Tuesday, August 7, 2012

Review: Man Sewel Datang KL

Macam tonton cerita drama tv Astro Ria kat panggung je sebenarnya kepuasan yang mampu diberikan Man Sewel Datang KL ni. Terlalu jauh untuk cerita ini berdiri setaraf sebuah filem komedi yang layak untuk sebuah layar perak. Entah bagaimana ada juga yang berani membentangkan tikar bagi laluan untuk filem murahan sebegini yang sepatutnya layak ada di kaca tv saja. Bukanlah cerita tu tak menarik, cuma ianya tak layak untuk sebuah pengalaman menonton sambil berbayar. 


Aku rasakan Shuib Sepah tak lah teruk mana. Malah, dia juga ada identitinya yang tersendiri. Berjauhan dari kumpulan yang pernah menaikkan dirinya dulu, Shuib nampaknya cuba buktikan yang dia mampu berlawak dalam single game yang sempurna. Ya, aku akui lawak Shuib menjadi walaupun filem ini tidak mampu untuk memaparkan lawak Shuib yang lebih ekstravaganza dan menawan. Aku lihat Shuib boleh berada dalam mud serius dan juga lawak. Itu bestnya Shuib. 
Malangnya, cerita ini bukanlah harapan yang sempurna untuk menaikkan Shuib. Dengan memegang watak Man Sewel yang taklah sewel mana pun, Shuib sekurang kurangnya boleh lah dikatakan jayanya membawa watak tersebut. Tetapi, dalam menekankan perangai Man yang sewel dalam tindak tanduknya, perlukah perlu berulang kali dinyatakan perkataan sewel terhadapnya? Rasanya tak perlu kot! 


Fasa pertama filem ini nampak seperti Mr. Bean Holiday punya style. Tetapi style Man Sewel lebih murahan seperti mana menonton drama tv3 mahupun astro. Pada fasa ini, lawak lawak ditumpukan pada adegan adegan Man yang cuba buat kelakar dengan segala tindak tanduknya. Malangnya, fasa tersebut makin lama makin jatuh mendatar dan membosankan sehinggalah munculnya Julia Ziegler yang memainkan watak Nadia.  

Aku rasakan Man Sewel datang KL nampaknya tidak dirapikan dengan sempurna. Bayangkan bagaimana kekasih Man Sewel boleh pula terlepas lari dan hilang begitu saja tanpa ada konfrontasi untuk membina emosi? Yang paling tak boleh blah, tindak tanduk perompak yang merompak kedai urut tu paling teruk sekali. Entah bagaimana simple sangat adegan itu dilakar sehinggakan macam tak berbaloi je adegan itu untuk member klu terhadap rakan Man Sewel yang mana seorang penjahat. 


Twist yang tidak dijayakan dengan sempurna dan juga dengan pendekatan ambil mudah menjadikan final scene filem ini paling haprak. Serius aku rasakan kalaulah diselitkan emosi untuk Man Sewel dan rakannya, Salim, pastinya ending tu dah jadi kesempurnaan. Filem lawak bukanlah hanya perlu berpaksikan lawak semata mata, sekali sekala jika beremosi tu kan lebih sempurna? Apapun, serius ending filem ni spoil gegiler.  

Apapun, satu pujian untuk Shuib Sepah yang menjayakan lakonannya dengan baik. Punchlinenya yang agak menarik dan juga diulang ulang menjadikan watak Man Sewel satu watak yang boleh diingati orang ramai. Walaupun ceritanya masih biasa biasa tahap drama tv, Man Sewel adalah penciptaan karakter yang sempurna. 


Keseluruhannya, Shuib Sepah berjaya. Tetapi, dengan idea yang tunggang langgang dan plot plot yang tidak digabungjalin dengan sempurna, Man Sewel Datang KL hanya menjanjikan pengalaman menonton drama tv saja. Malah, lebih kurang sama seperti menonton filem yang pernah dikeluarkan dalam VCD suatu ketika dulu yang tak laku. Apapun, tonton jika anda suka dan nilaikan sendiri. Pada aku, Man Sewel datang KL memang bukan filem yang layak dipanggil filem. 

2/5

No comments: