Akan Datang!

Tuesday, May 31, 2011

Review: Kongsi


Memang aku akui Shaheizy Sam memang berperanan penting untuk membentuk ciri ciri terbaik filem Kongsi. Gabungan Farid Kamil di bangku pengarah yang mana sebelum ini pernah hadir dengan filem V3 akhirnya memberikan satu peningkatan yang memberansangkan. Kongsi ada hasil yang jelas dan nyata bahawa David Teo yang berderet deret filemnya menunggu tayangan bukanlah selalu hadir dengan filem picisan. Buah tangan Farid Kamil kali ini memang berbeza dengan V3, lebih kepada komedi yang lebih santai, dalam erti kata lain.. lawak versi Shaheizy Sam.

Kongsi bijak. Namun, dalam penghasilannya masih ada sisa sisa yang membuatkan filem ini kurang menyengat pada sesetengah bahagian. Kisah ini yang menggunakan Thailand sebagai imej negatif besar membuktikan bahawa penulisan filem ini cuba lari daripada imej mengkritik. Malah, penyatuan geng kongsi gelap tiga kaum di Malaysia itu sendiri ada isi tersirat.

Sejauh mana Kongsi boleh berdiri sebagai filem komedi gelap? Aku rasa ianya sudah cukup baik untuk tangga tangga kejayaan filem sebegini pada masa hadapan. Karakter Tumulak itu sendiri ada dua dunia yang membuatkan aku rasa penciptaannya hampir sempurna. Pembawakan karakter ini oleh Shaheizy Sam amat memberansangkan walaupun masih ada baki baki karakter dalam Adnan Sempit dan juga Ngangkung. Ternyata Shaheizy memang ada kelainan dalam membawa lakonannya dan sekaligus mempunyai identity dalam lakonan.

Tumulak, seorang pembunuh upahan dari Thailand disuruh oleh Kimpedu, seorang mafia untuk mengucar kacirkan kesemua geng kongsi gelap di seluruh dunia. Tumulak diberi tugasan ke Malaysia untuk membunuh kepala kepala geng kongsi gelap sekaligus menawan daerah hitam di Malaysia. Pembunuhan demi pembunuhan akhirnya menyebabkan Insp Shariff, polis yang menyiasat kes ini membongkar satu rahsia. Rahsia silam yang memisahkan dua manusia, satu di sisi jahat dan satu lagi di sini kebaikan.

Serius aku cakap, filem ini ada kualiti. Namun, seperti mana yang aku cakap pada awal tadi, ada sesetenagah penghasilan bahagian dalam filem ini ada beberapa perkara yang mencacatkan. Penggunaan slow motion yang nampaknya membuatkan aku meluat, terutamanya pada babak lompatan di Petaling Street dan juga adegan drifting untuk babak kejar mengejar nampaknya kurang menyengat. Slow motion tak menjadi, terlalu low class dan memang tak berapa membantu. Malah, endingnya yang begitu kecil nampaknya mendukacitakan.



Plotnya secara keseluruhan, ada banyak lagi kisah yang tergantung, menunggu untuk dihabiskan. Kisah Pak Maliki yang terlalu kecil terabai disebabkan konflik Insp. Shariff dan Tumulak yang diperbesarkan. Sesetengah plot nampak kucar kacir dan tidak memfokus. Aku sendiri merasakan filem ini terlalu besar untuk dilukis dalam masa 1 jam 30 minit.

Gubahan skor muzik filem ini walaupun nampak macam simple saja, masih boleh menarik perhatian aku untuk didengar. Gaya gubahannya yang 1 Malaysia nampak begitu menjadi.

Kongsi ada pembinaan karakter yang begitu cantik. Kaitan Insp. Shariff dan Tumulak, serta kisah penyatuan geng kongsi gelap tiga kaum amat aku sukai. Kongsi masih banyak yang belum dirungkai. Masih ada beberapa babak kurang jelas dan perlu dibesarkan. Namun, dalam satu skop yang kecil, Kongsi sudah berjaya memberikan gaya baru filem komedi gelap. Ditangani Shaheizy Sam dengan baik, Kongsi sebenarnya miliknya. Sebuah filem dengan kreativiti Farid Kamil yang menarik untuk ditonton.

3/5

Thursday, May 26, 2011

Review: Seru

Seru adalah sebuah naskah yang membuatkan aku tersenyum. Namun, jangan risau.. masih ada seram sejuk serta ketakutan dalam hati semasa menonton filem Woo Ming Jin dan Pierre Andre ini. Ternyata dari naskah 9 September, Pierre Andre berubah angin total sehinggakan wujudnya Seru, filem ala ala slasher pertama Malaysia yang menambah genre horror dalam industri filem Malaysia. Seru bukanlah sebuah realiti. Tetapi, fiksyen ini nampak begitu real sehinggakan ianya hampir sama parasnya dengan filem luar negara seperti Rec, Cloverfield dan juga The Last Exorcism.

movie mistakes yang dikesan dalam filem ini:
http://goofspotonfilm.blogspot.com/2011/05/seru-2011.html

Bila aku melihat babak babak dalam filem ini, aku tersenyum. Ternyata orang kita bukannya bodoh dan tak reti bikin filem hebat. Ini barulah berfikir di luar kotak! Setahu aku, tidak ada filem Malaysia yang berani membikin genre sebegini kerana masih belum tentu sambutannya di pawagam. Dengan sinematografinya yang begitu ‘out of focus’, shaking dan tidak teratur, genre sebegini memerlukan penelitian yang lebih mendalam semasa menontonnya. Seru sebuah naskah yang begitu impressive, menyeramkan, kreatif dan bijak!

ianya naskah yang begitu baru, masih mencari peminatnya

Seru bukan dibikin dengan nama yang begitu gah. Cukup sekadar kehadiran Awal Ashaari, Nora Danish dan pengarah sendiri, Pierre Andre dalam set induksi filem ini. Setakat itu, filem ini nampak normal dan ‘ah.. bakal dijangka agaknya!’. Namun, jangkaan akhirnya meleset apabila pendedahan demi pendedahan memberikan kejutan yang cukup baik dan luar biasa. Aku menyukai permainan cerita ini yang begitu misteri dan bersahaja.

Kisah ala ala ‘lost-tape’ ini mengisahkan sebuah tape dokumentasi yang memaparkan apa yang terjadi kepada kru filem Jangan Bernafas. Kru yang ramai akhirnya mati sorang demi sorang akibat rasukan dan perkara misteri. Dari dua kamera yang satunya berada di kawasan set dan satu lagi dibawa untuk mencari Julia yang hilang di hutan, filem ini bergerak untuk mendedahkan misteri demi misteri.

Sekali lagi, aku memang tersenyum dan mahu bertepuk tangan bila aku melihat beberapa adegan yang dibikin begitu kreatif. Apa yang menarik tentang filem ini adalah kebanyakan syot dibikin dalam satu length yang amat panjang. Tiada pertukaran babak terjadi kerana filem ini hanya dipaparkan dalam dua kamera. Memang ia menyempitkan view tetapi Pierre Andre dan Woo Ming Jin berjaya membentuk cinematic art yang mempesonakan dengan bantuan lighting.


Aku suka bagaimana permainan aksi demi aksi yang berantai antara satu sama lain. Babak yang paling best aku rasakan adalah babak Man ‘mati’ dalam kereta. Uniknya di sini, kamera sebenarnya dibawa ke dalam rumah. Aku tak dapat bayangkan bagaimana Rudi dan Jeff cuba membeli masa supaya kereta itu dapat dibakar sepenuhnya dan bersedia untuk reaksi terkejut tanpa disedari penonton. Memang cukup menarik. Ah, satu lagi babak yang aku suka adalah babak budak pompuan main atas buaian. Memang kejutannya unik!

Keseluruhannya, Seru bukanlah yang terhebat. Sebabnya, ada sedikit tidak ok pada sound dan beberapa babak yang nampak jelas seperti lakonan. Kedengaran suara yang ditokok tambah untuk menghidupkan keadaan nampak menyesakkan lagi. Beberapa lakonan pelakon yang nampak begitu over-reacted to the situation nampak merencatkan filem ini untuk berdiri sebagai realiti. Namun, Seru adalah pertama dan ianya memang satu kebanggaan buat aku, juga kamu kamu kamu yang meminati filem Malaysia. Filem kita makin bertambah baik!Sejauh mana genre sebegini mampu bertahan, satu persoalan.

3.5/5

Wednesday, May 25, 2011

Review: Game

Perkara yang membuatkan aku mahu menonton filem Farhan Akhtar (selaku penerbit) dan arahan Abhinay Deo ini adalah kerana ianya adalah terbitan Excel Entertainment, sebuah produksi yang membawakan filem brilliant Don beberapa tahun lalu. Dalam masa terdekat, Don 2 bakal direlease menyaksikan Shah Rukh Khan kembali dalam twist mafia yang memang mantap dan menyengat. Game bukan sebuah filem aksi, tetapi ianya sebuah thriller yang sebenarnya indah pada tajuk tetapi tidak pada ceritanya.

review penuh: http://addicted2hindi.blogspot.com/2011/05/game-2011.html

Monday, May 23, 2011

Review: Priest


Berkesempatan menonton Priest, sebuah filem futuristik yang pada pandangan aku lebih kepada sebuah penafsiran dunia gereja yang dibesar besarkan skalanya. Sebuah filem aksi yang luar biasa pada sesetengah point, namun nampak terlalu cliché pada sesetengah bahagian. Priest menampilkan Paul Bettany di barisan utama dengan bantuan Karl Urban serta Maggie Q dalam role utama. Priest pada pandangan aku bukanlah satu hasutan, tetapi ada satu sudut pandang positif yang boleh dilihat bagi orang bukan Kristian dalam menilai sesuatu terjemahan spiritual. Namun, dari sudut lain pula, kisah ini seolah mahu memberitahu kita sesuatu.



Filem Priest ini tak banyak beza pun dengan filem aksi futuristic Hollywood yang lain. Sebuah filem pasca-apokalips yang begitu selalu kita jumpa dalam beberapa ketika ini. Mungkinkah kehadiran filem sebegini sebenarnya satu propaganda Kristian tentang 2012? Abaikan persoalan ini kerana terlalu cetek akal untuk berfikir sedalam itu. Namun, Priest yang menggunakan subjek paderi sebagai karakter utama boleh layan. Suatu kreativiti Scott Charles Stewart mengadaptasi novel grafik karya Min-woo Hyung ke dalam visual filem.

movie mistakes dalam filem ini:

Priest berkisar dalam zaman pasca-apokalips, yang mana jelas menunjukkan bahawa dunia sudah ‘kiamat’ dan kehidupan manusia kini sudah bercampur aduk dengan teknologi yang masih ada sisa sisa namun diimpovisasi serta kehidupan yang sudah kurang ketamadunan. Dalam dunia serba gelap ini, dikatakan bahawa ketaatan kepada gereja sahaja mampu untuk membebaskan umat manusia dari belenggu kejahatan dan juga masalah (propaganda? Hmm…) Demi menjaga keamanan dan kesejahteraan, kononnya dalam filem ini ditunjukkan gereja berkuasa dan membina sebuah kawasan perlindungan untuk umat manusia. Keselamatan yang dijamin perlu dibalas dengan ketaatan kepada gereja yang mana akan disama ertikan dengan ketaatan kepada tuhan. Kenapa bandar ini dibina oleh gereja bukan persoalan yang penting. Tetapi apa yang terselindung di sebalik kuasa gereja itu sendiri adalah sesuatu yang harus difahami.

Alkisah pada zaman sebelum bandar ini dibina oleh gereja, puak vampires dan juga manusia berbalah dan wujud perang ‘salib’ antara dua puak besar ini. Perwira dunia manusia, adalah golongan paderi gereja yang dilatih untuk membunuh vampires. Namun, zaman itu sudah lama ditinggalkan. Malah, golongan perwira Priest ini juga sudah hamper dilupakan. Namun, Priest kita (Paul Bettany) mendengar khabar sedih apabila keluarga anak buahnya dibunuh kejam. Dikatakan bahawa vampires sudah kembali. Kuasa gereja tidak membenarkan Priest keluar dari bandar. Namun, hero kita terpaksa melanggar janji dan keluar dari bandar untuk membongkar sebuah kisah lama yang akhirnya membentuk kisah ini.

Keseluruhannya, disebabkan canangan filem ini lebih kepada adegan 3D, aku menyukai cinematografinya yang begitu jelas boleh dilihat cuba bermain dengan penonton. Walaupun aku tidak menonton filem ini dalam format 3D, aku masih boleh merasai permainan itu walaupun kurang. Priest lebih banyak bermain dengan kegelapan dan membuatkan aku rimas kerana babak siang kurang. Lagipun, logiklah.. vampires mana hidup waktu siang beb!


Dari segi garapan ceritanya, aku rasa ceritanya ok. Tetapi adegan intro yang menggunakan animasi 2D nampak macam tak best la. Walaupun penceritaannya sampai, tetapi memasukkan imej 2D dalam filem 3D nampaknya macam begitu mendukacitakan. Namun, filemnya selepas itu tetap ok. Aku menyukai konsep yang ingin disampaikan. Muzik Christopher Young ada impak. Adunan yang biasa namun begitu banyak membantu filem ini untuk berjalan sebagai sebuah filem fiksyen.

Bercakap pasal CGI, memang tak dapat dinafikan bahawa Priest mempunyai rekaan CGI yang begitu kemas dan cantik. Aku menyukai permainan aksi di rel keretapi yang begitu cantik dan kreatif. Malah, rekaan kawasan kawasan dalam zaman tersebut nampak luar biasa sekaligus memberikan satu pandangan dunia lain, yang mana mungkin akan dilihat dalam jutaan tahun akan datang (aku dah mampos sudaa!!). Makhluk ganas dalam filem ini membuatkan aku teringat makhluk dalam filem Resident Evil yang pertama.

Namun, satu kelemahan filem ini adalah pada pembinaan babaknya. Bukan apa, aku rasakan bahawa babak aksi dalam filem ini terlalu pendek dan tidak banyak meninggalkan impak kepada penonton. Babak aksi di tengah tengah filem amatlah mendukacitakan bukan kerana gaya, tetapi durasinya yang tidak memberi kepuasan maksima. Malah, adegan akhir juga rasanya bukanlah semegah mana. Klimaksnya terlalu biasa dan kurang impak. Walaupun, adegannya dibantu CGI yang memang high class, malangnya, ianya tak menjadi. Malah, dengan lakonan Maggie Q, yang sederhana tidak banyak membantu filem ini, Paul Bettany juga perwiranya. Dalam lakonan Maggie Q yang nampaknya tenggelam, aku menyukai gaya Karl Urban sebagai watak jahat. Lakonan yang versatil dan tidak mengecewakan.


Secara tersirat, aku lihat Priest wujud dalam dua sudut pandang. Dari satu sudut, Priest nampak seperti memerli institusi agama itu sendiri. Maklumlah, nak masuk confession room itu sendiri pun kena beratur macam masuk toilet. Malah, pada zaman ini juga, digambarkan bahawa pengampunan hanya perlu dilafazkan kepada mikrofon yang mana akan menganalisa bunyi suara seterusnya menghubungkan kepada paderi melalui tv. Malah, salibnya yang segi empat sama, adalah sesuatu yang abnormal, rasanya lah. Satu sudut pandang lagi, Priest nampak membesarkan institusi Kristian itu sendiri dengan mewujudkan paderi yang bukan seperti yang dilihat dalam realiti. Mana satu sudut pandangnya, aku hanya menonton untuk keseronokan, bukan apa apa.

Kesimpulannya, Priest nak tonton atau tak, terpulang pada korang. Tonton sekadar untuk hiburan dan enjoy the movie. Peluang menonton filem ini di Hall 13 Mid Valley tayangan 1.25 petang 22hb Mei 2011 bukanlah sesuatu yang merugikan. Filem ini sebenarnya terserah kepada anda untuk menilai, yang baik kita ambik, yang tak elok buang jauh jauh.

3.5/5

Review: Nur Kasih The Movie


19 Juta penonton menyaksikan 26 episod seminggu sekali di kaca tv, 2 tahun lalu. Kini, siri yang diminati ramai akhirnya membentuk satu final conclusion dalam sebuah filem mega, Nur Kasih. Jujurnya, aku bukanlah penonton yang terlibat membentuk angka 19 juta tersebut. Jika ditanya apa yang berlaku dalam episod episod Nur Kasih pun, aku tak mampu untuk menceritakannya sebab aku bukan peminat drama bersiri. Walau bagaimana pun, Nur Kasih memang sebuah siri tv yang begitu ada jiwa, begitu mendidik dan pada masa yang sama juga member hiburan islami alternative dalam tema cinta manusia, dan juga cinta ketuhanan.

Semejak ditayangkan 19 Mei 2011 di pawagam, filem Nur Kasih nampaknya dipromosi secara mega besar. Aku merasakan buah tangan terbaru Kabir Bhatia ini memang bukan filem calang calang kerana ianya jika dilihat dari teaser dan juga trailer filem sudah mampu untuk menjelaskan aura kesinambungan kisah Nur Kasih. Berpeluang menonton tayangan filem Nur Kasih hari ke empat di Mid Valley Hall 12 jam 5.45 petang (semua tayangan awal dah full seat). Kesimpulannya, ini yang dapat aku berikan.

Sebuah filem Melayu yang begitu ada hollywoodisme namun pada masa yang sama ada rencah filem kita yang begitu indah dan tidak tipikal. Suntikan elemen keagamaan, itu satu formula untuk memantapkan filem romantika masa kini. Itu ayat pendek yang aku boleh huraikan untuk menyatakan bagaimana pandangan aku menggambarkan filem Nur Kasih ini. Di tangan Kabir Bhatia, aku lihat Nur Kasih bergerak seolah filem art yang begitu ada jiwa. Aku kagumi garapan pengarah India ini sejak dari Sepi dan Setem lagi. Filemnya amat mementingkan kesemua elemen yang membentuk sebuah filem yang perfect.


Kisah Nur Kasih bertitik tolak dari drama bersiri itu tersendiri. Bagi sesiapa yang tidak pernah menonton drama bersiri, jangan risau la sebab filem ini masih boleh berdiri sendiri sebagai sebuah filem dan bukannya sebuah konklusi kepada drama bersiri. Aku sendiri memilih untuk menonton filem ini sebagai sebuah filem tunggal tanpa terikat dengan apa apa kisah dalam drama bersiri. Secara jujurnya, ada beberapa perkara yang begitu menarik perhatian aku apabila menulis tentang filem ini.

Pertama, Nur Kasih ada Dato’ Rahim Razali dan juga beberapa karakter baru yang memainkan peranan penting dalam membentuk alur cerita. Satu refreshment dan update yang begitu banyak mewarnakan dunia Nur kasih The Movie.

Kedua, aku memang terpukau dengan cinematografi filem ini. Wajah Jordan nampaknya sungguh indah dan memukau. Malah, adegan di kubur dengan shoot kamera dari atas yang menampakkan paying hitam berlalu pergi dalam hujan, nampak begitu memberi emosi.


Ketiganya, peralihan babak ke babak adalah satu lagi permainan kreativiti Kabir Bhatia dan penyunting. Satu lagi seni yang melengkapkan Nur Kasih.


Keempat, kehadiran Norman Hakim, Afida Es dan Rahim Razali adalah satu elemen kejutan yang akhirnya mengikat mati filem ini sekaligus membuatkan ianya tidak boleh disambung lagi.



Kelima, elemen yang penting sangat sangat dalam filem ini memang pada sinematografinya. Aku lihat, tak ada satu pun kameranya static. Kesemuanya bergerak dan bermain main dengan sentuhan editing.

Keenam, sebagai sebuah filem garapan Mira Mustafa, semestinya filem ini tak lari dari aturan ayat ayat yang begitu indah. I LIKE IT!

Secara kasarnya, plot Nur Kasih bermula dengan kesedihan si Aidil (Fizz Fairuz) kerana kematian Alia (Ayu Raudhah). Adam (Remy Ishak) mendapat berita gembira kerana Nur sudah mengandung. Namun, malang sekali apabila Nur (Tiz Zaqyah) keguguran. Adam akhirnya membawa Nur bercuti di Jordan dan terlibat dalam kecelakaan namun terselamat. Cinta Adam akhirnya membuatkan Adam nekad pulang ke kawasan kemalangan untuk mencari cincin Nur yang tertanggal semasa kemalangan. Malangnya, Adam pula hilang tanpa dikesan kerana ribut yang melanda. Dalam diam, kesihatan Adam sebenarnya makin teruk akibat dari kejadian di Mumbai (dalam drama bersiri). Adakah Adam akan selamat? Dalam pada masa yang sama, ada berita gembira yang datang dalam kesedihan, kegentalan tiga watak utama kita.

Kita mula dari awal filem ini okeyh!. Permulaan filem ini , pada pandangan aku amatlah membuatkan aku tertanya tanya. Bila dah mula mula kita dah disongokkan dengan emosi kesedihan Aidil, aku rasa seperti ‘ah, sudah.. macam mana aku nak catch up nih, sah sah kena layan previous episode’. Al maklumlah, aku bukan penonton drama bersiri. Namun, akhirnya jawapan dihuraikan melalui flashback yang begitu kreatif. Jujurnya aku suka adegan layang layang merah yang bermain diantara dua garisan masa. Cantik sangat. Keseluruhannya, filem ini memang banyak bermain dengan teka teki. Susunan babak pun nampak agak mengelirukan, sengaja dilakukan mungkin.


Pertengahan Nur Kasih, kita akan dikejutkan dengan kehadiran Dato Rahim Razali yang muncul secara tiba tiba. Sekali gus, teta teki dan persoalannya, apa kaitan dia dengan kisah Nur Kasih? Ending Nur Kasih, pada pandangan aku begitu kuat untuk menggambarkan reality kehidupan, takdir dan ketentuan tuhan. Pada aku, endingnya yang sebegitu begitu memberikan satu impak yang amat besar terutamanya kepada peminat drama bersiri. Maklumlah, perubahan jarak masa di akhir filem menjangkau puluhan tahun yang mana menyaksikan beberapa karakter baru dibentuk untuk mematikan karya besar ini.

Tetapi, walaupun endingnya sebegitu (macam mana? G tengok sendiri), entahlah.. aku rasa macam transformasi Aidil itu menjadi. Namun, transformasi Adam dan Nur nampaknya macam kurang sikit lah! Tapi, masih ok la. Tambah tambah bila tetiba muncul Norman Hakim di akhir filem. Tetapi jangan risau la, Nur Kasih memang terbaik walaupun watak utama sudah menjalani satu transformasi dalam garis masa yang cukup panjang.

Hafiz Hamidun dengan garapan muziknya yang mantap memberikan kesan yang mendalam terhadap pergerakan filem ini. Muziknya memainkan emosi penting dalam filem ini. Tetapi, serius muziknya macam gaya filem Hollywood. Mantap!. Macam tak percaya. Ragu ragu pun ada. Skor muzik ni ori ker? Ehem…

Penggunaan CGI juga adalah satu lagi elemen penting yang membantu filem ini. Sesetengah babak yang dibantu CGI memberikan life kepada babak yang sekaligus menyempurnakan adegan tersebut. CGI train nampak begitu sederhana. Tetapi, adegan mimpi di pasar dengan adegan tembak menembak itu menarik. Begitu high class!! Namun tanpa penggunaan CGI, rasanya filem ini memang tak mantap. Aku menyukai adegan train yang melanggar lori tangki minyak. Walaupun ada beberapa saat aku kesan bahawa animasi train nampak sedikit janggal, dan tidak kemas, namun kira okla jika apa yang hendak disampaikan sampai dan jelas…

Adam dan Nur, memang epik cinta

Apapun, kesimpulannya Nur Kasih memang sebuah filem wajib tonton buat semua peminat filem tempatan. Filem Nur Kasih, jika anda ianya membosankan, u must watch it to see the real cinematic art of local filmmaking. bagi peminat drama bersiri, mesti tonton untuk satu konklusi yang memang dinantikan. Ianya memang sebuah karya yang begitu hebat dari garapan visual sehinggakan kepada penulisan skrip. Mantapnya Nur Kasih bukan kerana Tiz Zaqyah, Fizz Fairuz dan Remy Ishak saja. Ianya adalah persembahan yang bukan saja mantap untuk hiburan, tetapi sebagai sebuah renungan diri, sebuah epik cinta Islami Malaysia yang begitu memukau. U must see it to believe it!

4.8/5

Tuesday, May 17, 2011

Meneroka Sejarah Kuala Kubu

Wesak Day, aku dan rakan aku menyelongkar sejarah Kuala Kubu Bharu. Sudah seminggu aku menetap di Kuala Kubu Bharu. Sebenarnya, sejarah tempat ini menarik untuk diselongkar. Bukannya aku si pengkaji paranormal, tetapi rasanya ianya satu kemestian jika kita mahu blend in dengan masyarakat. Bukankah orang cakap, tak kenal maka tak cinta? Jadinya, sejauh mana kesinambungan kisah yang berlaku dalam tahun 1883 dan 1926 itu patutnya diperturun ke keturunan muda mudi seperti kami sekaligus membawa satu stigma baru dalam penterjemahan sejarah pekan Kuala Kubu.

Tak perlu aku bercerita tentang banjir besar yang melanda. Sebabnya kisah itu hanya lebih baik diceritakan dari mulut mulut pak cik mak cik yang lebih arif dan mengetahui. Seminggu di sini bukan lagi tahap jagung boleh rebus, jangungnya masih muda bha! Jagung? Hah? Gerrr….

Tadi petang, aku dan member aku, Rosdi… sempat kuar untuk meneroka isi KKB. Isi yang masih sukar dikoyak koyak menjadi cebisan yang senang dihadam. Apa lagi kalau tentang kisah sejarah Kuala Kubu. Pertama dalam rondaan kami, kami ke kawasan Alir Limpah yang menurut kata orang adalah sungai back-up yang digunakan untuk pelepasan air jika Empangan Kuala Kubu melebihi takat. Menurut orang, masih ada tinggalan empangan yang boleh dilihat. Namun, usaha kami gagal sebab malu bertanya, maka sesatlah jalan. Kah3!

Hujan turun mengiringi perjalanan. Semakin lama, semakin hujan melebatkan rintiknya. Macam tak nak bagi kami teruskan perjalanan jer. Tetapi, akhirnya hujan mengalah pada takdirnya, dia pergi melepaskan rintiknya di kawasan lain, membenarkan kami untuk meneruskan expedisi meronda petang Wesak. Next pitstop is Masjid Lama Al-hidayah.

1926, banjir besar yang menenggelamkan pekan Kuala Kubu

Masjid ini adalah masjid lama yang kini hanya menjadi surau dan digunakan untuk solat lima waktu kecuali solat Jumaat. Masjid kecil di tengah hutan yang terletak di Ampang Pecah ini ada sejarahnya tersendiri. Tanda 1926 di atas masjid ini menandakan ianya sudah tua dan sudah menyaksikan pelbagai perubahan kawasan ini.

Masjid Lama Al-hidayah Ampang Pecah, kini...

Kunjungan kami ke kawasan ini membuka cerita cerita baru. Pelbagai versi sejarah Kuala Kubu Lama sudah diperdengarkan dan melalui pembacaan internet, nyata bahawa kisah yang disampaikan dari mulut ke mulut ini sudah menjalani proses tokok tambah dan menjadikannya pelbagai versi. Namun, apa yang dapat kami ketahui dari perbincangan dengan seorang pakcik (sebab kami tengah tunggu Asar untuk solat jemaah di masjid lama ni), kami dapat tahu yang waris kepada orang yang mana melarang Cecil untuk tidak menembak buaya tersebut masih wujud. Dikatakan sumpahan telah terjadi dimana satu daripada keturunannya akan mendapat penyakit kulit putih (mungkin saintifiknya, albino nama penyakitnya). Stop kat situ, sebab aku dan si Rosdi ni pon tak berapa jelas lagi pasal sejarah ini. Dari mulut ke mulut, storynya berbeda beda. Entahlah, yang penting apa yang kami perasan dalam mana mana story tentang sejarah Kuala Kubu, buaya putih pasti menjadi karakter utama dalam kisah.

Menurut pembacaan di internet (sumbernya tak jelas sebab tak ingat link), ada yang menyatakan bahawa Cecil Ranking ini sebenarnya mahu mengusir penduduk kampung di sini. Maka, orang kampung Kuala Kubu akhirnya membina cerita tentang mitos buaya putih untuk menakutkan Inggeris. Maka, Cecil Ranking akhirnya nekad mengebom empangan dan banjirlah Kuala Kubu. Cecil Ranking meninggal. Mayat Cecil Ranking yang dijumpai di atas pokok memberikan satu bayangan dalamnya banjir yang terjadi.

Next pit stop kami seterusnya adalah makam Cecil Ranking. Namun, makam tersebut tidak dijumpai sebab malu bertanya sesatlah jalan. Menurut Rosdi, housemate yang juga menginterview beberapa guru, dikatakan adalah tugu di sekitar kawasan Masjid Daerah yang tersergam indah. Malangnya, pencarian kami menemukan sesuatu yang lain. Sedar atau tidak, ada seketul tugu kecil peringatan terhadap sesuatu yang telah dilakukan oleh Inggeris di sini.

tugu peringatan di hadapan masjid besar Kuala Kubu Bharu...

Align Center
Ada seketul tugu peringatan bertanda 1935 yang bertulis ‘Pokok Ini Ditanam Sempena Jubli Perak King George Ke Lima. Siapa King George The Fifth, korang Google lah sendiri. Usah mencari pokoknya kerana ianya sudah tiada lagi. Sekali lagilah kalau malu sesat jalan, kami pun pulang dengan persoalan kenapa pokok itu tidak ada lagi pada masa sekarang.

1935, congak cepat dah berapa tahun benda ni ada kat situ..

Hari ini sudah tamat, jadinya penggembaraan akan dijalankan lagi. Insyallah pada masa akan datang, jangan malu bertanya lagi na… nanti susah nak korek kisah. Haha.. a…

Monday, May 16, 2011

Review: Love Story


Acha Sepstriasa bergandingan sekali lagi dalam epik cinta karya pengarah Heart ini. Love Story bukanlah berkesinambungan dari Love Is Cinta yang memberikan satu Hollywoodisme dalam filem Indo. Ianya sebuah lagi karya yang cuba mengagungkan cinta yang berbeza daerahnya dari filem terdahulu Henry R. Saputra. First impression, Love Story lagi sekali mungkin boleh menjadi setaraf Heart. Namun, maaf aku katakan, filem ini melampau lampau dalam penterjemahan cinta itu sendiri. Bukanlah sampai membuatkan aku meluat, tetapi soal cinta itu terlalu luas dan bukan cukup untuk diterjemahkan dalam mitos dua kampung.

Kisah Love Story kali ini menggandingkan epik cinta dua jiwa, Ranti (Acha Septriasa) dan Gali (Irwansyah). Ranti seorang gadis desa seberang (yang tidak diketahui nama desanya) terhalang cintanya terhadap Gali kerana mitos yang diperturunkan dari turun temurun. Mitos yang menyatakan bahawa dua desa yang terpisah oleh dua sungai tidak boleh disatukan dengan cinta kerana kelak bakal terjadi malapetaka. Gali pulang dengan ilmu dari bandaraya dan mula membantu cita cinta Ranti yang mahu menjadi guru di desanya. Pada masa yang sama, cinta Ranti dan Gali sudah mula ketat dan tidak dapat dipisahkan lagi. Namun, orang kampung mendesak supaya kisah cinta mereka tidak terjadi. Berjayakah cinta mereka, bakal dijumpai dalam Love Story.

Keseluruhannya, aku menyukai kisah Henry R. Saputra. Dari Love Is Cinta, Heart dan ini yang terbaru (walaupun sudah ditayangkan dibioskop Indonesia sudah lama, Januari lalu ya?!) karyanya mengagungkan cinta lebih dari mana mana filem. Skop cintanya luar biasa dan ada nikmat yang sukar untuk diungkapkan. Bagaimana pengarah ini cuba untuk membawakan cinta yang tidak bisa dihalang siapa siapa pun walaupun sekuat mana takdir tuhan (Love Is Cinta berkisar perihal kematian) antara yang luar biasa aku lihat. Love Story ini pun begitu, sekuat mana satu kampung itu bersatu untuk memecahkan cinta dua manusia, cinta dua jiwa jugak yang menang.

sekali lagi, Irwansyah dan Acha disatukan..

Menyukai permulaan cerita ini. Aku suka babak awal dimana dua orang ibu sedang bercerita berkisaar mitos yang menjadikan kisah cinta Ranti dan Gali satu perkara yang mustahil terjadi. Babak awal semasa Gali menggunting rambut Ranti (adegan mesra mesra yang begitu romantik, kerana hanya Gali saja yang akan menggunting rambut Ranti) menarik. Malah, aku suka keseluruhan minit minit awal filem. Rancak dan romantikanya taklah terlalu overdose.

Namun, pertengahan ceritanya agak goyah dan memerlukan kesabaran. Tidak ada kehadiran minor minor plot yang membantu menguatkan cerita. Tak ada apa apa yang menyokong pergerakan plot utama. Aku sedar yang seramai mana pun pelakon extra, penonton hanya akan memfokuskan kepada tiga watak. Semestinya satu dan dua adalah Ranti dan Gali. Ketiganya adalah bapak Ranti yang begitu amatlah pendiam. Expressi yang begitu garang tetapi tidak menjelaskan apa apa! Maaf.

Ending filem ini nampak goyah. Maaf juga. Kebosanan juga bila ada beberapa repetition yang sudah dapat diagak. Babak bakar bangunan sekolah (sekolah itu dibuat dari kayu, so memang senang dibakar) hadir dua kali dalam filem ini. Satu di tengah dan satu sebagai ending filem. Babak bapa Ranti yang memukul Ranti pun nampak seperti cuba untuk meraih simpati penonton (diulang ulang sampai tiga empat kali ya). Malangnya, apa yang aku lihat adalah satu repetition (yela, salah je pukul salah je pukul... ) yang akhirnya membuatkan orang annoying.


trailer filem Love Story..

Bukan aku tidak katakan filem ini tidak menarik. Tetapi, apa yang aku lihat adalah nukilan ini mahu memfokuskan tentang halangan cinta kerana mitos dan adat tetapi berat sebelah dan ada beberapa point yang tidak diungkap dengan baik. Ya, ianya cukup menarik dan memang mengujakan. Tetapi, garapannya nampak tak cukup membuatkan keterujaan itu wujud. Kewujudan dua desa itu nampaknya tidak sekata, tidak jelas dan longgar. Mitos yang dijelaskan pada awal cerita nampak tidak ditekankan sepanjang filem tatkala semua yang berlaku pada tengah hingga akhir filem dicetuskan oleh bapa Ranti yang ke’amuk’an tanpa bicara apa apa sebab kenapa mereka tidak boleh bercinta.


Malah, setting fantasi (mungkin..) kampung juga tidak sekata. Fikirkan, jika Gali itu berasal dari kampung seberang, mana kampungnya? Mana ibu bapanya? Mana orang kampungnya? Jelas dalam filem ini, kebanyakan scene terjadi di kampung Ranti sahaja. Malah, kisah cinta Ranti dan Gali itu terus dimulakan dengan ketidakjelasan. Siap Ranti? Siapa Gali? Tidak pernah dijelaskan... Malah, kostum pakaian kampung juga nampak terlalu melebih lebih. Tidak real pada sudut kehidupan kampung yang tiada bekalan eletrik, rumah kayu dan bersulut pelita minyak tanah.

Apapun, aku salute sama musik Anto Hoed dan Melly Goeslow. Lagu orkestranya ngetop banget! Memang naikkan feel beb! Memang gandingan ini begitu membantu filem ini yang lemah di satu dua tempat.


Melly Goeslow dan Irwansyah dalam lagu tema filem ini...

Hmm... penghabisannya, mungkin filem ini akan ditonton oleh peminat Irwansyah dan Acha. Namun, peminat love story yang jiwang habis juga tak terkecuali. Ianya fantasi cinta yang memang melampau lampau tetapi tetap ada jiwa. Love Story memang dinasihatkan buat couple lah! Kalau tak couple pon, boleh je tonton. Love Story sederhana pada plot, masih ada ayat yang terlalu skema dan mengikut skrip namun jiwa Ranti dan Gali itu sebenarnya epik pada kisahnya. Wajib tonton atau tidak, terpulang pada korang semua.

2/5

Saturday, May 14, 2011

Sneak Peek: Puss In Boots


Puss In Boots, siapa yang tak kenal watak yang memang kecik tapi comel dalam filem Shrek ni sila angkat kaki sekarang??

November 2011 ni, Puss In Boots bakal ada filem sendiri tau! Jom intai trailer filem ini sebelum ianya menghentam gigi gigi anda...


Hahaha, siap pakai lagu Pitbull tu yang tak bleh blah tu! I know u want me, u know i want ya!

Thursday, May 12, 2011

Movie Mistakes Filem Indonesia ^_^


OPM sudah selesai menganalisis movie mistakes dalam filem Indonesia yang OPM dapat beberapa minggu lepas. Filem yang terbaris dalam senarai bukanlah filem ngetop namun pada OPM tiga filem ini cukup mantap. Menyukai jiwa Laskar Pemimpi yang komedinya amat santai dan muziknya begitu tidak mengecewakan. Gaya persembahannya santai namun masih sarat dengan patrotisme Indonesia melawan Belanda. Ratu Kostmopolitan pula ringan dan tidaklah terlalu berat juga. Jiwa Luna Maya yang begitu cuba untuk berkomedi. 3 Hati 2 Dunia 1 Cinta lebih berat. Persoalan kahwin campur (dalam kisah ini antara dua agama; Kristian dan Muslim) menjadi isu. Pemikiran untuk perbincangan, menarik dalam sisi filem agama.



Filem mereka, filem kita dan semua filem sama saja. Movie mistakes masing masing tidak dapat dielakkan. Jadi, baca sekadar hiburan, bukan menempek status bahawa filem sesuatu bangsa itu teruk dek kerana movie mistakes ok. Bubye!

Friday, May 6, 2011

10 Nota Tentang Kuala Kubu Bharu

Aku tulis ini pada pukul 6.43 pagi sementara menunggu rakan aku yang masih enak tidur mengambil aku di stesen keretapi Kuala Kubu Bharu menggunakan Microsoft Word. Hari ni mau bercakap pasal Kuala Kubu Bharu yang sudah hampir satu minggu aku tinggal. Next week aku akan mengajar. Entah apa yang aku nak ajar pun aku tak tau. Tapi, itu bukan satu perkara yang penting. Aku nak cerita pasal beberapa perkara yang aku perasan pasal Kuala Kubu Bharu.

1. Celcom Broadband amatlah berguna di sini, percayalah! (tak taula kalau P1 atau Maxis or Digi pun amat berguna juga)

Disebabkan keadaan posisi pekan ini terletak berhampiran empangan Kuala Selangor yang begitu besar dan gah, semestinya Kuala Kubu Bharu dikelilingi bukit bukau yang memang membuatkan pekan ini aman. Sebagai penggila blogger mahupun muda mudi penggemar Facebook, maka untuk mendapatkan capaian internet di sini amatlah terhad. Percayalah, seperti kata aku suatu ketika dahulu, internet di sini memang suck! Tapi, thanks to Celcom Broadband yang walaupun kelajuannya macam siput, tetapi boleh lagi untuk aku mengupdate blog dan juga mengakses Facebook. Ah, boleh juga untuk cari bahan mengajar.

2. Makanan sini sebenarnya mahal seringgit (rasanya laaa..).

Beberapa lama aku berada disini, aku sedar yang makanan kat sini sebenarnya mahal seringgit. Capaian had membeli untuk makanan tengahari saja sudah mencapai Rm8 jika ditambah dengan sebeg titisan teh o ais dalam plastik lutsinar. Sejauh mana aku tukar selera, tak pernah makanan aku bawah dari Rm5. Di tanjung malim, kalau sekadar ayam campur sayur, harganya hanya mencecah Rm 4.50. Di sini, dengan kuantiti yang sama, harganya rm5.50.

3. Pekan KKB memang kompleks (bukan kompleks beli belah dol!)

Dah seminggu aku tunggang motor aku macam kuda ke hulu hilir pekan kecil ini. Tapi, tak pernah pernah aku dapat hafal laluannya dan juga kedai kedai spot. Maybank, Fazlina Maju dan 7Eleven sudah dapat aku kenalpasti. Namun, bermain dengan jalan pekan yang lebih banyak jalan one way dan kurang parking lot (walaupun aku hanya ada sebiji basikal enjin tua) amatlah memeningkan. Pernah sekali, masuk pekan n sesat tak tau nak keluar macam mana. Mungkin aku perlukan sedikit masa. Tetapi, jangan risau, jalan ke sekolah sudah dapat aku hafal. Don’t worry, will reach the school safely.

4. KKB memang cukup aman (best kalau make a date wit GF kat sini)

Kalau sesiapa yang tak pernah datang KKB, memang KKB nampak macam pekan yang amat terpencil dan begitu membosankan. Tetapi, kalau korang bosan, sini banyak port port hutan yang korang boleh buat ‘port’. Tapi, bahaya… benda maksiat korang janganlah buat walaupun KKB ni penuh dengan hutan. Kenapa? Rujuk point nombor 7.

5. Sini memang tak ada Billion, ataupun TF Value Mart

Oh ya, kalau sesiapa yang selalu hidup dengan suasana Behrang dan Tanjung Malim mungkin akan mengenali dua buah pasaraya ini. Di sini, KKB tak sediakan semua itu. Namun, jangan risau kerana semua kelengkapan ada. Korang nak beli besen ke, penyapu ke, mop ke semuanya ada di sini. Sebuah pekan yang kecil tetapi lengkap dengan keperluan asas.

6. Oh no, peminat filem tak boleh tinggal di sini, anda akan gila… (percayalaaaaahai!)

Kalau sesiapa yang hidup dengan menonton movie serta lagu, juga mempunyai hardisk satu tera ataupun mera, hera, fera, kera dan lain lain (abaikan tiga jenis ra ra ra tadi), Kuala Kubu Bharu bukan tempat yang sesuai. Pergi jauh jauh! Di sini tak ada kedai jual DVD. Maka, mungkin nota nombor 1 amatlah berguna. Itupun kalau anda ada streamix mahupun broadband yang bandwithnya begitu tinggi tahap gaban!

7. Orang kata KKB ni keras, tapi tanah mana keras!

Ok, ini berbalik kepada kisah asal usul Kuala Kubu Bharu itu sendiri. Setahu aku dari pembacaan, Kuala Kubu Bharu sebenarnya adalah pekan kedua yang dibina oleh British kerana menggantikan Kuala Kubu Lama yang sudah ranap dimakan molekul air empangan Kuala Kubu suatu ketika dahulu. Peristiwa banjir besar akibat pecahnya empangan Kuala Kubu Bharu membentuk kawasan bernama Ampang Pecah. Lagenda buaya putih yang mana masih dipercayai menjadi sebab kejadian tersebut, serta kewujudan kubur tangan tanpa badan sahaja memang buat tempat ni keras! Tapi, tanah mana keras… uhu..

8. Kalau fobia dengan nota 7, anda bukan orang yang sesuai untuk tinggal di sini!

Secara fiksyennya, mana mungkin insan dapat menilik takdir Allah s.w.t. Jikalau kun fayakun itu sebutanNya, apa yang dia inginkan akan terjadi seperti apa yang Dia kehendaki. Namun, sebagai seorang Muslim yang percaya dengan ketentuan Allah s.wt, semestinya kita lakukan apa yang terbaik untuk hidup kita dan abaikan saja perkara fiksyen dalam otak. Selagi aktiviti di nota 4 tidak berleluasa sehinggakan kondom bertaburan sana sini macam sampah plastik bag, musibah takkan melanda.. don’t worry!

9. Hampir ke kesimpulan, KKB cukup indah.

Aku rasa, pekan KKB memang berstruktur. Pekannya bercorak segi empat memang nampak membelitkan kepala. Tetapi, struktur binaan rumah kedainya amatlah klasik. Terpesona!

10. Jadi cikgu di sini, belum tentu karenah muridnya bagaimana..

Nota terakhir ini ditulis sebab memikirkan apa yang bakal terjadi pada 9hb nanti. Huh, mengajar orang Kuala Kubu Bharu, semestinya pengalaman yang pertama dalam hidup aku. Sejauh mana perangai mereka, ilmu mereka dan approach yang sesuai untuk aku gunakan belum dapat aku lihat. Namun, aku percaya yang aku mesti lakukan yang terbaik!

Sekian! Disalin ke blog post pada 3.14 pm.. selesai Jumaat pertama di Masjid Daerah KKB… menanti nasi di periuk masak kriuk kriuk melentuk lentuk…

Wednesday, May 4, 2011

10 Karakter Marvel Dalam Dunia 'Tron'

Bayangkan jikalau dunia Tron itu benar benar wujud dalam dunia superhero. Bayangkan bagaimana color molornya dunia itu dengan garisan biru putih yang terbentuk dalam bayangan 3D. Merayau rayau di cisdel, aku terjumpa watak 10 karakter superhero Marvel yang dilakarkan dalam dunia Tron. Jom lihat 10 karakter ini dalam gaya Tron.










Menarik kan? Apapun, entry sebelum ini aku ada bawakan 10 poster filem yang diparodikan. Nak tengok? Baca sini (http://cikgumanstation.blogspot.com/2010/12/poster-filem-versi-kelakar.html)

Transformers 3: Dark Of The Moon 2nd Trailer



Akan datang 1 Julai 2011 di pawagam berhampiran. Transformers 3 lebih mendebarkan dengan aksi skala gergasi. Namun, argh! Mikaela bukan lagi Megan Fox, aduhai.. sob3.

MV: Taboo - Don Omar



sempena kehadiran Fast and Furious 5: Rio Hiest di pawagam, layan MTV Don Omar ini dari OST filem ini. Sebuah Lambada versi baru yang menarik.

Tuesday, May 3, 2011

Sneak Peak: KL Gangster

Karak bakal berada di pawagam 26 Mei 2011. Jun menanti dengan kehadiran sebuah filem aksi gengster, KL Gangster arahan Syamsul Yusof. Bakal ditayangkan 9 Jun 2011, jom kita intai info filem ini.



Sinopsis:

Mengisahkan dua beradik yang telah terjebak di dalam dunia gangster, seorang bernama Malek dan seorang lagi Jai. Si abang iaitu Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark anak tiri kepada King, iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL. Bagi Malek setelah dibebaskan beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.

Menjalani rutin kehidupan biasa sambil menjaga ibunya yang dah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengan beliau sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malek memulakan kehidupan baru. King mengarahkan orangorangnya supaya tidak menganggu kawasan Malek dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya Shark yang ingin menjadi "Raja" di KL ini. Berlainan pula dengan kehidupan adiknya yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster.



Bagi Jai kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang. Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa. Jai antaraorang kuat Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan. Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untuk merealisasikan apa jua yang diarahkan Shark. Sayap Shark semakin berkembang. Tapi dengan kemunculan Malek, Shark terasa semakin tergugat. Beliau terasa tercabar. Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan Malek tetapi sentiasa dipatahkan oleh ayah tirinya King yang sering membela Malek yang dianggap sebagai sahabat.

King kurang senang dengan karenah Shark yang sentiasa mencetuskan perbalahan yang membabitkan kumpulan-kumpulan gelap yang lain. Ini membuatkan hubungan anak beranak ini semakin dingin. Kerana tamakan kuasa Shark mula berdendam dengan ayahnya beserta Malek. bagi Shark, Maleklah punca segalanya. Dengan itu, Shark mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya. Disinilah bermula konflik diantara saudara dan kesetiaan keluarga dan kumpulan... Nyawa atau harga diri. Dimanakah penghujung pertempuran mereka...segala-galanya akan terjawab dalam "KL GANGSTER". - sinemaonline

Review: Senjakala




Senjakala is another cliché from Ahmad Isham. Sutradara ini sekali lagi kembali dengan ke’Niyang Rapik’annya serta emosi Damping Malam, juga sedikit rencah Congkak serta cantuman idea idea filem seram MIG yang lain. Tak ada yang dapat dipuja mahupun dibanggakan dengan plot yang begitu misteri dan hanya memerlukan penonton menonton beberapa minit terakhir filem. Senjakala once again I said, is a cliché tetapi bukan filem yang tak perlu ditonton. Even the theme is not rare, filem Senjakala bukanlah teruk sangat. Senjakala semestinya a Malay ghost story, once again with the Ahmad Idham’s formula of horror.

Senjakala bermula dengan adegan yang cukup menarik. Bagaimana Ahmad Idham cuba memasukkan Inception punya style dalam gaya Malay (naratif mimpi dalam mimpi) cukup menarik. Aku puji jalinan mimpi Karlisa yang begitu baik. Malam babak boyfriend Khalisa dilanggar dalam mimpi nampak cukup realitik untuk mewujudkan impak ngeri. Namun, nasib baik filem ini bukan fully made dengan concept mimpi dalam mimpi, kalau tak memang aku baling popcorn! Namun, adegannya nampak biasa di tengah filem. Naratif teka teki nampak membosankan. Mendatar dengan element kejutan yang kadangkala menjadi bahan lawak.


trailer filem Ahmad Idham ini

Entah kenapa formula horror kali ini menjadi bahan lawak pada pandangan aku. Certain part of ghost appearance nampak begitu mendukacitakan dan menaikkan mood gelak dan bukannya seram. Sebagai contoh, babak Opah Maimun muncul dalam keadaan hantu bungkus nampak begitu tak seram langsung. Malah, aku rasa, bodohnyaa!

Sinopsis Senjakala mengisahkan Karlisa (Liyana Jasmay) dan rakannya Bella yang pulang ke kampung halamannya, Kampung Senja Lama kerana ingin menenangkan perasaan. Kedatangan Karlisa dan Bella ke kampung membawa kepada keresahan penduduk kampung. Ada sesuatu yang mereka simpan dan begitu ditunggu tunggu. Kehadiran Opah Mainun yang menjadi misteri serta kehadiran lelaki pemalu namun begitu banyak rahsia, Arman menjadikan Karlisa mula mengenali siapa dirinya yang sebenar.

Saka, tema yang rasanya cukup sebati dengan kaum Melayu dibawa sebagai tema filem ini. Tetapi, aku masih tidak dapat menerima apa kaitan Senjakala itu dengan Saka. Setakat pesanan ibu Karlisa yang mengatakan bahawa tak baik untuk berada di luar rumah pada waktu senja di akhir filem, itu tidak cukup untuk membawa tajuk ini kepada kehendak filem. Aku juga hairan kenapa kampung ini yang dinamakan kampung Senja Lama tidak pernah terkait sejarahnya dengan tajuk. Jadi, apa yang dimaksudkan dengan Senja dan saka, persoalan itu hanya ada pada team produksi.

Satu aspek yang aku suka dalam filem ini adalah adunan muzik latarnya. Muziknya nampak cuba mencampurkan klasikal rebab dengan moden gitar dan rentak pop. Seriusly, both mixture menjadikan filem ini nampak klasik sangat even we know that the setting bukanlah satu kawasan sepertimana yang dipaparkan dalam filem Niyang Rapik. Kampungnya yang moden dan ada pengaruh luar nampaknya blend in dengan elok with the music.

Malah, antara yang menarik perhatian aku juga adalah teknik flying camera yang diguna pakai dalam filem ini. Kehadiran teknologi ini memang berjaya memberikan satu sisi kebanggaan bagi filem ini. Tapi, kalau aspek visualnya saja menarik tetapi ceritanya masih cliché, tetap belum dapat meraih perhatian.

Rasanya, filem Khurafat terbaik dalam lakonan filem seram Liyana Jasmay

Lakonan Liyana Jasmay, biasa biasa. Zahiril Adzim punya karakter, aku suka. Roslan Salleh, sebagai saka begitu menyeramkan. Susuk tubuh kurusnya memang tidak dijangka memberikan keseraman dalam karakternya.

Senjakala memang bukan sebuah filem seram yang ada nafas baru. Namun, pada aku Senjakala menampakkan bahawa genre seram saka, pendamping, pocong, toyol, dan sebagainya perlu refreshment. Alur cerita yang sudah dapat dijangka, juga aspek seramnya yang makin menurun membuatkan Senjakala berada di satu barisan kejatuhan. Namun, aku rasa genre sebegini boleh dikuatkan lagi dengan penambah baikan jalan ceritanya. Hmm.. adegan mantra nampaknya sudah meloyakan tekak dan telinga aku.
2.5/5