Akan Datang!

Thursday, April 14, 2011

Adab Meminjam Barang ... Stuju Tak Dengan Aku?

Meminjam pun ada adab tau. Mari aku bawakan adab adab yang boleh menyopankan proses peminjaman sama ada di kaunter sirkulasi ataupun meminjam antara kawan kawan. Semua ini adalah adab yang buat aku rela hati memberikan barang untuk dipinjam. Sesiapa yang tidak mengikuti adab ini, aku tak pernah marah. Aku bagi je pinjam. Tapi, alangkah lebih baik jika kita pupuk adab adab walaupun meminjam itu sesama rakan. Aku tau, kadangkala dengan rakan rakan bleh main ambik je macam tu. Tapi, ingat tak pepatah 'kalau ada orang yang suka kita, akan ada juga yang tak suka kita?' hah.. aku tak berapa nak lembut hati la kalau orang yang nak meminjam barang kalau meminjam tak ada adab.(tambah tambah yang berharga ratusan.. kalau rosak, ko sanggup ganti?? atau sekadar maaf yang bernilai 1 juta je yang ko berikan?)

1. Pulangkan selepas guna, jangan buat harta kau walaupun aku tak pernah kata apa2

Itu yang penting sekali! Kalau dah sedar bahawa barang yang dipinjam itu adalah barang pinjam, jangan simpan lama lama. Tak elok simpan barang pinjam lama lama tau!

2. Jangan sampai tuan punya barang minta, baru kau nak pulangkan

Ini paling aku tak suka! Kalau boleh janganlah sampai tuan punya barang minta balik baru kau nak pulangkan (nak kena merayu rayu minta, kena g ketuk bilik orang yang pinjam). Sekarang ni, itu barang kau ke atau barang aku?! Itu paling biadap dalam adab adab meminjam ok. Kecuali kalau ada reason yang munasabah, boleh dipertimbangkanlah..

3. Jangan rosakkan barang yang dipinjam

Etika meminjam. Jaga barang yang dipinjam sebaik mungkin. Kalau rosak, pandai pandai gantikan. Maaf tidak bernilai, sebaliknya gantikan barang itu.

4. Kalau dah cakap no, it's means no!

Aku boleh saja berlembut untuk beri pinjam. Tetapi sampai tiap tiap kali meminjam, aku pun rasa macam 'benda ni, sejak bila aku wakafkan untuk proses peminjaman?' Sejak bila pula benda ni boleh digunapakai macam harta milik kerajaan Malaysia?! Kalau aku wat sewa, liat.. kedekutlah... itu ini..

Hmm.. itu je kot yang aku rasa benda yang penting kalau nak meminjam barang. Tidak menghentam sesiapa tetapi kalau terasa, makan cili la tu. Tak mengapa! Kita kadangkala kena ada etika, dan perlu follow! Aku rasa, aku sendiri selalu ikut etika meminjam ni (walaupun penulisannya agak kasar). Manusia dilahirkan berbeza. Kenalpasti dan ikut etikanya. Jangan buat kepala sendiri kalau nak meminjam barang barang mahal.


Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...