Monday, April 25, 2011

Review Filem OPM Kini Di TELURMATA.COM


Mungkin ramai yang tidak mengetahui apa itu telurmata.com. So, a few days ago, aku dipelawa untuk berada dalam barisan barisan reviewer telurmata.com yang memang ngetop dari gua.com, akhbar akhbar tempatan, blogger blogger reviewer populer dan seangkatan. Daripada apa yang aku amati daripada syaratnya, blog aku sebenarnya tidak menepati syarat yang khusus untuk menyertai telurmata.com. Tetapi, disebabkan keutuhan semangat aku (mungkin) mengarang review sejujur mungkin, blog aku diterima dalam senarai pengkritik utama di telurmata.com.


Malah, dengan berada di barisan pengkritik utama telurmata.com, aku juga berpeluang untuk menghadiri tayangan perdana filem Malaysia (ini yang best ni). Menurut admin, memang tak semua reviewer akan dipanggil untuk menonton tetapi pihak admin sudah menyenaraikan nama pengkritik dan ianya terpulang kepada syarikat filem untuk memilih reviewer yang dikehendaki. Wah, peluang menonton filem percuma berkali kali! Moga ada peluang nanti, insyallah.

Beberapa hari lepas, aku sudah pilih review review terbaik dalam blog aku dan emailkan linknya seperti yang dipinta kepada admin. Hari ini, syukur, hanya dua review ditolak kerana aku tak letak rate filem itu dari 5 bintang yang ditetapkan. Review aku yang lain semuanya sudah diluluskan... dan.. ini buktinya (sambil tersenyum)...


Orang akan tanya, ada dapat duit ke menulis review di telurmata.com? Jawapannya, telurmata.com bukan komuniti duit. Ianya komuniti yang bolehkan anda semua berbincang tentang untung sabut filem kita. Sebagai pengkritik utama, peluangnya adalah backlink ke blog sendiri, sekaligus menaikkan trafik dan populariti Orang Perlis Menulis. Apapun, portal ini sebenarnya menambahkan lagi semangat aku untuk menulis review. Maka, tontonan aku, duit tiket dan usaha aku takkan sia sia.

p/s: emel kelulusan review tadi hadir dengan permintaan dari admin yang perlukan review filem Cun, Senjakala dll beberapa latest film.. hmm.. tak dapat nak tunaikan nk wat semua review.. sudah hantar kembali review HAQ dan KEMBAR SIANG yang dah diedit seperti yang dipinta...

1 comment:

ain fathihah said...

tahniah weh. bangga dengan hang! hehe