Tuesday, April 19, 2011

Sila Tambah 'Echo' Secukup Rasa!

Exam dah nak start. Ada 4 paper yang akan aku tempuh. Kesemuanya macam kiraan detik 4 3 2 1 sebelum aku dihalau ke Kuala Kubu Bharu, untuk menjalani praktikum. Saat ini menulis nulis dengan dada sesak dengan angin angin yang menyendawa tak henti henti (mungkin sebab semasa aku demam dulu, kurang makan). Tulis sekadar mengisi ruang masa menanti ilham untuk membaca kembali bertandang. Masa sekarang, aku hanya pandang buku Socio macam majalah Kawan terbitan Utusan. Malah, tak lebih dari buku Ujang dan komik Gila Gila.

Jari bertingkah tingkah kiri dan kanan membentuk bunyi bunyi indah diatas papan aksara Presario. Aku hanya berlari lari menulis abjad abjad dengan apa yang ada di kepala. Tak tahu mahu mengarang apa apa untuk malam ini, sekadar mahu berkongsi rasa. Dah dah. Gila! Blah blah! Layan lagu lagi best. Jom jom...


aku ingat gambar anak sapelaa dalam vid ni, haha.. klaka!

Sekadar cebisan nasihat untuk renungan aku, dan juga sesiapa yang rasa mempunyai perasaan 'aku makin malas... dan malas.. malas .. malas... (sila tambah echo secukup rasa anda lagi)'. Sekian!

No comments: