Monday, April 4, 2011

Promosi Blog Melalui 'Movie Ripping'

Hari ni aku nak ajar bagaimana plan marketing untuk pengedaran promosi blog anda secara percuma dan menarik. Selalunya kita lihat, promosi blog berkait dengan Shoutmix, Shoutbox, Chatbox, Innit, Facebook Fanpage, Facebook Group dan etc. Sedar atau tidak, satu perkara promosi yang boleh mempromosikan link kita tanpa sedar adalah melalui edaran notes. Anda tahu notepad? Notepad adalah satu perisian yang rasanya semua Microsoft window ada. Bagaimana? Senang saja. Saya ajarkan bagaimana plan ini berjalan.

Kenal teamaryzs? Yeah, web download paling daboom di Malaysia. Apa yang dia buat sehinggakan capaian trafiknya menjangkau jutaan? Jawapannya, satu kerana ianya web download hiburan. Keduanya, bagaimana filem yang didownload itu sendiri (yang mana bukan dilakonkan oleh pekerja Team Aryzs yang underground itu) mempromosikan web itu secara tidak sengaja. Itu yang akan kita lihat tetapi belum pernah mencuba. Aku akan ajar korang bagaimana untuk mempromosikan blog anda, khas bagi yang suka menggunakan Auto Guardian Knot. Software terbaik (recommendation dari Team Aryzs) untuk ripping filem dari DVD.

paparan muka Auto Guardian Knot. Aku guna versi lama. Malas hupdate!


Langkah Pertama: Anda mesti ada Auto Guardian Knot. Auto Guardian Knot boleh didapati dengan search di Google. Instruksi menggunakannya juga ada di dalam web tersebut.

Langkah Kedua: Beli satu DVD. Filem Melayu ke, Inggeris ke, tak kisah. Yang pasti, DVD itu mesti tidak rosak, calar dan kualiti yang teruk.

Langkah Ketiga: Rip filem tersebut menjadi saiz 700mb, ataupun 1.36mb. Bagi OPM (OPM release), aku lebih suka compress ke saiz 1.36mb kerana saiznya yang tak terlalu besar dan terlalu kecil.

Langkah Keempat: Selepas habis ripping, buat satu fail khas dan masukkan dua material yang sudah dirip (seperti gambar di atas). Buangkan material asal yang mana tidak lagi afdal untuk disimpan. Bagi yang belum pernah cuba, sebenarnya inilah cara bagaimana untuk mendapatkan filem yang korang selalu download dari dalam internet.

Langkah Kelima: Tukarkan nama fail (rename! kalau korang tak paham BM). Bagi OPM, aku lebih suka menstrukturkan nama fail seperti korang nampak dalam gambar di atas.

(nama filem – jenis sumber – tahun – nama pengeluar – alamat blog OPM – bahagian)

(2ALAM DVDrip (2011) OPM Release (www.cikgumanstation.blogspot.com) CD1)

Langkah Keenam: Seterusnya, pergi ke Notepad dan tulis nota seperti contoh di gambar Promosikan blog anda dalam ini dan save note ini dalam fail filem tadi.

Langkah Ketujuh: Hadiahkan atau berikan fail ini kepada rakan rakan anda. Selesai!

Tentu korang fikir, bagaimana korang rasa benda ini boleh mempromosikan blog anda. Sebenarnya, perkara ini akan bergerak seperti MLM. Cuma ianya tidak melibatkan duit dan pembelian barang. Lihat jalinan pyramid di bawah.

Apa yang penting sebenarnya dalam fail tersebut adalah bagaimana anda selitkan nota promosi blog anda dalam fail filem tersebut. Dari laptop OPM (jika tak mahu upload), katakan OPM memindahkan filem ini kepada dua orang rakan OPM, ini bermakna filem bersama nota tersebut sudah tersebar kepada dua orang. Bayangkan jika rakan kepada rakan OPM (yang tidak diketahui bilangannya) datang dan minta filem tersebut dari laptop kawan OPM, nota tersebut akan berpindah lagi. Seterusnya, rakan kepada rakan rakan OPM pula yang minta, maka nota tersebut akan terus berkembang dan berkembang serta tersebar. Sekaligus, dalam pada masa yang sama, serentak mereka mendapat hiburan mereka juga akan mengetahui pasal blog OPM (jika mereka klik notepad itu). Sekian!

No comments: