Akan Datang!

Wednesday, November 16, 2011

Review: Klip 3gp

Klip 3GP arahan Aidil Fitri Yunus ini nampaknya cuba untuk memberitahu kita bagaimana orang lain sanggup menggunakan kehidupan orang lain untuk menjadi kaya dan senang. Sekali sekala terlintas juga tentang bagaimana hidup kita senang saja dimanipulasi oleh orang lain dengan adanya teknologi. Pada aku Klip 3GP ada idea yang menarik namun aku rasa ada sesuatu yang tidak kena pada perkembangan ceritanya. Apapun, pengalaman menonton filem ini bukanlah sebosan mana. Menarik lah jugak!


Pada aku, apa yang aku suka tentang filem ini adalah bagaimana nukilan ini meletakkan Eddie sebagai center of attraction yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Eddie pada awalnya diletakkan sebagai seorang yang hanya duduk di kerusi mengemudi beberapa subplot yang lahir dari ruang skrin komputernya. Namun, akhirnya Eddie tidak siapa tahu malam itu adalah malam terakhir untuk kehidupan nikmatnya.


Malah, aku suka cara persembahan cerita ini yang nampak modern. Ianya bukanlah sebuah filem yang straight forward tetapi ada sesuatu yang ingin disampaikan. Pada aku, ia bukan disampaikan secara telus tetapi tersirat difikirkan penonton. Tak ramai orang filem yang mahu memberikan peluang untuk penonton berfikir. Itu antara yang menarik pada pandangan aku lah.

Namun, dari sudut negatifnya, aku rasa garapan dalam filem ini biasa saja. Kisah pertama nampaknya tidak terlalu menarik. Mungkin juga kerana ianya terlalu singkat dan tidak ditekankan dengan baik. Penjelasan hantu kebaya merah sekadar melalui satu patah ayat nampaknya kurang untuk memberikan impak. Dalam idea yang luar biasa ni, nampaknya idea klasik filem melayu (maksud aku, idea seram) tak boleh dipisahkan jugak ek!


Cerita mat skodeng tu nampaknya tergantung. Too short dan kucar kacir. Plotnya mati akal dan aku sendiri tidak faham apa sebenarnya yang ingin disampaikan pada cerita kedua ini. Sekadar menunjukkan kuasa mat skodeng dalam membuat duit menggunakan video skodeng, itu simple sangat untuk diketengahkan. Need plotlah!


Tapi aku suka cerita yang ada Faralyana Idris tu. Ini yang paling best dalam keempat empat kisah pendek. Penekanan pada romantikanya ada emosi. Namun, serius geli dengan watak mamat yang rekod klip 3gp tuh!

Cerita Maya dan klip setiausaha terlampaunya itu finally adalah satu cerita yang akan bercantum dengan hidup Eddie. Namun, aku rasa masih ada beberapa persoalan. Kenapa diwujudkan adegan Maya kejar Eddie di laluan ke rumah (walaupun nampak sangat adegannya dibuat dalam hotel) Eddie sedangkan di akhirnya Maya hanya berkonfrontasi dengan Eddie dalam rumahnya? Apa releven babak sebelum kredit awal tu kalau hanya niat nk umpan penonton untuk stay?


Apapun, aku suka filem ni tapi malangnya aku rasakan improvement kena ada lagi. Ideanya pada aku cukup menarik. Cuma filem ini kurang dari sudut pengembangannya dan masanya juga terlalu singkat. Keseluruhannya, penontonan filem ini tidaklah terlalu bosan sangat. Ianya bukannya seghairah yang disangka. Namun, kalau ghairah pun it still deliver a message; bahayanya klip 3gp (even sekarang dah mp4 kot)!

2.5/5

4 comments:

Shacklesmith said...

ade tasha shila pun ok jgk la.. sweet2 gitu bro.. walaupun lg tua drpd sy.. hahaha

sara ali pun pe kurang gak.. mata yg memukau pandangan dan menghipnotisme minda ^^

yen(toka ziizokukuto) said...

perghhh,,pandai betul review,,nice work :)

Anonymous said...

ekceli, sy pn agak suke jgk la tgk cite ni cume sy mmg frust kalau Muslim yang berlakon watak 1st babak tu.. huhu.. tapi part paling best dalam ni part faraliyana tu lah siyes!

Cik tikah said...

org kata cite ni 'hot'. huhu,,

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...