Akan Datang!

Friday, December 28, 2012

Review: Upside Down

Untuk pengetahuan, filem ni masih belum ditayangkan di US. Ikut IMDB, US akan menayangkan filem ini pada March 2012. Malaysia bertuahlah sebab filem arahan Juan Diego Solanas dan ditulis oleh Santiago Amigorena dan pengarah ini juga sudah mula ditayangkan di pawagam semejak 27 Disember 2012. Filem ni mula ditayangkan bermula di Russia semejak Ogos 2012. Lakonan Kirsten Dunst yang kedua dalam filem pelik selepas Melancholia. Aku hanya mampu berkata wow kepada cetusan idea. 

Tak ada siapa mampu bayangkan bagaimana permainan gravity dapat dikaitkan dengan cinta epic. Kisah cinta yang aku sifatkan seperti cinta cinta merubah dunia seperti kisah epic Hindi nampaknya diadun dalam sebuah filem yang berlatar belakangkan sebuah dunia yang agak pelik dan tidak pernah wujud dalam fikiran manusia. Dan, aku rasakan ianya menakjubkan. Mengingatkan aku kepada idea The Invention of Lying suatu ketika dulu. 

Tabik kepada siapa saja yang berada dalam produksi ini, filem ini terbaik dari segi visual. Tidak ada yang hebat dari menyaksikan sebuah dunia dua planet yang berada berdekatan dan mempunyai sifat gravity masing masing yang menghalang dua dunia dari bergabung. Ianya sungguh unik dan sungguh menakjubkan. Kesemuanya sempurna dari segi setting juga visual yang agak hebat. 

Walaupun visual efek amatlah menarik, dan dengan gaya penceritaan yang simple dan juga biasa, Upside Down tetap tidak mengecewakan. Kisahnya simple. Kisah dua orang manusia yang saling bercinta, namun dihalang oleh gravity yang saling memisahkan antara dua dunia. Paparan dalam filem ini diteruskan dengan halangan halangan Adam dalam cuba mendapatkan Eden yang sudah hilang ingatan disebabkan satu kemalangan lampau. 

Mungkin si peminat romantika sci-fi melodrama sebegini akan terus berkata, sweeeet sangat. Ya, aku pun begitu. Walaupun dunia filem ini tidak pernah wujud, ianya masih boleh diterima akal. Penjelasan setiap hukum alam dua planet menyebabkan penonton boleh masuk ke dalam dunia planet yang agak pelik ini. 

Muzik nukilan Benoit Charest banyak membantu melodrama dalam filem ini. Dari aspek lakonan pula, Jim Sturgess nampaknya memanglah charming giler. Sungguh kau akan disukai ramai aweks di luar sana. Tetapi pada akulah, watak si Bob nampaknya berjaya mencuri perhatian aku selain Jim Sturgess sendiri. 

Tak ada apa yang mampu nak dikata. Walaupun ceritanya amatlah biasa dan tipikal, namun pengalaman yang menarik memang akan datang disebabkan settingnya yang agak luar biasa. Idea dua planet yang saling berada berdekatan, dan gravity yang menghalang seolah olah memberi nafas baru kepada watak antagonis dalam sebuah filem cinta. Perfect! Fresh! 

Oh ya, mungkin satu perkara negatif tentang filem ini ialah disebabkan dunia fiksyen ini terlalu luas penciptaannya, ending filem ini nampak macam ergh, mengejutkan dan menentang hukum alam yang dijelaskan pada awal filem. Iyalah, pasti ada satu dua elemen yang agak tak logik dalam unlogikalnya.  Paling tak dapat diterima akal adalah Eden dapat live with Adam sebab anak yang dia kandung tu anak Adam. Erk, aku macam tak dapat nak hadam idea nih. Namun, aku tak kisahlah, asalkan dua pasangan ni bertemu dan hidup bahagia sudahlah. Haha.. 

Upside Down memang tidak mengecewakan. Percayalah, minah minah yang hati rapuh conform akan menangis apabila melihat kegigihan Adam dalam usahanya untuk cuba dapatkan Eden. Laki pon confom akan terbuai dengan cerita ni. Tak kira siapa siapa pun, jua pasti akan terpukau dengan visual yang memang ‘upside down’ giler babas. Upside Down memang sebuah pengalaman melodrama sci fi yang berbaloi untuk ditonton! 

4/5

No comments:

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...