Friday, December 21, 2012

Review: Wreck-it Ralph

Pengarah drama tv Futurama ini nampaknya mencipta Wreck It Ralph dengan emosi yang tidak mengecewakan. Kisah fantasi Walt Disney yang memang tak dapat dinafikan mampu memberikan perasaan moraliti yang dekat dengan hati walaupun cerita fiksinya agak tidak masuk akal. Ya, itulah dunia Disney. Dengan keceriaan animasi dan juga imaginasi mereka, Wreck It Ralph termasuk dalam satu lagi senari filem Disney yang sempurna. 

Mungkin Wreck It Ralph ada inspirasi dari filem Tron. Bukan apa, Tron adalah idea yang sama. Cerita pasal program program dalam dunia komputer yang dimasukkan problem problem dunia manusia. Still, people can accept the storyline dan masih boleh mendapat apa yang nak diceritakan. Jadi, sekali lagi, dengan idea ini dengan garapan Rich Moore, Phil Johnston dan Jim Reardon, Wreck It Ralph muncul untuk memberikan dunia game dekat dengan hati peminat cilik. 

Pada aku, Wreck It Ralph ada cerita biasa Disney. Dengan moral dan mesej yang lebih bersifat mendidik generasi muda, Wreck It Ralph nampak biasa pada plotnya. Iya, cerita si Vanellope yang ingin jadi pelumba. Cerita si dewasa yang jahat yang ingin melawan kebiasaan yakni nak menjadi baik, si Ralph. Dua dua dicampur, membentuk adventure gaya Disney, bagi yang selalu menonton, pasti faham apa yang Disney selalu sampaikan. 

Permulaan cerita ini menarik. Dengan cameo dari Mario, Pac Man dan juga beberapa watak Street Fighter dan juga game lain, ianya macam satu tribute untuk game game klasik yang memulakan permainan arcade. Kalau tak ada yang cipta mereka, rasanya revolusi permainan computer tak akan sehebat sekarang. So, amat menarik menyaksikan karakter karakter 2D yang selalu kita tonton dalam arcade game diconvert jadi versi 3D. 

Wreck It Ralph memang dicipta dengan kecantikannya tersendiri. Visualnya direka dengan cukup cun ditambah dengan teknologi Disney yang hebat. Ideanya, walaupun agak tak masuk akal, namun entah kenapa aku yang dah tua bangka ni boleh feeling habis menonton filem ini. Teruja dengan permulaan filem ini. Dunia game Hero’s Duty agak mengagumkan dan cukup hebat walaupun sekejap saja muncul. 

Moraliti cerita ini simple. Jadi diri sendiri dan kita akan jadi diri yang sempurna. Cukup simple untuk mendidik kanak kanak. Ya, itulah Disney, sekejam Pirates of the Caribbean pun, mereka tetap takkan lupa peminat cilik sebab dengan character Mickey Mouselah Disney menjadi besar macam sekarang. 

Overall, dengan pattern biasa filem animasi Disney, Wreck It Ralph ada jenaka, ada dramanya, ada hubungan antara karakter yang sempurna dan paling penting, ada emosinya dan juga visual yang cantik. Oh, tak lupa juga, filem ini memang mungkin untuk those gamer yang selalu main game ‘kotak’ sebelum Playstation ambil alih. Wreck It Ralph is a tribute, dan ianya memang mengembalikan memori dunia game zaman 90an dahulu. 

4/5

1 comment:

maestro amad said...

thanks for the review!
ingat nak tengok jugak sbb lain dr yg lain.