Akan Datang!

Saturday, June 30, 2012

Review: Hi5teria

5 cerita, satu idea, 5 pengarah. Hi5teria adalah santapan seram yang tidak mengecewakan. Ceritanya lebih kepada antiklimaks yang memerlukan penonton mencerna sendiri pemikiran yang ingin disampaikan oleh setiap pengarah. Walaupun ada cerita ceritanya cliché pada persembahan, tetapi setiap endingnya memang mempunyai kekuatan yang luar biasa. Sebuah filem Indonesia yang bermutu untuk jiwa aku. 

Setiap kisah diukir dengan satu idea, hysteria dengan setiap insiden yang terjadi dalam kehidupan setiap watak. Apa yang hebatnya, kesemua lima cerita mengekalkan 5 watak wanita berbeza dan kisah hysteria mereka dalam skop dunia yang berbeza. Dengan kehadiran pelbagai wajah dan perwatakan manusia, Hi5teria memang koleksi kisah pendek yang diadun sempurna untuk durasi masa yang diberikan. 

download filem ini di sini:

Lima kisah itu ialah, PEKAN SETAN, WAJANG KOELIT (malaynya WAYANG KULIT), PELESIK (malaynya PELESIT), KOTAK MUZIK, dan LOKET. Pada aku, dalam 5 cerita di atas, WAYANG KOELIT nampak kreatif dalam menampilkan sisi mistikal patung patung permainan wayang kulit. Sebuah adaptasi kepercayaan yang menyeramkan jika realitinya adalah sebegitu. Disebabkan kisah ini ada 5 cerita, aku agihkan ulasan ini menjadi perincian seperti berikut: 

1. PASAR SETAN (arahan Adriyanto Dewo) 

Cerita yang pertama menghiasi filem ini nampaknya mengecewakan. Aku tidak dapat merasakan permainan kisah ini yang nampak tidak dijelaskan dengan baik. Walaupun aku memahami apa yang disampaikan, aku rasa kisahnya sudah lari dari tajuknya. 

Bercerita tentang Sari, seorang wanita yang hilang di gunung Lawu akibat termasuk Pasar Setan, cerita ini membawa satu lagi perwatakan yang sama dan kisahnya yang juga turun hilang apabila termasuk ke Pasar Setan. 


Walaupun suasana Pasar Setan tidak dapat dilihat dengan jelas, aku cukup menyukai permainan dunia selari antara kedua dua watak. Lakonan nampak hambar dan membosankan sebab hanya memaparkan kedua dua watak berlegar legar dalam hutan. 

Cerita yang diambil dari mitos pendaki pendaki ini nampaknya tidak mampu dipersembahkan dengan baik. Dengan pengakhiran filem yang memerangkap penonton untuk merasa tidak tenang, cerita pertama ini bolehlah dikatakan sebagai sederhana. 

2/5 

2. WAYANG KOELIT (arahan: Chairun Nisa) 

Sebagai penonton Malaysia, aku rasakan mistikal wayang kulit dari mata Indonesia ini lebih seram gambarannya dan berani. Berkisar tentang permainan wayang kulit di Jawa Tengah, cerita ini mengikut jejak Nicole, seorang warga asing yang menonton persembahan wayang kulit dengan seorang pemandu pelancong. Nicole yang jatuh cinta dengan wayang kulit itu nampaknya tidak sedar yang dia akan menjalani hidup baru sebagai ‘boneka’ si pemain wayang kulit. 


Pengakhiran cerita ini memang tidak dijangka. Pengalaman pertama menonton cerita ini pastinya memberikan perasaan yang tidak dapat dijangka. Walaupun lakonan watak Nicole tidak dapat dijana dengan baik, mungkin sebab dia bukan aktres Indo, seram yang hadir dalam bentuk sosok bebayang di rumah Nicole terbaik. 

Namun, permainan rumah yang kurang pencahayaan membuatkan aku sukar untuk mendapatkan momen momen penting dalam filem ini sekaligus menghilangkan momentum seram. Apapun, aku suka filem ini yang agak menakutkan dan tidak terfikir dek akal. 

4/5 

3. Kotak Muzik (arahan: Billy Christian) 

Di sini ada Luna Maya, pelakon kontroversi. Cerita ini sebenarnya biasa biasa saja. Cerita tentang bagaimana seorang pensyarah di sebuah university tidak pernah percaya kepada hantu. Sedikit pun tidak terdetik di hatinya untuk beragama dan percaya kepada keberadaan makhluk halus di dunia. Farah namanya pensyarah itu, mengamalkan seks bebas dan kisah ini, bercerita tentang balasan terhadap kepercayaan Farah itu. 


Pertamanya, elemen seram cerita ini cliché. Ya, seperti filem filem Malaysia yang biasa dilihat di layar filem. Walaupun begitu, permulaan filem tidak menghampakan, sayangnya tengah filem ini agak membosankan. Hantu yang merangkak ke belakang adalah mengecewakan. Si budak kedil yang mencari Farah tidak disampaikan dengan baik. 

Keseluruhannya, cerita ini sederhana. Walaupun lakonan Luna Maya tidak dapat dipertikaikan lagi, banyak babak kejutan yang agak biasa. Endingnya, aku suka kerana ianya cukup untuk menggambarkan balasan Farah yang tidak percayakan agama dan juga makhluk halus. 

3.5/5 

4. PALASIK (arahan: Nicho Yudifar) 

Di Malaysia, ianya pastinya bermaksud PELESIT. Cerita tentang seorang isteri hamil yang sedang bercuti di sebuah rumah. Palasik adalah setan Minangkabau yang kononnya dipercayai akan mengeluarkan kepalanya dari tubuh lalu mencari wanita hamil untuk mendapatkan bayinya. Dan sejak si isteri berada di rumah itu, dia di ganggu. Siapa Palasik sebenarnya? Itu persoalan yang dijawab. 

Malang sungguh ceritanya tidak berapa baik persembahannya. Adegan pelesit terbang nampak murahan dan tidak begitu meyakinkan. Malah, beberapa dialog yang diedit dengan kurang baik mengganggu filem ini. Lakonan mengecewakan. Totally membosankan. 

2/5 

5. LOKET (arahan: Harvan Agustruansyah) 

Pada pertama kalinya aku melihat cerita ini, ianya terus mengingatkan aku kepada filem P2, filem seram Hollywood pasal parking kereta. Kisah ini nampaknya tidak jelas dan mesejnya kabur. Aku rasakan seramnya tidaklah banyak mana, tetapi filem ini lebih bermain dengan usaha untuk menjawab apa sebenarnya yang cuba mengganggu petugas parker di level tersebut. 


Kisah ini bermula dengan suasana yang agak baik. Walaupun skop permainannya hanya di level parking tersebut, permulaannya berjaya menimbulkan tanda tanya. Namun, selepas persoalan berjawab, pengakhirannya tidak berapa menarik perhatian lantas menutup filem ini dengan kekurangan. 

3/5

Keseluruhannya, Hi5teria memang filem yang sempurna dari himpunan ceritanya. Namun, disebabkan 5 pengarah berhimpun dalam filem ini, filem ini menjadi naik turun naik turun dari cerita dan persembahannya. Diakui yang sukar untuk menghimpunkan cerita terbaik dalam satu filem, dan Hi5teria adalah usaha yang baik. Mana tahu, jika peminat salah satu daripada lima cerita ini agak banyak, cerita itu akan diadaptasi ke filem featurenya yang tersendiri. 

Melihat seperti berjayanya Rumah Dara apabila diadaptasi ke filem featurenya tersendiri apabila mendapat sambutan dari filem pendeknya yang dimasukkan dalam filem Takut: Faces of Fear, Hi5teria tak mungkin alami fasa itu. Namun, percubaannya membanggakan. Lagi pendek cerita, lagi padat seram dan thrillnya, tetapi lagi sukar untuk menghasilkannya. 

4/5

Thursday, June 28, 2012

(18+) Selebriti Hollywood Wajah Cantik, Lutut Hodoh!

Mereka mungkin ada wajah yang cantik dan menawan. Namun, jauh mana pun mereka menjaga, usia tidak mampu diundur. Yang muda akan menjadi tua. Sejauh mana kita cuba untuk mengekalkan awet muda, pastinya di satu bahagian tubuh badan kita akan terus membina jalur usia kita. Ini adalah 14 selebriti Hollywood popular yang anda kenali, dan inilah dia, lutut mereka yang dimamah usia.















* gambar ini telah diedit dan disensor oleh admin sendiri. Sumber asal gambar adalah dari pelbagai website di internet yang dirahsiakan. Penulis tidak atas apa apa perkara yang terjadi selepas anda membaca entry ini.

Wednesday, June 27, 2012

Review: X

Awesome! The idea is brilliant even aku masih rasakan X masih lagi sebuah genre komedi biasa dari Metrowealth. Biasa memang biasa, tapi ceritanya tidak membosankan, sindiran yang tajam dan juga komedi yang ikhlas dan juga cermat. Didirikan dalam sebuah cerita yang lebih banyak bermain dalam flashback, X memang sebuah cerita hiburan santai yang sangat mencuit hati dan memang menarik untuk ditonton. 


Dengan lagak Pierre Andre yang tak habis habis menjadikan filem ini dipenuhi factor x. Dengan extra lawak, extra intelligent dan extra best, X memang sebuah filem kelakar yang berisi. Aku suka penyampaian komedinya yang bersahaja dan jelas. Komedinya bukanlah terletak kepada dialog tetapi di situasi situasi yang dialami oleh Pierre Andre.

movie mistakes filem ini:


Persembahan pada pembukaan cukup menarik pada pandangan aku. Adegan si Hafiz drifting hingga terlanggar isteri kelimanya nampak kreatif. Sebuah komik komedi yang sempurna pada permulaannya yang agak baik. Persembahan selepas itu, yang banyak bermain dengan flashback nampak kreatif dan cukup jarang dilihat. Iya, filem ini memang nampak simple dan lurus ke hadapan. Tidak ada twisting yang menarik, tetapi sekadar cukup untuk penonton melihat apa akan jadi seterusnya dan seterusnya. 


Aku lihat, filem ini terbahagi kepada tiga bahagian. Pertama, kat putrajaya. Kedua, penyesalan bini bini Hafiz. Ketiga, bini bini Hafiz bantu Hafiz. Iya, tiga bahagian yang simple dan menggunakan format yang sama. Sebenarnya, jika korang lihat, filem ini sebenarnya simple sangat sangat. Tetapi disebabkan setiap bini bini Hafiz cuba diperincikan, maka panjang filem yang pendek ini jadi seperti yang anda tonton. Nih, kalau nk dua jam, tambah dua tiga orang bini lagi. Ha3 

Setiap bekas bekas bini si Hafiz merupakan persembahan cermin perangai perangai wanita yang pelbagai. Hafiz pula adalah lambing si lelaki yang tersepit dalam menghadapi perangai wanita yang bermacam macam karenah. Aku nampak perbincangan itu secara tersiratnya dalam filem ini dan aku rasakan kritikan tersebut ‘memecah tradisi’ bagi filem filem Metrowealth. 


Berdiri sebagai sebuah komedi biasa dengan barisan pelakon yang biasa, filem ini wa cakap lu memang tidak mengecewakan. Terpulanglah kalau ada yang nak cakap review ni dibayar atau tidak oleh si cina David Teo. Aku tegaskan ini dari hati aku sendiri yang merasakan komedi ini sempurna dalam sejarah filem filem Metroweath. Aku ulang sekali lagi, dalam sejarah filem filem Metrowealth! 

X berjaya mengekalkan momentum komedinya dengan tidak melupakan kesemua bini bini Hafiz. Walaupun aku rasakan watak si tomboy lakonan Diana Amir dan beberapa bini lain yang kurang menyerlah, watak bini alim yang Hafiz nikahi pada kali kedua perkahwinannya berjaya mencuit hati dengan sindiran dan lakonan. 


Walaupun begitu, aku merasakan elemen seram yang dimasukkan dalam filem ini seperti mayat dalam van jenazah dan pocong adalah sia sia. Aku rasakan filem ini boleh berdiri sebagai komedi sempurna jika tiada elemen picisan untuk memenuhkan ruang filem sebegini. Komedi yang dilampirkan dengan situasi sudah cukup untuk membina. Nasib baik si pocong dan jenazah tidak menumbangkan komedi tersebut. 

Overall, aku rasakan X memang sebuah persembahan menarik dari pengarah baru, Ahmad Rusli Khadri. Elemen ala ala seksual yang sederhana sebuah suntikan sempurna untuk komedi ini. Tidak mengecewakan jugalah buah tangan pertama ini. Jujurnya, filem ini memang bukan cliché dan memang kelakar tak hengat! Hail Pierre Andre!!

4/5

Saturday, June 23, 2012

Sneak Peek: Breaking Dawn Part 2


Kristen Stewart, Robert Pattison dan Taylor Lautner kembali dalam filem bahagian kedua Breaking Dawn ini. Setelah filem pertama Breaking Dawn Part 1 telah berjaya mendapat kutipan $750 million di seluruh dunia, filem ini bakal menyambung cerita romantika luar biasa ini. Filem ini bakal berada di pawagam pada November 2012. Breaking Dawn Part 2 mengisahkan pergolakan yang berlaku apabila Bella sudah selamat melahirkan anaknya, Renesmee Cullen. 

Friday, June 22, 2012

Review: Gerimis Mengundang

Bila dapat tahu yang filem ini adalah sebuah filem cinta serius, memang pada pandangan aku, filem ini memang membosankan. Dengan barisan filem Ahmad Idham yang sudah meletakkan namanya dalam pengarah yang sudah mula tampil dengan idea membosankan walaupun sesetengahnya fresh, filem ini tidak mendapat expectation yang tinggi dari aku. Berharap sekadar mampu untuk menghalang supaya aku tak menguap sampai penghujung cerita sahaja. 

movie mistakes:

Selepas menonton filem ini, aku rasakan Gerimis Mengundang bukanlah membosankan. Filem cinta romantik yang serius tanpa ada watak komedi yang menghiasi ini agak baik dari segi romantikanya. Walaupun tidaklah aku rasakan filem ini filem terbaik dari si pengarah ini, namun sekurang kurangnya Gerimis Mengundang telah berjaya mengundang mesejnya yang tersendiri. 


Bagi yang inginkan komedi, sememangnya ini bukan filem komedi romantik untuk anda. Ini adalah sebuah cerita cinta dan mesejnya yang tersendiri, walaupun mesejnya biasa biasa saja. Mungkin tak semua akan seronok menghayati detik cinta watak justeru buat penonton sebegini, melabelkan filem ini membosankan. 

Gerimis Mengundang pada aku bukanlah cerita agungnya cinta. Pada aku, perkara yang penting untuk membina sebuah cinta agung mestilah sepertimana Puteri Gunung Ledang, juga filem filem hindi seperti Dilwale Dulhaniya Le Jayenge dan lain lain. Dalam sebuah cinta agung, halangan mestinya kuat dan membuatkan penonton cuba untuk menolak perasaan mereka untuk membantu menyatukan dua jiwa. Gerimis Mengundang tidak ada hal itu. 


Beberapa adegan nampak seperti lewah dan tidaklah diperlukan untuk membina cerita dari hidupnya si Zamani. Pada aku, adegan Zamani membawa Mikha berjumpa orang tua angkatnya itu nampak seperti sebuah kisah yang terabai. Walaupun ya, aku rasakan adegan itu cuba menunjukkan budaya masyarakat Sabah, aku rasa ianya tidaklah cukup simboliknya. Mungkin ada cara lain yang lebih baik untuk mengukir budaya mereka dalam filem. 

Olivia Lubis semestinya cantik. Lakonanya yang agak baik walaupun digandingkan dengan Zamani, si Kamal Adli yang nampak tak stabil dari lakonannya. Pada awal filem, aku nampak watak Zamani diperkenalkan dengan egonya apabila dia nyaris dilanggar jet ski Mikha. Ego lelakinya itu melarat sehingga Zamani bawa Mikha dan ibu bapanya menghadiri satu meeting. 


Apa yang aku lihat di sini, ego Zamani pada aku lebih terserlah kepada bencinya Zamani terhadap Mikha, seolah olah mereka pernah kenal suatu ketika dulu. Padahal, Mikha dan Zamani baru saja dipertemukan selepas insiden. Jadi, imbangan dari dua jalan, jalan hidup Zamani dan jalan hidup Mikha tidak dipertemukan dengan baik (pandangan peribadi). Iyalah, bagaimana dengan hanya maaf dari Mikha, Zamani terus jatuh cinta. Nampak cepat dan tidak dapat dimengerti faktor x kenapa Mikha sayang Zamani dan sebaliknya. 

Apapun, selepas terabainya permulaan itu, sekali lagi tragiknya filem tragik ini terserlah. Tragik di sini bererti kelemahan halangan yang diterima Zamani untuk mendapatkan Mikha. Bilamana watak tunang si Mikha muncul, aku rasakan this is a great moment untuk gelar filem ini sebuah cinta agung. Aku mengharapkan si tunang itu menjadi watak jahat yang menghalang cinta mereka. Alih alih, semuanya berbalik kepada emosi Zamani. Watak tunangnya si Mikha melepaskan Mikha begitu saja? Ah, di mana kejahatan cintanya? 

Walaupun aku rasakan Zamani dan Mikha bukanlah pasangan yang cocok dalam filem ini, tak mengapalah. Asalkan ceritanya ada dan mampu membawa apa yang mahu dibawa, ok sajalah. Gerimis Mengundang bukan karya agung walaupun ceritanya membunuh satu karakter utama untuk menyuntik sedih di hati penonton. Sebuah kisah gerimis di hati Zamani yang mengundang persoalan tentang apa sebenarnya cinta... 

3/5

Thursday, June 21, 2012

(18+) Kemalangan Ngeri Toyota Camry Di Arab Saudi!


Berdasarkan blog blog yang sudah mula menyebarkan video ini, tragedi ini terjadi pada penghujung May 2012 yang lepas. Kemalangan kereta Camry di Arab Saudi ini memang mengerikan. Dalam video di bawah, korang bakal menyaksikan bagaimana kereta mewah itu 'drift' sebelum berpusing di sisi jalan berpasir. Kemudian, kereta itu berpusing beberapa kali. Dalam berpusing itu, seorang pemandu tercampak setinggi hampir 10 meter dan meninggal dunia. Kemudian, seorang lagi penumpang tercampak ke atas jalan dalam keadaan putus kakinya. Korang akan jelas lihat kakinya terbang melayang ke atas jalan.



Iktibar dari Arab Saudi ini bukanlah sekadar bahan tontonan semata mata. Diharap dapat menjadi pengajaran buat para pemandu supaya berhati hati di jalan raya. Bagi yang tidak tahan dengan bahan bahan ngeri, fikirlah dua tiga kali nak tengok. 

AMARAN:
penulis tidak bertanggungjawab atas apa yang berlaku ke atas pembaca selepas menonton video ini.

Wednesday, June 20, 2012

Sneak Peek: The Amazing Spiderman


Asalnya dari sebuah idea untuk Spiderman 3, Columbia Pictures akhirnya memutuskan untuk membuat filem sambungan untuk siri Spiderman tersebut. Sebaliknya, studio tersebut lebih terpikat untuk menjadikan Spiderman lebih awesome dengan membina sebuah filem reboot untuk superhero ini. Nah, inilah dia, Spiderman yang lebih dalam, pekat dan beremosi. Tidak lagi menampilkan watak Peter Parker yang terlalu baik dan menghadapi dilema emosi dan perasaan, filem ini bakal menampilkan sisi baru si lelaki tersebut. Kisah kali ini berlegar tentang Peter yang cuba untuk mencari kisah silam di sebalik kematian keluarganya.

Lizard, si cicak gergasi adalah si jahat untuk filem ini. Jangan ketinggalan menyaksikannya di pawagam bermula Julai 5 2012 tau! Filem ini dibintangi Andrew Garfield sebagai Peter Parker, Emma Stone sebagai Gwen Stacy dan juga Rhys Ifans sebagai Dr. Curt Connors.

4 minit pengenalan filem THE AMAZING SPIDERMAN! 

Monday, June 18, 2012

(18+) Cover Majalah Dengan Selebriti Pregnant Half-naked!

Di Hollywood, sudah menjadi trend untuk artis yang mengandung berposing dalam keadaan tanpa seurat benang. Bagi mereka, inilah saat untuk mereka mengabadikan kenangan ketika mereka mempunyai perut yang besar. Malah, dari segi artistiknya, gambar wanita yang punya perut besar sebegini punya value yang tersendiri. Jom, inilah dia antara selebriti Hollywood yang berani mendedahkan seluruh tubuh mereka untuk menunjukkan kualiti seorang selebriti.

 Heidi Klum
Vitals
2005

 Britney Spears
Harper's Bazaar
Ogos 2006

 Cindy Crawford
W
Jun 1999

Demi Moore
Vanity Fair
Ogos 1991

 Monica Belluci
Vanity Fair
2004

 Paula Patton
Ebony
May 2010

 Claudia Schiffer
Vogue
Jun 2010

 Eva Herzigova
Vanity Fair
Februari 2007

 Jessica Simpson
Elle 
April 2012

 Nia Long
Ebony
November 2011

 Mariah Carey
Life & Style
April 2011

Christina Aguilera
Marie Claire
Januari 2008

* gambar ini telah diedit dan disensor oleh admin sendiri. Sumber asal gambar adalah dari pelbagai website di internet yang dirahsiakan. Penulis tidak atas apa apa perkara yang terjadi selepas anda membaca entry ini.

Sunday, June 17, 2012

Review: Hoore Hoore

Emosi jelas ada. Filem ini memang menyentuh hati bagi siapa yang menontonya. Terutama bagi peminat Sudirman, pastinya lagu lagunya akan menjadi satu sebab untuk korang menonton. Hoore Hoore memang sebuah filem yang biasa tetapi auranya punya satu kelainan. Sebuah muzikal drama yang agak hebat, walaupun aku rasakan ianya masih belum capai tahap muzikal terbaik. Sebuah filem yang menarik dari pengarah Puteri Gunung Ledang, Saw Teong Hin. 


Farah Nazirah bukanlah sebuah bintang yang cantik dalam filem ini tetapi ‘cute’. Walaupun aku rasa filem ini tak mampu naikkan namanya, aku rasa Nur Iman dijayakan dengan baik. Watak yang mana dikelilingi segala sayang cinta dan kasih dari setiap watak lain. Pastinya juga, Nurul Iman menjadi sebuah bahan simpati, teladan dan motivasi buat penonton. Bagi aku, Nurul Iman adalah sebuah percubaan yang agak baik. Ianya memberi suntikan emosi yang baik, merujuk kepada bagaimana jayanya Slumdog Millionaire dengan watak si budak slum. 

Walaupun aku rasakan ini first filem si Farah Nazirah ni berlakon, seriusly lakonannya memang sesuai dengan karakternya. Ternyata bidikan Saw Teong Hin mengena apabila mencari seorang gadis yang kurang dikenali untuk ditonjolkan sebagai watak utama dalam filem apresiasi kepada Sudirman ini. 


Jayanya Hoore Hoore memang terletak pada kebolehan gubahan lagu Sudirman yang digarap baik. Walaupun aku tidak berapa suka dengan gubahan Ayah dan Ibu yang entah aku rasakan kurang impak, keseluruhannya kerja gubahan semula lagu oleh Audi Mok memang terbaik. Lagunya bernafas baru, dan berjiwa baru, sesuai dengan masa. 

Walaupun begitu, disebalik positifnya penerimaan aku terhadap filem ini, aku rasakan filem ini masih lagi cacat di beberapa tempat. Pertamanya, cerita tentang Ratu Idola memang sebuah pertandingan yang low class. Maaf aku cakap, set pentas Ratu Idola tidak nampak seperti sebuah pertandingan mencari ratu yang grand dan meyakinkan. Bayangkan dengan set yang dibuat dalam dewan, ianya seperti sebuah pertandingan ratu kampung yang biasa. Padahal, Ratu Idola adalah sebuah pertandingan di tv. 


Aku juga mengharapkan watak Aznil Nawawi lebih kejam dan dibenci. Dalam filem ini, wataknya nampak kurang jelas. Atas sebab apa Nurul Iman dibawa masuk ke dalam pertandingan? Ya, itu jelas jawapannya sebab dia mahukan drama dalam rancangan tersebut. Itu pada aku adalah kejahatan si Aznil yang diutarakan. Tetapi, kejahatan itu hilang dan tidak kelihatan lagi. Aku mengharapkan juga pertarungan merebut ratu lebih menarik. Malangnya, tidak ada apa yang aku nampak selain emosi Nurul Iman yang lebih banyak daripada segala galanya. 

Dalam setiap filem Saw Teong Hin, pastinya penelitian terhadap visual memang diambil berat. Itulah kelebihan filem ini yang menampilakn visual yang kemas dan cantik. Dari aspek lakonan, memang filem ini memang tak perlu dipertikaikan lagi. Dengan Fauziah Nawi, Adibah Noor dan juga Harun Salim Bachik, kombo ini memang menarik. Lakonan tidak perlu dipertikaikan lagi. Adibah Noor dan Harun Salim Bachik memang pasangan yang luar biasa. Aku suka. 


Hoore Hoore memang ada emosi, jenaka dan segala perkara yang menjadikan filem ini dekat di hati penonton. Ternyata, filem tribute kepada penyanyi tersohor Sudirman ini sarat dengan motivasi dan juga kisah kehidupan yang biasa yang jarang dibawa ke layar. Sebuah filem yang menarik walaupun aku masih merasakan filem muzikal yang terbaik dalam Malaysia masih lagi dimiliki oleh Magika. 

3/5

Saturday, June 16, 2012

Event: Bunkface-Hujan-Nidji Berkongsi Pentas Gig Triple Play


Kesinambungan kejayaan program realiti terunggul Versus yang menonjolkan kreativiti tanpa batasan diteruskan dengan sebuah lagi konsert muzik rock yang diberi nama Gig Triple Play. Suntikan muzik dari tiga kumpulan yang menjadi kegilaan anak muda masa kini iaitu Bunkface, Hujan dan Nidji bakal menggegarkan pentas dan kaca televisyen anda pada hari Sabtu, 30 Jun, 8.30 malam secara langsung di stesen televisyen nombor 2 negara, TV9 (Saluran 119). 

Menurut Cik Sherina Nordin, Pengurus Besar TV9, ”Kejayaan dan penerimaan positif Versus telah membuktikan bahawa Malaysia sudah bersedia untuk evolusi muzik yang lebih besar. Dengan itu, kami tampilkan Gig Triple Play sebagai platform untuk meletakkan ketiga-tiga kumpulan besar ini di tahap yang sama. Uniknya konsert ini adalah ia akan menyatukan 3 buah kumpulan berbeza genre muzik rock yang berasal dari 2 negara (Malaysia dan Indonesia) di mana mereka akan menunjukkan kreativiti masing-masing di atas 1 pentas. Bunkface dengan muzik Pop Punk & Punk Rock, Hujan dengan muzik rock alternatif dan Nidji pula cenderung pada pop alternatif. Variasi muzik rock yang diketengahkan oleh ketiga-tiga bakat ini akan memberikan kelainan di dalam pengisian konsert ini. Lebih hebat lagi apabila mereka turut akan ’shuffle’ atau mempersembahkan lagu dari kedua-dua kumpulan lain.” 

klik untuk biodata ahli kumpulan.

”Penganjuran konsert ini juga adalah untuk meraikan ulang tahun keenam TV9, di samping memberi penghargaan kepada penonton setia kami yang sentiasa menyokong kami. Buat pertama kalinya TV9 akan memberi peluang kepada penonton-penonton setia kami yang juga merupakan peminat tegar ketiga-tiga kumpulan ini, untuk menentukan playlist atau senarai lagu konsert ini,” tambah Sherina lagi. 

KL Live akan menjadi saksi kepada aura ketiga-tiga kumpulan yang akan mempersembahkan kehebatan masing-masing di hadapan 1000 orang penonton. Tiket-tiket eksklusif konsert ini hanya boleh didapati melalui peraduan-peraduan yang akan dianjurkan di laman web rasmi dan platform sosial media iaitu Twitter dan Facebook TV9. 
klik untuk biodata ahli kumpulan.

Selain itu ia juga boleh dimenangi melalui peraduan yang akan dianjurkan oleh media cetak, komuniti peminat Bunkface, Hujan dan Nidji serta melalui radio rasmi Hot FM. 

Hot FM sebagai geng radio Gig Triple Play akan mempromosikan konsert ini melalui corong radio serta memberi peluang kepada pendengar setia mereka untuk memenangi tiket-tiket eksklusif melalui peraduan dan Hot FM Zoomers. 

TV9 membawa kumpulan popular dari Indonesia, Nidji yang dianggotai oleh Giring (vokal), Rama dan Ariel (gitar), Adri (dram), Andro (bass) dan Run-D (keyboard) untuk berkongsi pentas dengan dua kumpulan hebat tanahair, Bunkface dan Hujan, demi meraikan muzik dan kreativiti tanpa batasan. Nidji yang telah menempa nama bukan sahaja di Indonesia dan Malaysia, malahan di Jepun, Hong Kong dan Amerika Syarikat amat berbesar hati untuk berkongsi kreativiti dan seterusnya menghiburkan komuniti Nidjiholic di Malaysia. 

klik untuk biodata ahli kumpulan.

Bunkface yang diterajui oleh tiga anak muda berkaliber iaitu Sam, Youk dan Pa’an banyak menghasilkan lagu-lagu bergenre pop punk dan punk rock. Kumpulan ini dibentuk pada tahun 2005 dan telah memenangi beberapa anugerah seperti ’Anugerah Bintang Popular 2009’ (ABP 2009) dalam kategori ’Penyanyi Duo/Kumpulan Popular,’ ’Anugerah Shout! 2009’ bagi kategori ’Break Out Award’, ’Rockstar Award’ dan ’The Ultimate Shout Award’ serta ’Anugerah Shout! 2010’ bagi kategori ’Rockstar Award’ dan ’Music Video Award’. 

Kumpulan indie Hujan yang baru-baru ini menjuarai Versus, dianggotai oleh Noh, Dimas, Izzat, AG dan Am, mula dikenali ramai sejak ditubuhkan pada 2006. Alunan muzik mereka diberi penghargaan apabila meraih Anugerah Industri Muzik 2009 (AIM 2009) menerusi ’Album Terbaik ”Hujan”’ dan ’Lagu Rock Terbaik ”Bila Aku Sudah Tiada.’ ” Malahan Hujan turut mempunyai peminat setia yang menggelarkan diri mereka Raingers. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web rasmi Gig Triple Play www.tv9.com.my/gigtripleplay.

Friday, June 15, 2012

Rajinikanth Tawan Jepun, Endhiran Kini Dalam 3D!



Kehebatan filem Endhiran, sebuah filem Tamil yang mencatat kutipan tinggi di India kini melanda Jepun. Filem lakonan Rajinikath, si superstar itu akan ditayangkan di pawagam di Jepun tahun ini setelah beberapa lama sudah ditayangkan di India. Apa yang menariknya, filem ini bakal dialih bahasa ke bahasa Inggeris. Malah, formatnya juga diupgrade menjadi 3D dan filemnya digubah menjadi durasi 2 jam sahaja. 

Sebelum itu, Endhiran telah ditayangkan di TIFF - Tokyo International Film Festival pada 25 Disember 2011 yang lalu. Filem ini menerima komen positif dari penonton. Di Tokyo, demam Endhiran sudah bermula sejak 12 Mei 2012 yang lalu. Jom tonton trailer Endhiran versi Jepun di bawah!