Akan Datang!

Monday, February 21, 2011

Semester Ni Aku Belakon Lagi... :-)

Semenjak dua menjak ni, OPM sebenarnya sedang sibuk dengan penggambaran filem terbaru OPM yang diberi tajuk Tiada Esok Bagimu, Wani!. Sebuah filem reality tentang seorang pengarah filem yang sedang mantap menghasilkan karya da boom dan menghadapi masalah dengan krew krew filem (dua ayat sebelum ini adalah dusta, abaikan). OPM sedang menggembeling tenaga dengan menyumbang tenaga kepada dua produksi teater. Satunya sebagai extra untuk persembahan teater dari pelajar minor teater yang akan dipersembahkan awal April 2011.Satu lagi, OPM sedang sibuk menyiapkan diri bersama produksi dibawah Fakulti Bahasa dan Komunikasi sempena Festival Teater yang akan diadakan awal Mac 2011 ini. Even watak OPM ni taklah se’ok’ mana, tapi rasanya OPM akan buat yang terbaik! OPM tak reti nk belakon pun.Apapun mari kita tengok gambar selinap curi dari lensa OPM.

Latihan babak babak romantika

Wajah seorang penari yang tersangatlah macho

Lagi babak romantika

Pengarah yang begitu kejam, tetapi baik hati.. :-)

Penulis blog Kari Ngeri, sebagai penggemis jalanan

Ini bini aku, dalam teater je... luar bukan!

Penantian untuk berlakon di depan pengarah..

Ini watak utama yang akan menyerlah, Jidih.

Pasangan romantika yang tak masuk dalam skrip.. ehe

Ish, lagi babak babak romantika

Inilah part aku. Pendek jer, tapi punyelah susah!

Sampai tetido!

Tu ha, kan aku dah kata, kejam.. siap tembak tembak!

Tony, penari yang bakal menyerlah.

Hah, babak gaduh gaduh.

Penulis blog Kari Ngeri beraksi. wahaha

Apapun, OPM sebenarnya masih bermasalah lagi dengan part OPM. Aduhai, sudahlah emosi OPM pun payah OPM nak keluarkan, inikan nak beraksi atas pentas. Apapun, kepada pengarah yang begitu baik hati kerana memberikan supply filem hindi (walaupun tak capai standard), aku akan cuba yang terbaik! Insyallah... disebabkan ada sorang dari ahli produksi cakap gaya lakonan aku dah macam watak Labi dalam filem Labu Labi, maka rasanya ada jugak yang perasan aku ni sudah macam artis glamer zaman 50an (perasan sekejap!!! Wahahaha). K lah, setakat ini dulu liputan untuk teater ini, Sat g pengarah marah aku ngada ngada post padahal lakonan aku pun x mantap g... ehe..nanti OPM bawakan pula sekitar latihan produksi Alang Rentak Seribu pulak ok...Ok, gerak dulu. Adios!

saksikan teater pertama OPM di sini:

http://cikgumanstation.blogspot.com/2010/11/teater-muzikal-kerana-bunga.html

kalau tak jumpe muka OPM jangan marah, OPM watak extra je dalam teater ni... tapi, yang popular pun mula dari extra kan?! So, extra pun penting.

p/s: ‘awak apa tau limah, yang awak tau kesiankan orang. Mana nak dapat untung kalau macam tu’ - title macam giler glamer!!! waahaha

No comments:

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...