Akan Datang!

Sunday, November 20, 2011

Sneak Peek: Papa I Love You


1 Disember, Ombak Rindu akan ke pawagam. Kemudiannya, Datin Ghairah pada 8 Disember akan diikuti dengan Songlap pada 15 Disember. Filem komedi horror, Suatu Malam Kubur Berasap pula akan berada di pawagam pada 22 Disember. Dan akhir sekali, 2011 bakal diakhiri dengan sebuah filem romantik drama, Papa I Love You yang bakal ditayangkan di pawagam 29 Disember 2011.

Papa I Love You, mengisahkan seorang ayah, Baha yang berusaha untuk membesarkan anak tunggalnya, Mia dengan sempurna di dalam kehidupannya yang penuh dengan kesempitan sehingga sanggup melakukan apa sahaja. Baha bertemu dengan Elly, seorang wanita yang sering membantu menjaga Mia dikala Baha sibuk mencari kerja. Elly dan Mia melengkapkan hidup Baha meskipun ditimpa kesempitan dek kerana kekurangan wang dan tidak mempunyai kerja tetap.


Datuk Kudin seorang ayah yang semasa mudanya mempunyai segala – galanya namun kerana sikapnya yang lebih mementingkan kerjayanya telah menyebabkan dia kehilangan anak kesayanganya, Elly. Baha menjadi orang tengah dalam membantu merapatkan semula hubungan Elly dan Datuk Kudin dan ini akhirnya telah menyebabkan hubungan Elly dan Baha sendiri menjadi tegang. Perpisahan Baha dan Elly telah menyebabkan Mia sedih dan secara tak sengaja ditimpa kemalangan. Melihatkan betapa besarnya kasih sayang Baha terhadap Mia telah menyedarkan Elly supaya memberikan peluang kepada ayahnya sendiri, Datuk Kudin. (sumber)

Dibintangi Lisa Surihani, Mia Sara Nasuha, Zalif Sidek juga dengan kemunculan Zaidi Omar, Bob KU2, Syanie dan Zulhandyblack. Filem ini diarahkan oleh Hashim Rejab, pengarah yang mengarahkan filem Sekali Lagi, juga lakonan Lisa Surihani.

No comments:

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...