Monday, November 14, 2011

Sneak Peek: 7 Petala Cinta

Filem 7 Petala Cinta mengisahkan kehidupan anak remaja yang mendapat pendidikan dalam institusi keislaman. Pelbagai insiden dan suka duka yang berlaku di antara mereka selain berdepan dengan kemelut yang akhirnya mengundang perspektif berbeza.

MIG kembali hadir menghasilkan filem bercorak agama. Filem 7 Petala Cinta adalah sebuah filem romantik Islamik yang kononnya dikhabarkan cukup indah dan mengusik jiwa. Lakonan Aeril Zafrel, Shima Anuar, Fizo Omar, Zalif Sidek dan Epy Raja Lawak ini bakal berada di pawagam 15 Mac 2012. Di antara 7 Petala Bumi dan 7 Petala Langit, adanya 7 Petala Cinta.


OST 7 Petala Cinta

SINOPSIS:

Hamka seorang graduan syariah dari Universiti Al-Azhar ditunangkan dengan anak kepada guru di madrasah tempatnya menuntut ilmu, Saidatul Nafisah (Shima Anuar) dan kemudiannya berhijrah ke Yemen untuk menuntut ilmu. Namun sebaliknya, Hamka gigih menulis al-Quran dengan tulisan tangannya sendiri bagi dijadikan hantaran perkahwinannya kelak.

Entah mana punca, berita mengenai Hamka terbunuh di Yemen tersebar selepas negara itu dilanda perang saudara dan konflik politik. Tunangnya, Nafisah menanti dengan setia dan muncul pula watak Attar (Aeril) yang sudah lama memendam perasaan kepada Nafisah. Di situlah wujudnya nilai kesetiaan seorang wanita yang mengagungkan seorang lelaki yang dicintai walaupun apa saja yang melanda.

No comments: