Saturday, June 16, 2012

Event: Bunkface-Hujan-Nidji Berkongsi Pentas Gig Triple Play


Kesinambungan kejayaan program realiti terunggul Versus yang menonjolkan kreativiti tanpa batasan diteruskan dengan sebuah lagi konsert muzik rock yang diberi nama Gig Triple Play. Suntikan muzik dari tiga kumpulan yang menjadi kegilaan anak muda masa kini iaitu Bunkface, Hujan dan Nidji bakal menggegarkan pentas dan kaca televisyen anda pada hari Sabtu, 30 Jun, 8.30 malam secara langsung di stesen televisyen nombor 2 negara, TV9 (Saluran 119). 

Menurut Cik Sherina Nordin, Pengurus Besar TV9, ”Kejayaan dan penerimaan positif Versus telah membuktikan bahawa Malaysia sudah bersedia untuk evolusi muzik yang lebih besar. Dengan itu, kami tampilkan Gig Triple Play sebagai platform untuk meletakkan ketiga-tiga kumpulan besar ini di tahap yang sama. Uniknya konsert ini adalah ia akan menyatukan 3 buah kumpulan berbeza genre muzik rock yang berasal dari 2 negara (Malaysia dan Indonesia) di mana mereka akan menunjukkan kreativiti masing-masing di atas 1 pentas. Bunkface dengan muzik Pop Punk & Punk Rock, Hujan dengan muzik rock alternatif dan Nidji pula cenderung pada pop alternatif. Variasi muzik rock yang diketengahkan oleh ketiga-tiga bakat ini akan memberikan kelainan di dalam pengisian konsert ini. Lebih hebat lagi apabila mereka turut akan ’shuffle’ atau mempersembahkan lagu dari kedua-dua kumpulan lain.” 

klik untuk biodata ahli kumpulan.

”Penganjuran konsert ini juga adalah untuk meraikan ulang tahun keenam TV9, di samping memberi penghargaan kepada penonton setia kami yang sentiasa menyokong kami. Buat pertama kalinya TV9 akan memberi peluang kepada penonton-penonton setia kami yang juga merupakan peminat tegar ketiga-tiga kumpulan ini, untuk menentukan playlist atau senarai lagu konsert ini,” tambah Sherina lagi. 

KL Live akan menjadi saksi kepada aura ketiga-tiga kumpulan yang akan mempersembahkan kehebatan masing-masing di hadapan 1000 orang penonton. Tiket-tiket eksklusif konsert ini hanya boleh didapati melalui peraduan-peraduan yang akan dianjurkan di laman web rasmi dan platform sosial media iaitu Twitter dan Facebook TV9. 
klik untuk biodata ahli kumpulan.

Selain itu ia juga boleh dimenangi melalui peraduan yang akan dianjurkan oleh media cetak, komuniti peminat Bunkface, Hujan dan Nidji serta melalui radio rasmi Hot FM. 

Hot FM sebagai geng radio Gig Triple Play akan mempromosikan konsert ini melalui corong radio serta memberi peluang kepada pendengar setia mereka untuk memenangi tiket-tiket eksklusif melalui peraduan dan Hot FM Zoomers. 

TV9 membawa kumpulan popular dari Indonesia, Nidji yang dianggotai oleh Giring (vokal), Rama dan Ariel (gitar), Adri (dram), Andro (bass) dan Run-D (keyboard) untuk berkongsi pentas dengan dua kumpulan hebat tanahair, Bunkface dan Hujan, demi meraikan muzik dan kreativiti tanpa batasan. Nidji yang telah menempa nama bukan sahaja di Indonesia dan Malaysia, malahan di Jepun, Hong Kong dan Amerika Syarikat amat berbesar hati untuk berkongsi kreativiti dan seterusnya menghiburkan komuniti Nidjiholic di Malaysia. 

klik untuk biodata ahli kumpulan.

Bunkface yang diterajui oleh tiga anak muda berkaliber iaitu Sam, Youk dan Pa’an banyak menghasilkan lagu-lagu bergenre pop punk dan punk rock. Kumpulan ini dibentuk pada tahun 2005 dan telah memenangi beberapa anugerah seperti ’Anugerah Bintang Popular 2009’ (ABP 2009) dalam kategori ’Penyanyi Duo/Kumpulan Popular,’ ’Anugerah Shout! 2009’ bagi kategori ’Break Out Award’, ’Rockstar Award’ dan ’The Ultimate Shout Award’ serta ’Anugerah Shout! 2010’ bagi kategori ’Rockstar Award’ dan ’Music Video Award’. 

Kumpulan indie Hujan yang baru-baru ini menjuarai Versus, dianggotai oleh Noh, Dimas, Izzat, AG dan Am, mula dikenali ramai sejak ditubuhkan pada 2006. Alunan muzik mereka diberi penghargaan apabila meraih Anugerah Industri Muzik 2009 (AIM 2009) menerusi ’Album Terbaik ”Hujan”’ dan ’Lagu Rock Terbaik ”Bila Aku Sudah Tiada.’ ” Malahan Hujan turut mempunyai peminat setia yang menggelarkan diri mereka Raingers. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web rasmi Gig Triple Play www.tv9.com.my/gigtripleplay.

2 comments:

Nurul Nadia said...

wah ni mesti peminat hjan..
nice2:)

Aida Omar said...

Aida suka hujan.. hehe.. best2..