Akan Datang!

Saturday, July 21, 2012

Review: Mael Lambong

Ternyata filem yang diminta peminat hasil kemeletupannya semasa satu pertandingan mencari raja komedi di Astro suatu ketika dulu ini tidak menghampakan. Ahmad Idham yang sudah nampak kuasa Mael Lambong ini mengambil tindakan bijak dalam menjadikan impian penonton satu kenyataan. Mael Lambong sebuah filem komedi slapstik yang agak banyak menampilkan lawak gaya Zizan Razak yang terlalu banyak tetapi tidak melebih lebih. 


Nah, inilah dia, sebuah kisah tentang seorang penarik kereta professional hasil imaginasi Zizan Razak sendiri yang diwarnai kisah yang melucukan dan menghiburkan. Mael Lambong memang sebuah komedi biasa untuk orang Malaysia, yang mana lawaknya mungkin membuatkan penonton Melayu pastinya bergelak ketawa. Iya, memang kalau dihantar ke luar negara, filem ni memang sampah. Tetapi, sekurang kurangnya, bila filem ni berjaya mencuit hati orang kita, itu dah kira ok lah tu. 
Melihat gaya persembahan Zizan Razak dalam Uncle Usin, ternyata aku merasakan kualiti Zizan Razak dalam mempersembahkan komedinya sudah berakhir. Melihat kepada Mael Lambong ini, ternyata komedi Zizan Razak dalam Uncle Usin sebenarnya diselubungi skrip yang teruk dan juga angan angan perasan popular si pengarah yang nak balun kesemua. Oleh itu, Mael Lambong adalah kebangkitan ZIzan Razak yang teraniaya, dengan Baik Giler! dan juga Uncle Usin. 

Di bawah arahan Ahmad Idham, Mael Lambong ada premis cerita yang biasa pada awalnya. Pada mulanya, aku sudah mula rasakan kelainan filem ini dengan intronya yang ceria. Dengan beberapa rentetan siri Mael Lambong menarik kereta yang tak bayar hutang dengan pelbagai gaya sudah cukup untuk meletakkan komedi Zizan atas pasakan yang betul. 


Malah, kejutan dan pusingan cerita yang agak bijak dan juga mempermainkan penonton di tengah cerita juga cukup untuk membuatkan penonton terlibat sama dalam meneka siapa sebenarnya Maria. Walaupun penampilan Sabri Yunus dan Shuid Sepah sedikit, lakonan mereka tidak mengecewakan. Gaya Men In Black yang memberikan kesegaran dalam liputan kisah Mael Lambong agak menarik. 

Keseluruhannya, aku lihat Ahmad Idham nampaknya membawa pengaruh komedi yang bukan biasa. Ceritanya tidak lurus selurusnya. Dengan aksi aksi lasak yang dikoreograf bagi nampak seperti sebuah filem antarabangsa walaupun tak berapa nak menjadi, Mael Lambong boleh lah dikatakan filem komedi bermaruah. Mungkin cadangan aku di sini buat pembuat filem melayu, kalau aksi aksi lasak tu, kurangkanlah guna slow motion yang murahan tu. Malulah! 

Lakonan Zizan Razak tidak perlu dipertikaikan lagi. Dengan gandingan Juliana Evans di sisi sebagai Maria serta Sallehuddin Abu Bakar sebagai Tiger dan Shenthy Feliziana sebagai Rozie, gandingan yang cliché tetapi bolehlah. Biasalah kan, filem kita. Cuma aku rasakan penampilan Sallehuddin Abu Bakar sebagai Tiger lebih baik nampaknya berbanding Jangan Pandang Pandang, itu saja. Shenty Feliziana nampaknya kurang menonjol. 


Walaupun aku rasakan nukilan Ahmad Idham ini ok, tetapi ada beberapa perkara aku rasakan kurang menarik. Terutama sekali dengan kisah microchip yang muncul pada pertengahan cerita. Kalaulah ianya bermula sebagai intro filem, itukan lebih menambah teka teki? Satu lagi, set ala ala pusat penyiasat sulit kerajaan nampak sangat murahan. Dengan beberapa alat yang memang dipinjam dari Pusat Sains Negara yang tertulis ‘MINDBALL’ tu buat aku kelakar. Motif! Malah, konti adegan kejar mengejar di tepi pantai out terus. 

Idea filem ini memang memenuhi selera penonton yang berkehendakkan filem ini. Aksi aksi yang luar biasa, seperti kejar mengejar yang nampak macam Hollywood-Malay punya style agak boleh tahan kelakarnya.  Aksi di pasaraya, dan aksi Zizan hit punggung pencuri cip dengan tayar motor tu kreatif. Babak Maria berlawan dengan Mael nampaknya cuba menunjukkan mind sex filem ini yang jelas. Tetapi untuk bahan komedi, bolehlah diterima. Jangan lebih lebih sudah.

Keseluruhannya, tahniah untuk Ahmad Idham dengan Mael Lambong yang melambong lambong kelakarnya. Dengan penampilan ‘Azhar Idrus’ yang kelakar walaupun hanya sekadar perkataan, Ahmad Idham bijak menggunakan semua kontroversinya dan juga Zizan Razak sendiri dalam komedi ini. Mungkin Mael Lambong boleh kembali menjadi penarik kereta dalam cerita sekuelnya (jika Ahmad Idham ada angan2) dengan menfokuskan plotnya kepada kerjayanya yang utama itu.

4/5

1 comment:

Anonymous said...

cite ni biase je...xdela kelakar sgt, sgt sdikit ak gelak,

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...