Akan Datang!

Friday, April 15, 2011

Wah, Ada Cerita Mata Ayer Rupanya...




Slot Lagenda Tv3 kini mainkan lagenda negeri aku yang tercinta. Aku rasa bangga sekejap sebab semua tempat tempat dalam drama bersiri ni (Mata Ayer, Kaki Bukit dll.) adalah sekitar kawasan kediaman aku. Yang paling best, aku puji Mohd Rohizan Ramli selaku penulis dalam menggabungkan kisah lagenda Tasik Melati dan Mata Ayer, walaupun aku sendiri kurang jelas tentang dua lagenda ini. Namun, mungkin drama ini boleh menarik orang ramai ke Perlis, sekaligus menyesakkan Putra Palace, Barasmana dan juga hotel hotel berhampiran. Sekaligus juga, meningkatkan ekonomi negeri aku. Tak berpeluang untuk menonton drama ini sebab tak berkesempatan.



Berlatarbelakangkan sebuah kampung di Perlis, ia mengisahkan bagaimana penduduk kampung masih mempercayai perubatan tradisional daripada Tok Ipin (Zamarul Hisham) sekiranya mempunyai masalah kesihatan ataupun gangguan makhluk halus. Kehebatan Tok Ipin disegani dan disanjung oleh penduduk kampung. Bagaimanapun Tok Ipin mula berasa tercabar dengan wujudnya sebuah klinik desa kerana ia telah menjejaskan pendapatannya sebagai sorang bomoh dan pengamal ilmu hitam. Maka, Tok Ipin telah menghebahkan kisah legenda Mata Ayer kepada seluruh kampung supaya penduduk-penduduk akan terus mempercayai kebolehannya dalam mengubati mereka dengan ilmu batin. Punca mata air dikaitkan dengan legenda Melati yang dikhabarkan ghaib ratusan tahun dahulu di sebuah kaki bukit. Roh Melati dikatakan tidak tenteram dan masih meratapi kematian keluarganya sehingga kini. Air matanya telah menghasilkan satu aliran kecil. Malah air tersebut juga dikatakan sebagai ubat mujarab dan penawar bagi segala penyakit dan gangguan makhluk halus. Hanya Tok Ipin sahaja yang diamanatkan untuk mengambil air daripada mata air itu untuk perubatan tradisional. Kehadiran Ustaz Akhbar (lakonan Hairi Anak Wayang) telah mencabar kredibiliti Tok Ipin sehingga dia memasang pelbagai muslihat untuk terus kekal berpengaruh selain mendapatkan kepercayaan daripada penduduk kampung tersebut.

p/s: lepas tulis ni, trus call my mom, excited nak tau pasal cerita ni, rupanya ada drama Rozita Che Wan tengah shoot kat kampung sebelah aku.. adoi, melepas x dapat balik!!

2 comments:

Nurul Iman said...

heheh...saya suka ke kg mata ayer ni...tp baru sekali jer pergi time abg kawin dgn org kat kg ni..insyaallah bulan tiga akan ke kg ni lagi..kg yg cantik dan mendamaikan
..

Unknown said...

Depa tak pi makan kat Pokok Sawa ka?
Anak Mata Ayak


Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...