Akan Datang!

Wednesday, March 7, 2012

Sneak Peek: Wrath Of The Titans


Pernah menonton Immortals (klik sini untuk reviewnya)arahan Tarsem Singh? Pastinya yang sedar dan peka, anda dapat rasakan yang filem itu adalah paparan Hollywood tentang yakjuj dan makjuj dalam kisah mitos Greek. Kisah bagaimana Theseus dipilih oleh Zeus untuk mengetuai perperangan terhadap King Hyperion yang kejam. Perhatikan saja bagaimana bencana di sebalik gunung itu dipaparkan sebagai seseorang yang tidak punya hati dan perasaan. 

March ini, kisah yang hampir sama, dengan penceritaan bencana akhir zaman dari kisah tuhan mitos Greek ini bakal dipersembahkan lagi. Wrath of the Titans bakal mengisahkan bagaimana Perseus (Sam Worthington) yang terpaksa menghadapi satu cabaran untuk ke dunia bawah bagi menyelamatkan Zeus,  yang dikhianat oleh anaknya Ares dan abangnya Hades. 



Dibintangi Sam Worthington, Liam Nesson dan Rosamund Pike, filem ini adalah sekuel kepada Clash of the Titans arahan Louis Laterrier (pengarah Transporter dan Transporter 2). Wrath of the Titans diarahkan oleh Jonathan Liebesman (pengarah Battle Los Angeles).

2 comments:

sabree hussin said...

part mana yang jadi isu tu.. nak tau jugak

pompuanmuda said...

alaa..tengok la movies 2012, diorang lari semasa air lalut membadai/banjir, lari masuk ke dalam kapal, mcm kisah nabi nuh kan?

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...