Thursday, April 21, 2011

Penunggang Berhemah Pun Buat Silap.... Lalalala

Hari Sabtu ni aku ada paper killer. Serius memang paper tu boleh membunuh kerana aku sendiri sudah mati dalam membaca nota nota sekaligus membuatkan bontot aku duduk dengan gaya penunggu istana menulis sesuatu dalam nota blog cinta. Hari ini, hari Khamis 21 April 2011 mencoret sejarah. Aku sendiri sudah dilucutkan sesuatu yang menjadi kegagahan aku hari ini. Kini aku seperti mereka, yang tercalit luka luka yang sembuh dalam beberapa hari. Mungkin hari ini, aku juga sudah jadi seperti mereka, yang tercalit luka penuh berdarah x pernah padam lukanya, tak pernah sembuh bekasnya. Tercalit patah patah tulang yang tak mampu berulang. Tercalit mimpi yang dikenali sebagai pembalasan .. hmm.. mungkin juga kenangan.. KENANGAN JATUH MOTOR...

syukur lukanya hanya ini.. tak patah sana sini..

Jangan ketawa! Aku dulu memang tak pernah jatuh motor selama aku mendapat lesen. Aku memang budak baik. Penunggang berhemah!. Hah, hari ini anu aku seperti terdedah berbatu batu. Mau tidaknya, jatuh semasa ingin membelok di jambatan motosikal yang mana di hadapannya adalah ribuan orang yang sedang menunggu untuk membeli KFC yang sedap hingga menjilat jari. Tetapi, mungkin mereka tidak menyedari aku siapa, kerana aku berjaya menyembunyikan diri aku dari ditemuramah media kerana aku hanya siapa siapa di dalam helmet hitam itu.

Kenapa? Semuanya kerana ini... MERONG MAHAWANGSA. Aku tidak menyalahkan filem ini... tetapi aku menyalahkan bagaimana salahnya pembentukan gen gen excited dalam badan aku ini sehinggakan dalam usaha aku mendapatkan DVD ORIGINAL filem ini, aku jatuh motor. Bala menimpa nimpa berjuta juta bila LCD protector untuk handphone aku juga rosak dimasuki air. Maka, balanya... RM10 melayang untuk beli LCD protector baru!

Kerana nak dapatkan DVD ini, aku jatuh motor!

Tapi, jatuh motor pun berbaloilah. Dah dapat benda yang dikehendaki, sakit apa pun, abaikan saja. Pengalaman jatuh motor yang paling best adalah dapat pandang langit hujan dalam keadaan berbaring. Indah! Balik, terus convert untuk versi AVI (Audio Video Interlance Format) dan bersedia untuk pengalaman HMM kali ketiga... Killer subject, Reflection in Classroom bla bla bla... tak tahu nak baca apa... I'm ready to die!

No comments: