Akan Datang!

Thursday, July 19, 2012

Review: Hanya Aku Cinta Kau Seorang

Cinta Platonik adalah sebuah istilah yang dipakai untuk menyebut sebuah perkaitan kasih sayang, tetapi unsur-unsur rasa tarikan secara seksual tidak wujud. Istilah ini diambil dari salah satu bahasa Yunani, Plato, terutama dari karyanya Symposium, yang tertulis bahawa cinta akan wujud daripada kebaikan adalah dasar dari semua kebajikan dan kebenaran. Istilah Amor Platonicus, telah digunakan pada awal abad ke-15 oleh Marsilio Ficino,sebagai sinonim daripada "Amor Socraticus," yang merujuk kepada kasih sayang antara Socrates dan murid-muridnya. 


Oh, itu rupanya cinta platonik. Senang ceritanya, cinta platonik ni adalah idea barat yang cuba ditimurkanlah? Begitu? Dengan menghalalkan hubungan bersentuhan dan juga keintiman lebih dari sekadar kawan tetapi tidak ada ‘unsur tarikan seksual’ kononnya (walaupun berpegang tangan dan bercanda sana sini)... itulah suntikan pengaruh barat yang cuba ditonjolkan. Tidak mahu bercerita tentang buruk baik keintiman dalam filem ini. Tetapi, melihat kepada keseluruhannya, HACK biasa dan terlalu biasa. 

Plotnya terlalu simple. Kononnya berpijak pada satu istilah yang platoniklah sangat. Tetapi akhirnya menjurus kepada sebuah kisah cinta segi yang pada aku, disifatkan sebagai biasa. Biasa dan teramat biasa. Malah, HACK punya premis yang terlalu simple dan tidak bertaraf filem pun. Sesuai sangat sepatutnya filem ini sekadar dijadikan drama tv. Pastinya jika ianya bertiga belas episod seminggu sekali, meletup tu insyallah. 


Malangnya, itulah langkah salah yang termaktub dalam suratan kehadiran filem ini. Menuju ia ke panggung dengan gahnya sambil menjual cerita budaya barat yang kononnya eloklah sangat bagi muda mudi. Tetapi, terserah pada penonton kalau mana la tahu nak tukarkan perkataan BFF menjadi cinta platonik selepas tonton cerita ni. 

Airil Zafriel nampaknya tidaklah begitu hebat mana. 7 Petala Cinta mungkin agak baik dalam senarai filem MIGnya. Malah, dengan kuasa bintang yang hambar dalam filem ini, Airil Zafrel tidak mampu memberi persembahannya yang terbaik. Walaupun aku akui Nuremy Nadia nampak cute sangat sangat, tapi kalau sekadar cute je, tetapi chemistry xde, umphnya tak ada jugak. Fezrul Khan juga mengecewakan! 


Keseluruhannya, aku tak rasakan HACK persembahan yang baik. Ianya sebuah kisah cinta tiga segi biasa saja. Dijaja jaja bunyi platonik, rupanya bunyi cinta biasa. Seolah olah burger McD tetapi rupanya burger yang dibuat di tepi jalan. Sedap tu sedaplah. Tetapi tarafnya, faham faham jelah. 

Bahagian awal yang agak aneh dalam usaha menunjukkan kemesraan Mukhlis dan Murni. Aeril Zafrel yang asyik tergelak sana sini, tersengih sengih dan juga perkataan senget yang diulang ulang amatlah menyakitkan telinga. Dengan lakonan Nuremy Nadia yang juga kadangkala menjengkelkan, ergh... Hanya Aku Cinta Kau Sorang memang hambar. 


Apapun, HACK mungkin sesuai untuk orang yang ada BFF dan ada hidupnya yang hampir dengan kisah ini. Bagi insan insan yang ada kehidupan seperti yang diceritakan, ini mungkin inspirasi buat kamu. Bagi yang nak tahu apa tu cinta platonik tu dengan menonton filem ni, baik tak payah tengok. Cinta platoniklah sangat. Huh! Hanya Aku Cinta Kau Seorang persembahan drama tv percuma sebenarnya. Layak berada di kaca tv dan bukannya di panggung. 

2/5

3 comments:

Syemot said...

Betul2.. aku setuju sgt. Perkataan senget dlm filem ni buat ak rasa menyampah...barisan pelakon baru yg xmenonjol langsung.. filem ni memang fail,,menambahkan bilangan filem2 melayu sampah..

Nadia Elena said...

yup..sokong!!!

filem melayu sekarang entah apa-apa.. baik tengok cter kartun.. lagi best... =D

Unknown said...

Assalamualaikum. just nak berkongsi semalam tengok movie 8 jam. Mungkin ini adalah filem melayu yang best setelah beberapa lama. Jalan cerita best dan pelakon best. Terubat sakit hati tengok Mael lambong. :)

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...