Akan Datang!

Sunday, May 27, 2012

Review: Nongkrong

Klon Ngangkung? Hah, betul lah tu kalau korang tak tengok lagi keseluruhan filem ini. Menampilkan sebuah sisi kehidupan mat nombor ekor, sekali lagi Nongkrong membawakan agenda itu ke satu tahap yang lebih baik. Ternyata, Nongkrong meminjam promosi Ngangkung dengan membiarkan penonton berspekulasi tentang adakah filem ini mirip filem tersebut dan akhirnya cuba membentuk cerita lebih kurang sama mesejnya tetapi dengan naratif yang berlainan. 

Soalan yang biasa ditanya, jika namanya sudah mirip filem Ngangkung, mampukah filem ini menarik penonton. Sudahlah ceritanya berintikan mesej yang sama, mungkin juga para penonton sudah muak dengan cliche ending filem seram keluaran MIG. Pada pandangan aku, Nongkrong hanyalah sebuah filem seram yang sedikit hebat daripada Nongkrong. Perbandingan tidak boleh dielakkan, kerana hanya dua filem ini saja berpijak atas inti main nombor ekor dalam zaman milenia ni. 


Keseluruhannya, Nongkrong menghiburkan. Sememangnya sekali sekala lawaknya nampak sedikit memualkan, tetapi keseluruhannya, memang boleh tahan. Nongkrong tidaklah membawakan klon Ngangkung. Bermula dengan sebuah upacara minta nombor ekor yang menjadi pemisah kepada dua cerita, Nongkrong bergerak ke dua arah. Satunya, kisah tiga lelaki ini yang sibuk nak kejar duit nombor ekor, dan duanya, kisah hantu yang sibuk nak bersama dengan suaminya. 


Ianya sebuah kisah yang agak baik. Kisah hantu yang sedikit berbeza. Tetapi, malangnya, Nongkrong dipenuhi dengan adegan yang biasa saja dilihat dalam mana mana filem Metrowealth. Bomoh, upacara, dan juga jampi yang entah apa apa menjadi hiasan dialog dialog. Tidak dinafikan bahawa segelintirnya jenaka yang agak baik, tetapi tak mungkin aku mampu bertahan dengan dialog ritual yang nampaknya semakin murah dan low class tersebut. 

Trademark itu trademarklah jugak. Tetapi, itu nampaknya seperti sebuah pengisian sia sia. Percakapan yang tidak masuk akal dan kata kata yang agak tidak menentu dan no motif. Sekadar hanya untuk mengundang tawa dari penonton yang kononnya kelakarlah dengan bacaan bacaan jampi serapah what the hell tersebut, ah, itu bukan standard aku. 


Apapun, bukanlah Nongkrong jenaka murahan. Walaupun iya, tak dapat dinafikan ianya sebuah filem jenaka murahan (ah, nampaknya aku kena akui Nongkrong jenaka murahan jugaklah). Walaupun begitu, sebuah filem yang hanya dihasilkan untuk hiburan dan mesej biasa biasa sebegini memanglah sesuai untuk tontonan santai (walaupun pada akhir tu, babak bogel yang agak tidak menjadi cuba mereka fantasi seksual pada penonton, untuk tujuan gelak dan senyum sorang sorang). 


Perhatikan hujung filem ini yang agak menarik untuk diperbincangkan. Meminjam ujung cerita Ngangkung (walaupun sedikit berbeza tetapi hampir sama), Nongkrong nampaknya lupa sesuatu. Satunya, Nongkrong gagal menjelaskan bagaimana duit pembedahan anak si Aman. Malah, Nongkrong juga gagal menjelaskan kenapa hantu Paya Bakau mengejar Aman dan Cumi sedangkan mereka hanyalah dayang kepada hantu Paya yang ingin dikahwinkan dengan Bada. Malah, watak lakonan Man Raja Lawak iaitu ustaz yang mana merangkap abang kepada Aman juga nampak tidak masuk akal. 

Biasalah, dalam mana mana filem hantu, tok bomoh seperti tahu semua dan di mana musibah akan melanda. Dalam kes Nongkrong, abang Aman tetiba saja muncul di akhir filem untuk menyelamatkan tiga orang ni. Bagaimana abang Aman boleh tahu mereka di situ pun tidaklah dijelaskan. Malah, hubungan Abang Aman dengan Aman juga tidak berapa bijak garapannya. Kenapa kalau Aman sudah memerlukan duit untuk biayai kos perubatan isterinya, minta je pinjam dari abangnya? Abangnya kan pakai Mercedes. 


Malah, jika anda perasan, wajah 1 Malaysia dalam filem ini pelik sangat. Filem ini seperti sebuah pameran pelbagai jenis tok bomoh yang mengarut dan bengong. Aku tanya pada diri aku, ini filem KOLEKSI DUKUN PELBAGAI KAUM ataupun filem NONGKRONG? Macam macam jenis bomoh dan ritual yang direka. Seperti lagu Najwa Latiff, scene dalam filem ini kosong kosong..... Hanya penuh dengan ritual, tetapi cerita tidaklah setara mana. 


Keseluruhannya, boleh aku katakan yang Nongkrong adalah filem biasa yang menghiburkan. Bagi yang muak dengan adegan tok bomoh tu, ini bukan untuk anda. Hiburan santai dan sedikit lucah (mesti Ahmad Idham seronok bila adegan bogel bila tengok hantu ditiru masuk dalam filem Ismail Bob Hashim nih). Nongkrong memberikan pengajarannya tentang keburukan main nombor ekor. Boleh la aku katakan yang Nongkrong adalah lebih hebat satu aras daripada Ngangkung. 

3/5

5 comments:

cikpuanNaiz said...

hehe..mcm xbest je cite ni..bosan dgn genre cmni..

OTAI SEMPOI MARAH said...

cerita David Teoh..dah macam xde genre lain.. buat duit pandai.. bayar gaji artis tak mau!

http://sempoicornerdisini.blogspot.com/

::Misz sunsWeetz:: said...

x tengok pun ag citer ni

KA! said...

cerita nie leh kasi pujian memang komedi sesuai untuk semua lapisan hantu dye xla seram wokey jew. Yang pasti dah tengok citer pecah perut gelak.

Nak komen pasal bomoh cina yang halau put3 tue rasa tak masuk akal la coz macam hantu takut agama cina berbanding Islam? itu yang tak paham

tungkaran hati said...

Pasai apa filem kita macam ni haa....apakah tahap sosio-budaya kita macam tu haaa.....apapun salam sejahtera untuk semua!

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...