Monday, January 31, 2011

Maher Zain's Insyaallah (Malay Version)



Lirik versi Bahasa Melayu adalah seperti berikut:

Andainya..
Kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram,bagai malam yang gelap
tiada bantuan,tiada tujuan

Janganlah berputus asa..
Kerana Allah bersamamu..

[chorus]

InsyaAllah... InsyaAllah...
InsyaAllah... Ada Jalannya...

Andainya..
Kesalmu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Tika keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu

Janganlah berputus asa...
Kerana Allah bersamamu...

[chorus]

Kembalilah....
Kepada yang esa
Yakin padanya,panjatkanlah doa..
OOoo~ Ya Allah...
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar..
Jalan yang benar...Jalan yang benar..
Jalan yang benar...

[chorus]

----------<>----------

Muat turun Insyaallah (Versi Malay) ke handphone anda:

Taip GET 10504093
dan hantar ke 29000
(Hanya untuk pelanggan Maxis & Hotlink. Caj muat turun hanya RM3.00)

p/s: http://cikgumanstation2.blogspot.com/2010/02/barak-allah-lakuma.html

Sunday, January 30, 2011

Kiah Pekasam Yang Cun...


Bukan senang nak tengok Rozita Che Wan beraksi di negeri sendiri. Tapi, semua tu ada dalam rancangan Kiah Pekasam. Dulu ni drama ni ada kat Astro Warna. Sekarang ni, Kiah Pekasam sudah berada di Astro Prima (lama dah ada kat Astro Prima, saja nk habaq ja). Jom layan lagu tema drama ni.



p/s: tak sempat nak tengok.. tapi bangga aih. tambah2 bila tengah dok kaji dialek sendiri nih, lagi la brtambah kembang dada.

Thursday, January 27, 2011

Tanya Sama Siapa - Angelika



Tanya sama pokok , Kenapa bergoyang
Nanti pokok bilang , Ada monyet yang goncang
Lagi-lagi duka , Lagi-lagi lara
Kau katakan aku yang mula semua
Oh kau telah mencuri seluruh hatiku
Dan kini ku minta kau pulangkan semula
Kerna ku tidak mahu cintaku dimiliki
Orang yang tidak mengerti
1,2,3 langkah kita bermula
4,5,6 siang tanpa kelam
7,8,9 kau kuibarat intan
setia mentari terus menerangi
@Hari demi hari masa lemas terjalan
Sinaran mentari seakan bosan
Kau kata ku tak setia , Ku bilang kau gila
Hubungan kita ada yang tak kena
#Antara oh lelaki dan wanita yang bercinta
Bila cinta tak sekata , siapa yang harus disalah
Ulang * (2x) , ulang @ , ulang # , ulang * (2x)
Antara Oh lelaki dan wanita yang bercinta
Bila cinta tak sekata kita mula bertanya
Kenapa , mengapa.. kenapa oh mengapa
Siapa yang harus disalah
Oh.. Kau tlah mencuri
Oh Hatiku , pulangkanlah
Oh semula, ku tak mahu
Oh cintaku , kau miliki
Oh kau telah mencuri seluruh hatiku
Dan kini ku minta kau pulangkan semula
Kerna ku tidak mahu cintaku dimiliki
Orang yang tidak mengerti..

p/s: lagu macam haram! berterabur sana sni.. tapi, lama2 dengar sedap gak.. :-)

Wednesday, January 26, 2011

Apa Itu Damping Malam?

Mari kita jenguk dua benda yang anda tak sedar semasa menonton filem Damping Malam dengan klik link di bawah:

http://goofspotonfilm.blogspot.com/2011/01/damping-malam-2010.html


Secara keseluruhannya, Damping Malam masih mengekalkan rentak Ahmad Idham yang sama. Elemen kejutan yang berlambak2, dengan penampilan watak ustaz yang tak habis habis dalam filemnya (peranan untuk membantu menyeimbangkan ketahyulan). Namun, kemunculan semula Ahmad Idham sebagai hero nampaknya satu pembaharuan menarik. Menyukai juga lakonan Amy Mastura yang nampak baik. Tetapi, rentak yang cuba dimainkan filem ini nampak lebih 'bersabar' dengan gerak kamera yang teliti, dan memuaskan. Kematian watak budak mungkin elemen kelainan yang cuba ditonjolkan, tetapi sejauh mana pun Ahmad Idham cuba lari, Ahmad Idham tetap Ahmad Idham.

Bagi yang tak tahu apa yang dimaksudkan dengan pendamping, sepanjang pengetahuan OPM, Pendamping tu adalah Qarin (nama lainnya), mendampingi (merapati) manusia atas tujuan yang pelbagai (dalam kes Damping Malam, mendampingi kerana mahu hilangkan kesunyian). Selalunya benda ni diperoleh/dimiliki untuk tujuan melindungi. Setiap pendamping punya hak hak tersendiri yang perlu ditunaikan pemiliknya. Untuk maklumat lanjut, search di Google dan Yahoo untuk info.

Sneak Peek: Red Riding Hood


Daripada pengarah Twilight, pengembaraan baru Red Riding Hood akan bermula. Nah kau. Cerita famous pasal serigala menyamar jadi nenek tua sudah diperbesarkan skalanya. Dengan lakonan wajah wajah ala ala 'vampire Twilight', akan menemui korang March 2011.


Saturday, January 22, 2011

Wow! Nancy Ajram Tu!


Enta Eih (betapa kejamnya kau) - Nancy Ajram

Enta eih mesh kfaya aalaik
[ what are you (how cruel are you) Is it not enough ]
Tegrahni haram aalaik enta eeih
[ That you hurt me? Have pity. How cruel are you? ]
Enta laih dimooai habeebi tehoun aalaik
[ Why my love, is it so easy for you to bring me to tears ]
Tab w laih ana radya enak tegrahni w roohi feek
[ And why do I accept that you hurt me when my soul is part of you ]
Tab w laih yaani eih radya beaazabi bain edaik
[ And why am I accepting this torment at your hands? ]
(x2)

Law kan da hob ya waili mino
[ If this is love, my misery is from it ]
W law kan da zanbi matoub aano
[ And if I am to blame, I cannot say never again ]
Law kan naseebi aaeesh fey gerah
[ And if it is my lot to live in torment ]
Hayaeesh fey gerah
[ I shall live in torment ]
(x2)

Mesh haram mesh haram enak tekhdaani fey hobi leek
[ Have you no pity? Have you no shame that you cheat me knowing the love I have for you ]
Mesh haram elgharam wel seneen hayati w 3ashi eleek
[ Is it not a shame, the passion and the years and longing that I am living for you? ]
Daa awam wala kan leaaba fey hayatak yetdaweek
[ Was the love lost completely? Or has it been a game ]
Daa awam el hanan w hodni albi w amali feek
[ Was the love and tenderness and my heart and faith in you all lost? ]
(x2)

Law kan da hob ya waili mino
[ If this is love, my misery is from it ]
W law kan da zanbi matoub aano
[ And if I am to blame, I cannot say never again ]
Law kan naseebi aaeesh fey gerah
[ And if it is my lot to live in torment ]
Hayaeesh fey gerah
[ I shall live in torment ]
(x5)

p/s: buat yang tak tahu siapa Nancy Ajram, dia adalah antara penyanyi Arab yang berpeluang menyanyikan lagu Wavin' Flag untuk World Cup tempoh hari..

Soundtrack Pilihan: The Tourist (2010)


bagi peminat filem terbaru lakonan Angelina Jolie dan Johnny Depp, aku berikan korang link untuk download secara percuma soundtracknya. Skor gubahan James Newton Howard. Memang mesti dengar punyalah skor filem The Tourist nih. Ada elemen tradisional Inggeris campur modern pop. Nah, linknya...

Bolly Review: Guzaarish


Ini filem cadangan untuk tontonan. Memang sangat menyentuh hati. Suka lakonan Aishwarya dan Hritik ditambah dengan kualiti Sanjay Leela yang memang tahap tinggi.

http://addicted2hindi.blogspot.com/2011/01/guzaarish-2010.html


Thursday, January 20, 2011

Movie Mistake: Aku Masih Dara

Overall, filem ni okeyh pada awalnya. Penuh dengan 'khutbah khutbah mendidik' yang mungkin dicedok dari buku (sehinggakan hilang dialog realistik). Filem yang cuba mendidik, tetapi akhirnya menjadi skema sangat sangat. Watak Zack nampaknya separuh masak dan tak nampak perkembangannya. Lagi satu, musik scoringnye entah ape ape! Lemah, malas dan tak ada feel langsung. 'Syurga Cinta' lagi hebat scoringnya. Babak endingnya pulak lagilah entah ape ape. Zack tikam Firdaus di perut, but then Firdaus appears wearing bandage in his arm. Aik, sejak bila pulak dia patah tangan? Kalau nak tgk betul ke tak apa yang aku cakap ni, klik link di bawah...

http://goofspotonfilm.blogspot.com/2011/01/aku-masih-dara-2010.html

Sunday, January 16, 2011

Drama Radio OPM: Jam Tangan Tuan Stamford

Tercapai jugak impian untuk nama aku disebut dalam radio. Bukan radio negeri, tapi Klasik Nasional.fm. Terima kasih sekali lagi (even penerbit dah muak dengan ucapan terima kasih aku) buat penerbit Fizawati Zainal yang mengangkat karya aku ini untuk Panggung Drama siaran Ahad, 16 Januari 2011. Bila terdengar je ayat ni 'mempersembahkan Jam Tangan Tuan Stamford (perkataan 'tuan' dimasukkan tanpa pengetahuan aku) karya Khairul Zaman Khobin, Padang Melangit, Perlis', aku melompat gembira dalam hati (sebab aku waktu tu berada di Mesjid Serendah menghadiri majlis akad nikah sedara dengan famili. Best jugak kawen nih. Siap ikut perarakan pengantin lelaki (first time) dan dengar majlis akad (saje nk cari pengalaman .. haha). Aku bile lagi ek? Ha3).

Ngasrisal Ngasri sbg Lan


Kaza sbg Pak Samad

Radhi Khalid sbg Man

Sinopsis:
Jam Tangan Stamford mengisahkan Lan (Ngasrisal Ngasri) yang pemalas. Dia hanya ada rakan yang baru sudah berkahwin dengan Aisyah, Man (Radhi Khalid) yang selalu membantu. Lan cinta sama Teja namun tak direstui sama Pak Samad (Kaza), bapa Teja. Suatu hari, kedatangan Tuan Stamford membawa khabar angin tentang jam tangan milik bapanya yang mampu menunaikan hajat untuk kaya. Desakan kewangan ditambah keinginan untuk mengahwini Teja akhirnya mendesak Lan untuk mencuri Jam Tangan Stamford.

Menarik sangat sebab pelbagai benda yang tak aku duga ada dalam skrip muncul dalam drama tu. Aku rasa kelebihan Ngasrisal Ngasri campur Radhi Khalid bergaul (pelakon dipilih penerbit) dan menjadikan skrip tu santai. Ada watak Lan sebut pasal Lady Gaga dalam tu, dan faktanya aku sendiri terkejut apabila nama tu termuncul dalam drama. sebab benda tu tak wujud dalam skrip Namun, menarik! I like! Apapun, penantian dua minggu selesai. Insyallah ini akan jadi my motivation untuk aku menulis lagi.

p/s: Terima kasih KlasikNasional.fm

Tuesday, January 11, 2011

Mari Me'ngangkung' Dengan Cuai

Selepas kehulu kehilir semalam mencari filem Ngangkung, akhirnya aku berjaya jugak. Terima kasih kawan kawan yang membantu. Nah, aku berikan kecuaian yang dikesan dalam filem box-office 8juta MIG nih...

http://goofspotonfilm.blogspot.com/2011/01/ngangkung-2010.html


Keseluruhannya, filem 8 juta ni tak lah berapa menepati citarasa aku. Ya, aku rasa Ngangkung patut dipuji sebab isunya yang fresh. Namun, aku cukup lemah nak nonton kalau dubbing pun macam ntah ape ape. Binaan babak cukup kreatif. Komedinya menjadi. Malang, ada dialog buku dan skema. Apapun, percubaan yang baik. Patut tonton atas dasar mesejnya yang menyedarkan.

Monday, January 10, 2011

Ana Raffali Pun Jadi Hal?!

Orang lain lepaking kat mamak tonton AJL25, aku pulak dengar melalui radio jer. Al maklum malas mau sesak sesak kat kedai. Assignmnt lagik! Namun, selepas mendengar dari awal sampai habis persembahan, boleh plak tertido selepas dengar Ziana Zain nyanyi!. Persoalan siapa pemenangnya pun aku tak tau. Tup tup bangun pagi, buka je blog, wah.. ada gaduh gaduh antara Ana Raffali punya kemenangan. Lah, rupanya Ana Raffali yang menang.


Aku bukan peminat Ana Raffali, so no komen. Apapun, tahniah la buat pemenang anugerah juara lagu yang ke 25 ni. Memang anugerah yang berprestij nih! Yang sudah tu sudahlah. Yang engineer, pergi buat kerja masing masing. Yang cikgunya, pergi la ngajo cam biase. Yang nak kahwinnyer, pergila kahwin cepat2. Takde pekdah pun nak gaduh gaduh. Ana Raffali tak rugi ape ape pon. Ana Raffali menang ke tak menang ke, korang ape dapat?!



p/s: pemenang Anugerah Juara Lagu ke 26 ialah...

Sunday, January 9, 2011

Facebook Takkan Offlinelah. Korang Kena Kencing!

"Bertenang semua, bertenang jangan bertendang", kata Mark Zuckenberg sewaktu mengadakan majlis kenduri doa selamat di rumah aku petang semalam.

Mesti sekarang ni korang sibuk untuk merisaukan satu perkara yang paling penting dalam hidup korang. Ape lagi kalau bukan Facebook. Kalau korang jalan2 jalan sekarang di blog2 orang lain, pastinya korang akan jumpa berita ini,

PALO ALTO, CA –Mark Zuckerberg announced that Facebook will be shut down in March. Managing the site has become too stressful.

“Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, “and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.”

Zuckerberg went on to explain that starting March 15th, users will no longer be able to access their Facebook accounts.

“After March 15th the whole website shuts down,” said Avrat Humarthi, Vice President of Technical Affairs at Facebook. “So if you ever want to see your pictures again, I recommend you take them off the internet. You won’t be able to get them back once Facebook goes out of business.”

source: http://weeklyworldnews.com/headlines/27321/facebook-will-end-on-march-15th/

Aku pun awalnya gelabah jugak. Mau jer aku transfer semua gambar dalam Facebook ke dalam Photobucket ataupun apa apa jer tempat. Tetapi, setelah diselidiki, ianya ialah hoax (tipu helah) dan tak benar sekali pun. Weeklyworldnews ni sebenarnya page yang memuatkan berita komedi dan palsu untuk santai santai. Fikirkan, takkanlah Mark Zuckenberg tu bodoh! Kalau dia tu stress sangat nak handle Facebook, daripada shut downkan page tu, baik jual kepada orang lain. Web nilai juta kot, orang beli dapat untung. It just a hoax, so no need to be worry lah!


p/s: korang kena kencing!! aku pon, tapi sempat elak!! haha

Behind Scene: Hantu Kak Limah Balik Rumah


Jom tengok disebalik tabir filem anti tahyul yang tahyul dari pengarah Mamat Khalid




Thursday, January 6, 2011

It's All About Passion

Hari ini ada perkara yang mahu aku ceritakan. It’s about my passion, writing. Menulis ni memang kerja aku dari kecik. Aku tak sangka Disember hari tu ada jugak hadiah dari usaha aku. Pertama kali aku mahu ucapkan kepada Kak Fizawati Zainal, selaku salah seorang penerbit drama radio di Klasik Nasional yang bersusah payah mengedit my skrip dan juga ajar sikit sebanyak ilmu menulis skrip drama radio.. Azam aku, aku ingin satu karya aku (minimum) untuk berada di kaca tv atau layar perak. I learn to become an English teacher but in the same time I want to become a scriptwriter.

Ada dua perkara yang menjadi pencetus semangat aku. Ada cerita tentang kegagalan dan juga ada cerita tentang kejayaan. Cerita tentang harapan dan cerita tentang impian. Bukan senang mahu puaskan orang, bukan senang mahu menggoreng idea, bukan mudah untuk buat apa saja. Perenggan ketiga akan menceritakan perihal kegagalan satu impian dan bagaimana dalam kegagalan itu ada juga harapan. Ceh, macam BERSAMAMU TV3!

Pertama, bulan November 2010 aku hantar skrip filem kepada AstroShaw (lihat link ini) dan satu daripada dua karya aku nampaknya menarik minat dan akan dibawa ke perbincangan lanjut. Malangnya, skrip yang aku berikan nama Cinta Untuk Aida tu GAGAL untuk diterbitkan. Namun, aku tak kisahlah sebab akhirnya ia berjaya masuk peringkat penilaian. Akhirnya daripada situ aku sudah dapat link orang yang bertindak selaku penilai skrip yang bakal diterbitkan syarikat tu. Insyallah, nanti kalau aku nak hantar skrip, it’s not gonna be hard anymore. I’ve got the e-mail. Tapi, aku mungkin takkan menulis lagi skrip filem buat masa terdekat ni, kerana perenggan keempat akan menceritakan kenapa.

Kedua, ini adalah perkara paling aku tak percaya sekali. Syuhada (dalam Syurga Cinta) pernah berkata, Tuhan sembunyikan matahari tanpa kita sangka, kemudiankan turunkan hujan sebagai bala sebelum akhirnya kita sedari ianya ada nikmat pelangi di sebalik petaka. Aku rasa untuk tak pergi TESL nite semester lepas adalah keputusan bijak sebab pada hari yang sama aku bayar RM10 untuk masuk bengkel penulisan skrip drama radio di UPSI. Dari situ, aku dapat emel penerbit drama radio, Puan Fauziah Sidek. Habis je bengkel, aku terus habiskan skrip aku yang tak habis buat masa di bengkel. Kemudian, tak lama kemudian, aku buat lagi skrip drama radio, kali ini dengan berpandu contoh yang dikirim Puan Fauziah. Perenggan seterusnya akan menceritakan hasilnya.

Terkejut besar! Yang aku betul-betul perah otak tu, yang mana tajuknya agak kelisa iaitu AKU JATUH CINTA (sebelum ditukar jadi CINTA ZAMAN SEKARANG) tak masuk list untuk diterbitkan (tak semestinya takkan terbit selamanya, aku sendiri perlu cari kekurangan skrip ni dan akan edit kembali). Tapi, yang mana aku tulis main lahap je apa yang aku ada dalam otak, itu berjaya diterbitkan. Rezeki tuhan. Amin! Hari ni 6 Januari 2011, Kak Fiza (my penerbit untuk drama radio aku) sudah inform yang pelakon yang bakal menyumbang suara dalam drama radio aku yang bertajuk JAM TANGAN STAMFORD itu ialah Ngasrisal Ngasri (mungkin watak utama, Lan), Radhi Khalid (watak pmbantu, Man – watak aku yang aku buat untuk aku) dan Kaza (mungkin Pak Hamid). Aku letak ‘mungkin’ sebab aku tak sempat nak tanya lebih lanjut tentang hal ni kat penerbit. Apapun, nanti bila akan di’on air’ aku akan inform okeyh. My third drama radio skrip, tajuk buat masa sekarang ialah AKU BENCI PAPA (masih belum bersedia untuk diterbitkan pihak penerbit). Kisah masyarakat tentang keluarga. It takes some time. I’ll wait. JAM TANGAN STAMFORD tu pun aku hantar bulan Julai 2010 kot.

Aku ada cerita pasal ni kat one of my lecturer. My lecturer asked me where did I learn all this thing. It’s about passion. Kalau passion ada, x payah formal learning pon xpe. Learn through making mistake. It is the best way to reach goal. Buat masa sekarang, i need to stop writing my fourth skrip yang tajuknya buat masa sekarang adalah KALUNG EMAS SARA yang mana ia adalah percubaan aku untuk buat drama radio berbentuk komedi dengan twisted plot sebab kekangan assignment. Readers, remember that whoever u r, jika apa yang anda jadi sekarang bukan cita-cita anda, u still got time to do what u want to do. That’s all. Bye.


Aku suke cite ni, even ularnya macam getah.

p/s: nanti aku akan buat entry khas untuk JAM TANGAN STAMFORD, my first drama radio.

Sneak Peek: Karak - Laluan Puaka



Yusry Abdul Halim akan kembali dengan sebuah filem seram. Tajuknye, Karak. Dibintangi Shahir AF8, Sheera Aiyob, Along Ezendy, Kilafairy dan Sidek Hussin.

Jom intai filem seram dari KRU Studio nih!


Aku suke ayat ni,
'kenapa lari, kata orang beriman'


Monday, January 3, 2011

Hitler Masuk Campur Lagi. Kali Ini Piala AFF Suzuki

Ini Versi Indonesia...


Ini Versi Malaysia...


Sekadar suka suka, jangan gado gado... daaa