengan baik dan tidak menyentap emosi kala aksi sedang beraksi seaksi aksinya. Uncle Usin bukan sebuah komedi biasa. Itu tafsiran aku pada kala 1 minit pertama filem ini. Setelah menunggu dan terus menunggu, Uncle Usin tidak mampu naik dan mencapai kepala maksima. Kepala aku pening berfikir, dan kisah ini meninggalkan satu persoalan, perlukah komedi Uncle Usin yang hanya 2 minit di belakang filem menyesuaikan cerita ini dengan tajuknya? 

Uncle Usin sucks! Final konklusi. Tahun lepas aku hentam Abuya atas sebab keyakinan bahawa filem itu boleh untuk pergi maju ke hadapan. Tahun ini, Uncle Usin lagi rendah tarafnya dari filem tersebut. Dengan pengarah, penerbit dan penulis syok sendiri, Uncle Usin memang filem syok sendiri dan layak ditonton oleh orang yang mengarah, menerbit dan juga menulis. Ini filem 2012 yang terlepas kandang dan berani keluar DVD? Ingat lagi filem Misi 1511 yang sucks beberapa tahun lalu? DvDnya tiada di pasaran. Uncle Usin berani. Dengan ada AstroFirst, masuk juga ke situ dengan harapan mampu tebus maruah. Malangnya, gagal lagi menggagalkan. 
Walaupun begitu, Uncle Usin punya perkara yang si pengarah mahu sampaikan. Apa yang aku nampak, satunya filem ini mahu menonjolkan efek yang nampaknya banyak dalam filem ini. Namun, efeknya kadangkala terlebih guna. Overdose efek animasi menjadikan sesetengah babak menjengkelkan lagilah meloyakan. Perhatikan adegan Spy 11 bersilat pada awal filem yang bermula dengan rentak menarik (jurus yang kelakar), tetapi berakhir dengan loya (efek aura yang tak menjadi). 

Mati kau mati. Uncle Usin lagi teruk pada kerja soundnya. Dengan bunyi yang agak malas dan juga tidak kreatif, Uncle Usin punya bunyi yang teruk. Ah, apa lagi keterukan yang mampu aku katakan. Ianya sebuah filem yang tidak berguna untuk bercerita. Walaupun aku rasa Zizan hidup dengan komedinya, malangnya storyline agak hancur lagi membabi buta. Promosinya nampak meyakinkan dalam Astrofirst, tetapi janganlah korang terpedaya dengan iklan Astrofirst yang nampak mempromosikan Uncle Usin dengan agak menarik. Filem ni sucks bro! Sucks! 

Walaupun aku rasakan ada juga ketawa hadir dalam penontonan beberapa ketika, terutama part jurus jurus yang agak menarik, it still tak dapat meyakinkan filem ini ok atau not bad lah. It still sucks! Sorrylah terpaksa menggunakan perkataan sucks terlalu banyak. Nak buat macamna, filem ni sucks. Scene by scene terlalu lama dan membosankan. Dialog yang terlalu ‘bersahaja’ dan biasa. Ah, keterukan berganda senang cerita. 

Keseluruhannya, Uncle Usin kejatuhan dari usaha untuk bangkit. Pesan aku, tak payah bangunlah. Duduk diam diam, dan jadi lah apa yang ditentukan untuk jadi. Uncle Usin mungkin lebih hebat jika ianya bukan filem syok sendiri. Maksudnya, olahan dan perapian skrip dilakukan beberapa orang yang lain dan juga kerja dibahagikan dengan lebih ok. Kalau semua nak balun kat diri sendiri, memang filem ni untuk kau sorang jelah wahai penulis a.k.a pengarah a.k.a penerbit. 

1/5

Tuesday, May 15, 2012

Bangkang Dari Longkang: Komedi Gelap Pilihanraya


Bangkang Dari Longkang adalah sebuah siri video pendek yang menunjukkan sebuah dark komedi mengenai isu panas negara. Ramai nampaknya tidak berpuas hati dengan video dalam siri ini walaupun ianya tiada kaitan dengan mana pihak. Jom saksikan video bertajuk BILA PILIHANRAYA, yang memaparkan pelbagai ragam masyarakat dalam menentukan pilihanraya seterusnya.


Untuk video yang lain, anda boleh terus pergi ke laman Youtube Bangkang Dari Longkang di sini. Jangan terasa. Video ini untuk hiburan. Dibintangi Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik dan beberapa lagi bintang komedi popular tanah air.

Thursday, May 10, 2012

Review: Jangan Pandang Pandang

Sebuah filem entah apa apa dari Ahmad Idham. Dengan pengaruh Apa Celop yang melugai anak tekak, edisi seram komedi Ahmad Idham kali ini nampaknya membosankan walaupun ideanya bolehlah tahan. Dengan idea yang tak menjadi, cliché dan juga tidak digarap kemas, Jangan Pandang Pandang adalah sampah yang dibuang kepada penonton. Aku x dapat nak makan sampah ini. Sekadar melihat dan menghidu untuk mengenali tekstur dan bagaimana sampah ini boleh sampai ke sini. 
Keseluruhannya, aku rasakan Jangan Pandang Pandang jatuh dengan tidak bermaruah. Dengan dialog Zizan yang agak tidaklah kelakar mahupun gedik, aku rasa bom jangka Zizan tidak meletus. Aku gagal merasai serpihan dan luka luka emosi, juga beberapa elemen senyum tawa filem ini. Nampak terlalu nak cepat nak habis, dan twist yang baik namun simple sangat persembahannya. 


Apa motif Ahmad Idham membawakan lagu Apa Celop yang kononnya mahu dibudayakan itu ke dalam filem ini. Come onlah, aku kenal lagu itu dari drama bersiri di tv3, kau masukkan identiti itu dalam filem ini, hasilnya, filem ini telah meminjam identiti drama tersebut. Dalam ertikata lain, identiti filem ini di mana? Entahlah. Carilah sendiri. Sekadar memimik lagu skor indiana jones dan kononnnya mahu membawakan sebuah Malaysian style punya Indiana Jones, itu agak jauh tersasar. Iya, aku yakin itu faktor komedi yang mahu dibawakan. Malangnya, aku rasakan komedi itu gagal dan tidak berapa baik untuk filem ini. 

Lakonan Zizan agak mendatar. Entah kenapa, komedinya hilang. Tidak seperti Hantu Bonceng, lakonan Zizan tenggelam. Dengan Sara Ali yang pada aku tidak lah berapa sesuai gandingannya, filem ini memberikan komedi yang amatlah gedik dari aspek lain. Mana lagi kalau bukan dari hantu nyah dan hantu lawak versi Ahmad Idham tu. Maaflah, aku tidak mampu untuk ketawa melihat hantu tersepit jari, hantu pondan dan lain lain. Terlalu mengarut. 

Hanya memandang kepada hiburan, aku rasakan aku menyukai part lagu Wassini tu masa aku menonton trailer. Tetapi, bila aku tonton filem ini sendiri, babak itu semacam ada sesuatu yang tidak kena. Mana taknya, sampai dua lagu berjalan serentak. Mesti sound editor malas nk cut off lagu skor sementara. Perasan atau tidak, kadangkala ada scene yang lagunya kucar kacir. Malas dan sambil lewa kerjanya. 


Apapun, dari segi ceritanya, aku rasa Meor Shariman sudah memberikan twist yang baik. Tetapi malangnya, pengarahan Ahmad Idham nampaknya tidak mampu menterjemahkan segalanya dengan baik. Lompang plot nampaknya jelas kelihatan. Memang kita akan persoalkan diri kita, bagaimana orang asli itu tidak menolong mereka masa Yaya dan Ajib sesat? Apakehal pulak ada satu puak sedang menunggu artifak di kawasan terpencil itu? Malah, polis boleh tiba dalam sekelip mata di kawasan yang tiada liputan GPS. Malang sungguh. 

Jangan Pandang Pandang bercerita tentang komedi Ahmad Idham yang makin lemah lagi melemahkan. Artifak nampak besar bunyinya, tetapi, apa kegunaan artifak, dan bagaimana si pensyarah boleh pulak ada kuasa dan tukar Ajib jadi beruk tak ada penjelasan yang munasabah. Ending yang agak mengecewakan walaupun aku rasakan ideanya menarik. 

Jangan Pandang Pandang memang mengecewakan. Janganlah pulak ada yang mempertikaikan babak2 perkataan Hello kat baju Zizan yang kadangkala jadi HELL tu ya. Filem untuk hiburan tak payah nak buat benda serius. Sebuah filem ringan yang gagal menambat hati aku. Dengan Zizan yang memberikan lakonan yang agak kurang menyerlah, Jangan Pandang Pandang gagal di mata aku. Sebuah ‘Hantu Bonceng’ yang rebah dalam hutan. 

2/5

Wednesday, May 9, 2012

MTV - Kosong Nyanyian Najwa Latiff


Menerima lebih 80 ribu view sejak dimuatnaik pada March 3 2012 yang lalu, video klip rasmi Kosong nyanyian Najwa Latiff nampaknya boleh tahan juga hebatnya dari video klipnya sebelum ini. Dengan lagu yang santai dan lirik yang simple, Kosong adalah sebuah lagu yang bercerita tentang hati yang dipermainkan. Jom tonton video klipnya di bawah.

Thursday, May 3, 2012

Review: Seefood

Pertama sekali, aku rasa banggalah apabila Seefood ni adalah keluaran anak Malaysia walaupun aku tengok kat kredit, tak ada nama orang Melayu sesen pun. Walaupun begitu, dengan semangat 1Malaysia, aku sokong dan bangga dengan usaha orang orang ini yang membuktikan Malaysia mampu buat apa saja dengan adanya impian dan kerjasama. Seefood pada pandangan aku percubaan yang menarik. Ianya bukan lagi sebuah animasi Malaysia level Upin Ipin. Ianya tahap baru. 

Aku rasakan, kualiti visual Seefood standing antarabangsa. Lihat saja kepada warna warni laut yang mengingatkan kita kepada filem animasi luar seperti Finding Nemo dan Shark Tale. Boleh aku katakana kebanyakan visual dalam filem ini indah dan menakjubkan. Pergerakan haiwan laut nampak hampir 100% sempurna. Terbaik. 

Malangnya, aku rasakan cerita ini agak mendatar dengan plot yang mendatar. Cerita sisa buangan toksik dari kilang, campur dengan kisah pemburu jerung haram, campur dengan kisah geng belut dan ketam ala ala hantu nak tawan lautan, nampaknya seperti tidak ada chemistry yang bagus dalam penyampaian. Aku rasakan, penyampaiannya mendatar dan tidak dapat dirasai emosinya, walaupun aksinya aku rasa dapatlah dihayati skali sekala. 


Serius aku rasakan plot “sang belut” dari laut dalam tu macam tak ada apa apa. Sekali sekala ditunjukkan kejahatan itu cuba untuk menawan kawasan laut lain, tetapi akhirnya, masa last filem ni, Julius menghalau mereka dengan simple jer. It seems macam ceritanya takkanlah sesimple itu. Come on, itu kejahatan laut dalam, lebih ganas dari pemburu jerung haram wey. Apapun, kecomelan ayam ayam kampong yang gagah dan hensem itu aku suka. It seems that itulah tandanya filem ini milik kita walaupun ianya sebuah kerjasama dengan Al Jazeera Children Channel. 

Pub agak comel dan Julius mengingatkan aku kepada Shark Tale. Visual lautan kadangkala mengingatkan aku kepada Finding Nemo. Apapun, tak ada masalah pun. Selagi its great on film, pedulikanlah ingat mengingat nih. 


Keseluruhannya, aku rasakan Seefood bukanlah masterpiece dalam ceritanya. Plot yang mendatar, cerita yang tidak digarap dengan sempurna, dengan campuran emosi yang kurang dirasai menjadikan Seefood membosankan. Namun, aku tabik springlah kepada cerita ini yang lebih baik dari filem animasi sebelum ini. Melihat sawah padi, wau bulan dan juga identity Malaysia yang awesome dalam sebuah animasi bertaraf antarabangsa ini menjadikan aku bangga. Bukan apa, filem kita bakal setanding mereka, jika kita pandai mereka… 

2/5