Monday, November 21, 2011

Sneak Peek: Anonymous


Shakespeare bukan penulis asal karya karyanya? Shakespeare memang terkenal dengan karyanya. Siapa tak kenal dengan Romeo & Juliet, The Tempest, juga Macbeth yang memang dilakonkan di mana mana. Tetapi, bagaimana jika dipersoalkan di sini, Shakespeare bukan penulis sebenar semua karyanya itu. Bagaimana jika pendapat mengatakan bahawa kesemua 27 drama pentas 154 sonnet dan beberapa poem epik bukan ditulis oleh Shakespeare?

'Shakespeare tak pernah menulis sedikit pun!'. Itu yang diutarakan dalam filem terbaru Rolland Emmerich, Anonymous. Sebuah kisah yang berlatarkan zaman politikal Elizabethan. Anonymous berkisar tentang isu yang berabad lamanya menarik minat Mark Twain, Charles Dicken juga Sigmund Freud; siapa sebenarnya penulis sebenar di sebalik William Shakespeare? Ianya kontroversi dan filem ini ada jawapannya.


Tarikh tayangan di Malaysia belum diketahui. Tetapi filem ini sudah ditayangkan di Amerika dan beberapa negara lain sejak September 2011.

1 comment: