Akan Datang!

Thursday, November 17, 2011

Review: Immortals

Immortals memang penuh dengan darah, keganasan dan aksi aksi yang tahap gaban. Pada aku, Immortals bukanlah sesuatu yang seperti filem 300. Sekadar menggunakan umpan bahawa filem ini dari penerbit filem 300 bukanlah sesuatu yang mampu untuk membuatkan anda berpuas hati. Anda tertipu sebenarnya. Filem ini hebat tetapi ianya berdiri sebagai sebuah filemnya yang tersendiri. Ada gayanya yang tersendiri cuba dipersembahkan Tarsem dalam filem ini.


Tarsem aku kenali melalui pengarahannya untuk filem The Cell lakonan Jennifer Lopez. Filem itu, yang nampaknya sudah ada bumbu seni filem gaya Tarsem nampaknya lebih senang aku fahami. Bagaimana gaya olahannya untuk filem psycho sebegitu nampaknya ngeri dan menyeramkan.

Entahlah, aku tidak dapat rasakan impak sehebat 300 dalam file mini. Iya, karya ini sekali lagi membawakan kita berjumpa tuhan tuhan Greek yang mitosnya pernah muncul dalam Clash of the Titan dan filem sebarisnya. Tetapi entah, karya ini kurang membuatkan aku teruja dalam mengikuti gerak cerita filem ini. Ada beberapa perkara yang mungkin aku rasakan penting untuk disebutkan:


Pertamanya, Theseus nampaknya seperti bukan ada ciri hero pun. Pada aku, penampilannya kurang meyakinkan apatah lagi kononnya dialah wira yang dipilih tuhan untuk menentang kejahatan Hyperion.

Keduanya, drama filem ini aku rasakan ada yang tak kena. Beberapa bahagian nampaknya membosankan bagi aku.

Ketiganya, walaupun membosankan, aku rasakan adegan aksi filem ini adalah menarik untuk ditonton. Walaupun ianya terlebih ngeri malah lebih ngeri daripada filem 300, aku rasa ianya memang trademark Tarsem.

Ceritanya simple. Kisah bagaimana King Hyperion yang ganas, gerun dan ghairah (kah3) cuba untuk mencari panah tuhan yang hanya boleh diketahui melalui seorang Oracle. Kisah diteruskan dengan paparan bagaimana King Hyperion yang ganas nih mencari si Oracle untuk mencari Epirus Bow. Dia sebenarnya mahu membebaskan Titans, yang dipenjara di dalam Gunung Tartaros untuk menakluk dunia. Si Theseus, adalah manusia yang dipilih Zeus untuk melawan takdir jahatnya ini. Penyelamat dunialah katakan.



Abaikan penampilan Theseus yang 'kering' tuh. Pada aku, latar belakang filem ini nampak terlalu imaginative dan menarik. Idea manusia yang tinggal di tebing batu tinggi nampaknya menarik walaupun aku fikir, siapa yang menghuni daratan yang luas kalau diorang duduk tepi tebing je?

Namun, satu lagi soalan aku terfikir. Ada satu adegan dimana Zeus tidak membenarkan tuhan tuhan mencampuri pergaduhan umat manusia. Jika ada yang menolong, hukumannya adalah maut. Kat sini aku terfikir, tuhan pun boleh mati? Aduhai! Iya, korang akan lihat bagaimana Zeus menghukum tuhan yang telah membantu manusia dalam filem ini.

Adegan kemaluan seorang pembelot ditukul tu memang ngeri kot! Satu lagi, lembu besi yang selalu digunakan pada zaman gelap eropah juga ada. Untuk pengetahuan, lembu besi yang terkenal untuk menjadi alat seksaan zaman gelap eropah itu digunakan untuk hiburan raja. Apabila pesalah diseksa, mereka dimasukkan dalam perut lembu dan api diletakkan di bawahnya. Mangsa yang meraung akan mengeluarkan bunyi seakan lembu dan dijadikan hiburan raja. Erk! Ngeri!


Abaikan fakta tu kalau ngeri yer. Pada aku, ada beberapa elemen filem ini yang nampaknya membosankan. Dramanya kadangkala terlalu panjang dan beberapa adegan nampaknya hanya sekadar filem ala ala in studio making yang banyak menggunakan set buatan daripada CGI seperti dalam filem 300.

Apapun, aku puas hati bila tonton adegan final battle. Adegan Zeus and the gang lawan The Titans nampaknya adalah antara yang terbaik dalam filem ini. Adegan yang jelas cuba untuk menggambarkan perkataan ‘God Speed!’. Itu pun kalau ada yang pernah dengar perkataan itu. Ha3. Aku puas hati dengan seni percikan darah dalam filem ni. Cantik dan merah.


Akhir ulasan, aku rasakan tidak wajar kalau aku katakan filem ini ada kualiti sehebat 300. Malah, jika dibandingkan dengan filem Clash of the Titans, Zeus dalam filem itu lebih hensem daripada Zeus filem ini yang kurus kering. Apapun, tonton atas penilaian sendiri. Dan aku jamin filem ini punya kualiti aksi yang memang hebat walaupun kadangkala korang akan rasa bosan pada sesetengah part.

Menonton filem ini di Hall 2 Lotus Five Star Cinema Selayang Capitol, 16 November 2011 jam 2.45 petang. Filem ini sudah berada di pawagam sejak 11.11.11.

3/5

1 comment:

Wanita Bertudung Hitam said...

pada aku citer ni sangat membosankan...sangat-sangat! pengarah seolah-olah cuba sedaya upaya meniru 300, tapi Clash of the Titan pon dia tak boleh beat, apatah lagi the great 300... hero harap ensem je, klu tak memang sia-sia beli tiket wayang..the Virgin Oracle tu sangat contrast dengan nama dia, more like a Whorish Oracle..and part last tuhan dorang lawan titan, remind me of regular fight between Power Rangers versus alien2 jahat in tight spandex! tengok wayang citer ni, sangat buang masa dan duit!! nyesal betol..huhu

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...