Thursday, November 22, 2012

Review: Pontianak Vs. Orang Minyak

Amaran awal kepada sesiapa yang mengharapkan lawak seperti filem filem lawak lain, filem ini tak beri anda itu. Percayalah, kemengarutan filem ini amatalah tahap gaban dan tak semua mampu menerimanya. Jadi, jika anda tidak percaya cerita yang karut mengarut boleh mengundang tawa dan masih merasakan filem Berani Punya Budak adalah filem bodoh dan dungu, korang amatlah tidak digalakkan untuk menonton filem ini.

Keseluruhan cerita ini nampaknya menekankan gaya klasik seperti macam filem P Ramlee dulu. Itu keistimewaan filem ini. Naration Afdlin nampaknya menjadi pada awalnya. Permulaannya sudah melakar kelakarnya. Malangnya semuanya mampu memberikan ketawa kerana lawaknya makin lama makin tenggelam dengan sindiran dan juga lawak yang makin melampau dan padat. Hasilnya, Pontianak vs Orang Minyak hanyalah sebuah filem lawak yang melawak sepanjang masa dan bersifat tidak serius dalam penceritaannya. Ketidakseriusan itu mungkin sengaja dilakar (seperti terlakarnya Berani Punya Budak), tetapi segalanya tak menjadilah pada aku.


Malangnya, makin lama bergerak ke tengah filem, ianya tak ubah seperti menonton Opera Sabun Boboi di Astro Citra! Semuanya sama saja macam tonton sketsa. Tak ada sesuatu yang luar biasa mampu dikatakan saat semuanya selesai. Pontianak vs Orang Minyak tidak menjadi sehebat filem Afdlin yang lain. Namun begitu, bukanlah aku katakan yang filem ini amatlah dasyat keterukannya sehingga memuntah darah dan tertidur saat menonton. Cuma apa yang aku katakan di sini, ada sesuatu yang tidak kena dengan segala yang ingin diceritakan. Ada sesuatu yang tidak menjadi. 

Entahlah, saat aku menonton Opera Sabun Boboi, rancangan di Astro Citra, aku rasa segala galanya tidaklah lawak mana pun. Malah, jujurnya gabungan Afdlin dan juga Harun Salim Bachik bukanlah gabungan yang kaboom. Namun begitu, dengan ceritanya yang kompak (30 minit campur tolak iklan dalam 20 minitlah!), maka segala galanya boleh diterima. Maka, apa yang ada dalam sitcom itu, bila diterjemah dalam Pontianak vs Orang Minyak. Resultnya … lawak hambar dan pengulangan gaya yang sama.

Hmm… sejujurnya, aku rasakan Pontianak vs. Orang Minyak hanyalah sebuah lawak biasa dari Afdlin. Aku tidak dapat berketawa namun masih lagi mampu untuk mengangguk faham apa yang cuba disampaikan. Di sisi negatifnya, Pontianak vs. Orang Minyak tidak mampu untuk buat aku ketawa terbahak bahak secara peribadi. Orang lain entahlah! Aku rasakan terlalu banyak dialog mengarut yang walaupun agak kreatif dalam sindiran yang diberi, ianya masih tak mampu untuk mencapai kelakar sebab ianya persembahan Afdlin Shauki yang biasa dilihat yang diulang ulang.


Negatifnya lagi, aku rasakan yang setiap lakaran babak seperti tidak kena. Ada sesuatu yang dilengah lengahkan sehinggakan pengakhiran cerita ini amatlah terlalu simple dan tidak ada apa apa pun yang mampu meluahkan apa yang terjadi. Setiap babak terlalu panjang kadangkala sehingga mengundang kebosanan. Dengan babak Pontianak Jantan dan juga Orang Minyak yang mahu memburu mangsa pertamanya, aku masih tak faham apa sebenarnya cerita ini mahu sampaikan. Maaf. Cerita pontianak dan orang minyak belajar jadi diri mereka kah yang penting? Cerita Kampung Puaka kah yang penting? Tetapi, kalau difikirkan filem ni cuba untuk menjadi semengarut Berani Punya Budak, aku rasakan ini satu kegagalan.

Pada aku, gabungan Johan dan juga Nabil tidaklah lawak mana pun. Gelagat Man Raja Lawak cuba meniru gaya pelat Cina Johan kurang melawakkan. Lagipun aku lihat Johan seolah olah mencuba sedaya mampu dengan karakter yang diberi. Malangnya, apa yang diberi tidak mampu untuk memberikan kelebihan dalam filem ni. Lakonan Nabil pula seperti selalu. Kehadiran Fizz Fairuz macam tak ada apa apa pun. Bak kata simplenya, lakonan semuanya biasa biasa. Seperti Opera Sabun Boboi punya lakonan. Lakonan yang santai, main main, dengan harapan boleh membuatkan penonton ketawa. 

Malah, aku nampak ending filem ini seperti tergesa gesa untuk disudahkan. Sudahlah terlalu banyak adegan Pontianak belajar nak jadi Pontianak yang ingin bersulam komedi, plot tentang konflik Kampung Puaka pula diabaikan. Padahal, kesemuanya patut ada keseimbangan yang tersendiri. Bukankah cerita yang penting nampak seperti kisah konflik penghulu Kampung Puaka dan AJKnya yang nak takhta? Ada sesuatu yang hilang. Keseimbangan mungkin! Entahlah... 


Maaflah, aku rasakan filem ini nampaknya tidak menjanjikan apa apa. Malah, dalam genre fiksyen arahan Afdlin, aku rasakan Misteri Jalan Lama lebih baik dari filem ini. Filem ini tak teruk. Cuma aku tidak menyangka semuanya adalah biasa biasa saja. Tidak ada sesuatu yang umph yang ditampilkan melaikan kostum yang mirip kostum Misteri Jalan Lama, dan juga lawak mirip Opera Sabun Boboi. Umumnya, terlalu ringan. 

Bukan semua negatif der! Rileks. Ada juga sisi sisi Pontianak vs. Orang Minyak ini yang agak bagus. Aku amat menyukai idea filem ini. Malah, ideanya nampak cukup pro-fiksyen dan mengeluarkan segala galanya yang nyata. Pontianak diberikan kejantanan, dan orang minyak pula diberikan pakaian. Dan apa yang menariknya, penceritaannya amat simple dan menarik pada awal filem sebelum semuanya jatuh merudum di tengah filem hinggalah ke akhir cerita. 

Malah, kalau disutradai Afdlin, memang segalanya luar biasalah. Aku amat menyukai syot syot dalam filem ini. Malah, portrayal Pontianak yang keluar dari kepompong tu amatlah awesome! Permainan cahayanya! Semua menjadilah! Afdlin dilihat meletakkan jenaka dalam bentuk sindiran dan juga kameo beberapa artis popular yang agak brilliant! Bukan artis jer, pakar motivasi pun ada dalam filem ni memberikan motivasi kepada orang minyak yang nak jadi kaya! Walaupun tak kelakar secara peribadinya, ideanya agak luar biasa dan aku respek itu! 

Segala kerja produksi nampaknya hebat! Set Kampung Puaka yang simple amatlah meyakinkan dan cantik. Segala kostum dan solekan boleh diberi pujian. Segala galanya sempurna dan menunjukkan bahawa filem ini tidak dibikin dengan main main. Segala galanya hebat dari aspek tersebut! Editing permulaan filem ini, terutama babak babak awal kisah Ketiak yang melarikan diri ke dalam hutan sebelum menjadi Orang Minyak amat cunlah editingnya. Malah, beberapa babak lain juga mempunya gaya, mutu dan keunggulan yang ohseeeeemmmm!!!!!!

Secara peribadilah, aku cakap aku tidak mampu ketawa pun dengan menonton filem ini. Bukan urat ketawa aku sakit ke apa, cuma ianya hanyalah persembahan Afdlin yang biasa kita tengok kat rancangan yang aku dok ulang beberapa kali tu. Mengarut tu biasalah, cuma mengarut dengan cara yang sama setiap kali menjadikan semuanya perkara yang just biasa biasa jer! Ah, tipikal! Mungkin fan tegar Afdlin boleh tertawa dengan gabungan Johan dan Nabil, tetapi tidak bagi aku. 

Mungkin ada segelintir yang datang menonton sebab nak tengok 'lurah' Lana Nordin yang terdedah dalam beberapa babak filem ini. Tapi, pada aku, kalau 'lurah' terdedah tetapi lawaknya tidak mampu buat aku ketawa, aku rasa semuanya tidak berbaloi jugaklah. Ingat ya, secara peribadinya aku merasakan filem ini tidak sehebat Buli dan tidak ada sesuatu yang spesel seperti Misteri Jalan Lama. Oh, ya, ada satu lagi mahu aku katakan/ Walaupun aku rasakan filem ni agak hambar lawaknya, aku tetap katakan Berani Punya Budak lebih gempak dari Interpretasi Rabak!

2.5/5

13 comments:

nur hayati said...

owh..cmtu ek?nsib xtgk citer ni..klau x mbazir duit je beli tiket wyg..hehe

roxhana said...

Memang hampeh.. Aku keluar panggung tak smpai 30min tengok... First 10mins ok.. Lepas tu entah apa2..

Surihani said...

Aku baru lepas tgk cerita ni memang kelakar.....
Paling kelakar nabil...johan pun okey la....
Rasanya berbaloi tengok cerita ni dari cerita cerita karut yg lain......dari 10 aku bagi 7 bintang....selamat menonton!!!

stalker said...

setuju.. memang mengarut..

Anonymous said...

Saya rasa cerita ini ok..tidak la membosankan sgt...

Anonymous said...

afdlin terkenal dgn black comedy..sila pahami konsep black comedy..

Anonymous said...

Honesty,xsampai setengah jam filem ni sy tonton.....sy trus keluar dan blk rumah...majukan filem ini bfore dikeluarkan kelak...go afdlin..

MakLong Melaka said...

lana nordin ....apa motippp tayang lurah???x relevan dgn citer ni...keseluruhan citee...mnghampakan....

Anonymous said...

Tak la seteruk mana...

JeffLeeMovies said...

Boleh ketawa sedikit sebanyak. Tapi majoriti filem ni amat membosankan. Cerita seram komedi memang tak syok lagi.

Anonymous said...

Sekarang ni filem yang dibuat kurang ada seninye...semuanya berniaga..

Kakiwayang.com said...

lawak yang senyum2 je tapi tak gelak...

satu lagi karya sedih dari gandingan Afdlin+Ismail Holdings selepas Berani Punya Budak...


jemput baca review kami jua...

DRKossack said...

Orng minyak nmpk mcm THOR versi hitam!