Thursday, November 8, 2012

Petikan Berita: 'Zaiton Ceritaku' Gagal Menyerlah?

tulisan asal: 
MOHD AL QAYUM AZIZI

PETALING JAYA: Pengarah dan pelakon, Esma Daniel tidak berasa kecewa apabila filem pertama arahannya berjudul Zaiton Ceritaku gagal mendapat sambutan dengan kutipan tidak sampai RM100,000. Esma berkata, filem berkenaan yang mula ditayangkan pada 1 November lalu hanya mampu bertahan selama seminggu di pawagam dan terpaksa ditamatkan selepas mendapat sambutan dingin daripada orang ramai. 

"Faktanya filem arahan saya itu gagal mendapat sambutan daripada penonton dan saya tidak menyalahkan pihak panggung menarik keluar ia daripada tayangan dalam tempoh seminggu kerana ia telah termaktub dalam peraturan Syarat Wajib Tayang (SWT). Saya terpaksa mengakui hakikat itu kerana pada minggu pertama lagi Zaiton Ceritaku gagal mengutip angka yang memberangsangkan bagi membolehkan ia kekal untuk tayangan," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Rabu. 

Zaiton Ceritaku berkisar mengenai liku-liku kehidupan dilalui penyanyi Zaiton Sameon yang popular menerusi lagu Menaruh Harapan selepas ditimpa kemalangan yang turut meragut nyawa anak tunggalnya Irwan pada 21 Februari 1990. Ia memaparkan pahit getir kehidupannya yang berdepan trauma akibat kemalangan itu sehingga banyak pihak menganggapnya tidak siuman. 

Filem tersebut menelan belanja sebanyak RM1.1 juta. Pelakon Nadia Aqila memegang watak sebagai Zaiton Sameon dalam filem berkenaan yang berkisar mengenai liku-liku kehidupan dilalui penyanyi itu selepas dia ditimpa kemalangan ngeri yang meragut nyawa anak tunggalnya Irwan pada 21 Februari 1990. 

Esma turut menolak kegagalan Zaiton Ceritaku itu kerana terpaksa bersaing dengan filem antarabangsa seperti Skyfall 007 yang sedang ditayangkan sebaliknya ia berpunca daripada sokongan penonton. "Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak akibat kegagalan filem ini kerana setiap penonton itu berhak membuat keputusan untuk menonton karya yang mereka suka,” katanya. 

Dalam pada itu, Esma berkata, faktor kekurangan promosi mungkin menjadi sebab ia gagal mendapat perhatian namun pihak penerbit telah melakukan yang terbaik bagi memastikan karya tu berjaya. Bagaimanapun kata Esma, dia bersyukur apabila maklum balas yang diterima selepas penonton menyaksikan filem itu cukup baik dan mereka berpuas hati dengan garapan yang dilakukan mengenai kisah hidup penyanyi terkenal itu. 

"Sebagai pengarah saya gembira apabila penonton memberikan ulasan yang baik mengenai filem itu cuma barangkali ia tidak terjemah dalam bentuk kutipan," katanya. Sementara itu, Esma menjadikan kegagalan itu sebagai satu pengajaran untuk menjadikannya lebih cemerlang ketika berkarya pada masa akan datang.

KOMEN:
Aku rasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan industri kita sejak lama lagi. Orang kita lebih suka ketawa dan menonton lawak biasa dari menonton sebuah filem yang mahal kualitinya. Orang kita sebenarnya tak berapa nak menghayati seni. Mereka hanya menghayati cerita. Itu masalahnya. Sebab pada aku, seni dan cerita perlu bersama. Barulah bayar duit di panggung berbaloi. Kenapa filem lawak bodoh boleh box office, sedangkan filem yang punya kualiti setafar drama Hollywood boleh kecundang? Korang ada jawapannya. 

klik untuk entry lain berkaitan dengan filem ini:
- review Zaiton Ceritaku- temubual bersama pengarah filem, Esma Daniel- sneak peek

5 comments:

Adi Herman said...

mentaliti org kita memang susah nak ubah

Anonymous said...

Syarat2 yg dikenakan pun tidak sedikit pun membantu industri tempatan.Sedangkan filem lain boleh 'letak' je berapa hasil kutipan..mana badan yg pantau hasil tiket? Esma Daniel berkata bg pihak dirinya iaitu pengarah..cuba kita fikir pihak produser/sponsor yg keluar duit?

Zulkarnaen Yahaya said...

Ak tgk cerita ney kebetulan ja...sbb kawan ak nk sgt tgk...tp bila tgk pergghh...betul2 menyayat hati..cerita yg penuh ngn pengajaran...jalan cerita yg menarik...aku dapat mengenali sejarah hidup Zaiton Sameon yg sungguh menyedihkan...syabas kepada penerbit dan pengarah...apa pn Zaiton Ceritaku mmg sebuah filem yg terbaik bg ak...=D

Zulkarnaen Yahaya said...

Zaiton Ceritaku! Memeang terbaik...aku tgk cerita ney secara x sengaja..time tu filem2 lain dh full...so kawan ak ajak tgk filem ney...mula2 ak igt x best cerita ney...tp bila tgk perghhh...terbaik!! Penuh ngn pengajaran...mmg menyentuh emosi...aku jgk dapat kenal kisah hidup Zaiton Sameon yg menyedihkan selepas kemalangan...klu diberi peluang lg ak nk tonton lg sekali...cerita yg penuh dgn pengajaran...syabas pengarah dan jugak penerbit...

*tp malangnya time ak tgk tu cuma ak dan kawan2 ak seramai 4 org serta dua org pasangan suami isteri berbangsa India yg berumur (maybe peminat setia Zaiton)...pawagam yg luas cuma 6 org je penonton...hurmmm...=(

Anonymous said...

Rasanya sebab barisan pelakon... sebab cerita org dah tau... jd org nsk tgk nama2 besar yg menterjemahkannya...