Akan Datang!

Tuesday, July 24, 2012

Renungan: Kereta VIOS Terbang, Fantasi Orang Kita!

Berlegar legar pula cerita kekononnya adalah sebiji kereta Vios telah dikatakan terbabas lalu terbang setinggi tingginya dan hinggap di atas tebing batu sebuah jalan. Kejadian dikatakan berlaku beberapa hari lalu. Namun, bukan kisah siapa yang mati atau cedera menjadi keutamaan. Kisah yang dipersoalkan ialah bagaimanakah kereta itu boleh melayang dan hinggap di tebing batu tersebut seperti gambar di bawah.






Gambar ini sudah dijaja sana sini. Ada yang menceritakan kononnya kereta itu terbabas dan berpusing lalu terbang. Ada yang mempersoalkan kepelikan perempuan yang memandunya sehingga jadi begini. Balik balik, ketaksuban untuk mencari punca bagaimana kereta itu boleh jadi sebegitu rupa. Maka, ada lah yang si tuan punya yang mula menyebarkan ini bercerita yang kereta ini terbang melayang, dan maka bermulahlah sandiwara orang kita.

Lantas, pic ini dishare sana sini dengan ketaksuban tentang kuasa yang menyebabkan kereta itu jadi sebegitu. Persoalan benarkah ada jalan di atas tebing itu ditolak jauh jauh. Buktinya, kata mereka kat atas tu hanyalah semak samun. Oh tolonglah, kau ingat jalan tu tinggi seperti KLCC. Jalan leper. Jangan tolak kemungkinan tiada jalan di atas tu. Malah, dari kebanyakan komen, kebanyakannya taksub mempercayai kereta ini terbang dan jadi seperti apa yang ada dalam gambar. Percayalah, kereta boleh terbang. Tetapi, tak akan berada dalam keadaan sebegini baik seperti dalam gambar. Tak percaya, tonton video ini

Apa yang aku ingin katakan, ketaksuban mempertikaikan apa yang terjadi, dari fiziknya dan kuasa alamnya menghalang minda kita untuk menjadi waras. Orang kita pandai mereka cerita, tetapi filem kita satu pun tak berjaya bercerita ke luar negara. Malah, nak box office pun merangkak rangkak. Sekadar bersembang kedai kopi saja cukup menjadikan diri kita popular. Dan, cerita kereta terbang ini juga adalah cerita kedai kopi biasa.

Tak pernahkah anda terfikir yang betulkah tiada jalan di atas tebing tersebut? Betulkah pendapat yang menyatakan ianya berpusing? Faktanya tidak jelas. Justeru, buat apa mahu percaya. Fikir logika dan tak perlu taksub. Anda akan lihat jelasnya pemikiran waras kita. Dalam satu gambar yang dishare di facebook, ramai yang mempermain mainkan si pemandu. Tetapi, komen ini, spesel.


Akhirnya, ada juga yang berfikir waras. Dan semestinya setiap berlaku ada penjelasan. Tak perlulah nak bercerita panjang tentang kecelakaan orang.Orang kita terlalu dimomokkan dengan fantasi, sehingga menjadikan fantasi itu realiti mereka. Jadi, fikir fikirkanlah. Beberapa tahun lepas, ada orang kata ada cable car di genting highland terhempas, kebenarannya? kliklah sini.

p/s: tuan punya kereta tidak ada kaitan dengan admin. sekadar berkongsi perasaan kasihan terhadap orang yang gebang lebih tentang sekeping gambar yang tidak diketahui kebenarannya.

4 comments:

Cikgu Zahora said...

nasib baik la pemandu nya tak ape2x. tu yang penting.. :)

jaerul said...

terfikir jugak,. knapa tak bagi picture dari atas,. tak der ler semua orang salah anggap kan,. Eyriqazz vs Denaihati

AKMAL_ALIF said...

Dari awal lagi saya percaya, kereta tu jatuh dari atas (tergelincir ?)... :-)

adat manusia, melihat satu gambar boleh keluar segala macam jenis cerita. Kalaulah ada orang kata kereta tu jatuh dari langit, lagilah teruk...hehe...

Razil Tahir said...

orang ramai memang suka fikir benda yang tak perlu...
tak bermotif...huhuhhu

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...