Tuesday, April 26, 2011

Apabila Goofspot Sudah Diplagiat...



Blog Goofspot sudah mencapai tahap yang sudah aku jangkakan lama dulu. (rasa ini lama sudah aku jangkakan akan terjadi). Akhirnya, ada juga yang sudah menjalankan proses copy and paste butiran di blog Goofspot.. OPM menyatakan bahawa perasaan OPM amat amatlah suka sekali kerana ianya sekaligus mempromosikan blog Goofspot. OPM tak kisah kalau caranya betul.. tetapi kalau salah cara, OPM rasa mahu ketuk kepala orang yang malas ni!

OPM sebenarnya rasa sedikit hairan kerana ada beberapa entry yang begitu luar biasa kehadiran trafiknya. OPM siasat siasat, rupanya entry tersebut datang dari link ini:


Tips mengesan kesilapan dalam filem yang dicopy dari:
http://cikgumanstation.blogspot.com/2010/07/kesilapan-dalam-filem-sekadar.html

disebabkan dia ada letak source, entry ini boleh dimaafkan...

Wow, i punya entry dah glamer gtew. Rasa macam bling bling sekejap. Rasa macam sudah jadi glemer ya amat amat. Wahahaha... Kejap kejap, cikepal pun ada kes macam ni kan? So, i dah jadi macam dia jugaaaak.. Ain Fathihah, sila jeles.. wahaha... Tapi, bukan itu saja yang dicopy, ada dua movie mistakes dalam blog femes aku yang dicuri dan ditampal ke dalam forum ini.


Siap dia copy ni 'Jom tengok beberapa filem Malaysia yang ada mistake. Sesetengahnya boleh diterima akal dan diexplain (terpulang pada korang), dan sesetengahnya masih lagi menjadi misteri (cewah, macam entry horror lak). P/S: ada banyak lagi filem terdahulu yang belum didedahkan, namun ini sebahagian dari filem terkini yang aku telah bongkar..' ayat aku ni!!! ish, x diquote langsung... etika manaaaa!!

Tapi, dia main copy paste the whole article ni yang buat aku hangen sket! Tapi xpelah, kira halal la. Malas katakan... At least, letak link la abang/kakak atau siapa saja oi!!! Aku selaku kepala yang menjalankan aktiviti ini tak kisah kau nak copy, tapi link back to the post ok... please!

Rupanya, baru aku tau yang dia buka semua link dalam teknik mengesan kesilapan filem ni dan copy paste each filem dalam single post. Tapi, reda sket kemarahan, dan mula tersenyum kembali lepas nampak dia quote the blog dan berterima kasih kepada aku, pada last sekali postnya copy pastenya!


p/s: orang glamer memang akan berhadapan dengan masalah cetak rompak.. OPM ni glamer ker?? haha

2 comments:

ain fathihah said...

hoho. bangga jab ada nama i kat sini. awat tak link sekali. hehe

hans said...

biasalah tu bro
ramai skrg suka plagiat entry