Wednesday, November 14, 2012

Review: Istanbul, Aku Datang!

Sweet like candy! Istanbul Aku Datang! Memang manis. Cukup rencah dengan romantisnya yang agak cute. Ianya sebuah filem romantik biasa yang luar biasa settingnya. Nukilan Rafidah kali ini nampaknya mengadaptasikan kehidupan pelajar kampus di luar negara dengan begitu baik. Dengan gaya Bernard Chauly yang tidak dapat dipertikaikan lagi kehebatannya dari dua filem terdahulu iaitu Gol & Gincu dan Pisau Cukur, filem yang berlatar belakangkan Istanbul ini memang akan buat remaja bercinta tersenyum dalam menyelami kisah cinta Dian! 

Aku suka garapan filem ini. Nampak feminin dari segala aspek. Tengoklah kan siapa yang menulisnya. Istanbul Aku Datang! memang memang cuba untuk member jiwa lelaki kepada seorang wanita. Cita cita menggunung Dian lakonan Lisa Surihani yang mana digambarkan berusaha untuk membuatkan kekasihnya Azad melamarnya memang plot yang menarik. Ianya memang sebuah filem terbalik kuang sebab selalunya, kita hanya dipaparkan di pihak lelaki. 

Bagi lelaki yang keras dan tidak suka dengan kekiutan Lisa Surihani, memang korang tak akan rasakan filem ini amat kiut. Malah, aku rasakan, peminat die hard fan KL Gangster pastinya akan muntah apabila melihat romantika dalam filem ini. Tak semualah! Haha. Istanbul Aku Datang! tidak seperti Ombak Rindu, mahupun Untuk Tiga Hari. Tiada masa untuk memberikan penonton bersedih, filem ini lebih mengajak kita ke satu dunia yang berbeza, Istanbul untuk berfantasi tentang cinta. 

Tell you wat ah, perkara yang amat buatkan filem ni spesel dan cute adalah tokok tambah paparan SMS dan juga skrin smartphone Dian di dalam filem. Aku amat suka adegan adegan SMS yang terdapat dalam filem ni. Visual yang ditambah nampak meyakinkan sekaligus mengingatkan aku kepada sebuah filem Hollywood. Aku tak ingat tajuklah! Malah, mungkin for bloggers perempuan, filem ini dekat di hati. Korang pasti akan terpesona dan tersenyum melihat bagaimana olahan post blog, dan komentar blog dinukilkan dalam filem ini. 

Sebenarnya, pada pandangan aku, Istanbul, Aku Datang! membawa tema yang sama dengan Untuk Tiga Hari. (cerita tentang persahabatan dan cinta sebenarnya bukan terletak pada jangkamasa berkenalan, tetapi kepada keinginan dan juga keserasian). Walaupun berkongsi idea, namun kedua duanya ada jalan cerita yang berbeza. Jangan bandingkan! Jom lihat filem ini sebagai sebuah filem yang mempunyai keuinikannya yang tersendiri. 

Istanbul! Hah, itu memang satu lagi tarikan yang agak menarik untuk digambarkan. Selepas Mantera (juga lakonan Tomok) menjalani penggambaran di luar negara, Istanbul, Aku Datang! kali ini menguji pengarah Malaysia dalam melatarkan dunia luar untuk tatapan penonton Malaysia. Ternyata visual Istanbul cukup cantik dan indah. Dari segala aspek, Bernard nampaknya tahu untuk membawakan dunia Istanbul sehinggakan mampu membuatkan penonton berkata ‘wow’. 


Beto Khusyairi menampilkan lakonan yang cukup hebat! Ternyata dia adalah the next Aaron Aziz yang membuktikan dia juga selayaknya menjadi pelakon serba boleh. Tidak menyangkakan aktor ini mampu berjenaka apabila digandingkan dengan Lisa Surihani, aku rasakan semuanya cukup rempah! Kiranya Beto memang satu lagi faktor x yang menyebabkan Istanbul, Aku Datang! berdiri sebagai sebuah filem romantik remaja yang berjaya. Tomok sekadar biasa biasa. Masih perlu dipertingkatkan lagi. 

Negatifnya, aku rasa mungkin cerita ini terlalu feminin sehinggakan terlalu memaparkan keburukan lelaki sehingga melampaui batas. Contohnya, aku rasa tak wajar kot Harris tu digambarkan sebagai pengotor dengan menunjukkan adegan dia kencing sampai dua kali. Tambah tambah kencing atas lantai pulak tu. Dan paling tak bleh blah, air kencing tersembur kat kamera pulak tu. Geli mat deh! Mungkin dari sini dapat la aku lihat bagaimana lelaki pengotor wujud di minda wanita. 
Istanbul, Aku Datang! seperti sebuah diari seorang wanita. Lihat saja buku diari mereka. Pasti comelkan? Hah, macam tulah Istanbul, Aku Datang! Buka buka saja filem, anda sudah melihat betapa cerita ini bercerita dari perspektif seorang wanita. Abaikan wahai lelaki! Tak semua lelaki jahat di mata wanita. Dan itulah yang ingin dikhabarkan dalam filem ini. Cerita tentang kehidupan lelaki dari perspektif wanita bernama Dian. 

Dari Lisa Surihani yang cute dan skripnya yang brilliant, Istanbul, Aku Datang! adalah romantika cinta wajib tonton khususnya bagi gugurl. Bagi lelaki, mungkin yang hati keras akan terus tertidur dalam panggung. Filem ini memang ada pengajaraan, komedi dan juga romantik yang menjadi. Ditambah dengan Beto Khusyairi dan juga kisah yang terjadi di Istanbul, filem ini memang sebuah filem yang amat lain dan mampu buatkan korang tersenyum. 

XOXOD ... haha

4/5

5 comments:

Sheqynne Hotloverzs said...

menarik la cite ni:)

Aziz Syaidahtul said...

x tgk lagi..xda yg nak p tgk skali...uwah!!

d is diva said...

sangat seronok.. rugi tak tgk!! XOXO.. ;)

islam itu indah said...

filem xreti agama...bored of it..harap filem ini dibuang ke laut...siap boleh perli lagi.."nie negara islam kan"-dialog tomok..haih..dia tue agama ape?==;

Anonymous said...

Saya tgk banyak kali kat astro.

Ni antara cabaran student2 oversea, ada kebenaran dlm suasana belajar kat oversea.

Filem ada unsur moral, baik dan buruk kena pikir dan sampaikan pada penonton2 remaja or yg kurang ilmu.

Memang cerita dan pelakon comel2. Tak mcm filem2 lama yg letak pelakon lelaki sasa.

If tak suka tgk jgn tengok :), takde siapa paksa pun :)