Wednesday, March 30, 2011

Justin Bieber Vs. Michael Jackson



NEVER SAY NEVER filem dokumentari sulung mengenai perjalanan hidup Justin Bieber telah diumumkan menjadi filem konsert paling laris di senarai pecah panggung Amerika Syarikat. Hasil kutipan filem tersebut telah berjaya mengalahkan kutipan yang diraih filem This Is It kepunyaan Micheal Jackson.

Sejak ditayangkan sebulan lalu iaitu pada 11 Februari, filem itu telah berjaya meraih kutipan sebanyak AS$72.2 juta (RM223 juta). Ia sekali gus menjadi rekod baru yang mana sebelumnya dipegang oleh filem Micheal Jackson yang meraih kutipan AS$72.1 (RM218.2 juta).

Meskipun telah berjaya mengalahkan rekod legenda muzik pop itu, Bieber tetap menyanjungi dan merendah diri dengan mengatakan Micheal Jackson tetap menjadi idola dan legenda muzik dunia.

"Terima kasih kepada peminat-peminat dan pihak yang terus menyokong Never Say Never (3D NSN3D) di seluruh dunia. Tetapi Jackson masih dan akan selalu menjadi Raja Pop," tulis Bieber dalam akaun Twitternya seperti mana yang dilaporkan Aceshowbiz.

Filem Jackson yang menampilkan dokumentari dirinya adalah ketika menjalani latihan dan sebuah persembahannya di London. Filem itu diedarkan pada tahun 2009 iaitu selepas Raja Pop itu mengejutkan dunia dengan kematiannya tragisnya itu.

sumber: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0330&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm

Filem Justin Bieber dalam versi 3D ini akan ditayangkan kepada peminat di Malaysia bermula 14 April 2011. Aku nak g teng0k?, sori.. not his die-hard fan.. :-)

Hujan Dan Banjir Lagi...


Lagu yang menggambarkan negeri Perlis saat ini (30/3/2011)...



Creedence Clearwater Revival - Have You Ever Seen The Rain

Someone told me long ago there's a calm before the storm
I know, it's been comin' for some time
When it's over, so they say, it'll rain a sunny day
I know, shinin' down like water

I wanna know, have you ever seen the rain?
I wanna know, have you ever seen the rain
Comin' down on a sunny day?

Yesterday and days before, sun is cold and rain is hard
I know, been that way for all my time
'Til forever, on it goes through the circle, fast and slow
I know, it can't stop, I wonder

I wanna know, have you ever seen the rain?
I wanna know, have you ever seen the rain
Comin' down on a sunny day?

Yeah, I wanna know, have you ever seen the rain?
I wanna know, have you ever seen the rain
Comin' down on a sunny day?


Apabila Empangan Tasoh dibuka, maka tandanya banjir akan tiba. Moga negeri aku tak apa apa, dibawah lindunganNya.

Diari banjir aku November 2010 yang lalu, bleh klik link dibawah:
http://cikgumanstation.blogspot.com/2010/11/kronologi.html

Rempuh Pintu Bas Kami Dah Biasa.... Tapi Ini Luarbiasa!

dipetik dari: http://www.hmetro.com.my/articles/Dirempuhkeretadalamrumah/Article

HULU BERNAM: Seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) warga Indonesia dikenali sebagai Istiarsyah, 26, parah selepas dirempuh kereta yang terbabas dan memasuki ruang tamu rumah sewanya, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang ketika mangsa bersiap sebelum keluar dari rumahnya di Jalan Bahtera 5A, di sini, untuk ke kuliah sesi petang.

Mangsa melecur di badan dan kaki serta cedera di muka dan tangan selepas terperosok di bawah Perodua Kancil dipandu seorang pelajar wanita di universiti sama.

Saksi kejadian yang juga jiran mangsa, Mohd Azrin Mat Rais, 32, berkata dia terkejut apabila mendengar dentuman kuat dari rumah berkenaan.

“Saya bergegas keluar dan melihat sebuah kereta dinaiki lima pelajar wanita berada di dalam rumah selepas merempuh pintu besi dan kaca rumah berkenaan. “Lebih mengejutkan apabila melihat seorang lelaki tersepit di bawah kereta terbabit sambil meraung kesakitan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Azrin berkata, ketika kejadian Istiarsyah melangkah keluar di depan pintu rumah untuk ke bilik kuliah.

Bagaimanapun, rempuhan kereta itu menyebabkan mangsa terseret hingga ke dinding dapur rumah dan cedera akibat terkena serpihan kaca dan melecur akibat ditindih badan dan ekzos kereta.

Menurutnya, rakan serumah dan jiran membantu mengeluarkan mangsa sebelum mendapat rawatan di Klinik Kesihatan Tanjung Malim (KKTM) dan kemudian dirujuk ke Hospital Slim River (HSR).

Katanya, rumah mangsa turut didiami tiga pasangan suami isteri warga Indonesia yang masih belajar di universiti sama. Sementara itu, pemandu kereta terbabit, Nabilah Izzati Ayub, 20, bersama empat pelajar wanita berkenaan cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, ketika kejadian pemandu kereta terbabit membuat pusingan U di laluan berkenaan, namun tertekan pedal minyak lalu meluru masuk ke dalam rumah mangsa.

“Mangsa dirempuh dan tersepit di bawah kereta. Akibatnya mangsa melecur di perut dan paha.

“Keadaan mangsa dilaporkan stabil,” katanya.

lagi di UPSIKINI: http://upsikini.blogspot.com/2011/03/pelajar-upsi-dirempuh-dalam-rumah.html

Tuesday, March 29, 2011

Aznil & 12 Orang Penyanyinya...

Aznil Haji Nawawi yang terlalu sinonim (bukan antonym) dengan Akademi Fantasia. Jangan jeles sebab aku juga antara fan nombor satu Akademi Fantasia. (Pasti berjaya di Akademi fantasia!!!) Uhu. Itu dahulu la, sebelum aku masuk universiti ni. Bila dah masuk, baru sedar yang semua tu melalaikan. Lagho! Tapi, pengaruh Akademi Fantasia itu masih ada lagi dalam jiwa aku. Tengok update Facebook aku di bawah:


Hmm.. dah masuk musim ke 9. Alih alih buka beautiful nara, aku terkejut sangat. Awat muka depa ni klasik bebena... nak buat Akademi Fantasia ke atau nak buat Akademi Fantagiro? Terlalulah 80’s. Dan beberapa pos pelajar Akademi Fantasia ini buat aku teringat actress pojaan mak bapak aku.

Miza, ya rabbi. Nak kata Beyonce pun bukan. Yang belakon cerita Precious tu pun bukan. Ish3.

Ini ada mirip muka Chef Wan, Amir namanya. Hmm.. mirip Sudirman pun ada jugak. Kan3?

Pakaian Aida ni mengingatkan aku kepada Ramlah Ram, Francisca Peters dan Ziana Zain.

Ini pulak fesyen kain labuh dengan rantai besar. Huduhnyeee..

Ini lagilah. Rambut macam pontianak. Baju teringat pulak lagu Ramlah Ram nyanyi Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu ciptaan Ahmad Nawab. My fevret tuh!

Apapun kepada semua, majulah Akademi Fantasia untuk Astro. Aku nampak budak budak ni semua hingusan jer. Mampukah menandingi musim sebelumnya. Entry ini bukan untuk mengutuk, tetapi mengungkap pandangan aku tentang dunia fesyen yang makin hilang arah (ceewah, ye ker?). Tunggu dan lihat sajalah. Itu saja untuk hari ini. Sekian terima kasih.

Monday, March 28, 2011

Jom Tonton 'Alang Rentak Seribu'....

Semester ni aku terlibat dengan dua produksi teater. Even my character is just in supporting role, aku tak kisah selagi aku boleh belajar serba sedikit pasal teater. Produksi pertama yang aku join semester ni ialah Cicik Mak Dara dimana di bawah arahan Nur Syazwani Ghafar dengan drama bertajuk Pulang. Satu penghormatan sebenarnya buat aku sebagai seorang yang terlalu baru dalam dunia lakonan.

Tonton teater Pulang di sini:
http://cikgumanstation.blogspot.com/2011/03/festival-teater-upsi-2011-pulang.html

Second production pulak ialah Men In Da House Production, yang bakal membawakan olahan skrip teater Syed Alwi (sasterawan negara), Alang Rentak Seribu. Aku berperanan sebagai watak supporting jugak iaitu sebagai cameraman dalam kru filem yang diketuai Tuan Nordin. Bakal dipentaskan 8 dan 9 April 2011, ianya adalah sebuah teater realisme yang wajib tonton. Jemputan ini aku tujukan buat siapa saja pembaca yang bergelar student UPSI.


Serba sedikit pasal Alang Rentak Seribu, kisah ini mengisahkan seorang lelaki yang bijak lagi genius bernama Alang. Sebuah produksi filem mahu menjalankan pengambaran di kampung tersebut dan Alang adalah orang yang akan membantu menghubungkan dua pihak (orang kampung dan orang filem). Pada masa yang sama, Tuan Nordin (pengarah filem dari KL) berkenan mahu mengambil gadis kampung untuk digandingkan dengan seorang pelakon hebat. Apa yang terjadi seterusnya adalah paparan penerimaan budaya bandar yang tidak serasi dengan suasana kampung. Malah, kisah ini juga akan menunjukkan realiti masyarakat kampung yang lebih luas pemikirannya.

Huh, minggu ke 13 ni sebenarnya aku dah dapat pelepasan kuliah untuk satu minggu. Surat pelepasan dah dapat, tapi rasanya aku tak dapat nak skip the whole week sebab makroteaching (latihan mengajar kecil kecilan di sekolah) dan beberapa test untuk beberapa subjek major bakal diadakan pada minggu tersebut. Apapun, aku fikir untuk undur diri sebenarnya tapi rasanya aku rasa aku boleh lagi bahagikan dua perkara penting dalam hidup aku, minat dan kerjaya. Malang sungguh apabila kerjaya tidak sealiran dengan minat. Tetapi tak ape, apa yang penting ianya akan menguji kebijaksanaan aku untuk membahagikan masa untuk minggu ke 13.

Luckily one of my presentation is finally done this morning (28 March 2011). Tinggal satu lagi presentation perlu disettlekan dan juga satu lagi sesi pengajaran perlu dilakukan. Harap2 sangat minggu 13 bukan minggu yang memecahkan kepala aku! Jangan ditanya kepada aku 'kenapa ko gatal sangat g ambik teater tu?!' Please, my answer is 'I take it because of my passion!'. DONE!

p/s: poster yang menarik. I like it. Even my face is not there.. well, extra will always be an extra.. haha

Friday, March 25, 2011

We Are The Winner!

24th March 2011. Selepas berhempas pulas hampir 3 minggu, dengan pelbagai masalah dan cerita hot hot belakang tabir, akhirnya persembahan Choral Speaking TESL students semester 6 (2008/2009) menang first place!. Ini adalah video dari aku, hadiah untuk kemenangan kami, semester 6 TESL Universiti Pendidikan Sultan Idris.



Thursday, March 24, 2011

Review: Kembar Siang

Hatta Azad Khan, antara barisan pengarah yang punya standard dalam pelajaran dan ilmu filem. Antara yang dikagumi kerana filem berjiwanya suatu ketika dahulu. Jikalau Hatta Azad Khan diletakkan dengan A Razak Mohaideen dalam satu gelanggang gusti, semestinya penonton akan menyokong Hatta Azad Khan kerana filemnya lebih berjiwa, ada moral, ada nilai dan juga estetikanya yang tersendiri. Berkesempatan menonton karya komedi Hatta yang keduanya selepas Senario Asam Garam yang pada aku adalah filem paling teruk dalam sejarah senarai filem Senario setakat ini, Kembar Siang. Sekali lagi, Kembar Siang hanyalah movie yang merendahkan martabat pengarahnya tersendiri. That’s it!

Keseluruhannya, filem ini tak ada apa pun yang boleh dibanggakan. Aku masih teringat bagaimana aku ternampak poster filem ini di Jitra Mall beberapa bulan dahulu.’Filem ini tidak memerlukan tagline’, itu tagline yang aku nampak di poster. Dan, balik rumah aku terus online dan tonton trailer di utube. Apa yang aku fikirkan adalah bagaimana pembinaan tagline itu sendiri sebenarnya mencaca merbakan filem ini. Selepas menonton tadi, aku sendiri tak faham apa perkaitan tagline yang terlalu komedi tetapi tidak ada maksud tersendiri dengan filem ini.



Kamal Adli sebagai Awal dan Awi, kembar seiras yang berbeza daripada perwatakannya. Awal punya kekasih, Ani (Intan Ladyana) namanya. Kisah kemudiannya memaparkan bagaimana Kamal cuba memenangi hati bapa Ani tetapi pada masa yang sama terikat dengan perjanjiannya dengan bapanya, Haji Sabran yang berkehendakkan Awi berkahwin dahulu sebelum Awal. Subplot lainnya memaparkan bagaimana Pak Din, pesaing kedai Haji Sabran dan juga kisah masyarakat yang selalu ditonton.

Pada aku, kisah ini terlalu pointless. Alur cerita yang utama nampak terlalu tidak ada penekanan. Nampak cuba berjalan bersama dengan beberapa plot yang tak penting dan membuatkan penonton terumbang ambing tentang apa yang cuba disampaikan. Plot Kamal dan Ani terlalu kecil dan tidak dikembangkan dengan baik. Pembinaan kisahnya, kemudian masalah perhubungannya sebelum berakhir dengan jinjang pelamin nampak terlalu simple dan malas. Malah, kemasukan watak Ana secara mengejut dan bagaimana Awi jatuh hati pada Ana juga terlalu simple dan terlalu cepat. Ada beberapa karakter pada watak Ana yang tidak dikembangkan dan menyebabkan berlaku plot hole. Contohnya, di akhir cerita sewaktu Pak Raffi dan Pak Wan bertemu, Ana dan Ani bertemu dan bermesra macam adik beradik. Tetapi, yang hairannya, kenapa sewaktu Awal bawa Ana mengintai Ani, reaksi Ani seolah tidak pernah mengenali Ana?

Malah, adegan juga ada yang overdose. Aku tahu perkara ini sudah wujud sejak dari Senario Asam Garam lagi (motor yang ditunggang Fimie Don terbelah dua di atas jalan raya! Nah, tak lucu pun.. malah annoying!). Sekali lagi, adegan motor Awi terbang dan meninggalkan beberapa biji tembikai di atas jalan raya... annoying!.. Tetapi, aku menyukai adegan kereta yang dipandu ke belakang. Semestinya stuntmannya professional. Itu perkara yang paling aku suka dalam filem ini.

Lakonan Awi nampak menarik. Tetapi, ada bayangan Shah Rukh Khan dalam filem My Name Is Khan. Jelas, memang Hatta nampak cuba untuk membina watak Shah Rukh Khan tersebut dalam file mini dengan kewujudan watak Kajol (disebut Kojol oleh Awi) dalam satu babak kecil dalam filem ini. Tetapi kadangkala gayanya terlalu eeew, menggelikan! Intan Ladyana nampak cantik bertudung. Tetapi, dalam banyak banyak karakter, Sathiya memang mencuit hati. Rozita Che Wan memang janda top class! Cuba untuk berkomedi tetapi tak menjadi, sorry!.

Keseluruhannya, file mini hanya picisan. Terlalu mengejar untung nampaknya MIG ni sehingga filem sebegini berani diangkat ke layar perak. Sepatutnya fikir dahulu kehebatan sesuatu skrip sebelum diangkat dan diterjemahkan. Keuntungan memang focus utama, tetapi paling penting fikirkanlah bagaimana penerimaan penonton. Kembar Siang bukan filem wajib tonton. 9 kecuaian dalam filem ini menandakan filem ini memang satu hasil kerja seni yang main main dan tidak mementingkan estetika. Hanya tahu duit dan untung! Apapun, baca 9 kesilapan yang dikesan dalam filem ini di sini:

Wednesday, March 23, 2011

Sneak Peek: Bunohan



Pernah dengar tentang desas desus suatu ketika dahulu tentang filem berkenaan Mona Fendi yang dilakonkan oleh Umie Aida bertajuk Dukun yang tidak pernah direlease sampai sekarang? Kini dari pengarahnya, Dain Said.. mempersembahkan, Bunohan!


Sebuah filem martial art yang aku rasa wajib tonton bagi peminat Ong Bak, dan Merantau. Bunohan dibintangi Faizal Hussein, Zahril Adzim, Pekin Ibrahim, Bront Palarae, Namron, Wahn Hanafi Wan Su, Hushairy Hussein, Amerul Affendi, Soffi Jikan, dan lain lain. Wah, bangga Malaysia akhirnya ada filem martial art yang ganas sebegini!

Bunohan mengisahkan tiga beradik dan bapanya yang kian uzur. Kisah pergelutan mereka untuk merapatkan ikatan kekeluargaan dan restu, beransur ke arah keganasan, korupsi dan pembunuhan. Filem ini bermula jauh di kampung pedalaman bahagian selatan Thailand, berdekatan sempadan Malaysia. 'Bunga Lalang' atau Adil mengambil bahagian dalam pertandingan tinju Tomoi yang melibatkan pertaruhan wang, maruah dan nyawa. Sahabat lama Adil sempat menyelamatkannya dari pinggir maut, mengubahkan mereka menjadi pelarian penganjur pertinjuan haram tersebut.

Ilham (Faizal Hussein), seorang pembunuh upahan dihantar untuk memburu mereka sesedang kedua-dua sahabat itu berada dalam perjalanan pulang ke Kampung Bunohan. Kampung Bunohan juga merupakan kampung halaman Ilham yang sudah lama ditinggalkan. Ilham tidak pernah pulang walaupun ketika ibunya berada di anjung nyawa. Pada waktu yang sama, Bakar ( Pekin) abang sulung Adil juga pulang ke Kampung Bunohan kononnya untuk menjaga bapa mereka yang uzur. Perwatakan solehnya tersembunyi niat buruk seorang usahawan bercita-cita tinggi. Bakar seorang yaang berhati kejam yang sanggup melepaskan segalanya untuk mencapai kekayaan. Sekembali mereka bertiga ke kampung halaman di mana takdir mereka menunggu. Dalam bayangan kegelapan diri masing-masing timbul, memori silam yang dipenuhi keinginan, penghukuman, dan perasaan kehilangan. Dalam BUNOHAN, di sinilah bermulanya segala keperitan.

p/s: fakta, Bunohan adalah sebuah kampung yang memang wujud di Terengganu! Sekian...

Prelude To A Upcoming Malay Sci-fi 'Mantera'



Saksikan bakal penyaing Hikayat Merong Mahawangsa yang bakal menjengah di pawagam tidak lama lagi. Mantera adalah sebuah hasil anak tempatan yang internasional daripada segi persembahannya. Mimik kepada animasi robot Jepun dan paling dekat dengan gaya gaya Transformers, Mantera bakal mengukur sejauh mana CGI mampu bertahan dalam industri filem tempatan. Dengan barisan pelakon internasional dan tempatan, sejauh mana kehebatan filem ini bakal diketahui tidak lama lagi.

Sunday, March 20, 2011

Review: Battle - Los Angeles

Kali pertama menonton tayangan tengah malam 11.35pm tanggal 18 Mac 2011 kali kedua di GSC Mid Valley Megamall. Pilihan aku ialah Battle: Los Angeles. Berkesempatan menonton filem Jonathan Liebesman ini yang pada sangkaan aku bakal menandingi taraf Skyline yang mengecewakan. Harapan aku, walaupun filem ini ada cermin cermin Skyline yang cukup similar dan tak tumpah dalam aspek plot (cuma pandangan karakter yang berbeza, kali ini dari pandangan tentera), Battle: Los Angeles akan mampu memberikan impak emosi, aksi dan persembahan yang lebih baik dan bertenaga. Aku juga mengharapkan aksi aksi yang lebih gempak dan lebih stamina berbanding Skyline. Dan maaf, review ini bakal dipengaruhi oleh filem Skyline dek kerana similarity on plot, idea dan juga persembahannya (kalau aku tidak menonton Skyline dahulu, semua ini takkan terjadi).



Aaron Eckhart sebagai Staf Sarjan Nentz, seorang sarjan yang lanjut usia dan punya kisah lampau yang terlalu hitam. Nentz, yang sudah bersara kini menghadapi konfliknya yang tersendiri apabila staminanya mula berkurangan, namun semangatnya masih utuh. Pada masa yang sama, dunia dikejutkan dengan kedatangan meteor misteri yang tidak diketahui asal usulnya. Meteor yang datang dikesan membawa sesuatu yang lebih besar dari apa yang dijangka, extra terrestrial (macam filem War of the World). Kedatangan meteor ini menggugat dunia apabila tujuannya adalah untuk menawan bumi. Seluruh dunia sudah dibersihkan apabila makhluk misteri mula menggunakan taktik perang tersendiri dengan mengepung manusia dari pesisir pantai. Kini, hanya Los Angeles saja destinasi yang masih nyawa nyawa ikan, dan bekas sarjan yang bersara terpaksa kembali dan bersatu di bawah platoon yang diketuai seorang sarjan baru.

Kehancuran dunia gara gara E.T!

Menonton Battle: Los Angeles sebenarnya membuatkan aku teringat beberapa filem terdahulu yang pernah aku tonton. Pertama, filem yang muncul di kepala adalah Skyline (of course, dari aspek penceritaan). Kedua, filem Transformers (dari gaya sinematografi). Ketiga pula, District 9 (persembahan rupa alien, malah kapal induk alien yang last tu ada rencah District 9 jugak). Nampaknya filem ini membentuk cermin kepada filem lain. Pada aku, aku rasa babak babak dalam filem ini adalah pengubahsuaian dari idea filem filem lain yang disebutkan di atas. Terlalu mudah untuk mencari persamaan beberapa babak dalam filem ini dengan filem extra-terrestrial lain. Contoh mudah, perhatikan babak sewaktu Nentz menyelamatkan orang awam ke dalam helicopter dan tiba tiba helicopter tersebut diserang alien. Sudah dapat diagak apa yang terjadi kerana idea yang sama juga ada dalam Skyline.

Jonathan Liebesman, hmm... nama yang aku pernah dengar. Ahah, diala pengarah The Texas Chaincaw Massacre: The Beginning! My favourite tu! Kelemahan Battle: Los Angeles adalah pada persembahan adaptasi skripnya. Serius, filem ini mendatar. Mendatar pada segala aspek. Yang jelas, plot filem ini terlalu lemah dan tidak ada point yang jelas. Apa yang dapat dilihat hanyalah urutan straightforward kisah yang mana tidak diselit emosi yang baik dan membuatkan penonton tergamam. Permulaan kisah ini ada suntikan untuk membuatkan penonton berdebar namun, setelah filem ini rewind ke 24 jam before the invasion happen, kisah mula hilang sengat. Plot Aaron Eckhart nampak terlalu kecil dan tidak dikembangkan dengan baik. Plot kisah hitamnya terlalu kecil dan tidak mampu memberi impak yang jelas pada perkembangan cerita.

Kelemahan Battle: Los Angeles yang lagi satu ialah Michelle Rodriguez. Michelle nampaknya kosong. Walaupun namanya dilampirkan di poster, aku tak nampak apa sebenarnya kekuatannya sebagai Elena Santoz dari platoon lain nampaknya kurang impak, malah boleh dikatakan kosong. Pembinaan karakternya tak ubah seperti pelakon extra yang diberikan dialog yang berjela. Aaron Eckhart menguasai segalanya, dan ianya bukan keseimbangan lakonan yang membantu perkembangan filem ini. Aaron Eckhart, pada awal filem nampak seperti John Cena dalam filem The Marine. Belum pernah menonton gayanya sebagai tentera (sebelum ini mengingati lakonannya dalam The Core), dan Aaron Eckhart nampak terlalu lembut untuk karakter tenteranya.

Persembahan Aaron Eckhart mirip John Cena

Apa lagi yang lemah dengan filem ini adalah permainan logikanya. Aku mengharapkan beberapa idea dari Skyline (walaupun aku rasakan bahawa persamaan ini adalah satu ketidaksengajaan) tidak muncul dalam filem ini. Malang sungguh, beberapa babak yang sebenarnya membantutkan keterujaan realiti filem ini diganggu oleh beberapa babak yang nampak tidak relevan. Contoh, penggunaan internet (video) yang masih boleh dilayari (walaupun dunia telah musnah) nampak does not fit the logic. Walaupun aku tahu itu adalah satu satu caranya untuk menguatkan penjelasan kenapa alien menyerang bumi dari kacamata seorang saintis yang tidak pernah muncul dan bertemu dengan main character dalam filem ini, idea itu nampak terlalu lemah dan longgar. Mana mungkin kabel internet tidak rosak, mana mungkin masih ada stesen tv yang masih beroperasi.

Kekuatan Battle: Los Angeles, babak aksinya nampak berjiwa. Seriusnya, babak pertempuran dan semangat tentera tentera ini yang menguatkan jiwa penonton (termasuk aku) untuk terus melekat di kerusi panggung. Sudahlah plot mendatar, bagus sangat ada imbangan positif yang mengimbangi kebosanan pada plot filem ini. Aku menyukai karakterisme Nentz yang mana ada sejarah hitam, dan terpaksa merendahkan tarafnya sebagai bekas ketua platon semata mata untuk menyelamatkan dunia. Pada aku, kekuatan karakter ini bukan pada individu, tetapi terletak kepada keseluruhan watak. Penyatuan semua watak sebagai satu platoon yang cuba selamatkan diri daripada alien alien ini yang membentuk jiwa filem. Semangat kerjasama antara elemen penguat jiwa setiap karakter dalam filem ini.

Michelle Rodriguez mengecewakan!

Bryan Tyler membawakan muzik yang sekali lagi aku katakana, mimik! Skornya membuatkan aku terbayang bayangan Steve Jablonsky dalam pembikinan Transformers punya soundtrack. Apapun, totally muzik score memainkan perkara penting dalam memberi kesan setiap scene yang mendatar.

Antara kelainan filem ini adalah bagaimana percubaan seni sinematografinya yang cuba untuk memberikan reality sehabis baik untuk filem ini. Aku suka permainan sinematografi dan editing filem ini yang nampak cuba membentuk filem ini mirip dokumentari. Percubaan untuk merealitikan sebuah filem fiksyen yang begitu baik. Seolah melihat The Last Exorcism, juga siri Jack Bauer 24 dengan penampilan khas alien dari planet lain. CGI menarik. Aku menyukai bagaimana letupan meteor direalisasikan. Idea bagaimana kapal alien datang menyerang bumi cukup unik.

Apapun, Battle: Los Angeles adalah sederhana saja. Tak ada perkara yang spesel pasal filem E.T ini. Setakat persembahan Aaron Eckhart yang nampak terlalu kurus untuk karakter askar namun nampak cuba untuk memberikan persembahan terbaik, dan penampilan Neyo dan Michelle Rodriguez yang kurang impak, juga persembahan sinematografi yang cukup realistic. Battle: Los Angeles ada imbangan naik turun. Ada bahagian positif filem ini yang menjadi tarikan. Ada juga negatifnya. Pada aku, Battle: Los Angeles menarik walaupun pada tahap sederhana. Dibayangi filem Skyline adalah perkara yang tidak boleh dielakkan. Rasanya, penonton lain juga begitu.

2.5/5

Thursday, March 17, 2011

Artis Malaysia & Video Seks Catat 10 000 Viewers!

7.10PM, 17 March 2011 - Blog OPM akhirnya menerima view post paling ramai setakat ini mencecah 10 000 view menerusi post Artis Malaysia & Video Seks. OPM rasa this is one of the most popular entry yang takkan ada tolok bandingnya dalam blog ini. Just watch for number second, still above 300o, masih jauh untuk 10 000.

sah setakat 7.10pm 17 March 2011 sahaja

Apapun, thanks alot untuk all the guy that keep searching for porno. Moga yang mencari porno akan mencari alternatif di sini. Sedar sedarla.. menonton filem macam tu tak baik. Baik baca blog OPM lagi bagus. Kan3! Sebelum OPM berhenti merapu dan berbangga, OPM sediakan link 10 top post OPM setakat 17 March 2011 (link yang sentiasa diupdate oleh Google secara automatik ini boleh didapati di sebelah kanan blog).

1. http://cikgumanstation.blogspot.com/2010/06/artis-malaysia-video-seks.html
2. http://cikgumanstation.blogspot.com/2010/12/seks-seks-seks-siapa-mau.html
3. http://cikgumanstation.blogspot.com/2010/11/cik-shida-dari-parit.html
4. http://cikgumanstation.blogspot.com/2010/11/punggung-pecah-sekarang-buah-dada-pecah.html
5. http://cikgumanstation.blogspot.com/2010/05/melayu-lucah.html
6. http://cikgumanstation.blogspot.com/2010/11/dr-rozmey-kecewa-caught-on-tape.html
7. http://cikgumanstation.blogspot.com/2010/11/klcc-atau-dia-endingnya-kissing-tepi.html
8. http://cikgumanstation.blogspot.com/2010/12/kecuaian-dalam-filem-magika.html
9. http://cikgumanstation.blogspot.com/2010/11/2-alam-sengsara-si-transgender.html
10.
http://cikgumanstation.blogspot.com/2010/07/magika-imaginasi-edry-hebat.html

Link di atas kebanyakannya terdiri daripada link yang mengandungi perkataan lucah dan juga permainan isu terkini. Perhatikan bagaimana entry Cikgu Shida, di tangga ketiga menyelinap di celah celah entry lucah (walaupun tak lucah, hanya pada perkataan sahaja). Perhatikan juga bagaimana permainan perkataan (seperti tangga nombor 6 dan 7) berjaya memikat hati pembaca dan Google. Alhamdulillah juga dua review aku berjaya catat rekod tersendiri apabila review Magika dan 2 Alam aku mencecah tangga 9 dan 10 (insyallah bakal dipotong oleh review Merong Mahawangsa tidak lama lagi). Kaji dan nilai, mungkin ianya berguna untuk blog anda.

Sunday, March 13, 2011

Review: Hikayat Merong Mahawangsa

Menyusuri sejarah Merong Mahawangsa dalam satu adaptasi filem sebenarnya adalah sesuatu yang sukar digambarkan. Walaupun aku bukan pembaca manuskrip sejarah Kedah Tua ini, aku dapat rasakan bahawa menterjemah teks kuno ini bukan sesuatu yang mudah. Hikayat Merong Mahawangsa adalah epik! Sebelum ini, pelbagai desas desus kehebatan filem termahal KRU ini berlegar sana sini. Impak dan kesan filem ini terhadap penonton pelbagai lapisan amat berbeza dan pada aku, huraian ini dari perspektif aku sebagai penonton yang berkesempatan menonton karya Yusry Abdul Halim ini tanggal 12 March 2011 di Hall 12 GSC Mid Valley jam 4.25ptg bersama Ain Fathihah (AJK pengangkutan untuk program 'bersama peminat' ini), dan Athirah (kenalan baru dari UKM).

Ini 26 movie mistake/kesalahan kontinuiti/trivia menarik dari filem ini:
http://goofspotonfilm.blogspot.com/2011/04/hikayat-merong-mahawangsa-2011.html

Review

First impression, sebelum ini aku memang mempunyai keterujaan tahap maksima untuk menonton filem spesies ini di pawagam. Apatah lagi karya Puteri Gunung Ledang yang pada aku sebelum ini tidak menepati kemahuan aku sebagai genre epic dan lagenda, aku mengharapkan Hikayat Merong Mahawangsa mampu memberikan kepuasan maksima melebihi karya epik PGL. Harapan aku, moga Hikayat Merong Mahawangsa mampu membuktikan genre epic bukan satu kerja sia sia dan mampu untuk kaut keuntungan dan menarik penonton ke panggung wayang. Aku harap penantian filem ini sejak dari tahun lepas tidak juga sia sia. Mengharap juga perubahan baru dalam industri kita.

Pertarungan Merong Mahawangsa di Goa

Ya, selepas selesai menonton, kesimpulan yang mampu aku buat adalah filem ini memang filem wajib tonton. It's a must see... Aku sedar bahawa 2011 adalah zaman kebangkitan filem Malaysia (yang berkejar mendapat gelaran box-office) dan Hikayat Merong Mahawangsa adalah satu title yang tidak boleh ditinggalkan untuk ditonton. Garapan Yusry Abdul Halim kali ini terlalu merah pekat kengeriannya, penuh reality dan kisah epik yang belum pernah diterjemahkan dalam mana mana filem Malaysia. Rasanya, ini adalah filem seumpamanya yang menterjemahkan manuskrip kuno ke dalam lakon layar. Filem ini, bagi yang menjangkakannya terlalu tidak berbaloi, aku saran untuk tonton dulu, dan review sendiri!

Hikayat Merong Mahawangsa semestinya berkisar tentang Merong Mahawangsa. Secara kasarnya, kisah bermula apabila dua empayar (Rom dan China) mahu menyatukan putera dan puterinya atas dasar hubungan diplomatik. Untuk lebih adil, mereka bakal bertemu di kawasan terpencil untuk menjalankan upacara perkahwinan. Merong Mahawangsa dari Goa (Stephen Rahman-hughes) dipilih sebagai penunjuk arah apabila 2 kapal Rom tenggelam dalam ribut dalam perlayaran. Malangnya, disebabkan puteri Cina yang tidak mahu berkahwin atas dasar paksa, dia melarikan diri dan diculik orang kuat puak Geruda, Kamawas (Khir Rahman). Pertempuran berlaku dan Merong mesti menyelamatkan puteri Cina dan membantu menyatukan dua kampung yang berpecah belah.

Marcus (Gavin Stenhouse) dalam satu babak Hikayat Merong Mahawangsa

Dari aspek plot, kisah ini memang punya alunan yang cukup hebat dan menarik. Walaupun aku tidak membaca hikayat asal, nukilan versi filem ini cukup aksi, cukup epik, cukup komedinya, aksinya (lagi?!) juga dan romantikanya. Kisah ini, yang menggunakan imbas kembali dan penceritaan orang ketiga sebagai teknik penceritaan pada aku memuaskan. Rasanya itu satu satunya cara untuk mengecilkan hikayat berjela ke dalam satu filem yang durasinya kurang 2 jam. Sebenarnya terlalu banyak subplot yang membentuk complete set of Merong Mahawangsa. Kisah pembunuhan ibu Merong, kisah cinta Embok, kisah Geruda dan berbagai lagi. Ada juga beberapa tahap dimana kisahnya pada aku terlalu besar tetapi nampaknya dilupakan. Contohnya, ibu Merong, Lang (Umie Aida) dibunuh Taji (ketua Geruda), dan kita mengharapkan pembalasan akan tiba. Malangnya, Kemawas dibunuh atas dasar merogol Embok, dan Taji pula tiada pembalasan kerana membunuh Lang(walaupun Taji mati pada akhirnya tetapi bukan dibunuh Merong atas dasar kejahatannya membunuh Lang).

Sedikit fakta menarik. Menurut hikayat asal (sempat merobek lubang google mencari apa sebenarnya jentayu dan geruda dalam hikayat asal), geruda dan jentayu sebenarnya adalah jenis burung. Burung Jentayu merupakan burung sakti yang cantik dan membawa unsur air (rujukan). Ini adalah asas kenapa kapal yang dibina Merong Mahawangsa dinamakan ‘jentayu’. Geruda pula, juga adalah sejenis burung yang sifatnya gagah dan berbangga dengan kehebatannya dan ingin mengaut segala kekayaan dunia untuk dirinya (rujukan). Dari sini, penterjemahan Geruda sebagai burung nampak terlalu mitos dan tidak logik (mungkin juga kos CGI bakal melambung!), maka diwujudkan Geruda itu dalam perlambangan puak laut (lanun) yang dengki dan mahu daulat Geruda dihormati kerajaan Rom dan Cina. Namun, sedar atau tidak, akan ada burung Geruda akan terbang membuat cameo setiap kali tentera Geruda menyerang. Perlambangan ini sesuatu yang menarik dalam menterjemahkan mitos kepada penonton zaman baru.

Dari perlambangan Geruda (yang asalnya burung) sebagai puak jahat dan Jentayu (juga burung) sebagai kapal Merong Mahawangsa, dapat dilihat bahawa filem ini adalah versi logik Merong Mahawangsa yang sebenarnya tidak boleh dibandingkan dengan karya asal. Walaupun karakter Geruda dalam filem adalah berbeza dari hikayat, ia dihampirkan supaya menyerupai mitos dengan pembentukan karakternya. Jelas dalam filem ini disebut bahawa semasa Geruda bakal menyerang, halilintar akan sabung menyabung, dan ombak akan beralun (rujukan) seperti mana dalam hikayat. Bijak! I like!

Cinta Embok (Umi Nazeera) dan Merong, plotnya terlalu kecil...

Merong Mahawangsa milik Stephen Rahman Hughes. Sebagai pelakon utama, aku rasa lakonannya ok, gagah dan bagi wanita sememangnya tubuh sasanya menjadi pojaan!, dan keseluruhannya sesuai sebagai Merong Mahawangsa. Menyukai Umi Nazeera sebagai Embok (walaupun aku mengharapkan kisah Embok dan Merong dipanjangkan sedikit kisahnya) juga Kamawas (Khir Rahman yang memang terbaik), aku juga mengagumi Dato Rahim Razali sebagai Kesum yang begitu luar biasa make-upnya (walaupun kadangkala kelakar, bukan apa, belum pernah melihatnya dalam rupa sebegitu sebelum ini) . Keseluruhannya, pelakon utama memang baik mutu lakonannya. Malangnya, pelakon extra yang buat hal. Aku cukup tak puas hati apabila dalam babak pertempuran pelakon utama tengah sedap belawan dengan feelingnya kat depan, dan kat belakang (background) pula, pelakon extra belakon macam kayu. Main lawan pedang pun macam main lawan budak budak. Huh! Spoil..

Pelaburan KRU untuk skor muzik filem ini memang tak sia sia. Walaupun aku berpendapat (sebagai penonton yang kosong ilmu muzik), ada beberapa babak yang mana muzik arrangementnya nampak janggal. Tetapi, abaikanlah!. Apa yang penting, hiasan penting filem ini terbaik. Babak aksi nampak mantap dengan susunan skor yang cukup menarik. Aku suka sangat babak di pelabuhan sewaktu Embok mahu lepaskan Merong untuk menyerang Geruda. Muziknya terlalu extravaganza seolah olah aku menonton filem Hollywood. Feeling Embok yang tidak mahu melepaskan Merong pergi menyerang Geruda aku dapat serap. Malah, adegan Merong memberi semangat kepada bala tenteranya juga aku dapat tangkap feelnya. Malangnya, aku rasa ada sesuatu yang kosong semasa Merong Mahawangsa menggunakan cermin untuk membakar sampan Geruda. Terlalu sunyi! Tanpa muzik yang sesuai, aku tak dapat moodnya!

CGI, itu adalah antara perkara penting yang menjadikan filem ini wajib tonton! Filem yang menggunakan berjuta (mungkin) CGI ini nampaknya begitu teliti. Namun, kadangkala ada beberapa babak nampak serabut dan tak kemas. Rasanya biasalah, sebagai permulaan untuk genre sebegini, boleh dimaafkan. Editing pula kadangkala terlalu berhati hati. Cinematografi pun ok. Set pula nampak besar. Suka sangat set pertarungan akhir. Tetapi entah kenapa, ada kala macam something yang tak cukup dengan suasana filem ini. Aku rasa kawasan Geruda terlalu kecil gambarannya, malah dua kampung yang bergaduh itu pun terlalu kecil gambarannya. Terlalu bermain dengan close-up syot. Masih berhati hati!. Apapun, suka sangat gambaran mayat mayat bergelimpangan di persisir pantai saat pertamakali Geruda menyerang. Menyeramkan bagi aku! Kengerian yang tidak pernah aku nampak dalam filem Malaysia.

Ini adalah filem Malaysia yang aku cukup kagum dengan koreografi aksinya. Ini yang aku mahu! Seni pergaduhan yang memang terlalu aku tunggu tunggu. Menyukai adegan pertarungan Kamawas dan Merong Mahawangsa (pembalasan untuk Embok), juga pertarungan awal filem (babak pengenalan Merong di Goa), juga adegan pertarungan pertamakali Geruda menyerang. Koreografi pertarungan menampakkan filem ini memang epik. Keseluruhannya, babak pertarungan memang mantap.

Kemawas, antara persembahan terbaik Khir Rahman

Apa yang positifnya tentang filem ini, ianya adalah sejarah kita (Kedah Tua, kebanggaan sebab aku berjiran dengan Kedah). Satu karya agung yang rasanya penterjemahannya cukup kreatif. Hikayat Merong Mahawangsa satu fiksyen dan bukanlah menjelaskan keseluruhan hikayat. Kehebatan filemini adalah permainan plot yang tidak cliché dan fresh. Menyaksikan tentera Rom dalam karya Malaysia seolah olah menonton filem Hollywood dari Malaysia. Dialognya terlalu berima (walaupun tidaklah terlalu klasik) dan menjadikannya terlalu bermadah (satu keistimewaan juga apabila tiga bahasa bergabung dalam satu filem) . Tetapi, usah dikhuatirkan, Merong Mahawangsa bukan untuk pengkajian, tetapi untuk tontonan hiburan.

Negatif, bukan semua filem perfect dan aku mengenal pasti beberapa part yang nampak terlalu berserabut. Contohnya, babak akhir (sebelum Merong membunuh Taji), ada sesuatu yang tak kena di situ apabila tentera Rom nampaknya memegang pedang tumpul (yang jelas sangat ketumpulannya) dan seperti yang aku katakana tadi, pelakon extra yang lawan pedang tetapi tak bersungguh sungguh. Malah, adegan puteri cina beritahu bahawa tangkal Kamawas sudah tidak ada di badannya (yang mana tidak kebal lagi) nampak terlalu skema dalam persembahan, dan mengundang tawa. Namun, aspek ini boleh diperbaiki pada masa hadapan. Malah, sewaktu tentera Geruda cuba menumbangkan menara apabila Merong naik ke atasnya juga ada benda yang tak kena. Mana mungkin kerana satu menara kayu saja yang jatuh, semua askar bergelimpangan. Huh!

Oh, ya! Secara jujurnya, ini adalah filem yang pertama kali menitik beratkan kredit di akhir filem. Aku terpukau dan terpesona bagaimana setiap pelakon diperkenalkan. Menarik. Aku terlalu ingin menonton kredit sebegini lagi, semacam menonton filem Hollywood. Terima kasih untuk usaha yang cukup baik ini. Aku menyukai Merong Mahawangsa dari awal munculnya logo KRU Studios sehingga munculnya lagu Sedetik Lebih di akhir filem.

On the whole, Hikayat Merong Mahawangsa is a must see epic! Jenguk dan tonton, nilailah sendiri. Satu kenikmatan luar jangkaan kerana filem ini sebenarnya membuatkan dahaga penonton (macam aku) hilang sedikit apabila kelainannya berjaya memenuhkan panggung dalam 3 hari tayangan. Apapun, Hikayat Merong Mahawangsa adalah filem yang cukup rencah, cukup aksi (walaupun mahu lagi banyak) dan percubaan yang baik dalam genre sebegini. Hikayat Merong Mahawangsa adalah milik Malaysia, dan aku berbangga sebagai rakyatnya.

4.5/5

Friday, March 11, 2011

Review: Sini Ada Hantu

James Lee, sebut saja pasti teringat Histeria. Pada aku, garapan Histeria gelap tetapi ngerinya memang begitu hebat. Kisah yang nampak seperti Hollywood style (yang mana tidak menggunakan bomoh sebagai pemati cerita) antara satu cara untuk memvariasikan cereka seram dalam industri. Aku puji Histeria walaupun hantunya bukan cara hantu Melayu (yang selalu diam diam muncul di belakang, depan , tepi ataupun bawah). Aku puji Histeria kerana permainan gelap itu berjaya mewujudkan satu plot yang anti klimaks yang cukup menarik. Sebuah cereka James Lee yang ok ok sebagai satu permulaan pengarah independent yang beralih ke industri serius.

Fasha sbg Hantu Pokok Pisang

Sini Ada Hantu masih dalam genre seram. Mengklasifikasikan Sini Ada Hantu sebagai sebuah cereka seram berat nampaknya tidak wajar. Entah kenapa, aku lihat filem ini terawang awang antara dua sisi cereka. File mini tidak terlalu komedi, malah tidak juga terlalu seram. Memasukkan kisah 4 in 1 antara idea yang nampaknya cuba digunakan untuk menarik penonton menonton segerombolan kisah kisah variasi dalam konsep yang sama. Ternyata konsep ini berjaya apabila Thailand (sepaham akal aku) pernah membikin filem sebegini seperti Bangkok Haunted (arahan Pang Brothers), Soul, Three (filem gabungan tiga negara, salah satunya adalah filem pendek dari pengarah Nang Nak), terkini pula mungkin mengenali 4Bia dan 4Bia 2 yang masih memberi alur cerita yang berbeza.

Keseluruhannya, garapan James Lee kali ini optimis terhadap sikap kerjasama, kesatuan dan perpaduan. Kalau anda sedar, di akhir filem ini anda mungkin berfikir kenapa orang Cina sembahyangkan mayat orang India. Aku penat memikirkan logical kisah pokok yang begitu luar akal. Namun, aku tahu itu satu falsafah yang cuba dibawa iaitu perpaduan kaum (amat pelik tema ini dimasukkan dalam filem seram). Apapun plot utama begitu simple (yang mana adegannya diselangseli dengan kisah sub) dan hanya mengambil masa yang sekejap untuk dihabiskan.

Adegan dalam Hantu Nombor Ekor

Dalam banyak banyak kisah, aku suka kisah Hantu Asrama (wonder why he use the name hantu asrama, sedangkan hantu itu ialah hantu jepun... hmm..) garapannya tenang tetapi menarik. Namun, aku sedar ada satu potongan besar yang mencacatkan kisah Hantu Asrama ni. Perhatikan babak Yaakob dalam tandas. Fikirkan bagaimana logiknya gelanggang yang tidak dibenarkan sesiapa pun bermain dibiarkan tanpa dikunci. Bagaimana Yaakob yang terkejut dikejar hantu berlari keluar dari tandas dan terus masuk ke dalam kawasan gelanggang? Ada satu tali penghubung yang hilang di sini. Cacat! Hantu Nombor Ekor satu satunya cerita yang buatkan Sini Ada Hantu jadi filem Malaysia, bukan Filem melayu. Aku suka kengerian cerita ini (babak anjing dibunuh nampak kejam, babak pembunuhan juga kejam). Endingnya pun begitu bermesej.

Aku suka gandingan dua orang ni...

Hantu Pokok Pisang, kagumi Fasha Sandha. Mesti lelaki terbayang bayang enaknya jika hantu pokok pisang itu sepertinya. Indah kan? (Hoi! Udah udah!!!!). Cerita ni keras. Bukan keras yang ‘itu’, tetapi lakonannya plastic. Begitu tenang dan tak realistic. Apa yang menjadi perbualan hanyalah Fasha Fasha Fasha!!!. Serius cerita pertama bosan. Malah hantu juga macam nenek tua pakai bedak!. Jika anda pernah menonton filem Soul (sebuah filem thai), filem ini nampak seperti satu daripada cereka pendek dalam filem tersebut. Dalam erti kata lain, plotnya nampak dicedok dari filem tersebut, tapi mana tau kalau kalau James Lee sendiri pernah mencuba berasmara dengan Hantu Pokok Pisang.. wahaha (seperti yang dikatakan di awal filem – filem ini lahir daripada pengalaman pengarah yang pernah berjumpa hantu). Cuma al maklumlah yang Soul itu filem Thai, maka anda akan dapat extra ‘Fasha Sandha’ sex scene (so, cari carilah filem Soul di dalam bentuk DVD).

Keseluruhannya, filem ini tenggelam timbul dari segi mood. Aku suka permainan dialog yang nampaknya begitu harmoni. Ada kelucuan yang sederhana tetapi boleh membuatkan kita berfikir. Bayangkan tiga kaum dengan tiga jenis hantu berbeza dan setiapnya ada pro and cont. Sini Ada Hantu tak seram. So, jangan takut. Tapi, bagi yang belum tonton, anda dinasihat supaya tidak klik link di bawah:

Sneak Peek: Nur Kasih The Movie


Peminat Nur Kasih, 19 Mei 2011 adalah tarikh anda untuk menyerbu pawagam. Filem yang dinanti nantikan (termasuk aku) yang mendapat perhantian sejak ditayangkan dalam versi drama bersiri in bakal ditayangkan. Apapun, bagi yang dahaga nak tengok trailer, ini dari Channel Youtube GBSB, trailer 30saat Nur Kasih versi filem.



Dan, ini gandingan Yassin dan dan Tiz Zaqyah dalam lagu tema Nur Kasih.



Ini, bagi yang tak puas dengan trailer 30saat, ini mungkin buat degup jantung anda terhenti. Serius, sinematografinya dasyat!



Nur Kasih The Movie membariskan Tiz Zaqyah, Remy Ishak, Fizz Fairuz dan ramai lagi. Sebuah filem arahan Kabir Bhatia.

Sekian!

Sneak Peek: Penunggu Istana

Finally, selepas bermulanya genre ala ala Blair Witch Project seperti Paranormal Activity, dan Rec di luar negara, dan gemanya sampai kepada kemunculan Haunted Changi di Singapura, inilah filem pertama di Malaysia menekankan konsep hampir sama. Sebuah karya simple dan menyeramkan. Ramai orang cakap, alah, senang je nak buat filem ni. But, betul ke? Jom, kita tengok trailer Penunggu Istana, lakonan Uncle Seekers arahan Wan Hasliza ini.


Sinopsis:
Penunggu Istana adalah sebuah dokumentari yang mengikuti sebuah kumpulan paranormal iaitu “The Seekers Team” yang cuba menjejaki misteri yang terdapat di dalam Istana Bilah, istana tua yang terbiar di Perak. Pada Feb 2009, krew sebuah TV produksi yang menjalani penggambaran untuk siri drama ‘Warkah Terakhir’ telah mengalami satu pengalaman yang ngeri dan dasyat. Mendengar cerita ini, kumpulan Seekers membuat keputusan untuk kembali ke tempat misteri tersebut bagi menyiasat perkara sebenarnya yang telah berlaku dan bekerjasama dengan Wan Hasliza (pengarah ‘Warkah Terakhir’). Mereka bermalam di istana yang sunyi dan menyeramkan itu selama 7 hari berturut-turut dengan harapan dapat menemui bukti-bukti kewujudan kuasa misteri.

Segala tindakbalas atau perkara yang berlaku semasa penyiasatan ini dirakamkan sendiri oleh Wan Hasliza. Sesetengah kejadian yang berlaku boleh diklasifikasikan sebagai gangguan biasa seperti keadaan istana yang sudah begitu usang menghasilkan gema yang menyeramkan atau bunyi angin melalui atap bumbung yang sudah rosak. Tetapi mereka akhirnya menyedari bahawa mereka tidak berseorangan malah ditemani oleh ‘penghuni-penghuni’ yang telah menetap di istana itu – sejak hari pertama lagi mereka di situ. Melalui temubual, kamera-kamera yang digunakan dalam penyiasatan dan alat-alat khas yang lain, terdapat imej-imej yang ganjil dan menyeramkan telah ditemui disebalik misteri tinggalan istana lama ini.

Filem Penunggu Istana bakal berada di pawagam, 21 April 2011.

Monday, March 7, 2011

Festival Teater UPSI 2011 : 'Pulang'

Selesai sudah satu persembahan teater buat semester ini. Ada satu lagi beban (even taklah terbeban sangat) yang aku harus langsaikan iaitu Alang Rentak Seribu. Apapun, teater Pulang bagi aku sebenarnya adalah antara hadiah paling bermakna buat aku. Aku rasa this is my happy ending before I become a school teacher. Dapat kenal adik adik baru, boleh mngorat-ngorat, mengayat ngayat dan boleh happy happy dan hilangkan masalah. Dah tak ada lagi latihan di gelanggang KUO yang mana sering menerima kunjungan kami tiap tiap malam. Tiada lagi jeritan suara Wanie dan kata kata ‘I luv U’nya yang buat aku jatuh hati (wahaha).

Ucapan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Festival Teater UPSI 2011

Berjaya menggondol satu anugerah melalui pelakon versatile Syazril Ashraf (penulis blog Kari Ngeri :- www.kari-ngeri.com ) dalam kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Pulang nampaknya bukan satu persembahan yang menghampakan. Terima kasih (mewakili produksi ini) kepada semua penonton yang hadir. Kepada yang diSMS dan hadirkan diri juga, terima kasih banyak banyak sebab support Fakulti Bahasa dan Komunikasi. Kepada yang menyahut panggilan panggilan dalam Facebook juga, berbanyak terima kasih diucapkan. Satu permulaan untuk menyambung legasi Kicimayung Production yang sudah berkubur.

Ini adalah hasil editan aku bermula dari berakhirnya teater (lebih kurang pukul 5.30 ptg) sehingga jam 10.30 pagi keesokannya. Aku rasa, resultnya menarik. Tidak menggunakan Window Movie Maker yang terlalu biasa, aku cuba untuk bermain dengan Magic Movie Editor Pro 16, sebuah perisian yang amat canggih (ye ker?) sehinggakan aku sendiri pada awalnya (sewaktu pertama kali install) terpinga pinga apa benda yang aku mahu buat dengan software ini. Sekarang, material dah ada, editing pun dah boleh difahami. Maka, daripada blog Orang Perlis Menulis, aku persembahkan karya Nursyazwani Ghafar, PULANG...


Walaupun nampak sedikit serabut daripada aspek props, nampaknya persembahan kira okla. Pelbagai masalah sebenarnya kitorang hadapi tetapi tak bolehlah dicerita kat sini (kan Limah kan? Nanti nasi lemak kita tak maju... hmmm.. merancang nak jual gelang tangan pulak aih). Selesai semuanya, malam tersebut ada Malam Anugerah yang temanya Arabian Night. Dan, mengakhiri post khas buat sahabat Cicit Mak Dara, juga adik adik baru yang sengal sengal (even kita bukan satu kos, i luv u all lah!), juga kepada silent reader yang selalu meminta nasi lemak sewaktu latihan, juga kru produksi yang selalu bertanya pasal blog OPM (rupanya blog i glamer gtu.. waha), tahniah atas usaha kita selama dua bulan yang tak sia sia.

.... jika dia tersesat, biar dia cari jalan pulangnya....

Saturday, March 5, 2011

Sneak Peek: Sucker Punch


Dalam gegak gempita rakyat Malaysia menunggu Hikayat Merong Mahawangsa, ada lagi sebuah filem yang menarik perhatian aku. Zack Snyder aku kagumi karyanya sejak kehebatan karyanya yang bertajuk '300' menarik perhatian dengan visual yang anti realiti (fiksyen) yang mengujakan. Susulan daripada itu, Watchmen juga menjadi antara karyanya yang cantik dari segi visual. March ini, filemnya (yang dihasilkan selepas Legend of the Guardians: The Owls of Ga'hoole akan ditayangkan). Aku berbelah bagi ni.. Merong Mahawangsa atau Sucker Punch? Ataupun kedua duanya sekali?



Sucker Punch dibarisi Emily Browning, Abbie Cornish, Jena Malone, juga Vanessa Hudgens dan Jamie Chung. Menurut wikipedia, filem ini dilatarkan pada tahun 1950 yang berkisar tentang sekumpulan gadis gadis seksi yang mahu keluar dari asylum. Apa yang terjadi semestinya boleh didapati dari pada trailer di atas. Zack Snyder menggambarkan filem ini sebagai 'Alice In Wonderland with a gun'. Sucker Punch akan berada di pawagam 24hb March 2011!