Monday, November 28, 2011

Review: Pintu Terlarang

Pintu Terlarang antara barisan filem seram / thriller / misteri yang terbaik dari Indonesia. Memang aku akui filem ini punya permainan yang cukup bijak dan sukar dijangka. Pengalaman menonton filem ini pada awalnya membuahkan kata kata ‘ah, ini style Hostel (merujuk kepada filem Eli Roth)’ dan akhirnya ditarik balik gara gara endingnya yang cukup sempurna untuk menipu penonton. Walaupun ditipu, aku rasa itu worth it!


Sebuah filem Indonesia tahun 2009, Pintu Terlarang arahan Joko Anwar ini mengisahkan bagaimana seorang tukang ukir patung, Gambir lakonan Facri Albar yang telah diganggu misteri budak kecil. Siapa budak kecil itu, tiada siapa tahu namun sepanjang filem ini, fokusnya adalah kepada pembongkaran rahsia itu juga beberapa komplot yang sukar dijangka.

Aku suka gaya filem ini yang mirip Inggeris dan bagaimana persembahannya. Walaupun pergerakannya nampak slow dan tenang, misterinya dibawa tanpa senang diduga.


Bagi penonton Malaysia yang kepingin menonton filem ini, anda janganlah berharap untuk menyaksikan sesuatu yang biasa. Filem ini jelas nampak pembaharuannya. Aku rasakan bahawa Indonesianya hanyalah dari dialog. Segala culturenya juga persembahannya sudah mirip Hollywood. Gaya social life dan juga asylum itu…. Wow.

movie mistakes:

Pernah aku menonton Dara a.k.a Darah atau dikenali juga sebagai Rumah Dara. Pada awalnya, aku rasakan Pintu Terlarang adalah genre slasher sekali lagi, tetapi aku silap. Pinut Terlarang lebih kepada permainan misteri dan juga metafora satu dunia yang sukar untuk dijelaskan. Kalau tak faham, lebih baik tonton sendiri.

Menonton poster filem ini mengingatkan aku kepada Sin City karya Rodriguez yang punya seni yang cukup hebat. Pintu Terlarang tidak kurang juga hebatnya. Menyukai sinematografi, juga permainan warna dan juga rekaan set yang cukup klasik.


Lakonan Facri paling menarik. Aku suka bagaimana emosinya juga surprise di hujung filem ini yang membuatkan korang berkata ‘lah, filem ini sebenarnya…. ‘. Garapan misteri, psiko (merujuk kepada adegan Gambir bunuh kesemua ahli keluarganya memang mengerikan tetapi, muzik Inggeris yang dijadikan latar membuatkan emosi ngeri nampaknya dipersembahkan dengan gaya yang ‘berhibur’.

Menyukai teknikal filem ini. Skornya cukup gah. Lagu jazznya memang unik. Set design memang the best!


Keseuruhannya, aku rasa Pintu Terlarang sebenarnya adalah signifikan kepada jiwa resah dan kegelisahan dalam hidup. Bagaimana paparan Gambir yang sering diarah sana sini membuatkan hidupnya tak ada life. Pemaparan bagaimana hidup orang lain dijadikan bahan hiburan manusia yang tidak dikenali juga membuatkan kita berfikir, realitinya hidup kita sebenarnya saling kait berkait sama ada kaitannya secara positif ataupun negatif.


Apapun, Pintu Terlarang berjaya memberikan twisted ending yang gila! Aku terkejut dan tidak menyangka endingnya kayak begitu sih! Memang scriptingnya bijak, sinematografinya cantik. Ngeri dan masih boleh berhibur.

4/5

No comments: