Akan Datang!

Thursday, May 3, 2012

Review: Seefood

Pertama sekali, aku rasa banggalah apabila Seefood ni adalah keluaran anak Malaysia walaupun aku tengok kat kredit, tak ada nama orang Melayu sesen pun. Walaupun begitu, dengan semangat 1Malaysia, aku sokong dan bangga dengan usaha orang orang ini yang membuktikan Malaysia mampu buat apa saja dengan adanya impian dan kerjasama. Seefood pada pandangan aku percubaan yang menarik. Ianya bukan lagi sebuah animasi Malaysia level Upin Ipin. Ianya tahap baru. 

Aku rasakan, kualiti visual Seefood standing antarabangsa. Lihat saja kepada warna warni laut yang mengingatkan kita kepada filem animasi luar seperti Finding Nemo dan Shark Tale. Boleh aku katakana kebanyakan visual dalam filem ini indah dan menakjubkan. Pergerakan haiwan laut nampak hampir 100% sempurna. Terbaik. 

Malangnya, aku rasakan cerita ini agak mendatar dengan plot yang mendatar. Cerita sisa buangan toksik dari kilang, campur dengan kisah pemburu jerung haram, campur dengan kisah geng belut dan ketam ala ala hantu nak tawan lautan, nampaknya seperti tidak ada chemistry yang bagus dalam penyampaian. Aku rasakan, penyampaiannya mendatar dan tidak dapat dirasai emosinya, walaupun aksinya aku rasa dapatlah dihayati skali sekala. 


Serius aku rasakan plot “sang belut” dari laut dalam tu macam tak ada apa apa. Sekali sekala ditunjukkan kejahatan itu cuba untuk menawan kawasan laut lain, tetapi akhirnya, masa last filem ni, Julius menghalau mereka dengan simple jer. It seems macam ceritanya takkanlah sesimple itu. Come on, itu kejahatan laut dalam, lebih ganas dari pemburu jerung haram wey. Apapun, kecomelan ayam ayam kampong yang gagah dan hensem itu aku suka. It seems that itulah tandanya filem ini milik kita walaupun ianya sebuah kerjasama dengan Al Jazeera Children Channel. 

Pub agak comel dan Julius mengingatkan aku kepada Shark Tale. Visual lautan kadangkala mengingatkan aku kepada Finding Nemo. Apapun, tak ada masalah pun. Selagi its great on film, pedulikanlah ingat mengingat nih. 


Keseluruhannya, aku rasakan Seefood bukanlah masterpiece dalam ceritanya. Plot yang mendatar, cerita yang tidak digarap dengan sempurna, dengan campuran emosi yang kurang dirasai menjadikan Seefood membosankan. Namun, aku tabik springlah kepada cerita ini yang lebih baik dari filem animasi sebelum ini. Melihat sawah padi, wau bulan dan juga identity Malaysia yang awesome dalam sebuah animasi bertaraf antarabangsa ini menjadikan aku bangga. Bukan apa, filem kita bakal setanding mereka, jika kita pandai mereka… 

2/5

3 comments:

Nuriy Arisa said...

bru taw filem nie keluaran malaysia..^^ mmg membuktikan malaysia juge bole kuarkan cite animated setaraf dgn dunia ^^

su suraya said...

dah tengok, cerita ni memang agak membosankan dan kawan saya tidur masa teman tengok cerita ni. tapi gambar dia memang cantik. terkejut juga filem kita boleh pergi jauh tahap ni

Gary Asip said...

memang agak bosan la.. huhu.. ada gak review filem ni dalam blog:

http://www.garyasip.com/2012/03/filem-seefood-2012.html

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...