Monday, November 26, 2012

Review: Apa Celop Toqq...

Antara Mael Lambong dan Apa Celop Toqq tak ada bezanya. Kedua duanya masih mengekalkan komedi gaya yang sama. Cuma kali ini tiada Zizan dan juga lawak biasanya. Cuma pelakon pelakon lain yang cuba menyadurkan suasana dengan skrip ala ala drama tv. Apapun, pandangan aku terhadap filem ini… hmm… jujurnya aku cakap filem ni awesome dari lagak komedinya. Jika korang mampu bergelak sakan dengan Mael Lambong yang mana puncanya berasal dari Zizan, Apa Celop Toqq bukti yang kekuatan Zizan itu dibantu skrip yang mantap. 

Hazama sebagai pelakon utama sekaligus menjadikan ini adalah filem pertamanya tidak dapat disangkal lagi. Lakonannya menyerlah. Natural dan tidak kekok. Malah, pelakon yang berasal dari Akademi Fantasia ini nampaknya dia mampu menyerlah dalam bidang lakonan. Watak dirinya sendiri dibawakan dengan tenang, bersahaja dan cukup energetic. Pada pandangan akulah, pandangan orang lain tak tahulah bagaimana. Tahniah, Hazama! 

Bercakap tentang plot, aku tak nafikan plotnya nampak seperti menonton drama tv. Kisahnya yang bercerita tentang reality kehidupan namun begitu dipaparkan agak cantik dengan permulaan yang lebih terarah kepada komedi, dan kemudiannya diluncurkan ke arah romantik dan diakhiri dengan pengajaran. Boleh dikatakan, aliran inilah yang hanya membezakan Mael Lambong dan Apa Celop Toqq. Yang lain, kesemuanya hampir sama saja. 

Selain Hazama, aku rasa ada juga kelainan pada lakonan Intan Ladyana. Lakonannya yang selalunya biasa biasa dalam filem MIG nampaknya diubah acuannya sehingga totally lain giler dari dirinya dalam filem filem yang dia lakonkan sebelum ini. Ternyata di tangan Ahmad Idham, pelakon ini nampaknya diasah to the limit sehinggakan lakonannya amat jauh berkualiti dari filem filem David Teo yang dilakonkannya. Ruang untuk pengembangan bakatnya yang sempurna. 

Yus Jambu antara faktor yang agak luar biasa dalam filem ini. Kali pertama menonton dirinya berlakon sebagai sebuah watak yang agak penting, Apa Celop Toqq juga membawa sisi baru pelakon lawak ini. Walaupun aku rasa lakonannya tidaklah hebat mana, namun komedinya yang agak fresh dan juga gayanya yang kelakar membantu. Digandingkan pula sebagai bos kepada Intan Ladyana punya karakter, habis lah kau! Haha… 

Yang aku tak berapa nak suka dengan filem ni adalah gaya Taiyyuddin Bakar. Bukan aku nak cakaplah, mamat ni memang comel lah lakonannya. Amat berkualiti! Tapi yang tak boleh blahnya, dengan dialog dialog yang trademark sampai naik mual aku mendengarnya diulang berkali kali. Tak ada yang lebih menerukkan keadaan apabila beberapa frasa yang cuba ditanam dalam minda penonton diulang ulang macam cubaan memukau. 

Overall, filem ni best! Komedinya menjadi. Malah segala unsur pengajaran dan juga lakonan Hazama yang amat baik dan hebat serta bersahaja memang faktor yang wajib dilihat. Lakonan Intan Ladyana yang agak lain daripada yang lain juga antara sesuatu yang mungkin membuatkan anda tertarik. Apa Celop Toqq bercakap tentang kehidupan, cabaran dan juga ketabahan. Di sebalik komedinya, filem ini tidak kosong. Ambillah sesuatu darinya. 

4/5

1 comment:

afifudinsohaini said...

nak tengok review filem mesti datang sini..detail