Tuesday, December 18, 2012

Review: Alex Cross

Satu perkara yang best pasal Alex Cross ni ialah korang akan berpeluang mendengar ucapan Bahasa Indonesia dalam babak akhir filem ini. Itu je perkara yang cute dan menarik pasal filem ini bagi kita orang Malaysia. Itu je pun. Jadi, apa yang aku nak kata di sini, totalnya campur tolak darab bahagi, Alex Cross sangatlah tidak wajib ditonton kepada sesiapa sahaja yang meminati genre drama penyiasatan dan juga pembunuhan kejam. 

Entah apa yang terjadi dengan pengarah kepala botak si Rob Cohen yang dulu famous dengan filem Fast and Furious dan jugak Xxx serta The Mummy: Tomb of the Dragon Emperor nih! Pengarahannya dalam filem ini sangatlah lemah. Tidak seperti sebuah filem penyiasatan yang mampu membawa penonton bersama sama menyiasat, Alex Cross nampak seperti garapan pengarah baru. Padahal, pengarah ni sudah lama kot mengarah. 

Mungkin salahnya pada penulis lakonlayarnya yang tidak mengambil berat tentang terjemahan karya James Patterson ini. Marc Moss dan Kerry Williamson selaku penulis lakon layar nampaknya menulis dengan tunggang langgang. Akibatnya, watak Alex Cross tidak diperkenalkan dengan baik dan mendekatkan watak utama kita kepada penonton. 

Malah, plotnya juga tunggang langgang dengan imbangan dua plot yang agak tidak seperti sebuah drama penyiasatan. Dengan kelemahan watak Alex Cross yang tidak dikembangkan dengan baik, filem ini memang terlalu banyak lagi rosaknya sana sini. Amatlah kasihan kepada penggemar penggemar novel ini yang berhajat mendapatkan adaptasi terbaik untuk filem ini. Malang sungguh. 

Pemilihan pelakonnya juga nampak tidak berapa baik. Jean Reno mungkin baik. Namun, gandinga Tyler Perry dan Edward Burns nampaknya macam tak ngam! Dialog antara mereka masing masing mendatar. Macam bila buat siasatan, cakap macam orang buat kerja sambil lewa. Tidak ada penekanan dan juga focus pada point point. Kesemuanya terlalu tenang untuk sebuah filem penyiasatan. 

Aku rasa menonton CSI punya series lebih baik dari menonton Alex Cross. Penyiasatan yang agak mendatar, lemah dan tersangatlah kabur tidak mampu mengangkat watak Alex Cross menjadi seorang penyiasat terbaik. Aku tak membaca buku ini, tetapi aku yakin, watak Alex Cross dalam buku rasanya lebih hebat dari watak dalam filem. 

Watak mamat Rusia yang Alex dan member dia dok kawal tu nampak hampeh. Serius sangat nampak lakonannya tidak menjadi. Mathew Fox di sisi jahat boleh tahan. Cuba untuk menjadi yang terbaik tetapi malangnya, disebabkan lakonlayar dan skrip yang teruk, tak ada apa yang dapat membantu mereka daripada terus lemas dalam keterukan berganda. 

Alex Cross boleh je kalau nak tonton. Cuma aku yakin, korang akan menguap beberapa kali dan juga keep on repeating cliché few times. Terlalu banyak babak biasa dalam filem ini. Dan ianya tak ada satu pun yang menarik. Alex Cross cukup kesian kerana adaptasi ini tidak mampu memberikan gaya sebagus novel. Pasti kecewa rasanya peminat James Patterson dengan filem ini. Kan? 

2/5

1 comment:

::aMaD:: said...

sebegitu lemah ya?tak best cerita nampaknya.hari tu igt nak tgk tp dah tak ade kt wayang.no wonder la.mmg tak best kot.