Monday, June 27, 2011

Cashout Pertama ChurpChurp!


Alhamdulillah, rezeki ChurpChurp pertama aku. Terkejut apabila pagi tadi aku tengok akaun aku masih tertulis RM60.30. Petang ni, 27hb Jun 2011, buka terus terkejut besar bila tengok amauntnya dah jadi RM126.90. Amin!

http://cikgumanstation.blogspot.com/2011/06/churp-churp-promotion-post.html

(18+) MV: I Just Had Sex - The Lonely Island feat. Akon


PEMBERITAHUAN:
ENTRY INI MENGANDUNGI UNSUR LUCAH, PEMBACA DINASIHATKAN MEMBACA ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI

Akon dengan lagu 'Aku Baru Sudah Buat Tuuuuttt!!!'. Gandingan The Lonely Island yang begitu menggelikan tetapi lama lama best dengar. Tapi baik jangan korang nyanyi part korus lagu ni kalau korang g pasar malam, dalam kelas ataupun tempat awam.



Kah3! Lucah giler.... patutla Akon tersenyum manjang.

Saturday, June 25, 2011

Review: Karak

Satu lagi filem twist yang memang satu titian penontonan yang cukup menggeramkan (bukan spelling mistake, it’s not menyeramkan, tetapi menggeramkan). Karak membentuk satu lagi seram cara Yusry yang berbeza dengan norma seram Malaysia. Berkesempatan menonton filem Karak dalam versi DVD yang rasanya layak dibeli untuk koleksi. Keseluruhannya, Karak pandai memancing, sepertimana gaya Syamsul Yusof memancing penonton ke dunia fantasi keinsafan seramnya dalam filem Khurafat. Namun, apa beza Khurafat dan Karak, adalah bagaimana permainan twist itu sendiri. Apa yang sama antara Khurafat dan Karak? Sudah tentu la dua dua tajuk bermula dengan huruf ‘K’!


Karak ada gaya Scary Movie, ada gaya filem slasher sekali sekala ada gaya seram Hollywood. Aku sedar bagaimana penulisan Karak sendiri dipengaruhi pengaruh luar. Hantu berbentuk monster, adegan kemban (semestinya aliran seks lapisan paling nipis ini perlu untuk ransangan bagi filem ala Hollywood), dialog yang disusun kemas membentuk unsur keindahan dalam seram semuanya ada. Persembahan Karak bertaraf antarabangsa tetapi masih ada perangkap yang masih membenarkan penonton untuk duduk selesa menonton Karak sebagai sebuah filem Malaysia, dalam citarasa yang berbeza.

tonton trailer dan baca sinopsis di sini:

Bercerita tentang sebuah dunia reality bukan satu perkara yang senang. Karak itu wujud, dan kebenaran tentang misterinya itu… hanya Tuhan saja yang tahu. Namun, aku rasa kebijaksanaan Norman Abdul Halim menggarap skrip Karak ini adalah pada permainan reality-fantasi yang cukup menghiburkan. Ya, Karak pada aku bukanlah menyeramkan (walaupun moment seram itu adalah elemen penting dalam filem ini), tetapi ianya adalah sebuah filem yang menghiburkan. Serius, momentum seram itu hanyalah sedikit, tetapi masih membuatkan kita terlekat untuk menghabiskan filem ini sampai ke penamat.


Membaca lagak gaya dialog filem ini, ternyata susun aturnya kadangkala (maaf!) nampak terlalu skema dan teratur. Ada masa masa yang nampak janggal dan nampak pembinaan dialognya kurang baik. Ada dialog dialog yang nampak skema dan mengundang tawa. Mungkinkah ini satu kesengajaan? Watak lakonan undangan Sofi Jikan contohnya, ew meluat!

Namun, rasanya ramai yang tak ambil kisah pasal hal ni sebab Karak menyalut satu kesempurnaan ala KRU Studio’s, apa lagi kalau CGInya. Karak mempunyai satu permulaan yang cukup baik. Gaya intro kredit, juga kisah urban legend yang selalu kita dengar dipersembahkan dalam satu lakonan yang nampak meyakinkan.

Ceritanya mudah. Namun penipuan bijak nampaknya sukar dijangkakan. Itu keistimewaan Karak. Apa lagi yang Karak berikan, apa lagi kalau mesej. Terkejut dengan permainan mesej yang nampak begitu asing, tetapi berjaya menundukkan akal aku bahawa apa yang disampaikan dalam filem ini sebetulnya benar. Iya, mesejnya memang satu benda yang luar biasa. Yusry bukan hendak menasihat tentang bahana membela saka, hantu, jin dan iblis tetapi dia hendak berbicara tentang kepentingan memahami ayat suci lebih dari sekadar hanya tahu membaca. Dibelek belek, mesej dan filem ini nampak jauh panggang dari api. Namun, penghidupan karakter Sara itu sendiri (seorang ustazah ‘murtad’) sudah membantu membina mesej yang makin jelas makin hampir dengan penamat.


Tapi, jujurnya aku tidak dapat mencari moment seram yang mampu mengejutkan dan luruhkan jantung aku ke tanah. Tidak ada. Pembinaan twist itu hanya cukup sekadar untuk menghiburkan aku, sebagaimana aku menonton filem thriller biasa, dan bukannya seram yang dicanang trailer filem ini. Moment seram dengan membangunkan kelibat iblis dalam satu susuk orang tua yang amat menggerikan cukup hanya membuatkan aku tersenyum, tanda aku puas hati dengan make-up dan efek yang diberikan kepada karakter jahat tersebut. Hendak takut, jauh sekali.

Tak menyangkakan bahawa Shahir begitu jambu dalam kisah ini. Pemfokusan kepada Sara adalah segala galanya. Jack dan Ida lebih meyakinkan namun Shahir, OMG… better work up lah! You are so jambu sorry! Kellafairy dan Sheila Aiyob menjadi. Keseluruhan momentum lakonan biasa biasa saja. Maklumlah, sekadar menghiburkan saja. Aku tak dapat menangkap mood seram filem ini kerana banyak ditenggelami ayat melucukan. Sidek Hussin, watak yang kononnya menjadi permulaan segala urban legand hanya biasa biasa saja.


Keseluruhannya, Karak memang satu lagi roller coster yang cukup meyakinkan. Sebagai sebuah syarikat yang cuba membuka oksigen buat pembikin filem yang lemas terperangkap dalam kotak yang tertutup, Karak umpama pensel yang digunakan untuk cucuk kotak dan berikan oksigen. Sekali lagi, pada pandangan aku, Karak memang menghiburkan kerana elemen seramnya satu benda yang aku anggap kreativiti. Mengharapkan keseraman, jauh sekali. Hmm.. Karak maybe can be consider as a thiller yang menakjubkan kerana memasukkan elemen komedi secara seimbang dan sama rata. Percubaan berani, tetapi menjadi! Sebuah lagi kebanggaan Yusry, KRU dan Malaysia...

4/5

Friday, June 24, 2011

Review: Sucker Punch


Kalau bercakap pasal filem Zack Snyder, mesti akan terbayang visual yang memang stylo gegiler. Sucker Punch tak lari daripada konsep yang sama. Dibawah tulisan Zack Snyder sendiri serta Steve Shibuya, Sucker Punch bukanlah suck! Tetapi ianya memang filem yang memang bercerita tentang asylum yang mungkin akan buatkan penonton juga menjadi orang gila. Sebuah filem yang memang gila dan cukup penat berfantasi selama dua jam. Buai buai dunia fantasi Baby Doll yang begitu gila membuatkan aku sendiri pecah kepala. Nasib baik aku diselamatkan dengan visual memukau dan momentum aksi yang begitu hebat!

Sucker Punch berdiri sebaris dengan filem gila lain seperti Inception (ya, aku klasifikasikan Inception sebagai idea gila, tetapi bijak dalam garapan). Filem yang memang jaraknya mungkin hanya mengambil masa beberapa minit saja di realiti dan jam jam filem tersebut (baki baki sisa tiket wayang) dihabiskan dengan menonton fantasi yang tak masuk akal tetapi diukir membentuk filem bercabang cabang. Bukan saja ianya memeningkan, tetapi sebenarnya memenatkan.

Penontonan Sucker Punch memang boleh difahami. Tetapi aku sendiri menghadapi kesukaran untuk menangkap bagaimana idea Zack Snyder untuk membayangkan tarian mengiurkan orang orang gila dalam asylum dalam satu persembahan aksi yang dunia fiksyennya begitu indah. Apapun, Sucker Punch memang gila. Filem ni memang memeningkan tetapi tetap menghiburkan dari satu sudut. Persembahan Zack Snyder yang luar biasa, tetapi aku lebih suka kebiasaan. Filem ini memang geeer!!! Menggeramkan! Apapun, tetap suka filem Zack Snyder!

Friday, June 17, 2011

Review: Penungu Istana

Aku sebenarnya bergembira dengan kerancakan industry perfileman Malaysia yang makin mengadunkan formula formula baru Barat dan juga Asia. Genre baru mula terbelah belah berpecah membentuk bunga bunga baru, sekaligus memberikan ‘oksigen’ baru kepada penonton. Aku suka cambahan idea ‘lost tape’ dan juga genre kamera amatur yang semakin digilai Hollywood. Penyerapannya dalam karya tempatan nampaknya sudah menjadi fenomena. Penunggu Istana adalah filem pertama yang memulakan genre ini dalam peniruan gaya filem Paranormal Activity (rasanya la..).


Kesimpulannya, filem ini menjadi. Kerjanya tidak teliti namun satu percubaan yang bagus. Pada pandangan aku, filem ini tidak berjaya untuk memberikan kisah seram yang begitu paranormal. Namun, sebagai permulaan, Penunggu Istana sebuah karya seni yang begitu nampak senang untuk dibikin, jika anda ada kekuatan mental dan cambahan idea yang mantap! Oh ya, juga berbekalkan handycam yang nampaknya makin murah murah murah dan murah!

kelibat krew filem yang sedang bersembunyi kelihatan:
http://goofspotonfilm.blogspot.com/2011/06/penunggu-istana-2011.html

Penunggu Istana mencatat pelbagai kisah kontroversinya tersendiri. Bermula dari campur tangan pihak Istana Billah sendiri, Penunggu Istana cuba bangun dari genre yang pada aku masih nampak seperti Gred B. Malangnya, Penunggu Istana tidak memberi kepuasan maksima. Permainannya berhati hati sehinggakan filem ini cukup hanya sekadar memberikan sebuah diari, tidak lebih daripada itu.



Permulaan Penunggu Istana nampak santai dan tenang. Kemunculan Uncle Seekers sebagai permulaan sekaligus cuba untuk mewujudkan keyakinan bahawa ‘filem’ ini sebenarnya bukan ‘filem’ berjaya menarik penonton ke dalam dunia tersebut. Namun, rasanya ramai penonton sedar bahawa karakter Uncle Seekers itu sendiri nampak seperti satu lakonan dan tidak natural. Namun, abaikan kerana Uncle Seekers bukan faktor utama yang menjanjikan keseraman.

Jadi keseramannya dimana? Penunggu Istana cuba bermain dengan kamera yang statik. Satu cobaan idea asal yang patut dikreditkan kepada Paranormal Activity sebenarnya kerana telah berjaya mencipta fenomena ini. Namun, sedar atau tak, sudah ada filem Malaysia yang memulakan filem sebegini. Tak silap aku, filem tersebut adalah lakonan Adlin Aman Ramli, sebuah filem Chinese hasil karya anak muda tempatan yang menggunakan video fotage CCTV beberapa tahun dahulu. Tak ingat title lah!

Keseramannya dimana? Sekali lagi aku bertanya. Aku mencari seram filem ini, dan bukannya jeritan yang begitu histeria tetapi tidak langsung menghisteriakan aku. Namun, bukan aku katakan bahawa filem ini tidak berjaya memberi impak seram. Cuma bagi yang belum menonton, filem ini juga ada moment seram yang berjaya menyeramkan penonton yang mana aku sendiri tak terfikir adegan tersebut boleh terlaksana dengan jayanya.


Babak kelibat penunggu istana yang muncul seketika di depan Sara nampak menyeramkan. Serius, itu satu satunya babak yang berjaya menyentap hati aku. Sesekali aku repeat babak tersebut dan ianya memang menyeramkan. Babak tuala wanita Fira yang terbakar nampak jelas menggunakan cut and combine malah adegan asap yang muncul selepas dedaun pintu tertutup sendiri juga nampak jelas menggunakan teknik yang sama. Penipuan sebenarnya terbongkar, tetapi memang filem ini tetap menghiburkan.

Lakonan yang kadangkala overacting sebenarnya membuktikan filem ini memang sebuah filem. Namun, aturan babak yang menarik memberikan satu kelancaran plot. Aku suka idea ini. Namun, permainan pertukaran babak ke babak yang menggunakan fade in dan fade out nampak menghancurkan mood aku. Aku lebih menyukai kejutan melalui pertukaran babak ke babak yang lebih pantas.

Keseluruhannya, aku lebih menyukai fenomena Seru. Penunggu Istana sebenarnya satu percubaan yang baik. Cuba untuk menghidupkan satu ‘fakta’ yang kononnya ‘hantu di Istana Billah itu wujud’ mungkin tidak berjaya, namun sebagai sebuah ‘Paranormal Activity’ pertama Malaysia, mungkin pembikin filem lain boleh ambil iktibar dan mencari idea baru untuk filem nafas sebegini.

2/5

Wednesday, June 15, 2011

Sneak Peek: Apokalips X


Terbitan : TAYANGAN UNGGUL SDN BHD & NAGA VXS SDN BHD
Arahan : Mamat Khalid
Akan datang 2012
Pelakon : Farid Kamil, Jehan Miskin, Peter Davis, Zoee Tan, Vassan, Adam AF, Iqram Dinzly, Pekin Ibrahim, Miera Leyana, Dazzrin Kamarudin, Nur Hazwani, XY Zakaria, Zappa Khalid, Amen Khalid, Azwan Kaswi, Dayana Anak Wayang & Pyan Habib



Pada aku, filem ini sebuah peniruan filem filem pasca apokalips barat. Namun, mungkin di tangan Mamat Khalid, filem ini mungkin ada identiti Malaysia.

Saturday, June 11, 2011

Makbul: Sebuah Cerita Tentang Doa Karya Hebat RTM


RTM rupanya masih ada nadi nadi baru untuk menggerakkan drama menarik stesen kerajaan itu. Ternyata dengan lambakan drama bersiri yang bertumpukan kepad cinta disulam agama, RTM cuba lari daripada kisah yang sama. Dua minggu aku bercuti ni, sempat menonton drama bersiri di RTM2, bertajuk MAKBUL: SEBUAH CERITA TENTANG DOA. Pada aku, kisah ni mmg terbaik dan berjaya menandingi kisah agama yang lain. Jom aku listkan point2 menarik yang membuatkan korang wajib tonton drama ni:




promo teaser drama bersiri Makbul



1) Sinopsis cerita ni, seperti yang korang semua baca dalam poster mengisahkan tentang watak realiti dunia ini. Kisah bagaimana kejayaan itu sebenarnya takkan datang kalau kita hanya usaha tetapi tidak berserah kepadanya. Sebuah karya untuk kita berhibur dan berfikir, adakah hidup kita sebenarnya lengkap tanpa doa...


2) Garapan drama ini nampak santai. Aku suka dengan dialog dialog yang teratur dan nampak bermesej. Bahkan aku rasa, keseluruhan babak babak dalam filem ini dibina dengan penuh teliti menjadikan aku ada feel menontonnya. Skrip Zabidi Mohamed mantap!

3) Apa yang penting, filem ini membariskan pelakon pelakon yang tidak asing lagi dalam drama drama RTM. Mubarak Majid, Kartina Aziz dan lain lain serta pelakon utamanya Jalaluddin Hassan ternyata memberikan sebuah persembahan yang berkesan sekaligus menghidupkan realiti drama bersiri ini.


4) Temanya cukup mudah. Namun, bagaimana pembentukan pemikiran watak watak dalam drama ini, itu yang menjadikan Makbul satu drama bersiri yang membuatkan kita berfikir dan dalam masa yang sama berhibur.

5) Makbul juga ada lagu tema yang cukup sedap. Nyanyian Boy b4 yang bertajuk Ku Berserah Padamu amat sedap didengar. Lagu ilham Rosli Selasih dan lirik oleh Danish Muhammad Iman ini begitu umph! dan penuh pengajaran. (lirik di sini k)


Boy B4 - Ku Bermohon Padamu

6) Kalau nak bandingkan drama ini dengan Nur Kasih, aku rasa idea Makbul lebih simple dan tak berleret leret dan terus tuju kepada segenap lapisan umat Islam. Makbul mempunyai tema cinta yang lebih berat dari cinta manusia iaitu tema cinta kepada tuhan. Apa yang menghalang cinta itu bukanlah manusia, tetapi kepercayaan terhadap makbulnya doa dalam masyarakat masa kini. Makbul juga bukan kisah cinta bersulam agama, tetapi ianya adalah kisah cinta agama.


7) Aku suka jalinan plot filem ini. Tak pernah aku tengok bagaimana sebuah kisah tentang doa dijadikan drama bersiri yang cukup panjang. Tahniah kepada penulis skrip, pembekal idea dan jugak krew2. Oh, ya.. RTM juga, sebuah kisah yang fresh dari stesen ini.

8) Makbul tidak dihasilkan dalam format widescreen (ala, yang ada garis hitam kat atas dan bawah tu). Jadi, di zaman kini yang menganggap format itu nampak tidak relevan lagi sebab orang banyak pakai tv skrin lebar, aku tak menyangkakan Makbul boleh survive dengan format sebegini.


9) Apa yang buat aku rasa best dan hebat sangat, drama bersiri ni ada blog. Layari http://www.makbul-theseries.blogspot.com/

10) Dan perkara yang buat aku nak nonton drama bersiri ni dibuat di utara semenanjung. Aku, kalau drama bersiri ada elemen2 utara ni memang suka tengok. Teringat kampung halaman.


trailer 5 minit drama bersiri Makbul

Insyallah nanti akan terus menonton drama ini. Apapun, harap RTM kekalkan momentum sebegini untuk drama drama akan datang. Makbul kini disiarkan di TV2, Khamis jam 9.oo malam.

poster dan gambar: hak milik http://www.makbul-theseries.blogspot.com/

Friday, June 10, 2011

Sneak Peek: The Twilight Saga - Breaking Dawn Part 1


Korang peminat filem Twilight? Peminat peminat filem Twilight bakal menyaksikan sekuel terbaru karya Stephanie Meyer itu November 2011 ini. Dibahagikan kepada 2 bahagian, trailer Twilight Breaking Down Part 1 sudah ditayangkan semasa MTV Movie Award tempoh hari. Dibintangi Robert Pattinson dan Kristen Stewart, Breaking Down Part 1 bakal menterjemahkan bahagian pertama novel keempat Twilight sekaligus menyambung kisah Eclipse dan New Moon, sekuel supernatural fantasy Twilight yang tidak kurang hebatnya. Jom intai trailernya Breaking Down Part 1...

Thursday, June 9, 2011

SKMM/MCMC Bakal Sekat 10 Website Filesharing



10 website filesharing, terkecuali adalah MEDIAFIRE bakal diblock penggunaannya di Malaysia. Daripada sumber yang aku dengar, pihak SKMM/MCMC sudah mengarahkan kesemua ISP (Internet Service Provider) untuk memblock atau tindakan akan segera diambil. Walaupun beberapa laman itu masih boleh diakses, ianya akan diblock dari masa ke semasa. Setakat masa sekarang, dikhabarkan hanya P1 sahaja yang sudah mengikuti perintah SKMM/MCMC itu. ISP lain, mungkin selepas ini...

Kononnya, sebab ianya diblock adalah kerana berlakunya cetak rompak digital (download filem percuma). Namun, pada pandangan aku, kalau cetak rompak digital diblock, bagaimana pula dengan cetak rompak di pasar malam? Pasti akan berlambak kembali kan? Fikir fikirkan!

Wednesday, June 8, 2011

Review: X Men - First Class


Dari sebuah filem dengan barisan mutan mutan yang bertelagah yang pertama kali muncul pada tahun 2000 yang diarahkan oleh Bryan Singer, kesinambungan X Men bersambungan dengan kewujudan X Men 2 (2003) arahan pengarah sama dan X Men: The Last Stand (2006) yang mana ditangani oleh Brett Ratner, pengarah Rush Hour. Kisah Magneto dan Profesor X nampaknya sudah tamat pada 2006, namun sisa sisa yang nampaknya menjadi persoalan buat penonton dijadikan bahan untuk menjual superhero ini kembali ke layar perak. Bermula dengan prekuel pertama, X Men Origin: Wolverine pada tahun 2009, nampaknya Marvel cuba menjual sekuel baru superhero yang sama, kali ini berbekalkan sejarah lampau Magneto dan Profesor X.



Bagi aku, Marvel nampaknya mencuba sehabis baik untuk menghasilkan sebuah kisah silam yang kononnya menjelaskan segala kewujudan dua watak jahat ini. X Men: First Class bukanlah sebuah filem aksi yang padat dan begitu memberikan keterujaan seperti filem sebelumnya. Aku rasakan X Men: First Class lebih terarah kepada sebuah drama yang menyebut detail detail penting yang disambungkan dengan siri siri X Men terdahulu. Cerita X Men: First Class nampaknya boleh berdiri sendiri dengan binaan watak Shaw yang tidak dapat disambung dan dilihat dalam mana mana filem X Men sebelum ini.

cinta Mystique sebenarnya merupakan sejarah Beast..

Keseluruhannya, tak ada keterujaan dalam filem ini. X Men: First Class hanya berdiri sebagai sebuah filem yang hanya menjawab beberapa soalan seperti ‘Bagaimana Profesor X boleh berada di atas kerusi roda?’, ‘Bagaimana Magneto dan Profesor X boleh bermusuh?’ dan beberapa persoalan lain. Untuk dikatakan sebagai sebuah filem mega yang gah, rasanya tidak mungkin. Tak ada kekuatan dalam setiap karakter yang dihidupkan dalam filem ini.

movie mistakes filem X Men First Class di sini:

Bukanlah aku ingin mengatakan bahawa thrill itu tidak dapat dicari dalam filem ini. Apa yang aku ingin sampaikan adalah filem ini sebenarnya tidak mendapat sentuhan yang begitu baik dari aspek pengarahan. Dengan Bryan Singer berada sebagai salah seorang penulis filem kali ini, apa yang ingin disampaikan itu nampaknya tidak dilakar dengan berjaya oleh Matthew Vaughn, yang mana pernah menjadi pengarah filem Kick-ass. Terdapat beberapa babak yang nampaknya begitulah tidak menarik dan longgar. Adegan last, apabila Azazel yang merah itu dan rakan-rakannya berjalan selamba pergi kepada Magneto di akhir filem nampak bodoh. Bukankah Azazel sepatutnya membela kematian Shaw? Kenapa tiba tiba Azazel and da geng boleh pulak terpengaruh dengan dakyah Magneto tanpa berkata apa apa?

Azazel dan Frost yang kurang menyerlah....

X Men: First Class mengundurkan setting masa filem X Men dengan membawakan kita kepada sejarah lampau Charles Xavier dan Erik a.k.a Magneto. Erik, ingin membalas dendam kematian ibunya yang dibunuh Shaw (Kevin Bacon). Dalam masa yang sama, Erik bertemu Charles yang akhirnya bersepakat untuk melawan Shaw dengan matlamat masing masing.

Download Soundtrack X Men: First Class di sini:
http://scorecollectors.blogspot.com/2011/06/x-men-first-class-2011.html

Perjalanan filem ini nampak lembab. Terlalu banyak perbincangan sana sini. Kurang aksi, lebih drama. Itu yang dapat aku lihat. Adegan aksinya nampak biasa biasa saja. Namun, CGI yang membantu pun tidak dapat menaikkan emosi aksi aksi dalam filem ini. Jujurnya, filem ini amatlah kurang babak aksinya berbanding filem filem terdahulu.

Apapun, aku menyukai binaan karakter Professor X. Aku sebenarnya tidak menyangkakan bahawa profesor yang botak itu digambarkan sebagai seorang yang ada komedi dan melucukan kadangkala. Ditangan James McAvoy, Charles Xavier nampak begitu karismatik. Wataknya selamba dan selalu bertindak dengan tenang dan waras. Dalam masa masa tertentu, keterujaannya kadangkala menjadi satu aspek yang cukup melucukan dan menarik untuk disaksikan.Tidak menyangkakan James McAvoy yang begitu lincah dalam filem Wanted boleh membawakan watak ini. Namun, aku rasakan karakter ini telah ditenggelami watak Erik Lehnsherr yang lebih banyak emosi akibat kisah dendamnya dengan Sebastian Shaw.

permulaan kejahatan Magneto, bukan untuk kejahatan sebenarnya...

Apa yang aku suka pasal filem ini adalah bagaimana penulisannya cuba untuk menyambung beberapa kerat bahagian bahagian filem X Men yang terdahulu. Bagaimana permulaan filem ini yang mengembalikan memori X Men (2000) adalah satu perkara yang cukup menarik untuk ditonton. Jika dalam X Men (2000), babak itu hanyalah picisan, kini babak introduction to Magneto itu dibesarkan dan akhirnya menjadi filem skala besar seperti yang kita lihat.Aku tertarik dengan karakter Azazel yang nampaknya menyerupai syaitan. Nampak macam ada something behind the name, namun just watch it for entertainment lah.

Oh ya, sebelum aku tutup aku juga perasan yang filem ini nampak lebih seksi dari filem sebelumnya. Terlalu banyak adegan kissing dan babak klub malam. Sebagai seorang dewasa, aku rasakan biasa sajalah. Tapi, bayangkan jika satu famili menontonnya. Kisah cinta Mystique dan Charles nampak samar samar, walaupun ya itu bukan point penting kerana jelas di sepanjang filem, Erik lebih banyak memuji Mystique kerana rupa parasnya.

First Class, zaman Charles X dan Magneto yang merubah segalanya...

Kesimpulannya, X Men: First Class hanya satu filem biasa yang memaparkan pelajar pertama Charles Xavier juga kisah silam dua mutan ini yang berkawan sebelum bermusuh. Sebuah filem yang berbekalkan baki baki kisah X Men yang cuba diceritakan sejujur mungkin kepada peminatnya. Sebagai seorang yang menonton filem ini sebagai sebuah filem yang tidak berkait dengan komiknya, X Men nampaknya tidak berjaya untuk menimbulkan keterujaan tetapi hanya berjaya untuk memberitahu aku apa yang membuatkan Chales Xavier lumpuh. Sebagai penonton yang mengharapkan filem ini seperti filem terdahulu, ianya mengecewakan. Tetapi, bagi yang mahu mengetahui masa lampau Magneto dan Charles Xavier sahaja, dipersilakan menonton. Kejap kejap, cameo Hugh Jackman sebagai Wolverine juga menarik.. aku suka!. Itu saja.

2/5

p/s: First time menonton wayang di BIG CINEMA Alor Star Mall. Di Hall 2 jam 11.45pagi pada tarikh 8 Jun 2011.

Monday, June 6, 2011

Screengrab: Capture Fullscreen Dengan Lebih Luas

Sebagai seorang blogger, amatlah penting untuk letak gambar dalam post kita. Bukan apa, supaya ia tampak lebih menarik dan jelas. Malahan, dengan adanya gambar, post kita lebih senang difahami dan memudahkan pembaca. Apa perisian yang korang pakai untuk capture skrin? Semestinya cara manual adalah seperti dijelaskan di bawah:

1) tekan CTRL dan PRT SC (print screen) serentak.
2) buka PAINT dan PASTE / CTRL + V
3) SAVE

Ataupun, korang akan pakai perisian seperti Photoscape. Di Photoscape, lagilah mudah, tekniknya sebegini:

1) Klik Screencapture
2) SAVE

Tapi, tahukah korang resultnya hanyalah tak lebih dari gambar ratio skrin lebar seperti di bawah?


Bagaimana kalau korang nak capture skrin lebih luas? Bayangkan jika gambarnya terlalu besar dan tidak cukup untuk capture, bagaimana nak dibuat? Bagaimana untuk capture the whole post dalam satu gambar? Tahukah anda cara untuk dapatkan screencapture yang lebih besar? Begini...

Aha, macamtu la yang kitorang selalu buat, tapi tak puaslaa.. asyik kecik je. Tak ada ke yang besar sikit, orang cakap, lagi besar benda tu, lagi enak kitorang pandang, sedap kitorang tekan dan main.

jawapan:

Ai, itula, lain kali cikgu suruh baca buku tutorial, korang g berfantasi pasal Nora Elena! Tak padan dengan kecik, gatal nak 'main'! Ooo.. korang nak besar ye, cikgu pun suka 'main' yang besar... kalau nak besarkan benda tu..

Gunakan,


(kenapa aku rasa ayat aku macam iklan pencuci tandas... uhuhu)
tambah add-on Screengrab kat Mozilla Firefox korang dengan klik link ni:
https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/screengrab/

Lepas korang download dan install, korang akan perasan apabila korang 'right click' mouse korang, akan muncul perkataan ScreenGrab.. seperti di bawah:


Jadinya, korang akan lihat ada dua benda, SAVE and COPY. Apa lagi, try la klik, don't worry, takkan hilang dan meletup punya Mozilla korang.

Ada soalan?

Apa itu SAVE and COPY?

jawapan:

SAVE itu adalah kedai kereta, SAVECOST.. COPY pulak adalah air itam KOPI!

Hmm.. ada lagi soalan?
Tu, 4 benda dalam SAVE and COPY tu macamne nak guna? Kami excited dah ni, nak main dengan gambar Nora Elena yang besar gedabak!

Jawapan:

Siapa Nora Elena? Minah ni??

Ok ok.. cikgu tau korang dah tak sabar sangat dah nak 'main'.

Dalam SAVE and COPY ada pecahan empat benda, iaitu COMPLETE PAGE/FRAME, VISIBLE PORTION, SELECTION dan WINDOW..

COMPLETE PAGE/FRAME
Kelebihannya kalau korang klik ni, the whole page dari kepala sampai la ke kaki akan dicapture. Korang try klik tengok, jangan terbeliak bijik matak sudah!

VISIBLE PORTION
Kelebihannya, ia akan capture kawasan yang berada di dalam window sahaja. Pada masa yang sama, ia akan ejas supaya semua benda yang nampak half je akan dibuang. Jadi kemas dan tak perlu crop!

SELECTION
Korang boleh crop terus pada paparan dan save. Tak payah nak masuk Photoscape dah!

WINDOW
Ini capture tetingkap macam biasa.

Itu saja tutorial dari aku. Harap korang paham dan mencuba di rumah. Ada soalan lagi??

Cikgu, saya tak paham kenapa gambar nora elena dan seth tan diletakkan dalam tutorial ni.
Saya dah tanya kera di hutan berkenaan gambar Adinda Evans di post ini
(klik)
dia kata
"@#%&%@^@**(@%@(*&^%$^&@#$%^&#"
(bahasa kera yang tak dapat diterjemahkan)
saya tak paham.. saya masih nak tanya cikgu,
adakah seseorang itu wajib menonton drama bersiri ini di tv3 sebelum mendownload Screengrab?


jawapan:

Huh, kenapalaaa kau pergi tanya kera.. lurus bendul betul!

sekian!

Sunday, June 5, 2011

MV: Iridescent - Linkin Park (TF3 Official Theme Song)


Jom layan video muzik dari Linkin Park, hmm. aku nampak video ni ada ciplak ciplak video Waiting For The End. Tapi xpelah, video muzik diorang jugak...



Linkin Park - Iridescent adalah lagu tema filem Transformers 3: Dark Of The Moon.

Preview filem ini boleh dibaca di sini:

http://cikgumanstation.blogspot.com/2010/12/sneak-peek-transformers-3d-dark-of-moon.html

dan

http://cikgumanstation.blogspot.com/2011/05/transformers-3-dark-of-moon-2nd-trailer.html

The making of this music video can be watch below:



Get the lyric here:
http://cikgumanstation2.blogspot.com/2011/06/lyriczone-iridescent-by-linkin-park.html

Letak Iklan Large Rectangle Nuff Dengan Betul

Ramai sebenarnya yang masih menggunakan nuffnang walaupun nampaknya sekarang kadar pemberian buffered earning nampaknya makin berkurangan. Ada satu perkara yang ramai orang tak sedar. Di mana sebenarnya Nuffnang mahu kita letakkan iklan mereka? Jawapannya tak ada pada aku, tapi korang semua boleh tahu tentang hal tersebut dari pihak syarikat Nuffnang sendiri. Aku akui team sokongan mereka memang the best! Sebelum ini, aku sudah bertanya tentang kebenaran bahawa update survey di laman akaun nuffnang juga amat penting untuk memastikan kehadiran iklan. Rujuk link di bawah:

Betul ke update survey dalam akaun nuffnang kita mampu membuka peluang untuk kita mendapat bilangan iklan yang melimpah ruah?

Dalam jawapan yang diberikan oleh pihak nuffnang ini juga, jelas dapat dilihat dalam satu perenggan tertulis dalam bahasa Inggeris (lalu diterjemah dalam BM, bukan menggunakan Google translate) menyatakan:

Skycraper patut menjadi elemen pertama di sidebar dan bukan di tempat lain (maksud tempat lain itu adalah jamban, dapur rumah, mahupun ruang tamu anda). Leaderboard ads pula patut menjadi perkara pertama yang dilihat pembaca semasa membuka blog anda. Begitu juga dengan Large Rectangle yang sepatutnya berada di bawah post pertama anda.


Jadi, dari pada penjelasan di atas.. semestinya teknik letak iklan yang betul adalah begini:

Iklan Leaderboard:
1) letakkannya di atas sekali page blog anda. Kalau boleh header blog korang tu berada di bawah iklan dan bukannya di bawah.
2) header blog janganlah besar gajah. Nanti satu page tu penuh dengan header, pembaca nak kena skrol baru nampak iklan akan menjadikan iklan Leaderboard sukar dilihat.

Iklan Skycraper:
1) letak sebagai widget di tepi kiri atau kanan blog anda, paling atas sekali dalam susunan.
2) letakkan surveynya sekali supaya korang boleh tau siapa yang selalu kuar masuk blog ni.
3) survey itu penting sebab Nuffnang nak tahu sasaran iklan. Kalau male banyak, mungkin dapat iklan spender.. kalau female banyak, dapatlah iklan coli...

Iklan Large Rectangle:
1) apa yang ramai orang salah ertikan adalah tentang kedudukan iklan ini. Iklan ini tidak patut berada di atas post (berdiri sebagai widget HTML).
2) Large Rectangle patut berada di bawah post pertama anda. Itu kehendak nuffnang.


Soalannya yang akan korang tanya pastinya,


Cikgu, saya tak reti main ejas kod HTML ni. Macamne nak letak kode ni di bawah post pertama? Adakah setiap kali semasa saya menulis post baru, saya perlu copy and paste widget Large Rectangle ke dalam post saya sebelum publish?

JAWAPAN:

Oooo.. x reti main... Adinda Evan 14 taun pon dah reti main.. xkan korang tak reti kot!!!

Tak perlu risau, kalau korang rajin nak copy paste HTML code Large Rectangle tu tiap kali korang buat entry baru, silakan.

Tapi..

Cara paling mudah dan berkesan dimana korang just need to do it once, adalah begini...

Langkah 1:
Log in blog anda.

Langkah 2:
Tenung dan angguk kepala dua tiga kali. Lepastu pandang kiri pandang kanan. Bunyikan jari anda se stylo mungkin.

Langkah 3:
Pergi ke 'Design', kemudian, klik 'Edit HTML.

Langkah 4:
klik 'Expand Widget Templates'

Langkah 5:
Tekan Ctr + F dan cari kode

Langkah 6:
Copy Nuffnang ads (Large Rectangle) kod dan paste di bawah

Langkah 7:
Preview

Langkah 8:
Tanya diri anda, puas hati atau tak. Minum air teh secawan.

Langkah 9:
Berdoa supaya apa yang dah dilakukan mendapat keredhaan dan menjadi.

Langkah 10:
Preview dan Save!

Ada soalan?

Saya tak paham kenapa gambar Adinda Evans muncul dalam tutorial ni? Adakah seseorang itu perlu hilang dara sebelum buat 10 langkah langkah ini?

JAWAPAN:

Sila tanya kera di hutan. Mereka mungkin ada jawapan.

Sekian!

Saturday, June 4, 2011

Sneak Peek: Abuya


Hari ni, kita akan lihat sedutan sebuah filem 'berani' mengenai seorang yang disanjung siapa lagi kalau bukan Abuya atau lebih dikenali sebagai bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad yang meninggal dunia di Hospital Ipoh Specialist Center pada jam 2.10 petang, May 2010 akibat kerana jangkitan paru-paru.



Ditangani oleh Imran Hj Ismail di kerusi pengarah, filem yang bakal mengisahkan kehidupan dari sudut sinema watak Abuya ini dibintangi Faizal Hussein sebagai Abuya. Selain itu, filem ini dibantu oleh Yang Kassim, Julie Aziz serta pelakon fevret datok Rozmey, Suhaillah Salam (yang seksi dalam 2 Alam tu!) dan ramai lagi. Akan datang dalam masa terdekat. Imran Hj Ismail, siapa dia? Dia adalah penulis filem 2 Alam. But don't worry, ini bukan diterbitkan Dr. Rozmey okeyh!! Hahaha... kualitinya macam mana? sama sama kita nantikan!

Di sebuah kampung bernama Kampung Bukit Lalang yang terletak di sempadan Malaysia Thai,10 KM dari garisan sempadan Thailand. Seorang peniaga bernama Abu Zakaria telah datang ke kampung ini dan berkahwin dengan Rubiah seorang wanita kaya di kampung Bukit Lalang. Selepas itu Rubiah menghantarnya ke Turki untuk belajar ilmu agama, tetapi bila dia pulang ABU ZAKARIA membawa pulang seorang perempuan GRO berbangsa Turki yang dijadikan isteri keduanya. Kepulangannya ke kampung membawa sedikit perubahan pada dirinya.

Dia telah menyerapkan unsur- unsur penyelewengan serta menyesatkan sebahagian penduduk kampung itu. ABU ZAKARIA telah menubuhkan markaznya sendiri yang diberi nama MARKAZ KHALIFAH dan mengelarkan dirinya sebagai ABU YA. Sejak terdirinya Markaz Khalifah ini, semakin ramai pengikut dari berbagai bangsa, agama atau pun keturunan yang mengikut ajaran sesat ABU YA. Dengan kebolehan luar biasa yang dipelajarinya semasa di Turki itu membuatkan ABU YA lebih kuat dan berkuasa. Dia bernikah lagi dengan Adawiyah anak seorang pejuang pemisah PATTANI dan mempunyai seorang lagi isteri bernama Suraya.

Kerana kesesatan yang melampaui batas segala kegiatannya telah diketahui oleh orang kampung dan pihak berkuasa Malaysia Thailand. Kehidupan songsang yang diamalkan oleh pengikut ABU YA telah menjadi daya tarikan dari golongan sampah masyarakat untuk menyertai kegiatan ABU YA. Markaz Khalifah bukan sahaja dijadikan pusat pemujaan tetapi juga menjadi pusat latihan perang yang lengkap dengan senjata api. Kisah ini bermula dari tahun 2002 dan telah dimusnahkan oleh pihak berkuasa Malaysia Thailand pada Julai 2005 atas kesalahan ingkar dan cubaan merampas kuasa dari Yang DiPertuan Agong.. (sumber: SINEMA MALAYSIA)

Addicted by Prema Yin Lucah Ke?


Prema Yin, siapa ni? Tetiba saja muncul sebab isu video klip yang panas arahan Gambit Saifullah, pelakon filem Karipap Karipap Cinta. Sebenarnya dia adalah pemenang Ntv7’s Who Will Win in 2004. Tak follow..



Serius aku terkejut kejap. Memang luar biasa seksinya r entertainment. Yang seksinya Prema Yin, bukan Adinda Evan... ops.. bukan kita.. ehe. video klip ni. Tapi, tak ada la sampai porno habis habisan. Pada aku mungkin the target for this VC is for international. Tapi, dalam context Malaysia, ending video klip ni nampak luar tabii sikit. Apapun, lucah ke, lagunya ok la walaupun tak sehebat mana. Tak perlu besarkan perkara kecil ni. It just for entertainment purposes.

p/s: lawak tgk adegan goda goda sampai baring atas lantai dalam video klip ni.. haha

Friday, June 3, 2011

Churp Churp Promotion Post!


Sertai Churp Churp sekarang dan anda akan mendapat pelbagai ganjaran. Anda juga berpeluang menyertai pelbagai aktiviti seperti tayangan perdana juga aktiviti sosial lain. Apa lagi, klik lah banner di bawah dan daftar sekarang! Ianya percuma!


Klik banner sekarang!

----------------------------- IKLAN -----------------------------



TERIMA KASIH BANYAK BANYAK!

Sneak Peek: Final Destination 5


August 2011, penonton sinema akan disajikan dengan sekuel terbaru Final Destination 5. Filem kelima dalam francais ini akan mengisahkan aliran kematian mangsa yang terselamat daripada kejadian runtuhan jambatan. Sebuah filem seram thriller arahan Steven Quale yang ditulis oleh Eric Heisserer dan Jeffre Reddick dan dibintangi Arlen Escarpeta, Nicholas D'Agosto dan Emma Bell.


Review: Dalam Mihrab Cinta


Berkesempatan menonton filem Indonesia yang memang diharapkan menusuk jiwa. Disutradai sendiri oleh penulis novel terkemuka, juga merangkap penulis novel ini sendiri. Itulah yang tertera pada poster filem ini. Dalam Mihrab Cinta menyambung populariti Ayat Ayat Cinta dan adiknya Ketika Cinta Bertasbih. Sebuah filem yang begitu penuh dengan melodi islami yang ditulis oleh habiburrahman El Shirazy atau lebih dikenali sebagai Kang Abik. Dalam Mihrab Cinta menyusul sebagai filem ketiga dan pertama kalinya, penulis itu mahu menangani filem ini dengan luahan ideanya sendiri dalam bentuk filem.



Penonton semestinya bakal disajikan dengan wanita wanita bertudung yang begitu menawan. Itu adalah aspek penting sebuah filem Kang Abik. Namun, dalam pada masa yang sama, mesti akan timbul satu pemikiran bahawa Kang Abik ini dalam diam mengeksploitasi wanita bertudung untuk marketing filemnya. Ah, itu bukan satu kesalahan! Lebih baik bertudung dari yang terdedah bukan? Itu bukan aspek perbincangan penting dalam ulasan aku.

Melihat keseluruhannya, filem ini tak ubah seperti drama biasa. Ianya nampak suram dari beberapa aspek. Ciri ciri keistimewaan yang dimiliki Ayat Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih nampaknya tidak wujud dalam filem ini. Ya, aku akui semasa aku melihat filem ini, aku rasakan penontonan aku tak ubah seperti menonton sebuah sinetron di tv. Gayanya terlalu biasa malahan tidak ditangani dengan profesional. Beberapa babak nampak lewah dan tidak berjaya memancing penonton untuk menangis tetapi membuatkan reaksi tak dijangka terjadi.


Aku cuba mencari kelebihan dan kekuatan filem ini. Jujurnya, filem ini adalah sama saja dengan filem filem terdahulu. Garapan babaknya tidak ada yang lebih dan kurang dengan filem dahulu. Jika anda semua perasan, mana mana adegan dalam ketiga tiga filem (jika Ketika Cinta Bertasbih dikompilasikan sebagai satu filem), akan ada babak babak trademark seperti adegan duduk di kerusi di ruang tamu. Percakapan yang sedikit skema dan lembut itu mungkin satu perkara biasa, namun pembinaan babak yang kurang bervariasi menjadikan filem ini nampak seperti satu cermin filem terdahulu.

Malah, babak babaknya terlalu panjang dan nampak tidak diubah dengan baik secara adaptasi dari novel. Sesetengah penciptaan babak nampaknya begitu lemah sehinggakan emosinya tidak berjaya diberikan kepada penonton. Penggunaan single syot yang begitu banyak juga satu perkara yang menyebabkan aspek hiburan filem ini begitu mengecewakan.


Apa yang lainnya filem ini dari karya Kang Abik yang dahulu ialah pada isinya. Aku lihat, Kang Abik cuba menterjemahkan satu perara realiti yang luarbiasa. Satu sudut pandang yang kita selalu lupa. Perkara halal haram yang kita selalu lakukan tanpa usul periksa. Kisah Shamsul Hadi, pembelotan kerana cinta oleh si Borhan, adalah satu perkara realiti yang kita tidak sedar berlaku dalam dunia kita.

Malah, kali ini juga pembinaan watak utamanya nampak lebih realistik. Karakter Samsul Hadi itu sendiri sebenarnya bertindak balas dengan keadaan sekelilingnya yang menyebabkan dia menjadi seorang pencopet. Dalam pada masa yang sama, dia sedar yang dia melakukan satu perkara yang salah. Desakan yang menghimpitnya membuatkan dia terpaksa melakukannya. Sebuah pemikiran tentang halal haram yang bijak ditangani terutama apabila kita lihat Samsul Hadi memasukkan duit yang dicurinya ke dalam tabung mesjid.


Tak ada yang luar biasa tentang filem ini. Dengan sinematografi yang biasa dan banyak statik, filem ini tidak berjaya untuk memberikan satu cinematic art seperti filem terdahulu. Isinya sampai tetapi tidak dapat diangkat lebih tinggi dengan faktor penting pembentukan sesebuah filem, arahan yang hebat. Apapun, Dalam Mihrab Cinta memang akan menjadi sebuah filem yang ditonton bagi semua peminat filem Kang Abik dan juga pembaca novel Dalam Mihrab Cinta.

Keseluruhannya, Dalam Mihrab Cinta, sebagai sebuah filem pertama arahan seorang penulis novel hanyalah biasa biasa sahaja. Seperti mana aku cakap tadi, filem ini lemah pada seninya namun mesejnya tetap ada. Babak babak yang terlalu panjang dan single syot yang banyak membuatkan penontonan menjadi bosan pada sesetangah bahagian filem. Sebuah filem islami yang patut ditonton, jika anda mahu mesejnya dan bukan hiburan sinemanya..

2.5/5

Jack Sparrow & Barbossa Di Mid Valley!!

Berkesempatan melawat pameran Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides di Mid Valley. Bagi yang tidak berkesempatan, ini adalah benda benda yang korang semua boleh tengok di pameran tersebut.





Replika kapal Black Pearl. Walaupun binaannya kecik, tapi tetap hebat!


Binaan LEGO lokasi dalam filem Pirates of the Caribbeans

harta karun.... konon2 je la..

Kostum kapten Barbosa

Pedang Barbosa

Peta, dan kompas Jack Sparrow

Patung voodoo dan cincin Jack Sparrow

Pakaian Jack Sparrow

Pistol Barbosa

Pistol Jack Sparrow

Walaupun ini hanyalah replika saja, pameran ni nampaknya mendapat sambutan hangat. Ternyata memang pembikinan filem ini bukan main main. Semuanya memang dibuat khas!