Thursday, April 28, 2011

Perpindahan HQ, Aku Rasa Sebak.. uhuk!


The Lion feat. Zahidah - Lagu Teman

29hb April 2011, HQ Orang Perlis Menulis dan anak kandung suluh mata tajam tajamnya Goofspot dan juga anak anak tirinya bakal berpindah ke Kuala Kubu Bharu. Tanjung Malimlah tempat OPM kenal blogging masa di first semester melalui blogger underground Second Episode. Lepas tu, mula kejar kejar glamer dan akhirnya, inilah blog OPM sekarang. Dengan tambahan branch branchnya, OPM rasa usaha OPM selama 3 tahun takkan bermula kalau OPM tak datang untuk jadi Cikgu Bahasa Inggeris di Tanjung Malim.


Ini adalah antara entry yang jarang korang baca sebab ianya bukan kisah kita, ianya kisah aku dan rakan rakan di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Lagipun, penulisan ala ala diari sudah lama OPM tak buat atas sebab sebab tertentu. Cerita 22 barisan TESL students ambilan 2008/2009 mungkin tidak dijelaskan kesemuanya di sini, tetapi mereka semua tetap ada dalam hati aku, untuk selamanya.


Dua entry di atas adalah entry yang takkan aku buang selamanya. Sejauh mana blog aku berevolusi, entry di atas adalah permulaan segala galanya.

Dan ini wajah mereka:
http://cikgumanstation.blogspot.com/2010/03/barisan-sir-dan-teacher-semester-4-0910.html

Akhir penulisan di bumi hujan ini, OPM ucapkan gud luck untuk semua pembaca di UPSI, yang satu semester walaupun berlainan kos yang bakal berpaktikum 9hb Mei 2011 ini di sekolah yang dipilih masing masing. OPM bakal berada di Kuala Kubu Bharu, jadi sape nak sign sila datang jangan segan silu. Sape nak interview ke, nak bawak kek coklat ke.. blueberry ker... buah nangka ke, buah anggur ke, durian ke... hah.. ataupun KFC ke, sila datang., OPM alu alukan. Sekolah OPM, OPM akan mengajar di sana selama 4 bulan, sebagai cikgu praktikum bahasa inggeris di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Haji Kamaruddin (insyallah kalau tak ada perubahan).

28hb April 2011 - barang sudah dipindahkan. Hanya tinggal my laptop dan gadget berkepentingan sahaja. Entry seterusnya, dari bumi Ampang Pecah, dahulunya adalah Kuala Kubu Lama. Selamat tinggal Tanjung Malim.. untuk empat bulan lamanya... selamat berpraktikum rakan rakan sekalian.

No comments: