Monday, October 22, 2012

Trivia: 12 Perkara Tentang Yash Chopra (1932-2012)

Pengarah filem veteran Bollywood, Yash Chopra yang terkenal dengan filem arahannya iaitu Dil To Pagal Hai meninggal dunia pada 21 Oktober 2012 (Ahad) akibat demam denggi. Chopra yang berusia 80 tahun, sebelum ini dirawat di Hospital Lilawati, Mumbai sejak 13 Oktober lalu. Menurut pihak hospital, pelakon itu meninggal dunia kerana mengalami komplikasi denggi yang berpanjangan dan juga kegagalan organ dalaman yang tidak berfungsi. September lalu dalam satu temu bual bersama aktor Shah Rukh Khan, Chopra memberitahu filem Jab Tak Hai Jaan akan menjadi karya terakhir arahannya kerana ingin menumpukan kepada kehidupan peribadi.

Bagi yang tidak mengenali siapa Yash Chopra dan sejarah hidupnya, admin sediakan beberapa fakta insan yang berada di belakang tabir filem filem besar Bollywood ini. 


1. Beliau lahir pada 27 September 1932, di Lahore dan berasal dari keluarga Punjabi.

2. Berkahwin dengan Pamela Singh pada 1970. Hasil daripada perkahwinan itu, lahirlah Aditya dan Uday yang mana mengikut jejak bapanya. Aditya Chopra kini adalah pengarah dan penerbit di syarikat bapanya manakala Uday pula bermula dengan menjadi orang belakang tabir sebelum berlakon buat pertama kalinya dalam Mohabbatein.

3. Kerjayanya bermula sebagai pembantu pengarah kepada I.S. Johar dan abangnya, B.R. Chopra. Filem arahannya yang pertama ialah Dhool Ka Phool (1959), kemudiannya diikuti oleh Dharmputra (1961).

4. Yash Raj Films, syarikat filem miliknya bermula pada 1973. Filem pertama terbitan syarikat itu ialah Daag: A Poem Of Love (1973). Kejayaan tersebut kemudian diikuti oleh filem aksi thriller lakonan Amitabh Bachchan bertajuk Deewar (1975), kemudian Kabhi Kabhie (1976) dan Trishul (1978) menyusul.

5. Beliau telah terlibat dalam industry Bollywood selama 5 dekad dan terlibat dalam lebih kurang 50 buah filem. Pernah memenangi beberapa anugerah termasuk enam Anugerah Filem Nasional dan sebelas anugerah Filmfare termasuk empat kali untuk Pengarah Terbaik bagi Anugerah Filmfare.

6. Kerajaan India telah memberikan Anugerah Dadasaheb Phalke pada 2001 dan pingat Padma Bhushan pada tahun 2005 kerana sumbangannya dalam bidang perfileman India.

7. Filem terakhirnya ialah Jab Tak Hai Jaan yang menggandingkan Shah Rukh Khan dan Katrina Kaif. Bakal ditayangkan pada November 2012 sempena Deepavali.

8. Filem Dil To Pagal Hai menjadi salah satu filem paling sukses yang pernah diarahkannya. Dibintangi Shah Rukh Khan, Madhuri Dixit dan juga Karisma Kapoor. Filem ini adalah filem pertama yang menjalani penggambaran di Germani. Dil To Pagal Hai menang tujuh Anugerah Filemfare termasuk Filem Terbaik dan Anugerah Nasional dan dikenali sebagai filem yang menghiburkan dan antara filem yang diingati peminat filem hindi selamanya.

9. Veer Zaara menjadi filem arahannya yang paling laris pada tahun 2004. Filem ini dibintangi Shah Rukh Khan, Preity Zinta dan Rani Mukherjee.

10. Dalam satu temubual pada September 2012, sempena sambutan harijadi Chopra ke 80 tahun, beliau mengumumkan yang Jab Tak Hai Jaan adalah filemnya yang terakhir. Dia berhasrat untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada syarikat filemnya.

11. Senarai filem yang diterbitkan Yash Chopra adalah seperti berikut:

Daag (1973), Kabhi Kabhie (1976), Doosra Aadmi (1977), Trishul (1978), Noorie (1979), Kaala Pathar (1979), Silsila (1981), Nakhuda (1981), Sawaal (1982), Mashaal (1984), Faasle (1985), Vijay (1988), Chandni (1989), Lamhe (1991), Daar (1993), Aaina (1993), Yeh Dillagi (1994), Dilwale Dulhania Le Jayenge (1995), Humko Ishq Ne Mara (1997), Dil To Pagal Hai (1997), Mohabbatein (2000), Mujhse Dosti Karoge! (2002), Mere Yaar Ki Shaadi Hai (2002), Saathiya (2002), Hum Tum (2004), Dhoom (2004), Veer Zaara (2004), Bunty Aur Babli (2005), Salam Namaste (2005), Neal N Nikki (2005), Fanaa (2006), Dhoom 2 (2006), Kabul Express (2006), Ta Ra Rum Pum (2007), Jhoom Barabar Jhoom (2007), Chak De India (2007), Laana Chunari Mein Daag (2007), Aaja Nachle (2007), Tashan (2008), Thoda Pyaar Thoda Magic(2008), Bachna Ae Haseeno (2008), Roadside Romeo (2008), Rab Ne Bana Di Jodi (2008), New York(2009), Dil Bole Hadippa (2009), Rocket Singh: Salesman of the Year (2009), Pyaar Impossible(2010), Band Baaja Baaraat (2010), Mujhse Fraaandship Karoge (2011), Mere Brother Ki Dulhan (2011), Ladies vs Ricky Bahl (2011), Ishaqzaade(2012), Ek Tha Tiger(2012) 

12. Senarai filem yang diarahkan Yash Chopra adalah seperti berikut: 

Dhool Ka Phool (1959), Dharmputra (1961), Waqt (1965), Aadmi Aur Insaan (1969), Ittefaq (1969), Daag (1973), Joshila (1973), Deewaar (1975), Kabhi Kabhie (1976), Trishul (1978), Kaala Patthar (1979), Silsila (1981), Mashaal (1984), Faasle (1985), Vijay (1988), Chandni (1989), Lamhe (1991), Parampara (1992), Darr (1993), Dil To Pagal Hai (1997), Veer-Zaara (2004), Jab Tak Hai Jaan (2012) 12. Senarai filem yang diarahkan Yash Chopra adalah seperti berikut: Dhool Ka Phool (1959), Dharmputra (1961), Waqt (1965), Aadmi Aur Insaan (1969), Ittefaq (1969), Daag (1973), Joshila (1973), Deewaar (1975), Kabhi Kabhie (1976), Trishul (1978), Kaala Patthar (1979), Silsila (1981), Mashaal (1984), Faasle (1985), Vijay (1988), Chandni (1989), Lamhe (1991), Parampara (1992), Darr (1993), Dil To Pagal Hai (1997), Veer-Zaara (2004), Jab Tak Hai Jaan (2012)

(sumber: Wiki)

No comments: