Akan Datang!

Saturday, December 8, 2012

Komen Admin: Barisan Juri Maharaja Lawak Mega 2012


Menggunakan konsep dan format yang hampir sama seperti Maharajalawak Mega yang lalu, nasib para peserta akan diadili dengan gabungan sistem pemarkahan juri tetap dan undian penonton. Empat orang juri tetap setiap minggu yang kesemuanya terdiri daripada selebriti yang bukan berlatarbelakang pelawak, atau pelakon komedi akan dipertanggungjawabkan untuk menilai persembahan para peserta berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Mereka bakal menilai para peserta berdasarkan kelucuan dan elemen jenaka dalam sesebuah persembahan, keaslian persembahan dan kreativiti serta bakat dan kemahiran lakonan yang paling menyerlah daripada perspektif mereka sendiri.

Admin sebenarnya tertarik untuk melihat dari sudut penjurian. Jom, admin nak komen tentang juri juri Maharaja Lawak Mega 2012!

 komen admin:
Komen yang agak baik walaupun aku rasakan komennya semuanya biasa dan biasa. Pada aku, Awie punya komen lebih terarah kepada sejauh mana dia faham tentang dunia komedi. Selagi benda tu lawak maka komen dia ni akan jadi positif. Walaupun nampak ganas, komen Awie nampaknya menghormati kesemua pelawak. Bukan ganas tu kena komen pedas! Mungkin itu motto Awie. 

 komen admin:
Lisa Surihani ini ibarat budak tadikalah yang diletakkan atas kerusi komentator untuk komen peserta. Komennya entah pape. Terlalu cute dan tiada perincian yang detail. Selalu sangat keluarkan komentar berbentuk harapan supaya peserta buat lebih lagi dek kerana penyingkiran yang berlaku setiap minggu. Agak terlalu menghormati para pelawak sehinggakan pelawak yang tak lawak pun dikomennya sebagai lawak.



komen admin:
Wulan nampaknya agak jangal dalam komentarnya. Tetapi, jika pasukan Indonesia seperti Bandung Jokers dan juga Saywho membuat persembahan, komentarnya agak panjang dan bernas. Mungkin admin rasakan Wulan belum terdedah dengan suasana pelawak Malaysia. Nampak juga Wulan seperti ada masalah untuk menangkap lawak lawak dari peserta Malaysia terutamanya.

 komen admin:
Komentator dari Singapura ini adalah yang terbaik! Komentarnya membina dan tidak hanya menitik beratkan soal lawak atau tidak sesuatu persembahan. Komentar Najib Ali juga kadangkala membicarakan soal motivasi peserta dan juga sejauh mana peserta boleh pergi. Selalu memberikan komentar yang membina dan jujur dalam setiap komentarnya tetapi tidak lancang dalam menghamburkan kata. 


Juri mana kesukaan korang? jangan lupa komen ya..

layari laman web rasmi Maharajalawak Mega 2012 di sini.

2 comments:

Prince of Noob said...

terbaek!!! ya saya pun setuju... dlm byk2 juri, najib ali terbaek

Anonymous said...

Of course najib Ali yg sgt kaya dgn bahasa, precise & giving a constructive comment. Wulan is good as well cuma the challenge utk faham bahasa & lawak sini constraint her. Cuma ternampak jurang besar btw Malaysian jury & other countries jury yg mana org kite agak kureng analytical, critical thinking & hanya beri comment yg play safe, tak straight to the point. Even kalo tengok interview artis2 INDONESIA, we can see they really now how to answer the question sharply though they may not go to higher education.

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...